Isteri selalu kerja OT malam, rupanya pergi hotel. Dia nangis mengaku cuma terlanjur 6 kali. Saya penat jaga anak tapi dia berseronok

Isteri cakap, semua bermula sejak setahun lalu. Tak guna punya perempuan! Sanggup dia duakan saya yang jujur ini. Dia mengaku cuma enam kali dia berz1na. Lagi berdesing telinga saya. Malam tu, isteri saya meng4muk pula..

#Foto sekadar hiasan. Ruangan ini banyak menyiarkan kisah tentang pend3ritaan kaum wanita sahaja konon suami berlaku tidak adil, zaIim dan sebagainya. Tetapi tahukah anda bahawa pend3ritaan yang terp4ksa ditanggung oleh suami jauh lebih teruk daripada pend3ritaan yang dipikul oleh kaum wanita?

Nama saya Azlan. Sebenarnya saya tak tahu bagaimana nak memulakan cerita ini, sebab hati berbeIah bagi sama ada ingin dipaparkan untuk panduan pembaca ataupun tidak. Tetapi setelah difikirkan, saya kira kenangan pahit kehidupan saya ini amat baik untuk dijadikan pedoman, khusus kepada kaum lelaki supaya tidak diperb0dohkan oleh isteri. Wanita juga insaflah, Allah melihat apa yang anda lakukan.

Saya tidak menyedari perubahan isteri saya, sebab kami begitu sayang menyayangi, tidak pernah bertengk4r apa lagi berg4duh besar. Kalau ada masalah, kami selesaikan seberapa segera, supaya masalah itu tidak menjadi nan4h atau pun b4rah.

Tetapi nak jadikan cerita, satu hari kami sama – sama menonton drama tv. Drama tentang kecurangan seorang isteri terhadap suaminya. Akhirnya si isteri dapat baIasan Allah. Sebaik habis ceritanya, hati saya tergerak bertanya kepada isteri saya, Hasmidar dengan bergurau apakah dia ada menyimpan rahsia tentang dirinya terhadap saya. Tiba – tiba air mukanya berubah tak tentu hala.

Melihatkan perubahan keadaannya, saya bertanya lagi, dia menafikan. Saya desak lagi dia jadi lebih tak tentu hala. Melihat perubahannya, saya terus menadah tangan berdoa di hadapannya, ‘Ya Allah kau laknatilah dia jika dia berlaku curang terhadap aku, aku reda. Belum habis saya berdoa lagi, tiba – tiba dia menangis menahan saya dari meneruskan doa saya.

‘Abang ampun bang, abang terlalu baik kepada saya, saya memang jahat. Abang ampun dan maafkanlah saya, saya banyak buat d0sa pada abang. Abang ampunkanlah saya. Abang ampun! Ampun! Ampunkan saya bang,’ katanya dalam tangisan.

Saya kehairanan. Apa dah jadi. Saya tanya Has beberapa kali tetapi dia tidak menjawab selain meminta ampun berkali – kali dan menangis. Sambil memegang bahunya saya tanya lagi, Has berhenti menangis, abang nak tanya apa yang dah terjadi? Sampaikan kau minta ampun berkali – kali ini. Apa dah terjadi, apa kau dah lakukan di belakang abang?

Dalam tangisannya, Has berkata, saya tidak akan mengampunkan dan maafkan dia kalau dia ceritakan apa yang berlaku. Namun dia reda atas apa yang akan saya lakukan. Tetapi katanya dia tetap cintakan saya, sayangkan saya dan anak – anak. Apa yang dilakukan secara tidak sengaja. Penjelasannya membuatkan saya lebih pelik.

Saya tahu dia memang selalu keluar makan dengan rakan – rakan perempuan dan lelaki di tempat kerjanya, tak pernah saya terfikir dia buat benda yang tak baik. Saya jujur, saya fikir tentu dia juga jujur. Tetapi mulutnya terus meminta maaf dan ampun dengan tangisan dan air mata merambu – rambu keluar.

Perbuatannya membuatkan mulut saya dengan keras bertanya, kau berz1na ke? Hah! Kau berz1na? Dalam tangis dia menganggukkan kepala. Astaghfirullah! Saya mengucap beberapa kali untuk menenangkan diri. Ya Allah apalah maIangnya nasib aku ni ya Allah!

Betul ke apa yang aku dengar ini Ya Allah! Saya mengucap lagi sambil beristighfar beberapa kali. Lantas keluar bilik dengan mata serta kepala berpusing – pusing. Ya Allah apalah nasib aku yang maIang ini! Saya bukan jenis lelaki panas baran, jika lelaki lain pasti malam itu kalau tak bengk4k dan Iuka pasti Has sudah kena sep4k ter4jang hinggap ke muka dan ke badannya.

Mungkin juga saya ni terlalu baik macam dia katakan. Kerana sepanjang 15 tahun berkawin saya tak pernah cemburukan dia, malah saya percayakan dia 100%. Kerana itulah juga saya tidak pernah bersuara tinggi apa lagi men4mpar dan memukuInya.

Hinggakan bila saya mendengar ceritanya malam itu, saya masih boleh mengucap panjang, keluar bilik dan tidak memarahinya sebaliknya saya bersabar. Jadi pembaca boleh fikir betapa sabar dan baiknya saya jika itu boleh saya katakan.

Saya bukan dayus atau takut bini, tetapi saya terlalu sayangkan anak – anak kami yang tiga orang ini. Saya tidak mahu hidup mereka huru hara kerana masalah ibu bapa mereka. Bahkan saya tidak mahu mak mertua saya seorang ibu tunggal menangis mengenangkan nasibnya, kerana kamilah tempat dia mengharap dan berg4ntung harapan.

Kalau saya tak sabar pasti malam itu per4ng dunia ketiga meletus. Untuk pengetahuan pembaca hidup kami suami isteri selama ini memang bahagia, tiada masalah besar. Dia kerja tak tentu masa, sepeninggalannya sayalah yang jaga rumah dan anak – anak.

Kerana saya kerja dari pukuI 9 pagi hingga 6 petang. Sayalah yang ambil dan hantar anak ke rumah pengasuh. Anak – anak mempunyai lebih banyak masa dengan saya berbanding Has, malah saya yang menguruskan makan minumnya, kalau malas masak saya beli nasi bungkus.

Itulah cara hidup kami semuanya berjalan lancar dan saya bukan jenis demand makan minum mesti siap atas meja, pakaian mesti digosok, rumah mesti bersih. Malah saya lebih banyak menguruskan kebersihan rumah dan pakaian daripada dia kerana kerjanya tak menentu.

Kalau keluar bekerja salam jadi kebiasaan, malah siap civm pipi, pendeknya kami memang loving couple. Tetapi sekarang apa dah jadi? Malam itu saya tak boleh buat keputusan. Fikiran saya buntu. Apakah saya ini kurang baik punca dia buat maksi4t?

Makan minum, tempat tinggal saya sediakan apa yang tak cukup? Patutnya dia bersyukur, saya bukan kaki ronda, lepak w4rung, kelab, dan sebagainya. Bahkan dalam setahun pasti dua tiga kali saya bawa mereka makan angin cuti – cuti Malaysia. Lebih penting saya bukan kaki perempuan.

Bila saya tanya banyak kali barulah dia cakap. Katanya jarang dapat, seminggu sekali aja. Terus saya tanya, apakah dia sering di rumah waktu malam? Sebaliknya dia lebih suka bekerja. Salah saya ke? Malah dia sering mengalah, kerana tak larat. Salah saya ke? Biasanya dia tidur awal dan saya tak suka k3jut dia sedang tidur. Tak syoklah!

Malam tu kami tidur lewat, dia masih minta ampun tapi saya kata, minta ampun pada Allah semoga Dia ampunkan. Bagi saya tiada ampun untuknya sejak peristiwa tujuh bulan lalu itu hinggalah kini. Malah ia jadi sejarah hidup dalam hidup saya.

Dua hari selepas peristiwa itu, saya soal dia lagi dah berapa lama perkara ini berlaku. Katanya, ia bermula sejak setahun lalu. Jah4nam punya perempuan, sanggup dia menduakan saya yang jujur ini. Dia mengaku cuma enam kali dia buat kerja terkutuk itu. Lagi berdesing telinga saya, ikutkan hati kaki ni dah lama naik. Tapi saya sabar.

Katanya dia dah insaf, sayalah suami terbaik untuknya. Saya kata dah terlambat. Saya jaga anak – anak kat rumah dia kata pergi kerja, tetapi dia pergi hotel. CeIaka punya perempuan. Kami bertengk4r sakan malam tu. Tiba – tiba dia lari ke dapur ambil pis4u nak bvnvh diri. Saya sempat selamatkan dia.

Memang dia dah giIa, patutnya saya yang meng4muk, ini dia yang naik h4ntu, dah terbalik. Katanya dia insaf dan mahu saya ampunkan dia dunia akhir4t. Seminggu lepas tu, hati saya tak sedap, saya soal lagi adakah jantan itu pernah datang rumah?

Dia kata ada, tapi tak masuk. Cuma hantar buah – buahan. S4kitnya telinga, saya terus bagi pen4mpar. Itulah pertama kali saya t4mpar dia. Saya marah sebab dulu dia kata adik angkatnya yang bagi buah – buahan tersebut, bagi saya makan. Kami bertengk4r lagi.

Kali ini dia ambil pis4u cuba p0tong urat nadi di tangannya. Dan kunci dirinya dalam bilik. Saya nasihatkan dia ingatkan Allah, dan jangan tambah d0sa. Sejak peristiwa itu saya tak soal dia lagi takut dia m4ti, saya pula masuk lokap.

Kini setelah kesnya terbongkar saya suruh dia sembahyang dan berdoa semoga Allah ampunkan dia. Saya boleh terima dia jika dia berjanji tak ulangi lagi perbuatan terkutuk itu. Namun hati saya yang punya, saya tidak dapat lagi memberikan kasih sayang kepadanya sama seperti dulu.

Dulu tiap – tiap hari civm pipi, tangan, sekarang saya kata padanya jangan buat lagi, jangan berpura – pura. Saya katakan padanya bahawa saya takkan ampunkan d0sanya. Namun kami hidup bersama hingga kini semuanya kerana anak – anak dan saya tak mahu dia ugvt bvnvh diri.

Namun dia izinkan saya kahwin lagi, dia reda, asalkan saya tidak ceraikan dia dan jaganya seperti dahulu. Tetapi saya bukan jenis orang suka mengira kepala bini. Cinta dan kasih sayang bukan boleh disorong dan ditarik bila – bila suka. Ia datang dari lubuk hati yang sukar ditafsirkan nilainya.

Bagaimanapun saya tak boleh cakap habis, mungkin satu hari nanti Allah mengubah hati saya, lagi pun umur saya belum 40 tahun, dia enam tahun muda daripada saya, mungkin bila keadaan kembali tenang kami boleh membentuk jalan sendiri. Mungkin itu cara yang terbaik. Tapi sekarang dia tak mahu diceraikan.

Kata Has kalau saya kahwin lagi dia sanggup pinangkan sebagai menebus d0sanya. Dia sanggup buat apa sahaja demi cintanya pada saya. Tetapi saya katakan kalau betul cinta dan sayangkan saya kenapa cari jantan lain?

Menurut Has dia pun tak sangka, segala – galanya berlaku secara tak sengaja, baru jumpa dan berkenalan beberapa minggu dia sudah boleh lupakan cintanya pada saya dan sanggup berbohong kata overtime sedangkan hakik4tnya dia pergi ikut jantan tu tidur di hotel.

Ini yang membuatkan saya tak dapat maafkan Has, kerana begitu mudah dia melupakan janji dan ikrar cintanya kepada saya sebelum kami berkahwin dan setiap tahun menyambut ulang tahun perkahwinan. Kerana terlalu marah dan ikutkan rasa hati saya, andai ditakdirkan dia m4ti dulu, saya tak akan bacakan yassin dan buat tahliI untuknya.

Begitulah marah dan geramnya saya atas perbuatannya menduakan saya. Lagi pun jika kami bercerai saya kasihankan anak – anak juga mertua saya yang telah tua. Tetapi sayangnya, isteri saya tidak pernah fikir dan kaji dari perbuatan keji dan buruk yang telah dilakukannya.

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.