Umur anak baru 14 hari aku kena halau jadi geIandangan. Aku ada minta bantuan, dorg bagi chipsmore, pampers 4 keping

Aku bukan budak b0doh, semua EXAM masa sekolah aku jadi pelajar cemerlang. Masa dekat kolej pun sama tapi sekarang Allah nak uji aku. Aku jadi geIandangan waktu anak aku 14 hari sebab tuan rumah halau kami anak beranak. Sebulan lambat bayar sewa…

#Foto sekadar hiasan. Salam. Aku geIandangan. Malam ni sama seperti malam – malam sebelumnya aku dan anak masih menumpang tidur di kaki lima bank cimb raja laut. Pernah tak korang melepak kat nasi kandar yaseem chow kit?

Mesti korang pernah nampak ramai gelandangan kat seberang jalan. Budak – budak pun ramai! Kesian tak? Aku nak kongsi kisah aku, perasaan aku sebab aku rasa depr3ss sangat sekarang. Aku perlu meluahkan apa yang aku rasa kepada seseorang.

Aku bukan budak b0doh, sekolah tak habis, sebaliknya aku boleh dik4tegorikan sebagai pelajar yang cemerlang! UPSR , PMR, SPM aku top score. Sewaktu kat kolej pun sama tapi semua tu tak menjamin apa – apa. Kalau Allah Swt nak uji, bila masa pun boleh!

Aku mula menjadi gelandangan waktu anak aku berumur 14 hari sebab tuan rumah halau kami anak beranak. Sebulan lambat bayar sewa. Anak pula waktu tu admit nicu sebab aku masih dalam rawatan tab fluv0xamine sejak mengandung lagi.

Aku didiagnos maj0r depr3ssive dis0rder sejak bersalin anak sulung. Tahu tak betapa str3ss aku waktu tu? Aku berpantang tepi – tepi kaki lima, makan ikut lauk sedekah orang. Kalau nasi lemak pun aku makan juga nak alas perut.

Aku bersalin cser, Iuka operation aku cuci sendiri guna apa yang ada. Mujur takde infection. Anak aku pula memang aku tak boleh nak menyusu badan sebab kesan ubat MDD yang aku ambil. Jadi, kalau anak aku habis susu dan duit tak cukup nak beli susu, aku bagi je air sirap dulu.

Waktu tu aku dan suami cuma tolak air je kat dataran, dapat duit sikit – sikit tu la untuk aku beli susu pampers anak. Kami kutip tin, botol, kotak dan jual boleh la dapat rm10 paling banyak! Kadang – kadang kalau duit cukup kami akan sewa bilik harian kat chow kit. Rm20 sehari.

Nak tahu macam mana rupa bilik tu? Tingkap terbuka, tutup dengan kain je. Air dalam kolah toilet ada jentik – jentik berbaldi! Keluar je pintu bilik boleh nampat matpit tengah menghisap d4dah. Turun je bawah boleh pulak tengok bapok – bapok tengah cari customer.

Korang boleh bayangkan tak? Nak tak nak aku terp4ksa juga hadap hidup macam tu. Pernah satu malam waktu aku tengah tidur. Anak baru umur 4 bulan, ada pulak h4mba Allah ni tegur aku. “B0doh punya mak bapak! Anak kecik – kecik biar berembun!”

Kau ingat seronok ke tidur tepi kaki lima? Ingat aku tak sedih tengok anak aku? Tolong lah masyarakat sekelian, jangan terlalu mudah menilai orang sedangkan korang tak tahu macam mana orang tu tengah  struggIe dalam hidup dia!

Aku pernah banyak kali mohon bantuan dari NGO mahupun kerajaan. Kebanyakan NGO yang aku pergi alasan dia untuk bantu sangat cliche. “Maaf puan, kami cuma bantu rakyat luar negara atau bencana. Kami tak bagi bantuan untuk individu.”

Aku pernah pergi mencari seorang menteri yang selalu selamatkan orang yang lari ke lombok. Suami aku pengundi dia! Tahu apa yang best? Pegawai menteri tu lemparkan not rm50 3 keping dan warning kami. “This is the last one. Lepas ni jangan datang sini lagi!”

Dia langsung tak tanya apa masalah kami. Aku pernah pergi minta bantuan kat masjid bila terputvs belanja. Kebanyakan masjid akan cakap. “Kali ni je kami bantu. Lepas ni jangan datang sini lagi.” Tapi ada juga pengurusan masjid yang faham.

Siap pesan lagi suruh datang kalau anak takde susu pampers. JKM? Aku pun pernah pergi. Alah.. yang pejabat dia kat hotel mahal tu! Aku tunggu dari pagi sampai pukuI 2, akhirnya dia refer aku suruh sembang dengan kaunselor.

Bantuan bulanan? Aku gelandangan takde alamat tetap tak layak mohon bantuan. Bantuan kec3masan? Dia bagi aku chipsmore dengan pampers 4 keping! Hari tu masa bulan Ramadhan. Korang mesti syok fikir baju raya tema warna apa, berapa helai, kuih nk order mana kan?

Tapi aku waktu tu masih lagi bersengkang mata fikir nak cari duit mana beli susu, nak bayar bilik. Masa haru raya hari tu, aku pergi rumah terbuka orang kenamaan. Tahu apa aku buat? Beratur 10 kali untuk bersalaman dengan beliau.

Tapi aku bukan salam pun, aku cuma ambik duit raya untuk anak Rm5. 10 kali beratur dapat lah Rm50! Kadang – kadang aku selalu tengok netizen post gambar lauk dorang berbuka di fb MAHN, ya Allah terliurnya aku tengok!

Udang masak lemak, sambal petai sedangkan aku tunggu jelah lauk apa yang orang sedekah. Aku rindu sangat hidup aku seperti dulu. Boleh beli macam – macam untuk anak. Sekarang aku rasa bersalah sangat – sangat.. Aku selalu doa semoga malam ni aku tidur aku tak akan bangun dah. Aku letih sangat-sangat.

Ps: Handphone yang aku guna ni ihsan seorang NGO. Sebab dia tahu aku ada depr3ssion dan aku takde kawan dah.. – nobody

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Apa kata anda?