Kak ipar mula nampak agresif. Dia asyik tanya tentang period aku. Ada 1 malam tu dia call dan tanya pasal period aku dan ketika tu meremang bulu roma aku secara tiba – tiba. Kak ipar kata, mak aku sih1rkan aku..
#Foto sekadar hiasan. Allah hadiahkan aku dugaan paling besar. Dugaan bersama d0sa. Ya, dugaan dan d0sa jalan seiring. Aku takut, sesungguhnya aku terlalu takut sehingga saat aku menaip ni aku dah nampak aku di ner4ka jah4nam. Aku takut. Aku meIawan anxiety aku sorang – sorang.
Orang nampak aku kuat dari luaran tapi dalaman aku bergelora anxiety aku. Anxiety aku sentiasa att4cks bila aku keseorangan. Aku tak tahu nak mulakan macam mana.. Tapi jiwa aku sangatlah s4kit. Dikhi4nati keluarga sendiri.
Aku ceritakan first part dulu di mana aku belum lagi bernikah. Aku seorang mualaf dan bekerja di seberang tambak dan berasal dari negeri utara. Keluarga aku kecil saja. Aku datang dari br0ken family. Ayah aku seorang yang panas baran.
Benda sikit ja boleh naik sep4k ter4jang. M4ki hamun sump4h seranah tu dah macam mantera. Mak aku pulak kadang – kadang suka prov0ke, abang aku pun sama ja. Aku ni jenis pendiam tak banyak buka mulut di rumah, takut nak mulakan conversation.
Tapi aku dapat rasakan ayah aku sayangkan aku. Bangga jugaklah ayah aku dengan result exam aku berbanding abang aku. Tapi aku tak terlepas jugak dari sep4k ter4jang m4ki hamun sump4h seranah di khalayak ramai. Sebab tu aku jadi pendiam.
Watak aku kat sekolah sangat ceria. Tak ada kawan – kawan yang tau melainkan jiran – jiran aku. Sepanjang aku sekolah rendah sampai sekolah menengah aku “berkabung” untuk ayah aku. Hari – hari aku pakai baju seluar hitam. Aku tak suka ayah aku sebab pukuI – pukuI kami.
Abang aku selalu kena teruk dengan ayah aku. Padanlah sebab dah dilarang tapi masih nak buat. Mak aku pulak back up abang aku, sekali dengan mak aku kena jugak. Bila jadi situasi ni aku sangat takut, sangat str3ss. Mak dan abang aku pandang aku sebagai anak emas ayah tapi aku bukan.
Aku tetap kena jugak walaupun aku tolong abang aku dari segi kerja sekolah dia. Pernah aku withdraw duit ASB aku RM1K masa 20 tahun lepas sebab abang aku nak duit tu sebab nak beli buku katanya. Masa tu dia kat Politeknik. Dan tak terlintas langsung aku terfikir dia pun ada simpanan yang sama macam aku.
Disebabkan itu, aku kena sep4k ter4jang dengan ayah aku sebab tolong cover abang aku sebab abang aku dah siap pesan jangan bagitau ayah yang dia nak duit tu. Aku jenis cepat kesian dan mudah tolong. Masak nasik lebih pun aku kena makan kaki. Aku terima seadanya. Kadang – kadang aku rasa macam aku ni anak pungut pun ada
Fast forw4rd, masa aku kat Tingkatan 6 rendah masa tu ayah aku meninggaI sebab asma. Masa tu aku dengan mendiang ayah ja kat rumah. Abang aku dah habis belajar dan dah kerja. Mak aku kerja. Saat – saat akhir ayah aku bersama aku. Aku yang nampak dia kejung, aku dah tolong semampunya tapi dah ajaI.
Aku panggil jiran aku. Terus kami ke hospitaI dan doktor sahkan ayah aku dah meninggaI. Ya aku sorang – sorang dengan jiran aku ja. Mak aku datang tanpa perasaan. Abang aku menangis macam orang giIa. Lepas ayah aku meninggaI, aku nampak jurang yang sangat besar antara kami bertiga.
Macam aku dipulaukan. Bila mak dengan abang aku menyembang dan aku datang, terus dorang diam. Bukan kebetulan tapi banyak kali. Ya, aku terasa. Sangat. Jadi aku buat kerja aku, apa – apa aku seorang. Aku kena kuat hadap situasi ni
Lepas dari situ, aku tercari – cari figura seorang ayah tanpa aku sedar aku dahagakan kasih sayang seorang ayah. Dan aku kenal seorang yang lebih berusia, beza usia 14 tahun. Hubungan kami sangat baik. Aku selesa dengan dia. Kami pun get into relationship. Dia Melayu.
Hubungan kami terkantoi banyak kali. Ya macam biasa aku jadi pvnching bag abang aku pulak termasuk m4ki hamun sumpah seranah. Mak aku pun sama naik. Lepas result STPM keluar, aku sambung belajar kat IPTS jauh dari keluarga aku. Aku rasa sangat seronok. Ada kawan – kawan baru, environment baru.
Kalau cuti sem, aku hanya balik tak sampai seminggu, aku balik semula ke hostel. Sebab aku tak suka lama – lama kat rumah, tak selamat aku rasakan. Mak tetap aku hormat. Nak apa semua aku belikan dengan duit PTPTN aku.
Aku dengan relationship aku tu masih steady. Banyaknya phone call ja. Zaman super savers bergayut kat phone. Aku dapat moral support dan luahan aku dia setiap kali aku down dia sentiasa bagi kata semangat. Aku namakan dia Z.
Aku nekad akan berkahwin dengan Z suatu hari nanti. Habis study aku jadi tenaga pengajar di salah sebuah sekolah elit dekat rumah aku. Dengan lebihan duit PTPTN tu aku beli sebuah skuter. Bayar 2× dan letak nama abang aku dalam geran sebab aku hanya bekerja sebagai pengajar contract saja so tak cukup kukuh.
Cukup setahun aku dapat rezeki mengajar di IPTS di Pantai Timur. Aku pergi sebab aku tak nak tinggal sebumbung dengan family aku sebab tak ada beza situasi pun, masih dingin, masih aku ni orang luar antara dorang 2 beranak
Dari sana aku masih contact dengan Z macam biasa. Jumpa jarang – jaranggg sangat sebab jauh tapi masing – masing trust each other. Lepas dari Pantai Timur aku cuba nasib ke seberang tambak di Selatan pulak. 2 tahun kat Selatan, aku revert. Setiap minggu aku ke kelas agama di bandar. Tak sampai setahun locked down C-19.
Masa locked down tu aku tinggal dalam negara singa. Alhamdullilah bosses aku memahami dan sentiasa bagi moral support. Oh ya, sebelum tu abang aku yang menentang giIa hubungan aku dengan Melayu, dia terlebih dulu masuk Islam sebelum aku sebab nak kahwin.
Dia punya gah bercakap tu sampai sekarang aku ingat, “aku nak h4ng pi ambik test d4ra”. Padahal masa tu abang aku dah kahwin dengan sebangsa. Tinggalkan bini jadi janda untuk janda. Aku malas ambik port sebab hati aku kadang – kadang m4ti tapi aku tetap tolong dari segi kewangan.
Aku masih ingat walaupun sepu4ka mana mulut mak aku selalu sumpah aku, supaya m4ti diIanggar tetap aku anggap dia mak aku. Aku sayang dia sebab dia lah akan jadi tiket aku untuk masuk syurga nanti tapi rasanya lebih ke ner4ka sekarang ni.
Bermulalah kisah locked down penuh drama. Kak ipar aku yang janda Melayu tu try hard lah berbaik dengan aku. Aku ok ja, orang baik aku 10 kali ganda baik. Dia buat aku percaya dia. Dia jadi orang tengah kononnya antara aku dengan abang aku. Mak aku pulak sentiasa ada ja tak kena dengan isteri abang aku tu.
Aku kenal mak aku macam mana, jadi aku banyak side isteri abang aku. Dia totally buat aku percaya kat dia. Setiap hari dia akan call, video call. Bercerita itu ini pasal mak aku buat dia. Aku ni cepat kesian tambahan dia bagitau dia anak yatim piatu yang dibela keluarga angkat.
Adik beradik angkat pun tak suka dia. LagiIah aku kesian. Dia nak apa, semua aku tunaikan. Duit poket bulan – bulan RM200 aku transfer. Tu belum termasuk yang dia mintak setiap 2 minggu RM200 – RM4K. Aku bagi sebab aku sayang isteri abang aku.
Ada ja kisah sedih dia. Ada 1 ketika jadi perg4duhan besar dalam keluarga aku. Masa tu aku masih kat sana. Biasalah bila mertua dan menantu tak sebulu maka jiran – jiran dan makcik pakcik aku tu batu apikan mak aku. Sampai mak aku ikut tinggal di rumah adik dia.
Aku tau pun sebab isteri abang aku cerita dan aku percaya semuanya. Ya lah aku kenal mak aku macam mana kan dari mendiang ayah aku hidup lagi. Report polis pasal mak dengan abang aku kat balai polis tu macam nak lawan report siapa paling banyak
Masa tu border dah buka dan aku pun dah balik semula kat selatan. Masa ni aku tak pelik lagi bila mana isteri abang aku sentiasa keep track dengan period aku. Bila aku period, dia akan tanya aku period dah ke belum. Ada 1 malam tu dia call dan tanya pasal period aku dan ketika tu meremang bulu roma aku secara tiba – tiba.
Aku sentiasa solat on time. Isteri abang aku ni dia dah mula aggressive tapi pada aku, aku tak sedar yang dia api – apikan aku pasal mak aku. Dia kata mak aku sih1rkan aku. Sentiasa cari b0moh untuk aku sebab aku in relationship dengan Z. Aku jadi sem4kin tak suka mak aku. Apa yang isteri abang aku cakap, semua aku percaya.
Dia pulak sentiasa mintak duit 2 minggu sekali beribu – ribu, aku bagi tanpa tanya. Adakalanya aku jual emas aku sebab nak bagi isteri abang aku. Oh ya duit poket bulan – bulan untuk mak aku sebelum ni pun dia sapu licin. Duit bank mak aku pun licin sebab dia curi kad mak aku.
Mak aku? Dia dah keluar dan tinggal di rumah adik dia. Dia tak mengaku aku dan abang aku anak dia. Masa ni relationship aku dengan abang aku agak baik. Mak aku siap sign surat wasi4t jual rumah nenek aku (beIah ayah aku sebab ayah aku anak tunggal) kat t0kong sebanyak RM10K ja.
Value rumah tu dah cecah setengah juta weyyy. Ya lah anak – anak semua dah Islam. Orang sekeliling mak aku pulak memang sejenis batu api. Dia buang anak – anak untuk orang luar. Adik beradik dia siap cakap dorang boleh jaga kakak dorang. Jiran – jiran boleh jaga.
Makan minum mak aku dorang boleh tanggung. Lepas tu mak aku tak halalkan air susu dia melainkan aku dan abang aku bayar sekian amount kat dia. So kami bayar sebab aku tengah mengandung takut apa – apa jadi kat kandungan aku nanti.
Sejak dari tu aku pun tak jumpa dah mak aku. Masa ni nampaklah belang isteri abang aku. Dialah punca segala – gala punca. Dia khi4nat kepercayaan aku. Dia gadai semua barangan kemas mendiang nenek aku (surat pajak atas nama dia 1 bag penuh). Barangan kemas nenek aku besar – besar dan padat.
Skuter aku, dia jual tanpa pengetahuan aku sebab geran motor semua ada dengan dia masa aku kat Seberang tambak masa C-19 dan dia datang ambik barangan aku kat bilik sewa untuk dibawak balik. Copy geran kereta aku pun dengan dia.
Masa tu Z minta aku ambik balik skuter dan geran – geran termasuk kereta aku dari rumah sewa abang aku cuma aku macam percaya kat dorang dan aku kata nanti sajaIah aku ambik. Hidup abang aku lingkup sekelip mata tapi dia tak ceritakan kat aku.
Kereta abang aku yang dah habis bayar dijual kat orang towing kereta. Kereta 4 by 4 abang aku baru keluar, isteri dia pergi pajak kat orang towing kereta. Kereta aku pun hampir jadi m4ngsa cumanya selamat sebab hanya ada copy geran saja.
Isteri abang aku memang menipu aku pasal background dia dari hari pertama jumpa lagi. Dia nampak jurang antara aku dengan abang aku maka dia ambik kesempatan. Oh ya dia sebenarnya seorang peIacur walaupun bergelar isteri.
Dia Islam sejak lahir. Abang aku keluar kerja ja dia bawak jantan – jantan buat project dan dapat duit. Hantar anak – anak dia ke rumah mertua aku supaya dapat project kononnya ada kerja luar yang urgent. Dia tak kisah apa bangsa semua dia tibai.
Sebab dia pernah ceritakan kat aku cuma watak tu dia kata sepupu angkat dia kononnya. Yang sebenarnya, dialah orangnya Anak – anak pulak dia tak mengaku anak dia. Dia bagitau semua jantan tu anak abang angkat dia.
Abang angkat tu suami dia. Macam mana aku tau dia bawak jantan masuk rumah? Sebab security guard yang bagitau abang aku masa abang aku dah terkena dengan isteri dia. Aku pulak? Aku masih b0doh, masih kesian kat isteri abang aku.
Dia datang banyak kali ke rumah mertua aku mintak barangan kemas aku, aku bagi semua tanpa bantah seperti dia suruh atas alasan ustaz minta buat pendinding aku. Aku bagi ja tanpa tanya apa – apa. Aku bagi dengan kotak – kotak simpanan emas aku. Dia pulak fitnah aku kat mak mertua aku, cuma aku tak tau.
Ada sekali dia datang minta tanah rumah mak mertua aku. Masa tu aku mengandung dah. Aku kata aku kena mintak izin suami aku dan suami aku tak izinkan. Sebab dia mintak tanah tu, dia kata mak aku tengah sih1rkan aku nak bagi aku gugur. Ambik tanah tu sebagai pendinding kononnya. Rupanya aku yang dia sih1rkan.
Sejak tu mak mertua aku jadi baran dengan aku walaupun sebelum ni mak mertua aku dah tak berapa nak suka aku. Oh ya, aku berkahwin simple ja. Tak ada hantaran, duit kahwin semua tu sebab nak mudahkan urusan kami. Nikah pun kat pejabat agama ja. Pergi pun berdua kami ja..
Lepas isteri abang aku terkantoi, abang aku tinggal merempat dengan 2 anak lelakinya masing – masing umur 1 tahun dan 2 tahun bersama spender saja dan di kelilingi hutang ahl0ng dan kredit kad yang isteri dia guna atas nama abang aku.
Suami aku yang abang aku h1na sebelum ni lah bagi dia tempat perlindungan sementara. Anak – anak dia pulak berhimpit tidur dalam bilik kami. Isteri abang aku menipu orang sekeliling termasuklah abang aku dan aku kata dia bekerja sebagai pegawai atasan SPRM padahal jadi jalang ja. SPM pun ntah apa – apa.
Nama dia Syuhada. Dia selalu bagitau orang nama dia sofea dan dia bukan Melayu tapi orang Sabah. Dari dalam rahim mak dia dah Islam tapi tak mengaku. Oh sebelum dia nikah dengan abang aku, dia dah janda tapi dengan aku dia kata dia anak d4ra.
Aku tak kisah pun anak d4ra ka janda ka asalkan nikah cara elok dan hidup cara elok. Anak dari hasil perkhawinan pertama pun dia tak mengaku anak dia, katanya anak angkat saja. Mak budak tu jual semua barangan kemas anak angkat padahal dia lah orang tu
Dengar kata bekas suami dia pun terkena macam abang aku terkena jugak. Sampai hutang keliling pinggang, sampai jual rumah. Bapak isteri abang aku tu yang kantoikan semuanya, barulah aku tau aku ditipu hidup – hidup dari hari pertama jumpa dia.
Nampak gayanya itulah modus operandi dia sebab polis kata ada dalang belakang dia sebab cara dia sangat professional hacking dan tracing t4rget dia termasuk abang aku. Patutlah bila keluar dengan aku sentiasa dengan phone bagi code dan arahan kat seseorang dan dia pandai cakap tamil.
Dengan aku dulu dia mengelat taknak bergambar. Kalau bergambar tak bagi aku post, so baru tau sebabnya. Sorrylah baca luahan aku sebab aku tak tau nak luahkan kat sapa. Benda ni sentiasa berlegar – legar dengan anxiety aku.
Kadang – kadang aku “terlepas” kat suami, kadang – kadang kat anak aku yang baru nak kenal dunia. Sekarang Alhamdullilah aku dah boleh control banyak dah. Aku sentiasa tenangkan diri aku bila teringat keringat aku kumpul asset diambik begitu saja oleh orang lain, boleh giIa aku.
Aku sentiasa ingatkan diri aku Allah uji sebab Allah sayang. Tapi aku masih berd0sa dan ner4ka tempat aku. Aku nak cerita kat suami aku macam dia tak suka sebab dia memang anti giIa dengan pompuan tu. Aku hanya meluah untuk lapangkan d4da sebab kat sini orang tak kenal aku.
Janganlah kecam – kecam aku ni dah lah baru lega dari mentaI iIIness jugak gara – gara benda ni.. Nanti aku ceritakan part seterusnya sebab dah panjang sangat itupun kalau sudi baca. – Pend0sa (Bukan nama sebenar)
Komen W4rganet :
Haziq Ramli : Untuk pengarang, percayalah, ada berita yang sangat baik menanti anda, Allah tak pernah menguji seseorang melebihi kemampuannya, ada akan sentiasa ada kesenangan selepas kesusahan, saya doakan awak untuk sentiasa dipermudahkan segala urusan.
Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.