Kali pertama aku ceraikan isteri sebab dia mengandung hasil skandal dengan kawan baik aku. Isteri tipu aku dan gugurkan kandungan..

Kisah ini dikirim oleh pembaca dan diedit oleh Editor kami. Nama dan lokasi dirahsiakan atas permintaan pengirim.

Aku terima dia semula lepas jatuh talak pertama dan kedua. Kedua – duanya alasan yang sama, curang dan kantoi sampai ke dalam bilik. Aku terima. Satu hari, aku nak surprisekan isteri Handphone. Hati ini terlintas nak check telefon dia yang rosak, sebelum ini aku tak pernah check telefonnya. Alangkah terkejutnya aku, gambar – gambar serta video – video tak senonoh dia bersama lelaki lain hingga pergi ke Sarawak.

#Foto sekadar hiasan / AI. Aku berkahwin sudah 17 tahun, tetapi sepanjang tahun itu diuji pelbagai keperitan, kesedihan kehilangan anak pertama dan kegembiraan yang cuma berpura – pura di depan saud4ra mara serta sahabat handai dia tunjukkan.

Aku memang tidak menduga sehingga dia mengkhi4nati dalam diam sehingga menjalin hubungan dengan ex sekolah dia di Cameron Highlands, sedangkan lelaki itu pun telah mempunyai keluarga. Tidak habis dari itu pula, baru tidak sampai setahun dia ulangi lagi hubungan bersama lelaki lain yang mana aku tidak sempat tahu kerana dia memang pandai berlakon.

Kali pertama aku ceraikan dia dengan talak satu atas desakan dia kerana dia telah mengandungkan anak dengan kawan baik aku sendiri. Dalam diam selama lebih satu tahun aku berkongsi tubuh itu dan aku heran yang dik4takan dia tidak bersedia ada anak dan nak gugurkan anak itu.

Rupanya aku kena game dan d0sa membvnvh seorang bayi yang tidak bersalah. Kemudian kami cerai kali kedua disebabkan dia sengaja Ianggar talak aku berikan disebabkan lelaki lain juga yang berbangsa India dan sebelum ini dia kerap ke hotel bila aku kerja di luar kawasan untuk berasmara dan melepaskan nafsunya.

Sehingga suatu hari tu Allah nak tunjuk; telefon dia rosak. Kebetulan aku nak surprisekan dia ambil diam – diam untuk bagi pada dia. Hati ini terlintas nak check telefon dia yang mana sebelum ini aku tidak pernah check telefonnya. Alangkah terk3jutnya aku, gambar – gambar serta video – video tak senonoh dia bersama lelaki india itu hingga pergi ke Sarawak tidur di sana satu malam.

Aku betul – betul kecewa sangat masa tu, tetapi apakan daya kerana aku telah rujuk pada dia buat kali kedua kembali semula. Aku silap, kenapa cepat sangat percayakan dia, sebab aku fikir anak – anak yang akan membesar tanpa kedua ibu bapa di sisinya.

Aku cuba lupakan hal itu dan aku minta dia berhenti kerja, duduk di rumah jaga anak – anak. Oklah sekejap, dalam dua tahun sahaja, dia sudah mula kata nak buat online daripada duduk rumah tidak buat apa. Aku izinkan, tetapi lama – lama macam – macam alasan diberi sehingga nak hantar sendiri barang itu dan dapat duit lebih. Aku terlalai sekali lagi dengan tingkah lakunya itu lagi.

Bila dah lama kelamaan dia kembali aktif dengan keluar, kadang – kadang tidak bagi tahu; alasan diberi terlupa dan nak cepat. Emosi dan mental aku kembali tidak stabil di atas kelakuan dia pada aku, seolah akan kembali dikhi4nati lagi.

Sejujurnya aku terlalu sayangkan dia sehingga seluruh jiwa raga aku serahkan padanya walaupun perit dan pahit aku telan serta hadap. Lama – kelamaan aku diuji lagi; dia bawa anak – anak keluar rumah apabila aku ada salah faham di antara kami sehingga dia membuat keputusan keluar dari rumah sehingga sekarang minta untuk aku melepaskan dia dengan cara baik buat kali ketiga.

Tetapi aku tidak mahu lepaskan kerana aku tidak sangka dia begitu, sedangkan aku tiada sesiapa lagi di sisi aku waktu ini bila dia khi4nati aku lagi. Korang rasa mental korang sekuat aku tidak kalau ada orang ketiga lagi dalam hidup kau yang tidak habis – habis datang sampai kedua anak aku sedang membesar, tetapi kelakuannya tidak berubah.

Rezeki kami memang susah nak masuk disebabkan banyak sangat rahsia dia pada aku yang dia lakukan di belakang aku selama ini. Aku sampai berhenti kerja bodyguard dengan gaji cukup selesa kerana bagi luang lebih masa dengan keluarga, tetapi hakik4tnya aku dapat yang ini.

Aku sampai mental hampir h4ncur bila hampir sebulan dia tidak pulang ke rumah. Bila aku ajak balik ke rumah dik4takan dia nak tenangkan fikiran atas m4kian yang aku beri pada perg4duhan terdahulu. Kini aku jadi pend3ndam kerana s4kit dikhi4nati lebih s4kit dalam jiwa aku, dan aku bersumpah pada diri aku akan membuat dia tersiksa mer4na serta dengan peny4kit yang berkaitan s3ksual.

Biar badan serta segala miliknya, busuk, memburuk. Ya Allah, aku minta maaf kerana membelakangi Mu andai ia terjadi nanti. Aku dah penat dan emosi aku sehingga kini terganggu dengan dikhi4natinya. Itu lah cerita aku, insan yang kesepian, kosong, mental tidak tahu ke mana arah tuju kini.

Aku seorang suami yang banyak bersabar disebabkan terlalu sayang sangat – sangat pada seseorang yang tidak pernah rasa nak berubah apatah lagi bertaubat. Pada suatu malam yang lebih kritikal, anak sulung aku mula menunjukkan perubahan: dia yang sebelum ini ceria jadi pendiam, kerap terjaga tengah malam dan menjerit dalam tidur.

Tetangga mula bertanya dan gosip tersebar; aku rasa malu. Kami hampir terlewat bayar sewa rumah kerana pendapatan aku sebagai bekas bodyguard hilang dan wang simpanan hampir habis untuk menampung bil dan keperluan anak – anak.

Pernah sekali aku berdepan dengan satu insiden di luar rumah apabila seorang lelaki yang aku syak kerap bersama isteri aku datang menegur dengan nada prov0katif hingga hampir tercetus perg4duhan dan jiran terp4ksa campur tangan. Aku takut bila emosi memuncak nanti boleh berlaku perkara yang lebih buruk.

Aku juga alami tekanan mental yang membuatkan aku hampir lumpuh buat beberapa minggu, susah untuk bangun, susah untuk makan, dan susah nak cakap dengan anak – anak. Aku mula fikirkan langkah kritikal adakah aku perlu dapatkan khidmat kaunseling, buat laporan polis untuk dokumentasi kes kecurangan dan gangguan, atau dapatkan nasihat peguam tentang hak penjagaan anak dan hak harta selepas perceraian yang berulang – ulang?

Aku tidak tahu jawapan tepatnya, cuma aku tahu aku perlu bertindak demi keselamatan mental dan masa depan anak – anak. Sekarang aku dalam dilema besar: bertahan demi anak – anak atau berundur demi keselamatan emosi keluarga. Kadang – kadang aku terfikir untuk dapatkan sokongan keluarga terdekat tapi aku malu untuk menceritakan segala galanya. Aku juga sedar bahawa membiarkan d3ndam dan kata – kata paling gelap dalam hati ini takkan selesaikan apa – apa.

Komen Netizen :

Anonymous participant 288 : Maaf cakap bro, aku faham perasaan kau tapi kau memang silap besar. Patutnya masa kali kedua dia kantoi main tu, kau terus jatuhkan talak tiga. Kali pertama boleh lah nak maafkan, mungkin dia tersilap langkah. Tapi kalau dah kali kedua, ketiga, itu bukan silap lagi — itu memang pilihan dia sendiri.

Anonymous participant 306 : Saya sungguh simpati dengan apa yang terjadi. Allah itu sebaik – baik perancang. Kadang – kadang bila isteri buat per4ngai, suami pula yang baik, dan bila suami buat per4ngai, isteri pula yang sabar. Banyakkan beristighfar dan berdoa mohon pada Allah. Mengadu pada Dia, insya-Allah hati akan diberi ketenangan walaupun sekarang terasa dunia ni gelap. Sabar ya bro, setiap ujian pasti ada hikmah di hujungnya.

Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :
About Hana 5124 Articles
Hana ialah penulis dan editor di Media Cite Heboh yang mengendalikan kandungan komuniti, kisah pembaca dan topik kehidupan seharian. Hana turut menyunting kiriman pembaca dari segi ejaan, tatabahasa dan susunan supaya lebih mudah dibaca sambil mengekalkan maksud asal cerita.