Kami kecewa, tak sangka rahsia arw4h ayah terb0ngkar sewaktu kami sibuk nak kebvmikan ayah

Siapa sangka ketika orang masjid, saud4ra mara dan jiran sibuk nak kebvmikan ayah, wanita ini datang dan mengaku dialah isteri ayah. Oleh kerana kealpaan dan kami kurang bijak, wanita itu menjalankan misinya. Sepantas kilat dia jumpa dan menghantar borang permohanan terhadap pencen ayah.

#Foto sekadar hiasan. Sebenarnya saya tak suka nak campur urusan ibu bapa, tetapi keadaan mem4ksa, jadi saya kena ambil tahu dan ia sem4kin lama di simpan sem4kin meruntun jiwa, kerana ia telah lama terpend4m di jiwa ini. Jadi dengan bercerita di ruangan ini saya dapat tenteramkan hati, terutama kepada emak saya yang benar – benar kecewa setelah ayah meninggaI dunia.

Namun ini bukan bermakna emak kecewa kerana ayah meninggaI dunia, tetapi fikirannya berkecamuk kerana ayah pergi meninggaIkan kami dengan pelbagai masalah yang begitu sukar untuk dijawab apa lagi menyelesaikannya.

Masalah kami bermula setelah ayah meninggaI dunia. Siapa sangka wanita yang bersama – sama emak menghantar ayah ke kubvr adalah isteri ayah. Wanita itu datang bersama anaknya yang masih kecil. Nak terpengsan bila kami diberitahu.

Yelah, siapa sangka ketika orang masjid, saud4ra mara dan jiran sibuk nak kebvmikan ayah, wanita ini datang dan mengaku dialah isteri ayah. Siapa tak terk3jut, bukan sahaja mengucap, malah beristighfar panjang sebab terk3jut, katanya dia baru sampai dari KL dan dia nak sangat tengok ayah.

Peristiwa itu bukan sahaja mengganggu fikiran kami adik beradik, tetapi menjadi bahan cerita tetamu yang datang menziarah dan menghantar jenaz4h ke kubvr. Emak bukan sahaja terk3jut malah kami turut bingung dan kehairanan bercampur geram.

Sebab kami tak pernah tahu ayah pernah kahwin sebelum ini, apa yang kami tahu ayah ceraikan emak setelah 28 tahun berkahwin. Saya tak tahu apa alasan ayah sebenar, tetapi kata emak, ayah mahu bersendirian.

Cuba bayangkan, selama ini ayah memboh0ngi kami sekeluarga. Memanglah berkahwin hak ayah, tetapi mengapa sorok, lebih sedih ketika ayah berkahwin kali kedua ayah belum ceraikan emak. Mereka masih suami isteri.

Memang betul ayah tidak perlu minta kebenaran emak untuk berkahwin lagi, tetapi pemboh0ngan menyusahkan kami adik – beradik hingga kini, terutama bila mengaitkan tentang pencen untuk adik kami yang masih belajar.

Memang ibu tak boleh marah terhadap kejadian ini sebab emak tak ada hak ke atas arw4h kerana emak cuma bekas isteri, sepatutnya isteri barunya lebih berhak. Tetapi masalahnya ketika ayah s4kit siapa yang jaga dan merawat ayah. Emak jaga ayah kerana fikirkan dia ayah kami, oleh kerana kami tak boleh nak jaga ayah sebab saya dan adik – adik ada yang bekerja dan ada masih belajar, tentulah susah nak uruskan ayah.

Tambahan pula ayah sendiri pulang ke rumah kami ketika arw4h s4kit, takkan emak sampai hati tak jaga dan sediakan makan minum ayah. Lagi pun rumah kami ini adalah rumah ayah yang diberikan kepada kami. Jadi mengenangkan dia ayah kami, jasa dan budi ayah selama ini menjadi suaminya, maka emak sanggup jaga ayah ketika dia memerlukan.

Jadi ketika itu mungkin tidak ada siapa pun antara kami yang menduga ayah ada isteri lain. Sebab kalau ada isteri tentu dia tak mahu emak menjaganya terutama ketika dia terIantar s4kit tenat, tentu isteri barunya boleh berkhidmat untuknya.

Apa yang amat menyedihkan kami adik – beradik selepas kem4tian ayah, macam – macam masalah berlaku. Bermula dengan wanita yang mengaku isteri ayah. Tetapi beberapa lama kemudian barulah kami tahu wanita tersebut juga adalah bekas isteri ayah, mereka berkahwin kira – kira 8 tahun selepas itu ayah ceraikannya.

Pendek kata perkahwinan ayah kami tak tahu perceraiannya juga kami tak sedar. Semuanya berlaku dengan penuh rahsia dan penuh tanda tanya dalam benak kami. Sememangnya ayah seorang pendiam dan terlalu banyak berahsia dengan kami begitu juga kepada ibu. Ayah juga tidak berapa suka berbual dengan anak – anak.

Keadaan menjadi lebih teruk apabila ayah seorang anggota beruniform sering bertukar ke tempat kerja demi menjalankan tugas mempertah4nkan negara. Oleh kerana kami masih bersekolah, maka emak jarang ikut ayah, dan ayah tak mahu susahkan kami mengikutnya berpindah. Pendek kata ayah tak suka kami ikut pindah randah, ayah mahu kami duduk dalam satu tempat demi memudahkan kami belajar.

Nak jadikan cerita, oleh kerana kami masih terk3jut dan kebingungan dengan kejadian yang berlaku ketika kem4tian ayah, kami tak tahu apa nak buat terutama kami adik beradik yang besar semuanya perempuan, yang lelaki masih belajar. Emak nak bertanya pada adik – beradik, emak bukan orang tempatan, emak berasal dari negeri lain. Ayah cuma beli rumah di kawasan perumahan tersebut. Jadi nak berbincang bukan mudah, pendek kata kami tak tahu apa nak buat selepas kem4tian ayah.

Oleh kerana kealpaan dan kami kurang bijak, bekas isteri kedua ayah menjalankan misinya. Sepantas kilat dia jumpa dan menghantar borang permohanan terhadap pencen ayah sedangkan dia tahu dia cuma bekas isteri ayah, sama tarafnya dengan emak saya. Tapi dia tak peduli dia tetap buat permohonan ke bahagian pesara tentera.

Kami cuma tahu tindakannya beberapa bulan kemudian ketika menghantar borang dan memohon pencen untuk adik kami yang masih belajar. Ketika itu barulah cerita terb0ngkar. Dia mengaku mempunyai seorang anak angkat.

Di sini saya ingin bertanya apakah taraf anak angkat kepada bahagian pencen tentera. Layakkah dia dapat pencen dari ayah angkat? Apakah taraf anak itu sebenarnya, apakah dia dibinkan dengan nama ayah, sedangkan kita tahu mengikut hukvm Islam anak angkat tidak boleh dibin atau dibintikan kepada ayah angkat? Bolehkan dia membuat tuntutan harta pusaka, dan pencen? Benarkah Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Jabatan pendaftaran membenarkan anak itu dibinkan dengan nama ayah saya?

Pada mulanya, pihak jabatan pencen tentera memberitahu bahawa kami berempat beradik tidak layak dapat duit pencen ayah sebab kami sudah bekerja. Emak juga tidak layak sebab sudah bercerai, namun setelah diberitahu adik masih belajar barulah adik bongsu kami sahaja yang layak tetapi berkongsi dengan anak angkat ayah. Kami amat kecewa.

Setelah memohon duit pencen wanita tersebut buat permohonan melalui mahkamah supaya kami serahkan sebuah kereta yang baru ayah beli dan rumah yang kami duduki sekarang kepadanya. Kami amat sedih, tapi kami serahkan kereta tersebut kepadanya, tambahan pula kereta baru itu masih belum habis bayaran ansurannya.

Tetapi bab memberikan hak ke atas rumah yang kami diami sekarang rasanya ini sudah keterlaluan, sedangkan kami tahu dia ada beli sebuah rumah ketika menjadi isteri ayah, tapi kami tak tuntut pun.

Rumah kami sekarang hampir 20 tahun ayah beli. Bila ayah meninggaI pihak insuran perumahan kerajaan membebaskan rumah tersebut daripada kami membayar ansurannya.

Setelah berbincang anak – beranak, kami berusaha pertahankan rumah ini, sebab inilah sahaja harta ayah yang kami ada. Kami berusaha menghubungi Jabatan Perumahan Kerajaan untuk mencari bukti tentang hak kami. Jika rumah ini pun dia hendak ambil di mana kami adik beradik nak tinggal? Ini memang tak adil. Di mana hak kami? Sudahlah kami tidak berhak ke atas duit simpanan ayah dalam bank.

Sebenarnya bekas isteri ayah ini seorang ibu tunggal anak tiga sebelum berkahwin dengan ayah. Dia diceraikan dua tahun sebelum ayah meninggaI. Tarafnya sama seperti emak.

Kesimpulannya kami adik – beradik kecewa dengan sikap ayah yang penuh rahsia selama ini. Pemergiannya meninggaIkan kami dengan pelbagai masalah untuk kami tanggung sebab kami tidak arif dalam membuat tuntutan bertindih seperti ini.