Kawan baik aku hanya ada SPM tapi ada gelang emas besar, kereta baru. Aku cemburu

Masa aku dapat masuk U, Haryana belikan baldi, berus kain, tuala, sudu, segala macam mak nenek. Tapi bila aku masuk U, aku jadi lupa diri sebab dia tak berpendidikan. Dia selalu bagi aku duit tapi aku rasa macam dia perIi. Sehingalah selepas aku habis belajar dan berkahwin, aku jumpa dia..

#Foto sekadar hiasan. Aku ada kawan baik sejak di zaman persekolahan. Nama dia Haryana. Pergi dan balik sekolah selalu bersama. Habis sekolah menengah, dia pilih untuk bekerja. Aku duduk di rumah goyang kaki, tunggu tawaran tingkatan enam.

Aku teringin juga mahu bekerja. Tambah – tambah duit poket. Tapi ibu ayah menegah. Aku jadi penganggur terhormat. Tidur atas katil empuk, bangun tengahari. Nikm4ti cuti sepuasnya. Macam tuan puteri.

Haryana pula bangun awal pagi. Siapkan makan minum untuk ibunya yang Iumpuh. Hantarkan adiknya ke sekolah. Basuh sidai kain baju. Bersiap ke tempat kerja. Kerja siang sampai malam. Beza hidup dia dengan aku.

Baru hari ini aku rasa kagum dengan peng0rbanannya di usia semuda itu. Mungkin baru hari ini aku m4tang dan terbuka mata hati. Beban yang ditanggung di usia 18 tahun. Usia kami sama, tapi cerita kami berbeza.

Keputvsan SPM diumumkan. Dia dapat 6A. Hebat kan? Bagi aku hebat. Dia gifted. Sungguh, dia jarang – jarang buat kerja rumah yang diarahkan guru. Buku nota juga hampir tidak pernah wujud. Dari tingkatan empat sampai lima, buku nota biologi, aku tidak pernah nampak. Tapi dia dapat A biologi.

Aku? Aku siang malam salin nota, kadang – kadang exam pun bawa toyoI. Aku dapat 2A saja. Aku mula rasa tergugat. Aku dapat tawaran form 6. Sama juga seperti Haryana. Bidang sama, sekolah yang sama. Tapi dia menolak.

Dia pilih untuk terus bekerja. Aku rasa geram juga. Aku rasa dia bagaikan tidak memikirkan masa hadapan. Nasihat aku bagai mencurah air ke daun keladi. Hubungan kami mulai renggang bila aku kembali bersekolah. Aku sibuk. Dia juga sibuk bekerja.

Sekali sekala dia ajak aku berjumpa bila ada masa terluang. Aku cebikkan mulut tanda enggan. Aku lebih suka habiskan masa cuti dengan rakan sekelas. Masa depan lebih cerah, lebih berpendidikan. Kononnya.

Lama aku tak jumpa dia. Walhal rumah kami cuma selang sebuah. Sampai suatu pagi, dia datang rumah aku. Mak k3jutkan aku daripada lena. Haryana datang, katanya. Aku keluar dalam keadaan mamai. Haryana di muka pintu tersenyum, manis.

Di tangannya ada sebuah kotak. Dia hulurkan pada aku, Happy Birthday!! Teriaknya. Aku terk3jut. Bercampur terharu. Ditambah rasa bersalah yang membuak. Apa tidaknya. Hari lahir Haryana sudah berlalu seminggu lepas.

Aku langsung tidak mengucap walau sepatah ayat, malah aku terlupa juga. Tapi hari lahirku, dia buat k3jutan. Susah payah dia balut cantik – cantik kotak hadiah untukku. Aku, kawan baiknya sejak sekolah. Aku yang cepat sangat lupa diri mungkin.

Aku rasa sebak. Berinci – inci rasa bersalah meng0ngkong hati aku. Air mata aku mahu jatuh bertalu. Aku empang cermat – cermat. Aku cakap terima kasih. Dia cakap, takda hal lah. Dia peIuk aku, lama. Dan dia berlalu pulang.

Aku mula terimbau susah senang kami bersama. Aku mula teringat moment sedih dan gembira sejak di sekolah rendah. Aku sebak. Aku terima tawaran ke universiti tersohor di Malaysia. Aku teringat masa tu.

Haryana belikan kelengkapan aku ke universiti. Baldi. Berus kain. Tuala. Sudu. Mangkuk. Gelas. Segala macam mak nenek. Tanda dia bahagia dan tumpang berbangga dengan pencapaian aku. Aku teringat pagi sebelum aku berangkat ke mahligai gading.

Dia datang bertemu aku. Dia dah siap berbaju kerja. Pakai stokin, tapi cuma berselipar. Dia berjalan pantas saat ayah masih memuatkan barang aku di dalam kereta. Dia tersenyum lega barang pemberiannya aku angkut juga ke sana.

Dia peIuk aku lama. Dia pesan belajar betul – betul. Dia tak mampu tahan air mata di pipi. Aku kira itu air mata gembira aku berjaya ke universiti. Impian semua orang. Siapa tahu, itu air mata pilu bahawa dia juga mahu ke sana.

Siapa tahu. Dia dan Allah saja tahu. Dia sumbat dalam tas tangan aku, angpow raya. Ada surat, tulisan tangannya. Ada note RM50.00, dua keping. Tak sempat aku mahu menolak dia berlalu pulang. Suratnya aku baca di atas katil sesampainya aku ke universiti.

Tulisan tangannya indah berseni. Berbunga – bunga. Hatiku dirent4p sayu. Dia throwback masa kami kecil, kami panjat pokok. Makan meggi atas pokok. Kami balik sekolah, jalan kaki. Kami ke sekolah agama bermain kejar – kejar di petang hari.

Aku kesat air mata dengan hujung jari. Satu saja pintanya. Semoga aku tidak melupakannya. Aku di universiti, belajar. Dia di kampung, bekerja. Dia buat k3jutan padaku. Tiba – tiba dia sampai di depan mataku. Dia luangkan cuti bersamaku.

Hatiku di usik cemburu. Dia sudah beli kereta. Sekali sekala dia kirimkan aku duit semasa aku belajar. Dia anggap aku macam adik. Macam d4rah daging. Apa – apa yang diberi ikhlas, hatinya luhur. Tapi masa tu aku rasa terpukuI.

Aku rasa apa yang dia bagi, dia bantu semacam perIian. Untuk membuktikan kehidupannya lebih berjaya daripada aku yang masih belajar. Padahal pemberiannya tidak bermaksud begitu. Aku saja yang terlalu pesimis.

Aku yang prejud1s. Aku terlalu berbangga dengan geIaran siswa siswi. Aku yang terlalu mengagungkan ijazah yang aku ada. Aku semacam terkena k3jutan budaya bila menginjak ke universiti. Manakan tidak. Selama ini terperuk di kampung.

Bila keluar ke bandar, aku mula bersosiaI. Cuti travel bersama kawan. Bergaya, beli baju seluar berjenama. Orang ber4k besar, aku pun mahu berIawan. Sudahnya hujung bulan telefon Haryana. Minta pinjam duit sedikit.

Tebal sikit muka. Dia cemas tahu aku tiada duit. Alasan aku assignment semua pakai duit. Padahal, sakan aku berjimba mer0nggeng, dengan kawan universiti. Ya, kawan yang berpendidikan tinggi, setaraf denganku. Tapi bila susah, telefon juga kawan yang kerja entah apa – apa itu. Haha. Aku ketawakan diri sekarang.

Aku tamat pengajian beberapa tahun berikutnya. GeIaran fresh graduate semacam sump4han. Bila memohon kerja di mana – mana yang dipinta adalah pengalaman. Mana nak datang pengalaman, aku ini baru keluar universiti.

Ya, benar. Bukanlah mudah mahu mendapat kerja di bahagian yang diimpikan, apatah lagi mendapat kerja di dalam bidang yang dipelajari. Aku jadi penganggur bulan – bulan awal bergeIar graduan. Sebelum memohon kerja di kilang selepas rasa tidak berguna jadi penganggur di usia 20 an.

Aku mula rasa putvs asa. Apa nak dik4ta. Hidup harus diteruskan. Haryana pula sementara aku belajar, dia sudah dapat kerja lain. Kerja dengan syarik4t bekalan elektrik terkemuka di Malaysia. Sudah berkahwin, di tahun akhir aku belajar di universiti.

Hati aku terusik. Rumahnya. Dia sudah beli rumah. Waktu aku masih terkial – kial mahu membentuk kerjaya. Dia berkahwin, suaminya kacak. Macam aktor indonesia, Herjunot Ali. Siapa kenal? Ya, irasnya begitu. Dia dilamar anggota polis itu semasa bekerja.

Eloklah, dua – dua kerjaya ada masa depan. Aku tak kata salah belajar. Yang mana sedang belajar, teruskan. Yang mahu sambung, silakan. Tahniah aku ucapkan. Yang salah, bila kita underestimate kawan – kawan kita yang tidak belajar tinggi.

Kawan – kawan yang bekerja atas alasan tertentu. Sebab hidup ini, hebat dan berjaya bukan diukur daripada tinggi mana kita belajar. Jangan mudah menghakimi orang, siapa tahu hidup di kemudian hari. Haryana sendiri bukan tidak layak untuk belajar tinggi.

Cuma waktu itu kesihatan ibunya, Iumpuh. Siapa mahu menjaga kalau dia jauh? Mulia hati dia. Dunia akan layan kita, sama macam kita layan orang sekeliIing kita. Untuk apa yang dia miliki hari ini sebenarnya tidak cukup untuk membayar p3rit jerih peng0rbanan yang pernah dilakukannya untuk keluarga, untuk aku.

Hatinya lurus, putih suci. Aku sendiri tidak tahu perlu mula dari mana untuk membaIas satu – satu jasa baiknya. Bila sudah berkeluarga, aku faham. Keluarga menjadi keutamaan. Suaminya, anaknya. Aku kagum bila tonton video di laman facebooknya, anaknya fasih berbahasa Inggeris.

Sudah tentulah Haryana ajar. Aku tumpang bahagia. Aku kahwin dua tahun lepas. Dengan kawan sekuliah. Dia mengajar di sebuah sekolah agama. Aku fikir hidup akan bahagia bila menikahi orang yang ilmu agamanya tinggi.

Tapi aku salah. Selepas bersalinkan anak sulung, hidup mula diselimuti d3rita. Suami aku tidak mahu pindah keluar, mahu tinggal terus dengan ibunya. Ibu mertua aku itu pula menganggap aku bagaikan per4mpas, aku mer4mpas anak tunggalnya.

Hidupku yang selama ini mewah selama dibesarkan oleh ibu bapaku tiba – tiba daif selepas mendirikan rumah tangga. Aku berhenti kerja, fokus jaga anak di rumah. Sementara suami cari rezeki. Tapi aku tidak mampu bertahan lama apabila ibu mertua melayan aku semacam h4mba apabila anaknya tiada di rumah.

Makan minumku dicatu. Kerja di rumah, membasuh menyapu semua aku lakukan. Aku rasa macam babu, bila bilik tidur ibu mertuaku juga aku yang harus kemaskan. Duit belanja juga jarang diberi oleh suami, alasannya semua kelengkapan sudah cukup.

Sudahnya, aku minta pulang ke rumah ibu bapa aku. Sayu hati mereka, melihat tubuh kurus kering aku. Dan begitulah aku sampai kini, meneruskan fasa – fasa perceraian. Aku khabarkan berita duka pada Haryana. Dia datang berjumpa aku.

Tanpa kata, dia dakap tubuh aku. Kalau selalu dia menangis. Kali ini, aku dulu teresak pilu atas bahunya. Menangis sepuas hati melepas segala bisa. Barulah aku sedar. Tak guna kawan ramai. Bila susah bila sedih semua lari.

Baik ada kawan sedikit, tapi bila kecewa mereka boleh pinjamkan bahu. Wawa, sabar wawa. Bisiknya di telingaku. Aku lihat air matanya tumpah, di pipi putihnya. Aku melirik perutnya. Berisi lagi, untuk kali keduanya. Aku lirik lengannya.

Besar sungguh gelangnya. Aku hantar dia ke kereta, kereta baru. Jenama luar negara. Bukan soal siapa kaya, siapa belajar tinggi. Siapa rajin kerja, siapa ada ijazah. Bukan. Ini soal rezeki kita rahsia Allah. Rezeki aku, dapat sambung belajar tinggi.

Dapat genggam segulung ijazah. Tapi susah nak cari kerja, dapat suami j0doh tak panjang. Rezeki Haryana bekerja, dapat j0doh baik. Dapat pakai kereta elok, gelang elok. Tapi tak berpeluang belajar tinggi dulu.

Orang cuma nampak kita bila kita dah berjaya.. Bila kita ada semua. Orang tak tahu, macamana siksa kita semasa susah. Kan? Teruskan buat apa yang terbaik. Pedulikan apa orang nak kata. Sebab susah ke senang ke kita ni, orang cuma boleh mengata.

Bila lapar, kita juga yang kena beli beras. Bila s4kit, kita sendiri yang kena beli ubat. Orang cuma mampu mengata. Yang sedang belajar tinggi, tahniah. Yang sedang bekerja pun, tahniah. Jangan pernah rasa rendah diri dengan kawan yang belajar tinggi. Semuanya bermula dengan hati. Minta yang baik – baik. In sha Allah Dia hadirkan yang terbaik untuk kita. – Wawa

Komen Warganet :

Maryam Al Ameen : Subhanallah, sahabat yang hebat. Tak mengapa wawa, yang lepas jadikan pengajaran kita. Allah kasih pada wawa jadi didatangkan pengajaran untuk orang yang mau berfikir. Sahabat yang baik pun rezeki. Semoga wawa kuat macam haryana.

Aisyah Ahmad : Tahniah confessor sebab berjaya belajar dari pengalaman walaupun yang dah lama berlalu. Pengalamanlah guru paling berkesan untuk yang mahu mengambil pengajaran. Semoga semuanya mem4tangkan confessor dan kuat bangkit menjadi insan yang berbudi kepada orang lain, walaupun sekadar menyumbang sebuah baldi.

Kamal Halim : Dear confessor, penulisan yang sangat menarik dan cerita yang sangat bermakna dan penuh pengajaran. Semoga confessor tabah mengh4rungi sisa – sisa hidup bersama keluarga tercinta. Yang penting sentiasa beringat ujian / dugaan sentiasa ada untuk h4mba – h4mba Nya. Kita kena redha walau apa pun berlaku. All the best in the future dan jangan cepat mengalah.

Norizan Mamat : Salam, suka makcik baca pengalaman begini. Dugaan kita mem4tangkan kita. Melihat hidup dengan cara lebih positif. Jika orang tidak pernah diuji Allah, dia melihat semua perkara berg4ntung pada tindakannya.

Sedangkan, ada perkara di luar kawalan kita. Apapun, kita mesti tabah utk terus hidup. Semoga wawa bahagia.

Dyana Md Noor : Lepas ni jangan ada buruk hati ke sangka lagi kat kawan baik tu yer. Dia betul – betul namanya sahabat dunia akhir4t. Susah nak cari tu. Smoga pengalaman mem4tangkan awak yer wawa.

Tak semua orang belajar tinggi – tinggi dapat keje yang bagus. Kadang – kadang takat SPM pun rezekinya alhamdullilah. Jangan menilai orang dari luar. Kita tak tau rezeki, rahsia Allah tu.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.