
Bapa saya bercerai pada usia saya 14 tahun dan tiba-tiba status saya pula anak tidak sah taraf. Kami adik beradik tinggal dengan bapa selama 2 tahun, tahun ketiga saya lari rumah sebab tak tahan dengan layanan mak tiri. Saya nekad lari meninggalkan adik-adik. Maafkan kakak, kakak pentingkan diri..
#Foto sekadar hiasan / AI. Salam semua. Nama saya Irene. Umur saya 29 tahun, saya kerja sebagai cikgu. Saya tengah serabut dan tak tahu nak luah dekat siapa. Nak cerita dekat orang pun saya takut terbuka aib mama dengan bapa.
Saya bertunang bulan Februari lepas. Lepas bertunang, baru saya dapat tahu satu rahsia pasal diri saya. Rupanya saya anak tak sah taraf. Masa tengah taip ni pun saya masih menangis. Saya dah cuba terima, tapi sampai sekarang masih susah.
Seminggu lebih saya murung lepas dapat tahu hal tu. Nak senyum pun tak mampu. Pagi malam saya menangis. Nak makan kena paksa diri, tengah tidur pun selalu terkejut. Saya sampai tanya Tuhan, kenapa saya? Masa saya umur 14 tahun, mama dengan bapa bercerai.
Sekarang baru saya tahu pula pasal status saya. Masa tu saya rasa baik saya mati je. Dalam keadaan macam tu, saya sampai rasa macam saya boleh faham orang yang pilih untuk gugurkan kandungan. Dalam fikiran saya masa tu, kesian dekat anak kalau dah lahir nanti dia pula yang kena tanggung semua ni. Maaf sebab saya pernah terfikir macam tu.
Syukur, keadaan saya yang murung tu beransur reda lepas seminggu lebih. Tunang saya banyak pujuk saya. Dia minta saya cuba jangan terlalu fikir sebab semua yang jadi ni bukan salah saya. Saya tahu perceraian mama dengan bapa bukan salah saya. Status saya pun bukan salah saya.
Cuma yang saya susah nak terima, kenapa saya pula yang kena tanggung? Bila saya tanya bapa pasal ni, sikit pun dia tak nampak rasa bersalah. Minta maaf dekat saya pun tak, sedangkan saya yang kena hidup dengan status ni sampai bila-bila.
Bapa suruh saya terima takdir. Katanya mama tak patut ungkit hal ni. Dia siap cadang nak pura-pura jadi wali masa akad nanti supaya bakal suami dengan keluarga dia tak tahu. Saya tak setuju. Lelaki yang saya pilih nak buat suami berhak tahu.
Keluarga dia pun boleh tahu masa akad nanti siapa yang jadi wali saya. Sebab hal ni, saya dengan bapa bergaduh besar. Satu lagi yang bapa tak puas hati, dia tak setuju mama uruskan majlis dengan duit hantaran saya. Dah tiga kali saya cuba cakap elok-elok dengan bapa.
Saya minta kali ni dia mengalah, biarlah mama yang uruskan duit hantaran tu. Bapa tetap tak nak. Dia ungkit balik cerita dia bercerai dengan mama, padahal benda tu berpunca daripada kesilapan dia sendiri. Saya masih ingat dulu saya sampai merayu dekat kaki bapa, minta dia jangan ceraikan mama.
Lepas kami bergaduh tu, bapa terus block saya. Semua group family pun dia keluarkan saya. Adik saya yang bagitahu, lepas tu isteri baru bapa pula mengamuk dalam group. Dia tanya apa jasa kami dekat bapa. Saya terkilan bila dia cakap macam tu.
Selama ni bapa sendiri banyak abaikan tanggungjawab dia dekat kami adik-beradik. Tapi bila bab balas jasa, itu pula yang diorang persoalkan. Sejak kejadian tu, saya dah tak berhubung dengan bapa. Kami sebenarnya kerja dekat tempat yang sama.
Bapa pekerja am dekat sekolah tempat saya mengajar. Ada masanya kami berselisih, tapi saya tak tegur dia. Saya masih sedih dan kecewa dengan sikap bapa. Selama ni kalau saya buat salah atau terjawab cakap dia, saya yang pergi minta maaf.
Tapi kali ni, bila nampak muka bapa, saya langsung tak tahu nak cakap apa. Sepatah pun tak keluar, apatah lagi nak minta maaf. Saya penat dah nak menangis dan minta ampun macam dulu. Sejak sekolah sampai sekarang, selalunya sayalah yang mengalah.
Kadang-kadang saya tahu saya tak salah pun, saya minta maaf juga sebab dia bapa saya. Orang sekeliling nasihatkan saya supaya berbaik dengan bapa. Saya nak kahwin hujung bulan Jun ni. Dah makin dekat tarikh nikah pun kami masih tak bertegur.
Saya memang nak berbaik, cuma hati saya dah tawar sangat. Bila jumpa bapa, saya tak mampu nak mulakan cakap. Orang tak tahu apa yang saya lalui lepas mama dengan bapa bercerai. Banyak benda saya kena hadap sendiri.
Bapa sibuk dengan hidup baru dia, mama pula tengah bawa hati. Empat tahun saya belajar dekat universiti, sekali je bapa pernah hulur duit. Masa awal sem pertama, kalau tak silap saya RM100. Lepas tu satu sen pun dia tak pernah bagi lagi. Syukurlah saya masih ada mama.
Lepas mama dengan bapa bercerai dulu, dua tahun saya tinggal dengan bapa. Masuk tahun ketiga, saya lari dari rumah. Saya dah tak tahan dengan cara mak tiri layan saya. Dia selalu marah, tengking dan hina saya. Yang paling saya tak tahan, dia dengan bapa selalu cakap, “Kalau tak suka sini, lari.”
Kalau saya buat salah, mak tiri tak bagi duit belanja sekolah. Gaji bapa memang dia yang pegang. Dekat rumah pula, kami adik-beradik yang kena mengemas dan memasak. Bapa tahu macam mana kami kena layan, tapi dia tak pernah pertahankan saya dengan adik-adik. Akhirnya saya lari, adik-adik saya tinggal dekat situ.
Maafkan kakak. Masa tu kakak pentingkan diri.
Kalau nak cerita satu-satu, memang banyak benda pahit antara saya dengan bapa. Selama ni saya telan je dan saya maafkan dia. Sebab tu hubungan kami masih baik sampailah kami bergaduh lepas saya bertunang. Bapa salahkan tunang saya.
Dia ingat tunang saya yang hasut saya. Yalah, selama ni kalau bergaduh, saya juga yang mengalah. Kali ni je saya tak ikut cakap dia. Kesian tunang saya. Masa nak bertunang hari tu, pilih tempat pun keluarga saya boleh bergaduh.
Bapa nak buat dekat rumah dia. Mama tak setuju sebab masa adik saya bertunang dulu dah buat dekat rumah bapa. Sudahnya saya sewa ruang kedai untuk buat majlis tunang. Lepas bertunang pun hal keluarga saya tak selesai.
Yang bapa paling marah, dia tak dapat pegang duit hantaran dan uruskan majlis. Cadangan dia nak pura-pura jadi wali tu pun saya tak setuju. Saya cuba pekakkan telinga bila orang kata saya anak jahat, tak kenang jasa. Tapi dalam hati, saya tetap rasa bersalah.
Update lepas kahwin. Luahan dekat atas tu saya tulis sebelum saya nikah. Sekarang saya dah kahwin. Alhamdulillah, majlis saya berjalan lancar. Saya bernikah dengan berwalikan wali raja atas arahan mahkamah. Hubungan saya dengan bapa pula masih macam tu juga.
Bila nampak dia, nak senyum pun saya tak mampu, apatah lagi nak tegur. Saya makin kecewa sebab bapa langsung tak datang majlis kahwin saya. Suami saya dah mesej bapa bagitahu tarikh kami nikah. Bapa baca je, tak balas. Sebelum tu pun suami pernah ajak dia jumpa untuk bincang elok-elok.
Mesej tu pun bapa biarkan bluetick je. Kalau korang di tempat saya, apa yang korang akan buat? Tolong doakan semoga Allah permudahkan urusan dan rezeki saya, ya. – Irene (bukan nama sebenar)
Komen netizen :
Munirah Mokhtar : Dia bukan bapa awak. Tolong pasakkan dalam kepala. Dalam Islam anak tak sah taraf tiada sebarang hubungan persaud4raan dengan bapa biologi. Jadi buang terus dia dalam kamus hidup awak. Anggap je macam org asing. You owe him nothing so why would you care? Move on.
Jiha Jessica : Bagi saya buat tak tahu. Doa je untuk ibu bapa senang. Nanti kalau bapa awak s4kit awak melawat. Dah titik. Saya pernah tegur bapa saya cakap elok – elok dekat orang dan dia nak tumbvk saya dan t4mpar. Last – last dia kemaIangan sampai kereta total loss. Jujur cakap bila kita cakap elok – elok dengan mak bapa but mak bapa s4kitkn hati anak – anak. Allah pon bagi baIasan dan kifarah. Di sini buat terbaik sebagai anak – anak dan follow je eg0 bapa awak.
Apa kata anda? Hantar kisah anda di sini
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.