Lepas arw4h suami disahkan s4kit k4nser otak pun saya masih lagi layan dia dengan teruk. Kini saya rasa kehilangan

Saya penat dengan kena kerja, balik rumah jaga anak, nak jaga suami yang s4kit. Saya jadi tak ikhlas. Bila 5 – 6 kali cek dengan doktor baru tahu yang suami mengidap k4nser otak. Masa dia s4kit saya selalu mengungkit. Selalu marah – marah tapi dia senyap je. Saya sedar saya d0sa tapi saya tak larat nak jaga. Tak macam waktu sihat sikapnya baran sikit. 

#Foto sekadar hiasan. Hai admin, kalau sudi siarkan ya. Saya cuma nak meluahkan kisah hati. Bila baca kisah orang lain banyak komplen pasal pasangan masing – masing. Dulu saya pun begitu. Selalu komplen pasal suami saya. Perkahwinan kami hanya bertahan 3 tahun je. Dari mula – mula kahwin dia s4kit. Tak boleh jalan. Kaki masuk besi. Tapi saya tetap ada untuk dia. Saya ikhlaskan semuanya. Setahun kemudian dia dah sihat, dia kerja sebagai pemandu lori. Hidup kami ada perubahan. Dari menyewa bilik dah boleh tinggal rumah sewa. Ada kereta. ada motor.

Bila masuk tahun ke-3 kepala dia pulak s4kit. Saya diuji lagi. Pening munt4h, makan pun tak lalu, tidur tak lena. Kali ni saya tak boleh nak ikhlas. Saya penat bila balik kerja. Balik nak masak lagi, basuh kain dengan anak umur setahun yang aktif terkejar – kejar buat keje rumah seorang diri. Nak jaga suami lagi. Perangai dia jadi macam budak – budak. Kejap ingat kejap lupa, kenc1ng tak cakap, sampai meIimpah dekat lantai walaupun saya dah bagi botol. Bila tanya dia cakap anak yang kencing. Cakap pun mengarut je.

Masa dia s4kit kali ni saya selalu mengungkit. Selalu marah – marah tapi dia senyap je. Saya sedar saya d0sa tapi saya tak larat nak jaga. Tak macam waktu sihat sikapnya baran sikit. Sekali saya angin. Dia berganda – ganda boleh naik angin. Tapi dengan anak dia sangat penyayang. Anak pun manja dengan dia. Saya tak tahu dia s4kit ape. 5-6 kali pergi check doktor baru dapat detect dia kena k4nser otak. Menangis saya terima khabar ni. Tapi bila dia admit ward, saya masih layan dia teruk. Marah – marah cakap lepas. Buat dia terasa hati. Hampir 3 minggu dalam ward kami asyik g4duh.

Saya jadi serabut sebab tak boleh kerja, macam mana nak ada duit. Dah la dia s4kit tak boleh kerja. Tapi dalam ward dia macam tak s4kit sebab ubat cukup. Selera makan naik. Tak cukup yang hospitaI sediakan beli lagi dekat kantin. Dia cakap asyik lapar. Lepas buang besi kat kaki sebab nak MRI otak, kaki dia kena jangkitan kuman pula. Tak sempat pun nk 0perate otak. Jangkitan merebak ke paru – paru. Dia pergi meng3jut seminggu sebelum Raya Haji tahun lepas.

Patutlah dia asyik cakap nak balik kampung masa Raya Haji. Allahu Rabbi. Seburuk – buruk suami, dia ayah kepada anak saya. Bila dia tak ada rasa kehilangan sangat – sangat. Bukan tak redha, tapi kenapa saya yang diuji. Baru saya rasa, kehiIangan tu buat kita akan hargai orang tu. Tapi apakan daya. Kuasa Tuhan tak ada siapa boleh menidakkan. Saya redha. Kepada semua pembaca, hargailah pasangan selagi dia masih bernafas. Saya rindukan arw4h suami. Mohon doakan untuk arw4h suami.

اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ

Allahummaghfirlahu warhamhu wa’afihi wa’fu’anhu

Komen Warganet :

Permata Cahaya : Innalillah.. semoga suami puan ditempatkn di kalangan orang yang beriman.. puan sabar ya.. mungkin ini ujian puan.. puan kena kuat untuk anak puan.. memang cakap senang dari buat. tapi nak buat macam mana.. Allah lebih sayang dia..

Ani Anita : Lumrah dalam kehidupan begitulah… kita diuji sebab Allah tau kita kuat… diuji dengan s4kit diuji dengan kehiIangan… saya dah melalui semua fasa tu… hanya yang pernah melaluinya yang benar – benar faham bagaimana perasaannyakan… harap awak bersabar… Alfatihah buat arw4h semoga arw4h suami awak ditempatkan di kalangan para solihin.

Rizal Rodzuan : Hadiah terbaik yang dapat puan beri kepada arwah adalah doa anak yang soleh, so didik anak puan supaya ingat dan sayang ayahnya dan banyakkan doa kepadanya, didik jadi anak yang soleh kalau boleh hafiz alquran. Dan puan banyak beristighfar dan doa supaya Allah ampunkan puan, bukan hak manusia untuk tentukan. Semoga puan dan keluarga dirahm4ti Allah swt.

Rozita Amin : Innalillahiwainnajirojiun. Al-Fatihah. Moga adik kuat dan sabar. Lumrah kehidupan memang benarnya saat kita di uji sebab ALLAH tahu kita kuat. Kadang – kadang kita pun bagi nasihat sebagai sahabat.. Tapi bila kita yang merasai kita akan tahu bagaimana erti sabar yang sebenar. WallahuAklam.

Mastura Zainudin : Salam takziah sis, aku kira dalam kes ko nie, ko yang tak tahan ujian. Bukan tujuan kecam tapi ini memang hakikat hidup. Kalau singgah kat batang hidung sendiri pun mungkin aku rasa str3ss juga. Kali pertama arw4h suami sis s4kit sis mungkin masih boleh handIe sebab baru kahwin, belum ada anak. Allah beri dug4an lebih berat. Sis, Allah beri ujian sebab nak tengok hati kita. Tengok macam kita handIe, buat pilihan. Nak beri kita lebih pahala, dewasakan kita, kuatkan lagi ik4tan.

Saya fikir arw4h suami sis faham dan maafkan sis. Akak penah lalui lagi susah, walaupun bekas suami tak s4kit tapi kena handIe 4 anak dan jadi tunggak keluarga. Sis marah – marah dan str3ss sebab penat dan kepala penuh serabut. Kurang pengalaman macam mana nak handIe dan kecewa dengan takdir. Istighfar sis, ingatlah satu perkara, semua atas dunia ni hanyalah ujian. Hidup hakiki yang dekat sana. Allah pinjamkan sis suami sekejap, ingat juga dia juga diuji.

Kalau ada perangai negatif dia, pujuk hati, yang dia lebih kecewa, marah, rendah diri dan sedih melihat sis sorang – sorang jadi tunggak keluarga. Sedih saya baca kisah sis, berat dug4an sis. Moga sis tak menyalahkan diri dan menyesali dengan segala perbuatan serta kata negatif sis semasa hayat arw4h, kita bukan mala1kat. Manusia yang tipis sabarnya ketika penat, penat tubuh badan penat kat otak, hampir patah semangat.

Moga Allah ketemukan sis sekeluarga di akhir4t nanti dan semoga Allah memberkati hidup sis dan anak. Semoga sis terus tabah dan bertambah tabah dan cekal hadapi kehidupan. Ingat, Allah dah janji kalau kita berusaha dan doa Allah akan baIas setiap kebaikan. Disebalik hujan r1but, ada pelangi. Sesudah malam gelap ada cahaya siang mentari. Terima kasih juga atas nasihat sis. Saya setuju.