
Isteri mengadu, kekasih aku ada kacau dia, aku tak percaya. Bagi aku kekasih aku sempurna, isteri aku membosankan. Isteri selalu lesu atas katil. Bandingkan dengan kekasih aku tu, melayan aku sepenuh hati. Sehinggalah satu hari, aku tengok FB isteri aku, ramai lelaki…
#Foto sekadar hiasan. Salam admin, minta hide Facebook. W4rga FB, jadikan ni teladan untuk awak semua terutama lelaki bergelar suami. Aku seorang suami, bapa kepada 4 orang anak yang comel. Bekerja dalam badan beruniform. Umur hampir 40 tahun. Masih beberapa tahun lagi.
Isteri aku muda 7 tahun daripada aku. Dan dia bukan menantu pilihan. Awal – awal lagi ibu bapa tak suka. Tapi aku kahwin juga. Jadi, ibu bapa terp4ksa terima dan tunjuk mesra juga dengan dia. Tapi dia agak kekok. Dia ada mengadu mak aku dan ayah aku cakap macam – macam dekat dia bila duduk berdua.
Tapi aku buat tak tahu. Dan abaikan. Suruh dia jangan peduli. Tapi aku silap, benda tu yang jadi kudis dan lama – lama bern4nah. Lepas bersalinkan anak ketiga, isteri kurang layan aku. Ya aku tahu, dia bersalin dengan komplikasi hinggakan wayar berselirat pada badan dia.
Tapi aku ni suami yang b0doh. Tak tahu nak cari ubat – ubat untuk isteri makan untuk kembali bertenaga. Aku masa tu sibuk melayan perempuan lain. Biasalah lelaki, layan saja bila ada yang melayan juga. Tapi itu lah yang jadi masalah besar dalam hidup aku.
Sejak isteri tak bertenaga, aku makan luar. Isteri aku tak tahu. Aku kerap keluar malam jumpa dengan macam – macam perempuan terutama perempuan tu tadi. Lama kelamaan, aku jatuh cinta dekat perempuan tu. Menjadi kesilapan aku, menceritakan keburukan isteri bila berg4duh.
Dan bila ibu bapa tahu aku dengan perempuan tu, ibu bapa setuju dan gembira. Bila jadi macam tu, lagi besarlah kepala aku. Aku abaikan isteri, walaupun isteri tengah mengandung, aku abaikan anak – anak aku. Isteri? Buat muka. Dan kadang – kadang lagi tak layan aku.
Tapi aku tak kisah, sebab perempuan tu ada dekat luar. Dia sedia layan aku. Sampailah satu saat isteri beritahu perempuan tu mesej macam – macam. Tapi aku sikit pun tak percaya. Tak mungkin perempuan aku yang pendiam, tak bergaul tu nak mesej isteri.
Nak beritahu bukan – bukan dan beritahu macam – macam. Aku tetap salahkan isteri. Bagi aku kekasih aku tu sempurna cuma isteri aku selalu curiga dan syak aku. Selalu persoalkan tanggungjawab aku sebagai suami. Aku rasa bosan. Dan dia lesu atas katil. Bandingkan dengan kekasih aku tu, melayan aku sepenuh hati.
Isteri aku mungkin taw4r hati tambah lagi bila aku bandingkan hal atas katil antara dia dan kekasih aku. Dia banyak diam kan diri, anak – anak pun macam makin menjauh. Aku tak kisah, aku perIukan kekasih aku tu je. Bermula daripada tu, kerjaya aku kelam, hutang bertambah, hidup aku lintang pukang, isteri dan anak – anak tinggalkan aku.
Aku tak boleh bekerja langsung. Aku sayangkan kekasih aku, tapi aku tak tahu kenapa aku rasa dunia aku kelam bila isteri dan anak – anak tak ada. Tapi ego lelaki. Aku tak pujuk, tak cari. Aku makin jauh daripada agama dan hidup dalam dunia maksi4t.
Entah macam mana, mungkin isteri tak berhenti mendoakan aku, hati aku terdetik nak bertanyakan kepada seorang ustaz. Aku menceritakan masalah aku, kewangan aku, hati aku yang hilang. Ini yang aku dapat. Jagalah solat, jika solat terjaga pasti maksi4t tak akan berani hampiri.
Kawallah nafsu, jangan nak berkenalan, nak mengimbas kembali dengan kawan – kawan lama, satu kampung ke, satu sekolah ke, jangan jika ianya memud4ratkan. Bertanggungjawablah pada anak dan isteri, nescaya pintu rezeki terbuka.
Isteri ni lembut dan manja. Semarah dan sebenci mana dia, kita rendahkan ego, peluklah dia, pasti kita akan miliki ketenangan jika dia tenang. Belikan isteri apa – apa yang kita rasa kita suka. Kita suka s3ksi, beli baju s3ksi pakai dekat rumah. Suka perempuan rambut lurus, bawa dia pergi rebonding. Suka perempuan rambut pendek, ajak dia gunting rambut.
Fahami dia. Kadang – kadang isteri lesu bukan sekadar lepas bersalin, tapi kepenatan menguruskan rumah dan anak – anak, lebih – lebih lagi isteri yang berkerjaya. Sama – sama lah membantu. Hargai dia. Kadang – kadang tak payah tunggu hari jadi, hari ibu, beli saja hadiah untuk dia.
Suami tak wajib beritahu ke mana dia pergi, tapi nakkan ketenangan dalam rumah tangga, beritahu sejujurnya. Jauhi tempat maksi4t dan punca kepada maksi4t. Jaga pandangan mata. Jangan tiba – tiba rasa orang lain lebih cantik. Kenang balik masa kita nak tackle dia dulu.
Belajarlah agama bersama – sama. Pasti berkat akan datang. Mak bapa yang minta anak menceraikan isteri tak wajib patuh. Jika mak bapa tak beriman, tak jadi h4mba Allah yang soleh, dan isteri itu lengkap serta menunaikan hak sebagai h4mba Allah, tak wajib bagi kita patuh.
Aku macam tersedar. Lama kau fikir benda ni. Lepas tu, aku putuskan hubungan dengan perempuan tu. Apa lagi, meng4muklah dia. Tak henti – henti mesej maki hamun daripada dia. Baru aku tersedar, isteri aku tak pernah buat macam tu walaupun aku yang selalu sumpah seranah dia.
Mula – mula isteri aku dingin, marah – marah aku. Dan kadang – kadang dia lepaskan marah dekat anak – anak kerana kesilapan aku. Aku pula tak semena – mena menengking dia. Sampailah aku tengok isteri jadi buat tak tahu. Cuma yang aku perasan, dia makin bergaya dan cantik.
Dan satu hari tu, aku tengok Facebook dia, aku tengok berpuluh lelaki nak berkenalan, bagi kata – kata manis, tapi satu pun dia tak layan. Aku? Berkenalan sana sini. Jauhnya diri dia dengan diri aku. Bila dia solat, dia selalu minta berikan dia yang terbaik untuk dia dan anak – anak.
Entah kenapa masa tu aku takut sangat. Seolah – olah Allah tiupkan satu perasaan dalam hati aku. Aku takut Allah hadirkan lelaki yang betul – betul baik selayaknya untuk dia. Aku terasa takut hilang dia. Aku cemburu dia dengan lelaki yang lebih baik.
Sejak tu, aku ubah diri aku. Aku jadi yang terbaik untuk dia. Anak – anak, dia aku tanggung. Dan aku kata, gaji dia simpan untuk kecemasan dan untuk bercuti. Makan pakai, anak – anak semua duit aku. Baki gaji aku 150 saja untuk aku sebulan.
Tapi bermula daripada tu, isteri aku bahagia, sentiasa senyum, aku pula tenang. Balik rumah, isteri sambut dengan senyuman. Walaupun dia tak mandi lagi, tapi bagi aku dia tetap nampak cantik. Makin berseri pula sekarang. Dia sibuk uruskan 4 orang anak kami, dengan keadaan dia berkerjaya lagi. Servis dalam bilik, dia mula hangat. Tapi kadang – kadang dia penat, dia tidur terus.
Kerjaya aku, hutang aku, mula tak terasa dan mula positif. Aku bersyukur Allah beri aku peluang. Kalau lah aku ikut cakap mak ayah aku ceraikan isteri, mungkin dia dapat orang yang lebih baik. Silap silap aku yang putih mata. Dah lah comel, berkerjaya, anak confirm subur. Memang lah mak aku kata, anak boleh buat dengan isteri baru, tapi tak akan sama dengan anak dengan isteri comel aku ni.
Aku berjanji dalam diri aku, untuk berubah yang terbaik untuk isteri dan anak – anak. Aku sayangkan diorang. Walaupun isteri salah, sebenarnya yang salah adalah suami. Suami yang tak mampu nak hidu kapal dengan betul. Segala kesilapan isteri berpunca daripada kita wahai suami. Hargailah isteri.
Ya, aku adalah lelaki yang paling bahagia sekarang. Betullah, jantung suami adalah isteri. Isteri bahagia, suami tenang. Bahagiakan isteri dahulu, pasti suami akan bahagia juga. Rezeki kami makin bertambah.
Ulasan Pembaca :
Sy Bidad4ri Abhar : Kena ingat satu benda. Dia boleh maafkan. Tapi belum tentu dia boleh lupakan. Itu memang sifat seorang wanita. Bila isteri dah bagi peluang ambil dan jaga dia sebaik mungkin. Sebab hati dia pernah h4ncur. Tapi dia kutip dan cantumkan balik hati dia untuk bagi peluang dekat kau. Isteri kau memang wanita yang hebat. Semoga kau berjaya bahagiakan dia sehingga ke jannah.
Cik Puan Eiryn : Sedih lah baca kisah macam ni. Jangan kecam aku. Aku pelik kenapa setiap kali isteri mengandung, gemuk, suami mesti nak cari perempuan lain. Sedih sangat. Bukan nak bekap kaum wanita. Betul lah apa yang korang komen, seorang wanita boleh memaafkan tapi belum tentu dia boleh melupakan.
Sebab apa, hanya satu, anak. Lepas tu mesti akan ada orang cakap alah jangan bagi anak tu sebagai alasan. Hati manusia lain lain. Cuba kita duduk dekat kaki wanita macam ni, apa perasaan kita, sama tak. Rambut sama hitam hati lain lain.
Hati perasaan kita tak ada siapa yang boleh rasa dan tahu melainkan kita sendiri dan Allah. Aku harap sangat para suami ingat lah peng0rbanan isteri melahirkan anak – anak. Susah payah uruskan rumah tangga. Cuba satu hari nanti saat isteri nak melahirkan, tiba – tiba Allah tarik nyawa isteri, apa yang korang rasa. Kun fa ya kun, takdir Allah, kita hanya mampu berdoa.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.