Lepas pak mertua meninggaI, mak mertua tamak nak kaut semua harta duit kebun. Anak-anak bukan orang senang, perIukan duit

Masa pak mertua hidup, memang mak mertua tak merasa pegang duit sebab pak mertua kedekut. Sekarang bila dah dapat pegang duit, jadi tamak, jadi boros. Terus bertukar mertua t0ksik. Kami malas nak layan..
#Foto sekadar hiasan. Hi admin dan pembaca semua. Saya dah berkahwin selama 20 tahun, ada 3 orang cahaya mata dan anak yang pertama baru saja melangkah ke alam universiti. Alhamdulillah. Kami punya kerjaya yang stabil dan boleh dik4takan kehidupan kami bukanlah terlalu mewah tapi sederhana sahaja.

Suami saya anak ketiga daripada 6 orang adik beradik tetapi anak lelaki pertama. Bapa mertua saya baru meninggaI 2 tahun yang lalu. Bermulalah episod pertelingkahan dan perbalahan pasal harta pusaka di kalangan keluarga suami saya. Suami saya anak peneroka.

Kehidupan keluarga mereka boleh dik4takan bukan senang. Bapa mertua saya amat rajin dan kuat bekerja dan juga sangat berjimat cermat tentang hal – hal kewangan. Arw4h abah ni mempunyai anak kesayangannya iaitu anak sulung perempuannya (kak yong).

Arw4h sanggup berk0rban duit dan apa sahaja demi kak yong. Orang lain tak cukup duit atau apa keperluan lain pun tak apa asalkan kak yong cukup segala hal. Nak dijadikan cerita, selepas abah meninggaI dunia, keluarga suami saya berkonflik berkenaan tanah sawit dan hasilnya yang ditinggal abah.

Dan yang paling drama, perg4duhan itu melibatkan mak mertua saya dan anak – anaknya (adik beradik suami saya). Mak mertua saya berkeras semua hasil sawit itu adalah kepunyaannya kerana itu telah “diwasi4tkan” oleh abah.

Anak – anak semua berkecil hati dengan sikap mak mereka. Adik beradik suami saya bukanlah semuanya bekerja tetap dan senang. Mereka memerIukan duit hasil sawit sawit yang tak seberapa itu keperluan mereka. Tetapi suami saya malas nak berg4duh dengan maknya, dia dengan rela hati memberikan bahagiannya kepada mak selagi mak dan dia masih hidup.

Begitu juga dengan seorang lagi kakak ipar saya. Namun begitu, mak mertua yang tak biasa hidup senang dan baru merasa nak pegang duit sendiri ini tetap tamak dan nak semua hasil sawit tersebut hanya dia yang dapat.

Suami saya pernah menegur maknya dalam kumpulan wasap keluarga mereka. Aduhai, sentap dan mer0yan orang tua tu sampai kami sekeluarga balik ke rumah pun tak dibukanya pintu untuk kami masuk! Suami saya malas nak ambik peduli pasal hal – hal harta yang direbutkan ni, begitu juga dengan adik beradiknya yang lain.

Masing – masing mula mendiamkan diri dan tak berkomunikasi macam biasa dalam wasap family. Mak mertua saya terasa hati dengan anak – anaknya, drama bermula lagi. Dia kata dia mengalami kemurungan disebabkan hal tersebut; tak boleh tidur malam, takde selera makan, berfikir yang bukan – bukan.

Semuanya menyebabkan anak – anak jadi kelam kabut (kecuali suami saya yang buat tak tahu je). Sangup mak mertua datang jauh – jauh ke rumah kami dihantar oleh anaknya yang lain, semata – mata untuk berjumpa suami saya dan menyelesaikan masalah antara mereka.

Memang drama mak mertua t0ksik ni! Padahal saya tengok takde pun tanda tanda kemurungan seperti yang dik4takan. Selepas peristiwa face to face dengan suami saya, katanya mak mertua saya dah kembali OK. Suami saya tetap menjalankan tanggungjawabnya sebagai anak lelaki sulung.

Setiap bulan selepas dapat gaji, dia tetap akan bagi duit kepada maknya. Pernah di dalam kumpulan wasap family mereka, mak mertua saya bersuara selepas suami saya memasukkan duit kepadanya : “Terima kasih lah bagi duit kat mak, ingat kat mak dari mula – mula kerja sampai sekarang, bagiIah selagi mak masih hidup ni, sihat. Bila mak dah takde nanti, mak takdelah terkilan sebab dah puas makan duit anak – anak.”

Bayangkan mak mertua saya cakap macam tu, nampak sangat dia terlalu hadap sangat dengan duit anak – anaknya. Kecik hati anak – anak lain yang tak mampu nak bagi duit kepadanya. Adik beradik suami saya pun hairan, apa dia nak buat dengan duit yang dia ada tu, makan pun untuk sorang je, tapi dia memang seorang perempuan yang boros.

Dulu masa arw4h abah ada, dia memang tak merasa nak pegang duit sendiri sebab abah memang kedekut dan sangat berjimat cermat. Saya bukan lah dengki dengan mertua saya, kerana rezeki yang saya ada InsyaAllah lebih dari cukup untuk kami sekeluarga.

Pembaca nilailah sendiri per4ngai mata duitan mertua saya ni. Tapi memang selepas ni hubungan saya dan mertua tak akan kembali seperti dulu lagi sebab saya tak boleh lupakan apa yang mertua buat kepada kami sekeluarga. Semoga Allah memberikan kesabaran kepada saya untuk hadap per4ngai dia yang teruk ni! – Menantu Terpaling Ters4kiti (Bukan nama sebenar)

Komen W4rganet :

Norlina Md Daly : Apa masalah anak – anaknya ek? Yang menantu pun kenapa nak kena masuk campur? Tak paham sungguh saya. Arw4h abah saya peneroka juge. Gaji sawit saya tak pernah tanye mak saya sebab saya pikir tu hasil titik peluh mak dengan arw4h abah. Baru sekarang la diorang nak merasa senang. Anak – anakkan ade tulang 4 kerat. Cari la harta sendiri. Mentang – mentanglah itu rezeki terpijak, sibuk nak direbutkan!

Ruhaiza Samsudin : Lah.. setakat mentua bising nak duit belanja pun kata mentua t0ksik? Kalau suami awak mampu, kenapa tidak.. setidaknya, dia beri mak dia duit tak lah sampai korang sekeluarga ik4t perut tak cukup itu ini..

Lagi satu saya rasa mentua awak tu drama bukan sebab hamak sangat nak duit tapi nak perhatian anak – anak sebab dia rasa bila dia buat drama baru anak – anak ada effort untuk kembali pada dia. Dah la dia sunyi sebab suami dah meninggaI, anak – anak sibuk nak harta.

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.