Masa bapa dtg nak ambik report card, aku p4ksa dia pakai kemeja dan kasut sbb malu bisnes bapa dah bankrup

Dari pakai mercedes benz, bapa tak malu tukar kereta kepada kereta yang lebih kecil. Beliau beli kereta wira tapi sekali lagi airmata bapa jatuh sebab kereta wira pun kena tarik. Bila bapa nak datang sekolah ambik report card, aku malu. Aku malu, aku p4ksa bapa pakai kemeja dengan kasut..

#Foto sekadar hiasan. Bapaku… Seorang figura yang amat aku kagumi, aku sangat menyantuni beliau, berbekalkan keazaman untuk keluar dari kepompong kemiskinan, bapaku berusaha sehingga berjaya. Bukanlah dilahirkan dalam keluarga yang senang, bapaku anak terakhir dalam keluarga seramai 7 beradik, tinggal di timur tanah air, arw4h bapanya hanyalah pekerja sambilan dan ibunya berniaga kain di pasar pagi.

Kehidupan beliau semasa kecil, sudah terbiasa makan nasi berlaukkan garam kadangkala berlaukkan gula. Tidur beliau hanyalah diselimuti dengan sehelai kain pelik4t nipis dan beralaskan tikar. Sehingga hari ini, bapaku masih begitu.

Hanya sehelai kain pelik4t nipis membaluti tubuhnya ketika tidur dimalam hari, masih selesa tidur beralaskan lantai. Sudah terbiasa begitu. Sekitar 60-an eletrik mula dipasang di seluruh kampung, bersorak gembira anak kampung kerana malam tidak lagi di dalam kegelapan,

Bapaku dibesarkan di dalam kedaifan, curi – curi menonton televisyen dicelahan papan jarang rumah jiran, kadangkala dimarahi dan diusir kerana mengganggu kententeraman. Dizaman itu, hanya keluarga yang berada saja mampu memiliki sebuah televisyen.

Kerana kedaifan juga, kehadiran bapaku tidak dialukan – alukan oleh keluarga besar beliau. Nenek bapaku bersikap pilih kasih antara mereka. Hanya cucu yang berada saja dijamu dengan makanan yang enak, diberikan duit dan kasih sayang sepenuhnya manakala adik beradik bapaku hanya dipandang sebeIah mata, diherdik dan dih1na, makanan juga disorokkan.

Hal ini menyebabkan bapaku lebih bersemangat untuk mengubah kehidupan beliau. Keputusan SRP bapa aku sangat memuaskan, beliau dapat menyambung tingkatan 4 di Sekolah Menengah Teknik Johor. Walau jauh dari keluarga, bapaku nekad untuk pergi menimba ilmu di sana.

Selama berbelas – belas jam dalam gerabak kereta api, perjalanan amat memeritkan serta memenatkan tubuh badan. Tanpa ditemani sesiapa, akhirnya bapaku sampai jua di tempat yang amat asing baginya. Pendaftaran berjalan lancar, sesi persekolahan bermula.

Beliau cuba memohon “scholarship” kerana beliau yakin keputvsan beliau amat melayakkan dan beliau juga bukanlah dari keluarga berada tetapi pada zaman itu, “scholarship” hanya dimonopoli oleh anak – anak cikgu dan beliau mendapat tahu mereka semua menipu “payslip”.

Sehingga ke hari ini, bapa aku menekankan kami supaya tidak menipu “payslip” kerana risau kami telah mengambil hak orang yang sepatutnya, seperti bapaku yang telah dinafikan haknya. Bapa aku tidak punya wang yang mencukupi, keadaannya sangat daif, beliau terp4ksa mengik4t perut demi kelangsungan hidup di tempat orang.

Baju – baju beliau sangat lusuh dan seluar yang koyak tidak dapat dibeli baru, hanya dijahit menggunakan tali rafia. Selama 2 tahun di tempat orang bapaku tidak pernah berganti baju. Keputvsan SPM bapaku cemerlang dan melayakkan beliau untuk menyambung pelajaran ke Kolej Ungku Umar di Ipoh, Perak.

Kehidupan di Ipoh lebih tenang, beliau telah menamatkan pelajaran dalam “Sijil Pengurusan Perniagaan”. Seusai menamatkan pelajaran, bapaku telah diterima bekerja di FELCRA. Di sana bapaku telah menimba ilmu dalam bidang persawitan.

Bapaku orangnya yang sering berfikir di luar kotak, tidak hanya melalui proses pembelajaran tetapi cuba mencari peluang dengan menimba ilmu dan menambah “skills” baharu. Cukup 30-an, bapaku telah bersara dari FELCRA.

Alasannya cukup mudah, dia tahu sekiranya dia masih bersama FELCRA tanpa membuat sebarang perubahan, tangga gajinya kecil untuk beberapa tahun akan datang malahan peluang untuk meningkat naik sangat perlahan.

Bapaku telah mengambil langkah drastik iaitu bekerja dengan beberapa orang bos cina (untuk belajar dan menggali peluang). Pada usia seawal 37 tahun, bapaku telah menjadi seorang “manager” di sebuah tempat dan mempunyai kehidupan mewah, memandu kereta mewah.

Dizaman itu tidak ramai orang melayu yang bekerja sebagai manager. Langit tidak selalunya cerah, akhirnya tempat kerja terakhir bapaku diisytiharkan “bankrupt”, bapaku cuba mencari jalan keluar dengan membuka kedai runcit.

Maka berpindahlah kami sekeluarga. Perniagaan kedai runcit bapaku tidak berjalan lancar dan mengalami kerugian, sikap pemiutang yang tidak mahu membayar hutang dan mengambil kesempatan serta sikap kami adik beradik yang mengambil hasil jualan telah menjadi punca liability melebihi aset.

Akibat kerugian tersebut, bapaku telah terp4ksa menutup perniagaan kedai runcit dan mengintai peluang baru. Dari pakai mercedes benz, bapaku tidak malu untuk menukar kereta kepada kereta yang lebih kecil, bapaku telah membeli kereta proton wira sebagai jalan terakhir.

Dari rumah 2 tingkat di tepi pantai, bapaku tidak malu untuk berpindah ke rumah yang lebih kecil. Dari seorang bos besar menjadi orang bawahan. Pelbagai kata cacian dan sorakan kepada bapaku. Orang sekeliling bertepuk tangan melihat kejatuhan beliau.

Namun bapaku sedikit pun tidak gentar, beliau telah membuat pelbagai pekerjaan demi kelangsungan hidup. Hal ini telah berlarutan selama beberapa tahun. Bapaku telah mengambil tindakan sekali lagi untuk membawa kami berpindah ke kuala lumpur.

Beliau percaya di sana ada rezeki beliau. Ketika di Kuala Lumpur, bapaku telah mencuba nasib beberapa kali bersama 2 orang rakan untuk membuka perniagaan berasaskan kelapa sawit, kecintaan bapaku terhadap kelapa sawit tidak pernah padam.

Pada ketika ini semua yang diusahakan oleh bapaku menemui jalan buntu. Tahun 2004 menyaksikan airmata bapaku jatuh mengalir sederasnya, satu – satunya kereta terakhir bapaku iaitu kereta proton wira akhirnya ditarik kerana bapaku tidak mampu lagi untuk membayarnya.

Bapaku akhirnya tinggal sehelai sepinggang. Pergi ke mana – mana menaiki bas intrakota, sungguh sedih bila teringatkan saat kejatuhan itu. Kasut yang dahulunya berjenama bonia, crocodile, tidak lagi mampu dimilikinya, bapaku hanya mampu memakai kasut berharga RM30.

Masih aku ingat ketika bapaku datang mengambil “report card” aku di sekolah, aku berpesan kepadanya untuk memakai kemeja dan kasut kerana aku malu sekiranya bapaku selekeh (akal fikiran anak remaja yang masih belum matang),

Bapaku turutkan juga untuk menjaga hatiku dan airmuka ku. Dengan senyuman bapaku datang mengambil report card. Akhir tahun 2005 kami mendapat khabar berita yang menggembirakan. Rakan lama bapaku yang pada ketika itu telah menjadi seorang bos besar, telah mempelawa beliau bekerja di salah sebuah syarik4t persawitan separa swasta dengan jawatan “manager”.

Rakan lama mengetahui tentang kehebatan bapaku dalam bidang persawitan. Bapaku berk0rban  apabila perlu berulang alik setiap minggu dari Gua Musang ke Kuala Lumpur untuk berjumpa anak dan isteri. Sedikit pun bapaku tidak pernah merungut walau letih dan penat.

Bapaku kembali bernafas semula. Ketika di dalam syarik4t tersebut, bapaku telah menunjukkan skills yang tidak ramai tahu, kerana skills ini hanya dipelajari melalui pengalaman malahan tidak langsung diajar di dalam mana –  mana buku pun.

Hal ini telah mendapat perhatian dari sebuah syarik4t persawitan swasta terkemuka di tanah air. Bapaku telah diterima bekerja setelah dipanggil untuk sesi presentation interview. Syarik4t ini telah tertarik dengan kebolehan bapaku.

Selama berbelas tahun bapaku mengabdikan diri bekerja disyarikat ini dengan jawatan terakhir sebagai “Vice president” dengan gaji Berangka RM2X,XXX bulanan. Bapaku bersara pada usia 60 tahun atas nasihat keluarga kerana risau melihat beliau yang terlalu “hardworking” dan kepenatan.

Bapaku mengambil keputvsan untuk membuka bisnes menjual Minyak Masak dan mengeksport minyak mentah ke Cambodia. Sesungguhnya bapaku merupakan sumber inspirasi hidupku, kecekalan beliau telah menjadikan beliau idola.

Kini bapaku telah bersara dari syarik4t ini dan membuka perniagaan minyak masak sendiri based in Rawang, Selangor dan mengeksport minyak kelapa sawit mentah ke Cambodia. Bisnes bapaku masih baru bertapak. Oh ya, minyak masak ini bukan jenama Ikhwan dan Siti tetapi bermula dari huruf ”A” based in Bandar Tasik Putri, Rawang.

Diharapkan pembaca semua dapat menitipkan doa agar bapaku sentiasa diberi kesihatan yang baik dan diIindungi Allah sentiasa. Bapaku insan hebat.. – Mawar Putih (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Pratama Andreas : Dah google. Minyak masak Aura Oil beralamat di Bandar Tasik Puteri Rawang. Tahniah. Semoga terus maju jaya.

Pokcik Api : Moga ayah kamu diberikan kesihatan yang terbaik. Pokcik sebagai ayah kepada anak – anak pun seboleh dan sedaya upaya nak jadi ayah yang terbaik dan her0 yang paling sempoi untuk anak – anak.

Syukrin Syukur : Tahniah kerana ayah confessor hebat. Jatuh tersungkur dalam perniagaan boleh berjaya juga. Bila jatuh tiada yang nak menolong, nasihat perniagaan pun tiada terutama daripada adik beradik tapi bila berjaya mulalah perkataan kedekut bagai.

Nellyjulika Nellyjulika : Mawar putih, semoga ayah kamu dikurniakan kesihatan yang terbaik berjaya dunia dan akhir4t dan sentiasa mendapat rahmat.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.