Mak mertua cakap “kalau dah susah sgt macam ni lah, korang pergiIah ber4mbus dari rumah ni”

Mak mertua pujuk suami untuk tinggal sekali, suruh teman dia. Saya pula terp4ksa berhenti kerja untuk ikut suami. Masa mula semua indah tapi dah lama mak mertua mula rasa terbeban. Bayangkan dengan keluarga ramai makanan kami dicatu. Saya memang tak makan sebab bagi dekat anak. Sehinggalah satu hari saya dan biras dihaIau..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum Min. Saya nk meluahkan dan minta kata – kata semangat. Luahan ini agak panjang. Saya berkahwin hampir 11 tahun. 4 tahun pertama perkahwinan kami memang struggIe penuh dengan drama air mata saya lalui hampir setiap hari kesan dari perbuatan, tingkah laku dan cara layan yang suami lakukan ke atas saya sehingga saya pernah minta untuk diceraikan.

Tapi mertua dan ipar – ipar Alhamdulillah baik. Mereka kekuatan saya untuk bertahan dalam perkahwinan selama 4 tahun tu lah. Masa perkahwinan hampir masuk tahun yang ke-5, mak mertua minta suami (anak bongsu) balik ke kampung untuk menjaganya.

Mak mertua mula cakap yang bukan – bukanlah waktu tu supaya suami balik tinggal dengan dia. Suami adalah anak kesayangan mak mertua. Saya pun terp4ksalah berhenti bekerja dan meninggaIkan hutang (kredit kad dan personal loan).

Saya berharap suami akan bantu saya bayarkan sepanjang saya tak bekerja nanti sebab sebelum ni kereta, hutang bank dia, saya tolong bayarkan. Tapi suami langsung tak tolong bayarkan pun! Ok takpe. Saya faham. Jadi, kalau suami korang ada yang minta tolong bayarkan itu ini sepanjang perkahwinan tu janganlah diturutkan sangat sebab nanti jadi macam saya. Duit simpanan pun dah habis.

Bermula dari kami pindah ke sana, saya mula nampak layan mertua dan kakak – kakak ipar berubah sem4kin hari. Bila jauh, wangi je lah kan sebab jarang balik. Bila dah dekat, busuk saja jadinya. Untuk pengetahuan, mak mertua ada usahakan kedai makan.

Satu hari anak sulung saya nak makan nasi dengan telur mata kat kedai, kakak ipar yang ke-4 sound anak saya. Tak boleh makan telur kat kedai sebab buat niaga, terk3jut saya dengar. Eh! anak – anak dia tu makan boleh pula!

Gemuk – gemuk lagi anaknya. Ok, saya terima, ye lah niaga kan. Ok, takpe saya bayar. Sepanjang tinggal sebumbung dengan mak mertua memang kemas rumah dari luar rumah sampai ke dapur waktu tu dari basuh kain, lipat kain, sapu sampah kat luar, memasak saya je yang buat.

Mak mertua suruh masak apa – apa je, gunalah barang – barang kat dapur yang dia beli tu katanya waktu tu. Waktu ni lah saya mula belajar buat kuih – kuih, biskut dan kek bagi semua orang rasa makanan yang saya masak sendiri.

Satu hari mak mertua betul – betul marah sebab dia mula rasa terbeban kena beli barang dapur selalu. Ayatnya macam ni, “tak payahlah suruh dia buat kek bukan sedap pun!!” Mak mertua tengah cakap dengan kakak ipar sebab kakak ipar ni nak minta saya buatkan kek gula hangus yang saya pernah bagi anak buah makan.

Ketika kebetulan saya ke dapur nak buat susu anak, jadi terdengarlah kan! Masa mula – mula dulu mak mertua juga yang suruh saya belajar buat semua tu!! Sekarang cakap lain pula dah. Yang lain cakap sedap je. Tiba – tiba mak mertua cakap macam tu pula.

Kenapa cakap belakang saya, depan saya mak mertua cakap sedap je ok je, siap puji – puji saya lagi dekat sed4ra maranya. Ok saya pun stop dah masak kek, biskut dan kuih kat rumah mak mertua sejak dari hari tu sampai ke hari ni.

Satu hari tiba – tiba abang suami yang ke-3 ni pun pula balik ke kampung dan tinggal sekali sebumbung dengan kami dan mak mertua ni lah. Bertambah kos barang dapur kat rumah tu. Suami bagi duit bulanan pun tak seberapa sebab kerja di tempat baru gaji permulaan pun sikit.

Sejak bertambah penghuni dalam rumah tu, makanan kami di catu. Ayam separuh p0tong kecil – kecil untuk dimakan 10 orang dalam rumah waktu tu. Saya sentiasa tak makan lauk sebab saya bagi anak – anak makan je waktu tu.

Sehari sekali sahaja saya makan sejak kakak ipar ke-4 cakap anak – anak saya kuat makan. Sepanjang tinggal di situ memang kata – kata mereka banyak menyindir dan buat saya tertekan saya pendamkan je. Satu hari yang paling saya tak dapat lupakan sampai hari ni.

Selepas 3 bulan tinggal bersama mak mertua, saya dan kakak ipar (isteri abang ke3) akhirnya dihaIau dari rumah mertua. Saya tak boleh lupa lah ayat mak mertua, “kalau dah susah sangat macam ni lah korang pergiIah ber4mbus dari rumah ni.”

Tercengang saya dengan biras. Mak mertua cakap dengan kami berdua je bukan dengan anak – anak sendiri waktu tu. H4ncur hati kami. Terutama saya yang terkilan sangat sebab saya berhenti kerja dan tinggalkan hutang waktu tu.

Jawatan saya bekerja waktu tu pun tinggi. Masa kami jauh, disuruh tinggal sekali dengan dia, untuk temankan dia tapi bila dah tinggal sekali dihaIaunya pula kami. Sedihnya lah waktu tu. Kami pun pindah keluar dari rumah mertua dan tinggal menyewa.

Disebabkan tekanan em0si dan perasaan sepanjang tinggal dekat dengan mak mertua dan ipar – ipar di kampung, saya nekad pindah semula ke bandar. Jauh dari mereka semua. Suami tak izinkn tapi saya p4ksa suami waktu tu.

Kalau dia tak bagi saya balik ke bandar, saya tetap akan pergi juga. 6 bulan je saya mampu bertahan tinggal dekat dengan mak mertua dan ipar – ipar yang lain. Suami pula tinggal semula dengan mak mertua dan saya tinggal di rumah mak saya di bandar dengan anak – anak dan bekerja semula di syarik4t yang sama waktu berhenti dulu.

Bila balik kampung. Biras akan menyembang dengan saya sebab dia faham saya dan saya pun faham dia, kami sama – sama pernah dihaIau dulu. Dia pun bagitahulah sepanjang saya sudah berpindah keluar, mak mertua dan kakak ipar semua sentiasa mengata saya itu ini lah yang buruk – buruk.

Sejak dari tu saya mula menjauhkan diri dari mak mertua dan kakak – kakak ipar sehingga hari ni. Setiap kali saya balik ke kampung, saya menyendiri je sekarang. Banyak diam je bila mereka ni mula bercakap dengan saya.

Saya pun baru tahu rupanya kakak – kakak suami yang menghasut mak mertua biar tak suka dengan kami semua menantu – menantu perempuan dia ni hah. Tu lah mak mertua selamanya akan jadi mak mertua, tak mungkin boleh jadi mak sendiri.

Nasib saya kurang baik sebab kakak ipar mulut ibIis menghasut mak mertua sehingga ke hari ini. Saya tak boleh lagi lupa dan maafkan mereka lah. Tapi saya sentiasa mendoakan mereka yang baik – baik je setiap kali solat. Sekian..

Komen Warganet :

Afifah Sumayyah Mohmad Nawawi : Tu lah namanya dugaan perkahwinan. Orang kadang – kadang dah hadap baru tau realiti perkahwinan kan. Tapi memang hakik4tnya dah kawin ni lebih elok duduk asing laki bini takleh duduk bercampur ramai – rama lagi – lagi ada ipar duai.

Per4ngai dan ragam kita berbeza. Nak elak s4kit hati dan salah faham memang seeloknya duduk asing kalau mak mertua s4kit pon anak – anak pakat gilir – gilir jaga bukan serah bulat – bulat pada menantu. Cakap kat suami nak duduk asing. Isteri ada hak nafkah tempat tinggal. Yang selesa untuk dia bukak aur4t dan urus rumah tanpa campur tangan sesiapa.

Haslinda Mohd Salleh : Walau baik macam mana pun, kita tetap orang luar. Kita hanya boleh dengar mereka beri pendapat, tapi pendapat kita, takkan laku. Alhamdulillah, suami saya menjaga kebaikan saya dan anak – anak, sebab dia tahu feel mak dan adik beradiknya. Buat sis, cuba slow talk dengan suami tentang tanggungjawab yang lebih perlu.. walaupun mak tetap yang utama.

Rozie Cik Ros : Saya tumpang simpati. Alhamdulillah saya sayang anak menantu sebab saya selalu fikir kita dah tua. Jatuh s4kit sapa nak jaga. Bersyukur dapat menantu ringan tuIang dan saya pernah terlantar, sudi datang rumah masak dan menjaga kita.

Saya lebih galakkan anak menantu berdikari selepas berkahwin. Korang nak bangun lambat ker nak masak ke tak, takde sape larang. Dan rumah saya pun saya sewakan pada mereka. Mudah anak menantu boleh jaga dari sewa pada orang luar. Rumah sewa pun sekarang paling murah pun bawah rm1k.

Nurfarhie Azam Mustahal : Jadi suami tak boleh bela anak dan isteri?? Perkara biasa terjadi bila singgah duduk rumah mertua dengan tempoh yang lama. Kita kena ingat kita tak membesar dalam keluarga mereka. Angkat kaki, buat terbaik untuk diri dan anak – anak.

Bila ada anak dan kita perempuan takde laki pun takpa. Kita boleh kerja usaha. Anak tu penguat kehidupan. Semoga sis tabah yea. Keluarlah dari rumah tu, kalau saya memang saya bawak diri je, sebab saya bukan takde maru4h sampai kena haIau macam tu. Waktu amik elok datang.. bila dah dapat ditendang – tendang.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.