Masa sarung cincin dekat isteri, aku serabut sebab rupanya bekas kekasih aku akan jadi biras aku

Sebelum kahwin isteri aku cadang supaya lepas kahwin kami duduk sekali dengan mertua, sebab mertua suka anak2 duduk sekali. Tapi bila aku dapat tahu bekas kekasih rupanya biras aku dan dia pun duduk sekali dengan mertua aku rasa janggal. Dia cinta pertama aku..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum semua. Jarang lelaki nak post, selalu kaum hawa yang banyak nak meluah tapi hari ni aku rasa perasaan bersarang ni nak kena buang, jadi aku munt4hkan kat sini. Di samping tu jugak, aku harapkan nasihat berguna kat aku.

Aku confess sebab aku tau orang – orang yang aku ceritakan kat bawah ni, takkan baca termasuk la wife aku, sebab dia takde facebook. Harap admin approve. Nama aku Arif. Umur 30-an, dah setahun lebih berumah tangga tapi masih belum ada rezeki anak.

Aku ni, kahwin agak lambat, 30 lebih baru terbuka hati. Tu pun mak aku dah bising sebab semua yang dia kenen tak menjadi. Ada sebabnya, nanti korang akan faham dengan cerita aku kat bawah. Ok, aku kerja government, untuk kerja aku ni memang aku agak sibuk.

Aku biasa saja, tinggi – tinggi, kurus, kulit macam orang melayu, sejenis yang introvert, so sebelum aku kenal wife aku ni, balik kerja aku memang dok rumah, main game, kemas – kemas rumah, me time sorang – sorang. Kadang – kadang aku mintak cuti lebih sikit, aku balik rumah parents aku.

Aku jenis yang tak melepak dan sukan yang aku suka adalah jogging. Introvert kan, jogging sorang – sorang pun dah buat aku happy. Ok berbalik kenapa aku serabut adalah ada satu malam, wife aku ajak tengok movie Age of Adeline, korang google la sendiri cerita tu.

Tiba – tiba wife aku tanya, “abang ada first love tak…” hah jem la soalan camni. Aku buat lawak, Sabariah, Katijah, Saloma, Nelofa. Wife aku gelak – gelak, fuh selamat. Tapi lepas tu otak aku dah menerawang jauh.. Jauh sangat.

Ye, aku ada first love. Aku namakan dia Saloma. Crush saja pun, masa sekolah menengah. Saloma ni pandai giIa, memang aku respect la kepandaian dia, cikgu suka dia, kawan – kawan suka dia. Dia takdak la cantik, biasa – biasa ja, tapi dia bubbly, menyebabkan semua orang senang dengan dia.

Tapi satu benda dia tak pandai, ada la subject ni. By the way, kami satu kelas. Aku ingat lagi, Saloma datang masa sebelum rehat, lantik aku jadi cikgu dia. Aku on ja, aku cakap lepas kelas la, buat waktu petang, stay kat sekolah.

Dia ajak kawan – kawan dia. Aku masa tu, takdak la suka sangat kat dia. Biasa – biasa saja, tapi bila dah lama, akhirnya tersuka la jugak. Aku tak pernah confess, sebab mak ayah aku garang giIa, tau aku bercinta jenuh aku kena basuh.

Dipendekkan cerita, SPM kami cemerlang. Dia dapat sambung oversea course medic, aku sambung kat Malaysia, course apa tak payah la cerita. Zaman aku dengan dia, ada yahoo messenger saja. Kitorang chat guna tu saja.

Pastu ada skype, raya dia call la aku wish. 5 tahun dia kat luar negara, 5 tahun mesej, chatting, tapi aku tak pernah luahkan perasaan aku dekat dia sebab aku rasa macam aku ni halus, macam ikan bilis ja, tak pi oversea macam Saloma.

Ntah macam mana ada kawan baik Saloma masa sekolah menengah terjumpa aku, cakap Saloma suka sangat kat aku, tapi Saloma malu. Dia reject ramai kawan – kawan dia yang study sekali kat sana. Aku rasa macam nak luruh jantung sebab terlalu gembira.

So aku bukan la bertepuk sebeIah tangan. Pastu aku start kerja, m4kin lama aku m4kin busy memang tak sempat reply chat dia. Aku tahu dia balik dari oversea, jadi aku jumpa dia. Masa tu aku dah kerja, ada gaji sikit, aku belanja dia makan dengan bagi hadiah kat dia.

Saat aku nak luah tu, aku nervous diam kat situ. Aku tau dia sukakan aku, dan dia mungkin tau aku sukakan dia. Tapi tak terluah. Rasa muda lagi aku dengan dia. Dia pun baru nak start kerja, aku fikir, biar dia takde gangguan. So aku diam.

Tup tup setahun kemudian, aku dengar dia dah kahwin. Aku masa tu, memang sangat – sangat down. Aku apply cuti seminggu, sampai abang aku kena datang rumah tengokkan aku. Aku deactivate social media, aku block nombor Saloma, aku frust.

Frust dengan diri sendiri layaknya. Aku memang tak ambik tahu pasal Saloma. Aku punya kecewa tu, aku memang tak dekatkan dengan mana – mana perempuan. Sampai la aku terjumpa isteri aku sekarang. Aku jumpa wife aku 2 tahun sebelum kami kahwin, isteri aku seorang yang ramah, ceria dengan semua orang, seorang yang extrovert, peramah, ceria je selalu.

Sepanjang aku berkenalan dengan dia, aku jadi senang, rasa serasi untuk nak berbincang. Dia selalu bercerita tentang family dia. Parents isteri aku suka kalau ada anak – anak yang dapat tinggal bersama – sama. Dia ada cadangkan untuk kami tinggal di rumah ibu bapanya selepas berkahwin.

Aku antara setuju tak setuju, aku kata aku akan fikirkan dulu. Tiba masa aku nak hantar rombongan merisik ke rumah famili isteri aku. Waktu sesi nak menetapkan tarikh, jantung aku seakan berhenti. Nampak macam tak logik, ya, aku nampak Saloma.

Dia pun bagai terkaku, aku apatah lagi. Aku minta untuk keluar rumah sambil tarik baju abang aku. Aku ceritakan semuanya, aku menangis. Benda ni tak sepatutnya berlaku hari ni. Abang aku diam, dia cadangkan supaya tak terus perkahwinan kami kalau aku tak nak. Aku nak, tapi aku serabut.

Saat cincin tanda disarungkan ke jari isteri aku, aku di luar, tengah serabut. Tapi aku sayangkan isteri aku, aku setuju nak teruskan. Masa jamuan makan, aku tanya isteri aku, tu sape? (sambil tunjuk ke Saloma) dia cakap tu kakak ipar dia. Berbiras la kita Saloma..

Dipendekkan, aku nikah dengan isteri aku. Aku cakap nak duduk asing – asing sebab Saloma dan keluarga dia tinggal di rumah mertua aku. Walaupun rasa janggal sangat, aku harung jugak. Macam seolah – olah takde apa terjadi antara kami.

Aku tak pernah luahkan perasaan aku kat dia sebelum ni, alhamdulillah. Dia pun mungkin tak pernah tahu tentang perasaan aku dekat dia sebelum ni. Tapi bila tengok cerita Age of Adeline tu, memang susah nak nafikan, dia cinta pertama aku tapi aku lebih sayangkan isteri aku, so aku boleh relate la dengan William bapak Ellis tu. Aku cuba untuk nak buang terus, maka terjadi la confession ni. – Arif (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Nur Atikah Mahadzir : Takpa Arif. InsyaAllah h4ng boleh kawal semua ni. H4ng pun tak pernah luah perasaan dekat Saloma kan. Dia pun taktau h4ng suka dia. Jadi, tegur ja Saloma macam biasa bila ada perjumpaan keluarga.
Fokus pada isteri anda tercinta.

Norizan Mamat : Salam, Hmmm… cinta pertama yang tak mungkin terlupakan. Tetapi, jangan lupa, kita kubvrkan dan create kenangan lain yang lebih indah. Makcik tak tahu caranya, tetapi sepatutnya cara mudah adalah dengan ingat tanpa rasa.

Oleh kerana kita cuba pendam, kita cuba sekuat hati melupakan, ianya buat kenangan m4kin kuat datang. Jadi, cadangan makcik, kena biasa biasakan diri untuk menjadikan suasana tidak terlalu asing. Sebenarnya kita tak pernah pun boleh rapat dengan biras yang lain jantina, walaupun bukan cinta hati kita itu ini.

MEMANG TAK BOLEH ! Jadi, rasa asing tu biasa, jangan takut. Kena biasakan diri untuk kawal supaya debar dalam hati tu lama lama menghilang. Bila melihat kelibat dia, jantung kita lama – lama boleh belajar bertenang.
Tau ? Hehehe… Semoga bahagia dengan isteri sampai syurga.

Ann Fardan : Orang lelaki kalau confess penulisannya ringkas. Isinya padat.. Mudah faham n simple. Tak salah menyimpan cinta pada yang pertama tapi ia sudah jadi sejarah. Kekal lah mencintai yang terakhir tiba. Sebab ia adalah tanggungjawab dan amanah.

Apapun jodoh rahsia Allah. Makcik pernah jumpa kes sebegini. Apabila dah tua pasangan mereka meninggaI dunia. Mereka kembali menuai cinta lama. Bersatu dihujung usia hingga ke liang Iahad… cliche?? Jika Allah sudah takdirkan jodoh itu ada. Tetap akan sampai. Buat masa ini. Peganglah janji pada sang isteri untuk setia hingga ke m4ti.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.