
Penuh handphone bapak aku, dengan gambar perempuan tu. Macam orang muda bercinta. Bila bapak aku kantoi, dia dah pandai letak password di WhatsApp dan FB. FB kami anak beranak habis kena block. Aku tengok perempuan tu imej luaran sangat baik dan bertitle HAJJAH. Berjubah dan tudung labuh!
#Foto sekadar hiasan. Salam, min dan bawangrians. Aku ada story mory sikit nak cerita. Maaf aku tak pandai nak karang cerita dan tak tahu di mana nak mula. Maaf luahan aku ni agak panjang. Aku dah kahwin dan menetap jauh dari family. Family aku menetap di utara tanahair.
Ceritanya macam ni, ex bapak aku timbul semula setelah hampir 25 tahun masing – masing bawa haluan sendiri. Masing – masing dah ada anak dan cucu. Umurnya 50an juga, lingkungan yang sama umur bapa dan mak aku. Semua dah pakat tua belaka.
Ex ni merupakan founder produk kecantikan dan khabarnya produk dia TOP di KL. Perlu tak aku mention jenama produk tu? Bagi aku bapa aku ni cukup sempurna pada keluarga kami. Apa saja keperluan kami anak cucu walau kami tak mintak, dia tunaikan segera walaupun dia terdengar semasa kami bersembang sesama adik beradik.
Dari segi makan, pakaian cucu semua dia yang beria nak belikan. Penyayang dengan menantu, tak pernah kekok layan menantu dia. Pendek kata life kami bahagia sangat. Tak pernah berkira dengan kami semua anak beranak. Tapi sejak dari ex bapa timbul semula dalam hidup dia, kami dapat kesan perubahan ketara bapa kami dah macam orang lain. Langsung tak macam dia yang dulu yang caring, yang lovely.
Sejak akhir – akhir ni dia berubah. Dia yang dulu caring kan anak cucu sekarang dah tak pedulikan kami semua. Dia lebihkan ex dia manjang. Pendek kata seakan angau lah. Bila check WhatsApp, ex tu cerita macam budak muda tengah hangat bercinta.
Tanpa rasa bersalah, tanpa segan silu. Buat itu ini semuanya nak dicerita. Gambar – gambar dia tak usah kata, penuh dia hantar kat bapa aku. Bila bapa aku sedar perbuatan dia diketahui, dia dah pandai letak password di WhatsApp dan FB. FB kami anak beranak habis kena block.
Tapi zaman sekarang kan advance, FB fake kan ada untuk stalk. Ya Allah makin melampau aku tengok komen – komen ex tu. FB ex tu semuanya post ayat Islamic, manis – manis saja semuanya ayat dia. Orang berbisnes lah katakan, ayat bersemut habis demi nak lariskan produk dia.
Dan kadang – kadang tu posting dia dah macam dia pulak yang teraniaya walhal dia tu siapa. Anak mana yang boleh duduk goyang kaki kalau ada makhluk penyondol sebegini rupa dah mula tunjuk belang. Mak aku tak berapa sihat, ubat tak nak makan, makan nasi pun tak nak. Sampai berat badan mak susut.
Aku dari jauh hanya mampu bagi kata semangat untuk mak teruskan hidup, kami anak – anak, cucu masih perlukan mak dengan kami. Semuanya gara – gara terlalu makan hati dan terkejut dengan perbuatan perempuan sondol tu. Kalau nak ikut body, mak aku lagi pandai jaga body dari perempuan tu.
Dia hanya jaga muka je nak cantik tapi badan dia besar 3x ganda dari mak aku. Selalu orang puji mak aku awet muda, tanya rahsia, tapi dengan dia si penyondol ni dia kata kena makan produk dia sebab kulit muka mak aku kusam bla, bla, bla. Pendek kata mak aku luar dalam semua jaga.
Mak aku ni jenis bab makan, semua dia suka masak. Memang jarang kami nak makan di luar. Teliti habislah kerja – kerja yang mak buat di rumah walaupun berkerjaya. Lepas kami berjumpa dalam 6 orang pengamal perubatan Islam, semuanya kata benda sama, bapa aku dibuat oleh ex dia untuk kembali sayang kat dia dan porak – perandakan family kami.
Dia cuma nak kami huru – hara dan nak kan duit bapak aku. Dia kaya, dia cuma nak bagi maju bisnes dia. Sayangnya, aku tengok dia imej luaran sangat baik dan bertitle HAJJAH. Berjubah dan tudung labuh! Aku sendiri berimej demikian, jangan kata aku anti dengan orang berpakaian syarie, pun tak sangka yang dia sanggup buat macam tu kat kami.
Sedangkan kami semua tak pernah kenal dan tak pernah jumpa dengan dia. Pada mulanya aku sukar nak percaya. Bila berjumpa dengan ramai perubatan Islam mengatakan hal yang sama baru aku boleh terima. Aku tak faham apasal la dia tamak sangat dengan dunia ni sedangkan life dia kaya raya, anak ramai dan masih ada suami.
Kami anak beranak berusaha ubatkan bapa aku walaupun kami tahu susah untuk pulih sepenuhnya macam dulu sebab dia sendiri tak tahu apa yang berlaku. Kalau diberitahu pun, memang tahu la apa nasib kami lepastu. Tak kena gelak, mungkin akan kena maki hamun kata kami ni percayakan benda karut. Pendek kata ada saja nak dipertahankan pihak perempuan tu. Semuanya kami saja yang tak betul.
Tapi jika terlampau husnuzdhon sangat pun payah juga sampai makan diri sendiri. Kami buntu macam mana nak pisahkan diaorang dari terus contact. Selagi terus contact, benda ni akan terus berlarutan walaupun dah macam – macam cara kami berubat sebabnya bapa aku dah jadi sebahagian rakan kongsi bisnes ex dia. Harap akak abang semua ada cadangan. Terima Kasih baca sampai habis.
Komen Netizen :
Ena Mahmud Hairazi : Jantan yang umur – umur cam ni kalau terjebak WhatsApp dengan ex – ex ni memang kau cakap la apapun memang tak dipedulikannya, kecuali kau bagi racun je bagi mati. Tak sedar diri dibuai mimpi – mimpi indah ngalahkan orang muda. Kita cakap kan kita yang dimarahnya. Tunggu je dia sakit tak boleh gerak baru dia tahu langit tinggi rendah.
Kalau bapak ko tetiba kawin ngan ex dia tu, biar lantak dia. Korang bawak mak korang sana sini, bela mak korang elok – elok. Bahagiakan mak korang. Kalau bapak ko tumbang, biar pompuan tu yang jaga sebab dia nak sedap kan sekarang.
Umairah Cempaka : Kalau betul bapak ko ada hubungan cinta dengan ex dia, ko minta lah air penawar pembenci dekat ustaz. Apa pun siasat betul – betul hubungan bapak ko tu dah sahih. Baru bertindak, kau buat lah cara diam. Intai FB laki ex bapak ko. Segala bukti yang lengkap ko sent kat laki dia.
Dan suruh laki ex bapak ko jumpa bapak kau, suh bagi amaran jangan bini dia. Tengok apa reaksi bapak ko. Kalau nak selamatkan rumahtangga mak ayah ko, kalau aku, aku buat apa sahaja demi rumah tangga ibu bapa. Buatlah yang terbaik.
Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.