
Mula – mula suami tak izinkan aku kerja tapi aku beriya – iya nak jugak kerja. Bila aku kantoi mesej dengan kawan lelaki, suami jadi makin baran. Dia abaikan nafkah aku dan anak – anak. Paling teruk suami mula minum dan ambik barang. Aku report polis sampai suami kena masuk lokap..
#Foto sekadar hiasan. Salam admin. Tolong hidekan profile aku. Aku ada kisah yang nak dikongsikan. Agak sedih juga tapi inilah yang aku lalui. Bermula kisah aku bila aku berkahwin dengan pilihan sendiri hujung tahun 2016. Pada awal perkahwinan, hidup aku bahagia sehingga dikurniakan seorang anak.
Masa tu aku suri rumah sepenuh masa dan juga student IPT. Suami aku masa tu sangat baik dan aku bahagia hidup dengan dia. Dia ajar aku drive kereta sampailah aku boleh bawa kereta. Tanggungjawab dia pada aku dan anak pun sangat baik.
Dia bagi duit belanja rumah, dapur dan belanja anak. Walaupun aku suri rumah sepenuh masa tapi dia layan aku dengan baik. Dia juga rajin memasak walaupun aku suri rumah. Kepulangan dia aku sambut dengan hati yang berbunga. Bila aku merajuk dia akan cepat – cepat pujuk aku. Aku selalu rindukan saat tu. Jika masa boleh diundur, aku ingin kembali ke saat tu.
Segalanya berubah bila aku dapat tawaran kerja dalam sektor awam. Seratus peratus dia berubah. Mula – mula dia tak izinkan aku kerja tapi kerana aku beriya – iya nak tolong dari segi ekonomi dia izinkan. Lagipun aku memang dah lama cari kerja.
Aku sangat gembira. Tetapi dalam masa tu suami mula berubah. Dia mula mengabaikan tanggungjawab dia pada aku dan anak. Lupa nak bagitahu, sebelum aku dapat kerja dia belikan aku sebuah kereta dan dia yang bayar bulanan kereta tu.
Apabila aku kerja aku menggunakan kereta tu dan dialah yang bayar bulanan kereta manakala duit gaji aku untuk beli barangan dapur dan anak. Gaji aku taklah besar mana sebab guna SPM saja. Dia juga dah tak bagi aku duit kerana beranggapan aku dah ada duit sendiri.
Aku bawa dia beli barang dapur untuk sebulan tapi dia hanya hadkan seratus lebih. Alasan dia cuma tu duit yang dia bawa dalam poket. Lama – kelamaan aku dapat call dari bank mengatakan yang kereta aku dah tak dibayar selama dua bulan.
Aku amat terkejut kerana selama ni aku tanggung belanja rumah, makan dan anak, dan dia hanya bayar kereta. Hati aku luluh kerana tiap malam aku masakkan sedap – sedap untuk dia dari duit gaji aku. Aku marah kat dia dan dia tak nak bayar hinggalah kereta tu kena tarik bank.
Aku menanggung rugi kerana aku yang bayar insurans dan maintenance kereta tu. Mula – mula dari tu aku bergaduh besar dengan dia kerana aku mahukan hak aku sebagai isteri yang mana dia wajib bagi aku duit belanja. Aku sanggup menahan sakit ditolak, dipukul dan sebagainya masa tu kerana mahukan hak aku.
Akhirnya dia bagi aku duit secara bulanan mengikut jumlah yang aku minta. Kerana tak nak menyusahkan dia ambil dan hantar aku turun kerja, akhirnya aku beli kereta second hand untuk memudahkan aku turun kerja. Aku risau sebab dia kuat tidur dan tak sedar bila aku call. Lagipun jarak tempat kerja dengan kediaman jauh.
Masa tu aku ada berkawan dengan lelaki dan bersembang biasa sebagai kawan. Dia check telefon aku dan dia amat marah. Aku bagitahu tu hanya sekadar kawan biasa. Nothing special. Sejak dari tu dia mula berubah. Dia jarang balik rumah.
Kalau aku balik rumah, dia takde di rumah. Hanyalah aku dan anak aku. Aku menangis tiap malam. Aku tanya kawan – kawan sama kerja dia tapi semua tak tahu mana dia pergi. Bila aku turun kerja, baru dia balik rumah salin baju. Lepas tu dia keluar balik.
Handphone dia pun sentiasa off. Aku hampir bvnvh diri masa tu. Bila dia balik, aku cakap kat dia aku nak bvnvh diri. Aku dah tak tahan. Akhirnya dia minta maaf dan tak ulangi lagi. Aku tak tahu apa yang dia buat belakang aku dan ke mana dia pergi. Dia suka berbohong pada aku.
Lepas tu dia mula minum ar4k dengan kawan – kawan dia dan kawan – kawan sama kerja dia. Aku marah lagi. Balik pun lewat lewat malam. Sampai satu tahap aku cakap nak berhenti minum arak atau ceraikan aku. Lepas saat tu dia dah tak sentuh arak lagi. Hati aku lega.
Anak pun bertambah jadi dua orang. Tentang tanggungjawab dia memang takdelah selain dari bagi duit ikut jumlah yang aku minta. Tak pernah nak bagi duit belanja lebih. Setiap kali aku minta lebih, setiap kali itulah kami gaduh dan badan aku sakit.
Mungkin ada yang kata aku bodoh sebab masih bertahan dengan dia. Kami makin kerap bergaduh kerana dia tak pernah lagi nak bantu aku jaga anak dua orang. Nak cerita sini terlalu panjang. Bila bergaduh aku akan sakit. Dia juga suka hancurkan barang dalam rumah. Tak kiralah barang tu harga beribu – ribu.
Aku pernah cuba buat report tapi kawan – kawan dia cakap nanti dia kena buang kerja. Aku tak jadi buat report polis. Aku juga beberapa kali pergi ke JAIS tetapi dia tak hadir untuk kaunseling. Ego dia terlalu tinggi. Aku maafkan segala apa yang dia buat pada aku walaupun pahit dan peritnya hidup aku.
Lelaki ni juga tak habis – habis menduga hidup aku. Aku tak tahu di mana silapnya. Aku dah mencuba yang terbaik untuk dia cuma layanan agak kurang kerana aku bekerja dan bila balik kerja aku uruskan anak dan rumah, sedangkan dia tak membantu aku.
Tiga tahun lepas dia mula mengambil sy4bu atau ic3. Dia bagitahu aku benda tu student dan mekanik banyak ambil untuk menahan mengantuk dan jadi rajin. Aku tengok dia pun mula jadi rajin dan tak tidur malam. Aku biarkan saja as long as benda tu tak memudaratkan. Sangkaan aku salah.
Paling sakit hati bila dia hancurkan barang dalam rumah dan lepas tu aku yang kena kutip dan bersihkan. Kaca – kaca memang dah terbiasa dia pecahkan. Dia siksa mental aku. Aku tak boleh lambat masak, tak boleh lambat uruskan anak – anak.
Dia cuma tahu mengarah dan tak nak menolong. Aku banyak menanggung derita, sakit hati dan sebagainya. Sampai satu tahap aku buat laporan polis dan suami aku ditangkap dan didapati positif syabu. Pihak polis hubungi aku untuk jamin suami keluar lokap untuk perbicaraan di mahkamah.
Sejak tu layanan aku terhadap dia semakin kurang. Nafsu dan hati aku sudah mati pada dia. Segala kos peguam dia yang tanggung kerana dia tak nak mengaku. Aku biarkan saja dan tak peduli dengan dia. Tapi kesan syabu atau ice masih lagi ada dalam diri dia. Kuat tidur, pemalas dan tak turun kerja.
Aku tak tahu di mana silap aku. Aku bekerja dan aku penat uruskan anak – anak aku. Dia langsung tak membantu. Dia hanya tidur dan tidur. Untuk makluman, kes dia sekarang ke Mahkamah Tinggi kerana dia tak mengaku. Aku langsung tak temankan dia setiap kali perbicaraan di mahkamah. Biar dia tanggung sendiri.
Dia memang suka bergaul dan berkawan dengan orang yang tak betul. Kawan – kawan itulah yang menjahanamkan hidup dia. Kawan dia suka mengambil kesempatan pada diri dia sebab dia mudah dipujuk. Kesudahan kisah aku ni aku pun tak tahu.
Aku reda dengan apa yang bakal terjadi. Aku sayangkan dia sebab dia suami tapi dia sendiri hancurkan hidup dia sendiri. Isteri dan anak anak jadi mangsa. Andai dia dipenjarakan nanti aku harap dia boleh berubah. Dan aku pun akan minta cerai atau fasakh sebab aku tak nak tanggung biawak hidup, suami pemalas macam dia. Sekian.
Komen netizen :
Kyra See : Assalamualaikum sis. Bukan nak menyebelahi mana – mana pihak tapi kadang – kadang renung kembali. Kita sebagai isteri, apa yang kita buat semua perlu izin suami. Bila suami tak redha, semua tak berkat. Dan walaupun sis kata sis sekadar berkawan dengan lelaki tapi bila dah bersembang peribadi, kadang – kadang benda tu akan mendorong ke arah yang kurang baik dan semestinya hati suami terluka. Dan kadang – kadang keadaan jadi makin teruk sebab kita lalai dari tanggungjawab kita terhadap Allah. Kita abaikan perkara paling asas dalam rumah tangga. Apa – apapun, semoga segalanya dipermudahkan buat sis.
Hamba Selamanya : Sorry nak bagitahu, sebenarnya apa yang aku nampak semua ni punca dari awak. Dia tak bagi kerja, tapi awak degil nak kerja. Suami awak jenis yang ego. Lepas awak kerja dia rasa awak dah boleh hidup sendiri. Awak cabar dia dalam urusan rumah tangga. Tu kira dia memberontaklah tu.
Mula – mula sikit, lama – lama terbiasa. Lepas tu makin teruk. Lepas tu susahlah nak tinggal. Patutnya nak berhenti kerja je lepas dia start berubah. Kalau rasa nak simpanan, ambil sikit duit belanja tu buat simpanan. Small matter benda ni, tapi dah jadi hal besar. Harap tabah je la sis. Jaga hubungan dengan Allah, minta bantuan Allah.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.