
Makin lama, sepupu aku tak nampak macam nak cari rumah sewa lain. Aku dah halau guna cara halus, macam – macam alasan dia bagi. Malam tu, aku hilang w4ras, aku capai batang penyapu. Aku tuju ke arah sepupu aku, tapi suami halang. Suami kata sepupu aku mengandung anak dia!
#Foto sekadar hiasan. Hai admin. Mohon hidekan profil aku. Di sini aku ingin meminta pandangan dan pendapat kalian dalam masalah yang aku hadapi sekarang. Usia perkahwinan aku dan suami sudah mencapai 2 tahun. Dan kini aku dan suami hanya menunggu kedatangan bayi kembar kami yang akan keluar pada bila – bila masa saja.
Syukur, suami merupakan seorang lelaki yang tak pernah lupa pada setiap tanggungjawab yang dipikul. Dia juga rajin membantu aku di rumah dan mengambil berat tentang keadaan aku dan bayi – bayi kami. Aku juga tak pernah menyekat sekiranya dia ingin meluangkan masa dengan kawan – kawan dia dan selalu menjadi seorang pendengar setia, membantu dia sekiranya dia ada masalah.
Rumah tangga kami sepanjang 2 tahun nampak bahagia. Sampailah satu hari tu, makcik aku minta pertolongan aku untuk tumpangkan adik sepupu perempuan aku tinggal di rumah kami untuk sebulan dua sementara dia ingin mencari kerja di sini.
Sepanjang dia berada di rumah kami, aku dan suami layan dia seperti adik kandung sendiri. Aku ajar dia macam mana untuk hidup di negeri orang. Aku juga sediakan keperluan dia sekiranya dia rasa kekurangan. Pada waktu tu, aku sedar sedikit perubahan pada suami.
Dia lebih banyak luangkan masa dengan sepupu aku. Kadang – kadang keluar pun bersama. Aku bukanlah seorang yang cepat melatah nak cemburu buta. Lagipun, waktu tu aku memang tak dapat temankan suami keluar sebab aku cepat rasa penat, tambah tambah bawa 2 bayi dalam perut memang agak sukar.
Selepas 3 bulan, aku tak nampak tanda – tanda sepupu aku nak pindah cari bilik atau rumah sewa yang lain. Bila ditanya, dia bagi banyak alasan. Mahal lah, jauh dari tempat kerja lah, tak nak sendiri lah. Jemu aku dengar. Rupa – rupanya, dia tengah bermain cinta dengan suami aku.
Aku tangkap mereka bila mata aku sendiri nampak mereka dua berpeIuk atas katil, dalam bilik siap berbual manja ketika aku masih berehat di bilik atas. Betul – betul aku sendiri tak sangka. Aku hilang waras terus. Tanpa berfikir tangan aku capai satu batang kayu dan aku pukuI mereka dua ikut s4kit dan geram hati aku.
Sepupu aku menangis minta maaf, suami aku pula merayu pada aku supaya tak bertindak kasar kerana dia sedang mengandung anak suami aku. Waktu tu, dunia aku seolah – olah h4ncur. Hati aku r3muk, s4kit, marah dan benci tengok muka mereka berdua.
Aku tarik rambut sepupu aku, aku t4mpar, aku pukuI sekuat hati aku dan aku halau terus dia dari rumah. Tetapi suami aku larang. Dia cuba tolong perempuan tu bawa masuk rumah. Aku semakin benci, Perut aku terasa ngilu dan s4kit. Aku cuba tahan dan terus ambil keputusan untuk keluar dari rumah dan balik ke rumah ibu bapa aku.
Menangis macam orang tak w4ras aku ceritakan hal tadi pada keluarga. Keluarga aku mula membenci suami aku dan larang aku untuk balik bersama dia lagi. Dan sampai sekarang aku masih di rumah ibu bapa aku. Suami aku banyak kali telefon, mesej dan datang ke rumah. Tapi keluarga aku melarang.
Aku buntu. Aku rasa sangat tertekan. Sampai hati dia buat aku macam ni masa aku masih mengandungkan anak dia. Dia buat aku macam sampah. Dan aku ingin memohon jasa baik korang semua. Apa yang harus aku lakukan sekarang. Keluarga p4ksa aku untuk bercerai. Tapi macam mana anak – anak aku nanti. Tapi aku juga tak nak bermadu. Aku betul – betul buntu.
Sambungan.. Selamat pagi admin, mohon hide profil aku ya. Sesiapa yang pernah follow up kisah aku yang lepas, mengenai suami aku yang curang dengan sepupu aku sendiri di dalam rumah kami sehingga sepupu aku mengandung. Di sini aku akan meluangkan sedikit waktu untuk menceritakan perkembangannya setelah sebulan lebih yang lalu.
Setelah aku keluar dari rumah kami dan berpindah ke rumah ibu bapa aku, keluarga aku bercadang untuk memanggil suami aku, sepupu aku dan juga keluarganya untuk berbincang. Ikutkan hati, aku memang tak nak sebab aku tak nak memud4ratkan lagi keadaan aku yang hanya menunggu hari saja lagi.
Pada hari tu, aku menceritakan apa yang berlaku di depan mata aku pada semua orang. Aku mengakui kesalahan aku yang menerima kehadiran sepupu aku di rumah kami sehingga tak terfikir pun akibatnya pada rumah tangga kami. Makcik aku yang terk3jut mendengar berita tu terus menangis dan memukuI sepupu aku yang hanya duduk diam dari tadi, tetapi ditahan oleh saud4ra lain kerana sedar dengan keadaan sepupu aku yang berbadan dua.
Suami aku memohon untuk tak berpisah tetapi aku dah nekad dengan keputusan yang dibuat, dan suami aku dip4ksa untuk berkahwin dengan sepupu aku dan akan bercerai dengan aku. Sepupu aku juga sempat memohon maaf dan menaw4rkan diri untuk gugurkan bayi dia sekiranya aku tak izinkan suami aku bertanggungjawab.
Huh. Ikut suka dia nak buang bayi macam tu saja lepas apa yang dia buat. Yang salah bukannya bayi tu tapi mereka yang tak dapat tahan nafsu serakah tu. Setelah beberapa keputusan diambil, aku terus menetap di rumah ibu bapa aku. Aku bercerai bukan kerana aku mengalah tetapi aku tak nak terus menerus hidup dalam keadaan mend3rita.
Biarpun bercerai, tak bermaksud anak – anak aku tak berbapa. Mereka masih boleh berjumpa dan bersama seperti orang lain. Tepat 14 Mac, jam 2:25 dan 2:30 pagi, pasangan kembar lelaki dan perempuan aku lahir di dunia. Ketika tu perasaan bahagia, teruja, syukur dan sedikit kecewa bercampur menjadi satu.
Aku gembira kerana berjaya melahirkan anak – anak aku dengan selamat. Aku sedih kerana hari tu, suami aku akan berkahwin dengan sepupu aku. Tetapi aku bersyukur kerana suami masih hadir untuk menyambut kedatangan bayi bayi kami.
Dan hari ni, umur bayi – bayi aku masuk sebulan. Syukur, kedua – dua tak banyak merengek dan membesar dengan sihat. Yang lelaki aku namakan Danish Irfan, manakala yang perempuan Nur Qaseh Amani. Setelah habis berpantang nanti, aku dan suami akan menjalankan proses penceraian kami.
Walaupun pahit untuk aku, tetapi anak – anak pemberi semangat. Suami dan sepupu juga kadang kala datang untuk berjumpa dengan bayi – bayi aku. Pada bulan 9 ni, anak – anak aku juga akan mendapat adik baru mereka, iaitu anak kepada bakal bekas suami dan sepupu aku.
Sekarang, daripada membenci, baik aku menerima, maafkan dan move on. Hidup ni masih panjang, banyak lagi ujian dan cabaran dalam hidup. Setakat ni mungkin inilah ujian paling besar dalam hidup aku tetapi aku masih boleh belajar menangani hal ni dengan cara baik.
Terima kasih pada yang doakan kami dan memberi komen atau pendapat untuk membantu aku. Komen komen anda semua juga pemberi semangat dan penghibur di kala aku sedih. Ada juga segelintir yang kecam aku kerana terima masuk sepupu aku ke rumah, dan kecaman korang semua aku ambil jadi iktibar. Terima kasih semua.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.