Mertua saya nampak je kaya sebenarnya tak berduit. Saya dah bagi mertua pinjam 37k untuk buat bisnes, dia p4ksa saya gadai emas pula..

Kisah ini dikirim oleh pembaca dan diedit oleh Editor kami. Nama dan lokasi dirahsiakan atas permintaan pengirim.

Mulanya saya kesian dengan mertua, merayu sana sini nak minta pinjam duit. Saya ajak suami tolong mertua, kami bagi 37k. MaIangnya tak cukup.. Mak mertua desak saya suruh gadai semua emas – emas milik saya. Pagi buta, mak mertua datang ketuk pintu. Saya lari masuk bilik, dia datang ketuk – ketuk pintu bilik..

#Foto sekadar hiasan / AI. Saya si cantik, baru berkahwin 3 tahun. Bila ada masalah ni, biasalah, kalau boleh kita nak satu dunia tahu masalah kita kan. Itu saya lah, hahaha. Tapi saya tak pernah pun cerita pada orang luar lagi. Jadi kisahnya, mak mertua saya ni pada awal perkahwinan, dia baik la juga, tapi saya banyak je rasa macam menyampah, kerap sangat pesan pada saya suruh saya jaga anak lelaki dia elok – elok.

Mende eh? Mak ayah saya pun takde pesan macam tu pada suami saya. Bukan patutnya suami ke kena jaga isteri elok – elok. Tapi saya tak ambil pusing sangat, sekarang baru saya ungkit. Hehe. Keluarga mertua saya nampak macam orang kaya.

Tapi rupanya hanya kaya pada dasarnya. Dia sebenar sangat teruk dalam perancangan kewangan dia. Dia merupakan owner kepada satu perniagaan yang agak besar, tapi dia sangat teruk berniaga. Dia berbelanja mahal – mahal, sedangkan dia tak tahu untung rugi.

Jadi boleh kata perbelanjaan dia sebenarnya melebihi keuntungan perniagaan dia. Anak – anak dia yang belum berkahwin pun sangatla boros, berbelanja macam orang yang kaya sangat. Dan suka nak menunjuk pada orang luar yang mereka kaya.

Saya dan suami pun berniaga, tapi kami berniaga betul – betul, kami saving banyak untuk em3rgency. Lifestyle kami nampak sederhana. Dalam keluarga mertua, saya memang nampak yang paling sengkek. Dan saya pun dapat rasa saya dipandang rendah.

Tapi peduli apa kan. Sebab saya tahu perniagaan ni benda yang berisiko, bila – bila kita boleh bungkus, jadi saving sangat lah penting. Jadi nak dijadikan kisah, perniagaan mak mertua saya bungkus. Kalau tutup sahaja takpe lagi, tapi tutup beserta dengan hutang sebanyak 900k atas nama anaknya nombor 2 yang juga sudah berkahwin. Mak mertua saya juga berhutang dengan kakak saya sebanyak RM150k. GiIa kan?

Banyak sangat kisah masa perniagaan dia nak tutup. Sebelum tutup, dia kena dapatkan duit RM300k kononnya untuk mempertahankan perniaagannya lagi 6 bulan. Merata – rata dia cari. Merayu, menipu, semua dia buat. Dia siap cuba minta lagi pada kakak saya dengan cara menipu, kononnya untuk kembangkan lagi perniagaan, kembangkan apa, padahal dah nak tutup.

Sebab dulu dia minta duit RM250k pada kakak saya, alasan untuk invest dan dia akan bagi pulangan yang lumayan lah. Sudahnya hampeh, apa pun tak dapat siap tak habis bayar. Dia cuba tipu kakak saya lagi, sedangkan saya tahu situasi dia yang sebenar.

B0doh apa. Dah la semua ni berlaku masa saya sedang berpantang. Str3ss betul situasi tu. Saya asyik kena dengar masalah kewangan dia. Okay dia gagal dapatkan RM300k. Jadi perniagaan dia tutup. Perniagaan dia tutup, jadi perniagaan kami pun tutup, sebab kami berniaga di tempat yang sama. Sama – sama jatuh la kiranya.

Jadi mertua berusaha untuk mendapatkan tempat perniagaan baru. Suami dan adik number 2 dah ajak untuk berniaga kecil – kecilan, buka restoran ke, tapi dia tak nak. Dia nampak macam masih ego, nak juga buka perniaagan yang besar – besar. Untung ratus ribu kononnya.

Dia kata buka restoran ni untung berapa sen, tak boleh kaya. Dia nak usahakan satu tanah hutan. Masalahnya tanah tu hutan, dah tentu modalnya beratus ribu, sedangkan dia cuma ada hutang beratus ribu, adoi. Tapi silap saya, saya ni lembut hati, mak mertua saya kata 30k cukup sampai dapat bersihkan tanah.

Saya kesian, saya rasa dia tersepit, mungkin ni harapan dia. Saya ajak suami saya tolong. Total kami bagi 37k tau. Kami dah kata memang tu limit kami. Tapi seperti dijangka, tak cukup. Dia p4ksa – p4ksa pula saya untuk gadaikan emas saya, dia kata bagi dulu apa ada. Saya tak nak, sebab saya tahu itu bukan last dia minta, dia akan minta lagi.

Masih saya ingat, dia datang rumah saya pagi – pagi ketuk pintu, saya lari masuk bilik. Suami saya dah speechless dan nak bagi emas tu pada maknya. Tapi saya faham je, suami saya rasa tersepit dan blur. Mak mertua saya ketuk – ketuk pintu bilik nak suruh jual emas. Saya terp4ksa libatkan kakak saya untuk call dia. Kakak saya sound dia sampai dia sentap.

Kalau sebelum ni saya bagi dia 37k, dia layan saya macam menantu kesayangan. Sampai saya awkw4rd sebab tak pernah – pernah dia sebaik tu. Tapi disebabkan insiden b0doh tu saya dah jadi menantu h4ntu. Dia kata saya mer0yan, saya layan dia macam pengemis.

Siapa suruhhh dia datang, padahal dari malam sebelum kejadian dah kata tak boleh. Dia yang berdegil, dan tak faham – faham. Dia kata lepas ni apa – apa anak mak no 1, menantu no 2. Saya terk3jut, tak sangka saya ada dalam list, sebab selama ni saya sentiasa rasa macam orang luar. Hahaha, rupanya saya no 2.

Sehari sebelum kejadian dia p4ksa saya jual emas, dia call kakak saya, dia merayu – rayu minta pinjam duit, dia tipu kakak saya. Dia pun siap pajakkan emas bakal menantu dia punya mak. Bakal ya, belum jadi lagi. Dia memang pandai bercakap, pandai memperdaya orang. Memang dia menggiIa.

Bayangkan lah, tanah yang perIukan modal beratus ribu, dia nak naikkan dalam keadaan takde duit langsung, dan mengharapkan pelabur. Dan yang paling kelakar, dia dah merasuah sana sini untuk tanah tu, sedangkan aggreement pun dia tak dapat lagi, dia siap bersihkan hutan tu, dalam keadaan takde bukti hitam putih yang dia dapat tanah tu. Kalau bukan b0doh, apa lagi kita boleh gelarkan perbuatan ni?

Dan selepas 6 bulan dia menganggur bersama – sama anak kesayangan dia yang lain. Menganggur beramai – ramai ya, duk tunggu tanah tu. Padahal masing – masing dah dewasa sihat tubuh badan. Kenapa tak usaha untuk cari duit. Harini, dia dah officially tak dapat tanah tu dan dia dah spent 100k untuk tanah tu.

Dan saya, sejak kejadian dia p4ksa saya jual emas, saya dah tak balik, tak jumpa dia langsung. Saya rasa bersalah, asyik fikir nak cerai dengan suami saya, sebab saya rasa saya punca suami saya jauh dari mak dia. Tapi saya tak pernah pun halang suami saya balik. Suami saya yang tak ingat nak balik. Adoi.

Saya suruh suami saya hantar lauk 2 minggu sekali untuk kurangkan rasa bersalah saya. Kalau tak saya asyik rasa nak bercerai, sebab rasa bersalah. Duit kami dah tak boleh nak bagi, sebab kami pun tersepit. Baru nak mulakan perniagaan. Saya kesian dengan mertua saya. Tapi saya rasa dia jahat.

Kakak saya tu bukan orang pertama yang dia pernah pinjam duit ratus ribu tapi tak bayar. Sebelum ni ada orang lain. Tapi masa tu saya tak sedar. Sekarang baru saya kenal mertua saya macam mana. Even anak dia pun baru kenal mak dia macam mana orangnya.

Biras saya pun turut dibenci mertua saya, sebab tak bagi duit langsung untuk perniagaan mertua saya. Sedangkan biras saya pun tengah tersepit dengan hidup dia. Tapi mertua saya asyik rasa biras saya tu kawal anak dia sampai anak dia berubah, padahal dia yang buat hutang 900k untuk anak dia, sebab tu anak dia menjauh.

Mak mertua saya tu ada pegangan, segala yang baik tu semua datang dari anak lelakinya, yang jahat tu semua datang dari menantunya. Haih pening lah. Banyak lagi yang terjadi sebenarnya. Sekarang mertua saya betul – betul dah jatuh tersungkur.

Rumah sewa dia dan berbulan tak bayar, bil letrik air dah tunggakan beribu. 6 bulan tak bayar. Kereta 3 biji, 1 biji tunggakan beribu, satu lagi tu suami dan saya yang tanggung, sebiji lagi, kongsi bayar dengan adik no 2 setiap bulan, sampai sekarang. Belum lagi yang dia hutang orang luar. Tah apa la pengakhiran semua masalah ni.

Kalau saya tak nak balik langsung rumah mertua saya takpe ke? Adik ipar saya yang lelaki tu pun kemain duk sindir – sindir saya kat IG Story. Macam jahat sangat saya ni. Saya risau kalau saya balik, saya kena sindir – sindir. Saya nak jaga hati saya sendiri. Saya tak nak orang kacau saya. – Si Cantik (Bukan nama sebenar)

Komen Netizen :

Noor Asikin : Kalau dah beratus ribu nak bayar balik memang payah la. Teringat dulu – dulu ada orang nak pinjam duit dengan laki kita sampai 60k sebab kedai dah nak tergadai. Kita orang rasa kesian sangat sebab memang kenal betul tapi 1 jerr laki kita cakap yang menyebabkan akhirnya kita orang abaikan permintaan dia.

Laki kita sebut yang pinjam 1k – 2k dengan dia sebelum ni pun ada beberapa orang tak bayar inikan pulak sampai 60K. Terus kita orang buat tak tahu jerr. Hidup jerr orang tu sampai sekarang. Pandai – pandailah.

Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :
About Hana 5172 Articles
Hana ialah penulis dan editor di Media Cite Heboh yang mengendalikan kandungan komuniti, kisah pembaca dan topik kehidupan seharian. Hana turut menyunting kiriman pembaca dari segi ejaan, tatabahasa dan susunan supaya lebih mudah dibaca sambil mengekalkan maksud asal cerita.