Baru kereta sampai depan rumah, mertua saya dah buka pintu kereta saya dan tarik saya keluar. Sebiji macam g4ngster. Saya capai handphone dan call ibu saya dan suami terus r4mpas dan membaIingnya. Konon nak tunjuk hero depan keluarga. Satu hari saya dengar apa yang bapa mertua cakap..
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. Ini kali pertama saya send confession di sini. Harap sangat disiarkan mungkin saya boleh baca pendapat dan pengalaman orang. Nak bercerita dengan kawan bimbang terbuka pekung sendiri.
Di sini orang tak mengenali saya dan saya pun dah penat pendam rasa hingga diagn0se MDD. Major depr3ssion dis0rder. Kini m4kin pulih tapi saya kena belajar luahkan. Saya ni sangat perahsia. Sesi kaunseling atau terapi dulu pun saya tidak cerita semua.
Lagi selesa penulisan dari penceritaan. Nama saya Nana. Nama samaran. Saya dulu kerja kerajaan sebagai pegawai, kerja yang agak stabil. Selepas berkahwin saya mengalami depr3ssion teruk kerana masalah bos dan mertua.
Baru kahwin jadi saya tak boleh adapt lagi culture mertua yang bagi saya suka push, suka nak dengar cakap mereka je. Lepas berlarutan prestasi kerja saya teruk. Saya tak datang kerja, selalu mc.. Rupanya saya depr3ssion dan terp4ksa berhenti kerja.
Ketika itu masyarakat tak faham lagi s4kit ni. Mereka nampak okay je, normal je. Dalam hati macam nak pecah d4da. Hubungan saya dengan mertua dan kakak ipar sebelum dan selepas kahwin tiada masalah tetapi lepas kahwin saya jadi m4kin tak selesa.
Kakak ipar saya kuat mengadu pada mertua yang suami saya abaikan adik beradik, suami saya lebihkan family saya. Dan mertua akan call suami dan saya konon macam nasihat tapi kalau dah berkali – kali saya jadi str3ss.
Anak dah berkahwin kenapa nak control lagi? Yang kakak ipar saya pulak macam kurang kasih sayang. Pantang nampak saya keluar dengan parent saya akan call tanya ada tak suami saya sekali? Mestilah kadang – kadang dia ikut tapi belanja makan semua saya yang bayar bukan suami.
Dia seolah ingat kami ni tak berduit dan nak kikis duit suami. Sedangkan suami saya awal berkahwin tiada harta pun. Hantaran hanya 3 ribu ringgit pada tahun 2016. Rezeki lepas berkahwin rezeki mencurah hingga berbeza kehidupan kami. Syukur sangat.
Masa susah nak kahwin saya salute mak ayah saya. Tak pernah pertikaikan pendidikan saya walau degree kena 10k, 20k. Dia cuma cakap tak apa ada lah tu rezeki lepas kahwin. Semua perbelanjaan majlis guna duit saya dan parent saya.
Malah majlis sebeIah lelaki pun saya hulurkan sedikit dan hanya majlis ringkas. M4kin lama mereka m4kin menekan hidup saya. Bila mengadu pada suami akan jadi perg4duhan yang sangat dahsy4t. Hingga saya keguguran di awal kandungan kerana over str3ssed.
Saya fikir nak t3jun je time tu. Mujur adik saya ada dan pujuk dan selamatkan. Saya dah tak mampu hadapi. Saya pernah sekali menjawab selepas hampir 2 tahun berkahwin dan mereka bertindak baIas amat dahsy4t. Perlu ke saya biarkan mereka pijak kepala saya?
Apa mereka buat terlalu panjang untuk diceritakan. Selepas itu, mereka benci sangat pada saya. Hingga balik kampung pun saya kena duduk hotel. Pernah saya pergi rumah mereka untuk jernihkan tapi apa saya dapat? Baru kereta sampai depan rumah, mertua saya dah buka pintu kereta saya dan tarik saya keluar.
Sebiji macam g4ngster. Saya cakap sabarlah mama, saya sudahla s4kit. Mereka ramai dan saya seorang di situ perlu pert4hankan diri. Sudahla di negeri jauh dari keluarga saya. Kemudian kakak ipar saya pula keluar rumah dan tengking masuk sekarang!
Saya sedih sangat orang buat saya macam budak – budak dan tiada maru4h. Suami hanya memandang dan saya tahu dia seakan backup family dia. Saya capai handphone dan call ibu saya dan suami terus r4mpas dan membaIingnya.
Konon nak tunjuk hero depan keluarga. Dah macam drama. Saya bersabar dan balik ke KL saya ke mahkamah tetapi hasil kaunseling dinasihatkan untuk berbaik kerana kami tiada masalah cuma berkaitan mertua sahaja.
Tak cukup itu, bapa mertua saya burukkan saya pada saud4ra mara suami hingga saya pergi ziarah raya pun mereka memerIi seolah saya ajar suami jadi anak derh4ka, seolah saya menantu h4ntu kep4rat taknak balik rumah mertua.
Sedangkan bila balik, saya diperIi, dimarahi, langsung buat saya macam tiada perasaan. Hingga satu hari, bapa mertua suruh suami pilih dia atau saya dan suami jawab dia pilih dua – dua. Dia taknak ani4ya saya dengan menceraikan tanpa sebab dan dia takkan buang ayah mertua sebab dia ayah dan kekal sampai bila – bila.
Sump4h saya tak faham ibubapa yang sesuka hati buat anak kahwin cerai ini. Dan, ini perkahwinan kedua suami saya. Yang pertama masalah sama, masalah campur tangan keluarga. Teruk ex wife suami mereka burukkan dahulu pada saya.
Kata mereka, perempuan itu kaki kikis, b0hsia, kurang ajar pelbagai lagi. Saya pun jadi takut dengar betulkah? Tapi saya tak masuk campur kerana kisah lepas. Bila sudah berkahwin jelaslah mereka yang bermasalah. Suami saya jenis taat keluarga.
Alhamdulillah bagus cuma keluarga mertua ini ambil kesempatan. Pernah saya keguguran perlu dimasukkan di wad dan mak mertua saya sebolehnya suruh suami balik kampung tanpa sebab. Sekadar katanya lama tak balik.
Mengajar pula anak lelakinya suruh tinggalkan saya dan minta ibubapa saya tolong jagakan. Entahlah tak faham saya manusia begini. Agaknya satu hari jadi pada anak perempuan mereka baru tahu. Sekarang mereka membanggakan menantu lelaki.
Seorang doktor yang kini sudah bergeIar pakar. Tak habis menyebut doktor, doktor. Kata dia menantu lelaki dia semua bagus bukan macam yang perempuan ni. Tak apa, sekarang boleh takabbur dan h1na. Kita tak tahu esok lusa s4kit agaknya yang dibenci ini yang jaga.
Masalah ini masih berlarutan kerana mereka tidak mahu berbaik dan saya pun dah malas nak terhegeh – hegeh. Biarlah asalkan saya bahagia. Kepada yang ada masalah mertua ipar ini walau nampak remeh tetap sangat effect pada perkahwinan.
Lebih lagi jika si lelaki utamakan keluarga dan keluarga sengaja ambil kesempatan. Makan hati. Saya hanya bersabar dan doa moga diberi kekuatan dan dipanjangkan j0doh kami walau berkali sudah saya give up. Doakan kami.
Kepada ibubapa mertua, ketahuilah meruntvhkan atau memberi tekanan pada perkahwinan anak itu berd0sa. Jika tak mampu layan atau sayang seperti anak sendiri tak mengapa. Kami faham tetapi janganlah hingga mengani4yai dan mengaibkan. Dunia ini berputar. – Nana (Bukan nama sebenar)
Komwn Warganet :
Sauriani Dn : Keluarga baik, anak ada pelajaran bagi hantaran seadanya. Support kenduri lagi. Kerja confessor pegawai kerajaan, habis h4ncur juga. Berbaloi ke confessor? Hebat sangat ke lelaki tu? Kalau lelaki tu boleh bawa ke syurga, berbaloi juga hilang kerja. Ini kerja takde, s4kit depr3ss, ibu bapa susah hati… hmmm
Suraidah Mohd : Asing atau jauhkan diri dari mereka. Bukan kita putvskan silaturahim tapi kita jaga hati dan jiwa kita. Sebab anak – anak masih perIukan kita. Seorang ibu waras dan riang dalam hidup mereka ketepikn orang – orang yang hanya mengikut em0si tidak berpandukan akal.
Biarkn suami berbakti pada keluarga dan ibu bapanya. Kita pilih hidup kita. Jangan sampai melemahkn iman kita disebabkan hati – hati hitam meraka terhadap kita. Puan kene kuat untuk kejidupan puann demi anak – anak.
Ummu Ahnaf : Bahagia dan d3rita tu pilihan. Kalauko pilih untuk bahagia. Tinggalkan manusia – manusia t0ksik camtu tak kira apa pun gelaran. Suami.. mentua.. ipar.. tapi kalau ko pilih d3rita.. pendam.. gi terhegeh – hegeh buat baik dengan deme.
Telan kata – kata dan perbuatan dorang pada ko. Ada akal guna. Kadang – kadang bahagia bukan pada suami, mertua dan orang luar tapi hadir dalam family sendiri.
Esmawaty Samad : U deserve a better life! Dari awal lagi, komitmen hanya sebeIah pihak. Pilihan di tangan confessor sendiri. Saya rasa suami awak tak perlu sangat awak pun. Dah awak boleh hidup sendiri di samping keluarga sendiri yang sangat supportive.
Kalau suami benar – benar perIukan awak, dia sedaya upaya pert4hankan awak. Apa – apa pun, pilihan di tangan awak sendiri. Semoga semuanya baik – baik sahaja dan awak kuat semangat.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.