Tak sampai 12 jam kena operate suami call, ingat nak tanya khabar rupanya suruh orderkan makanan

Saya seorang isteri dengan mempunyai 3 orang anak. Gaji saya lebih tinggi dari suami, jadi dua buah kereta dan rumah atas nama saya dan saya yang bayar. Di rumah saya tak dibenarkan s4kit, kalau tak saya akan kena marah sebab menambahkan kerja suami kena jaga anak – anak. Sekarang ni saya dalam wad..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum salam sejahtera pembaca semua… Saya Nurul berusia 43 tahun. Ini adalah kisah saya yang maIang kerana dapat suami yang cuma bertindak sebagai housemate sebab dia boleh di harapkan buang sampah.

Dan boleh sidai kain baju sendiri, roomate sebab pandai lipat selimut sendiri lepas bangun tidur, tapi bukan bedmate sebab kami tidur katil asing dan dia lebih selesa peIuk bantal dari peIuk isteri. Semasa menaip confession ni saya masih di ward baru menjalani pembedahan buang buah pinggang sebeIah yang rosak disebabkan batu karang.

Saya adalah penjawat awam gred profesional dan dia pun sama cuma dia bergred diploma. Alhamdulillah saya berkongsi rezeki dengan suami dan 3 orang anak kami. Hidup kami tak mewah. Cuma cukup makan dan pakai.

Serta mampu nak makan fastfood seminggu sekali. Perbelanjaan rumah dibahagi dua antara saya dan suami. Saya mempunyai 2 biji kereta yang kedua – duanya saya bayar penuh atas nama saya sendiri. Rumah kami duduk itu juga atas nama saya.

Walaupun saya tak minta banyak dari suami. Saya sentiasa bersyukur sebab dari segi luaran kami nampak normal macam pasangan suami isteri yang lain. Pada ketika dua anak lain masih kecil dan saya mengandungkan anak ketiga. Kami kesesakan sumber kewangan.

Saya yang berkerja dari 8am – 5pm ini, mengambil upah membuat kek dan pastry untuk menampung belanja yang tidak cukup, lepas balik kerja. Saya solat. Saya siapkan makan suami dan anak – anak dan lepas maghrib saya akan mula membaking sampailah pukuI 12 – 1 pagi baru saya dapat merehatkan badan.

Rutin berterusan sampai saya melahirkan anak yang bongsu. Bila dah ade baby. Saya masih teruskan membaking setiap malam. Lepas tidokan baby. Sementara suami pukuI 9 wajib masuk tidur tanpa kisahkan anak kecik dan saya yang masih tungtang – tungtang kat dapur sehingga larut malam.

Rutin bangun pagi. Saya akan masakkan makanan pagi dan bekal untuk suami dan anak – anak. Saya tak tau kenapa saya masih bertahan dengan sikap suami walaupun orang keliling nampak saya yang jaga dia. Bukan dia yang jaga saya.

Mungkin kelebihan dia yang saya rasa family man walaupun dingin dengan isteri sendiri walhal kami dulu berkawan dari zaman sekolah sampailah ada j0doh berkahwin. Dia bukan seorang yang suami yang r0mantis atau penyayang ni pun saya tak pasti.

Padahal masa berkawan dia yang approach saya dulu dan saya terima sebab nampak kesungguhan biarpun dari zaman saya belajar sehinggalah bertunang masih lagi ada yang cuba nak masuk lain termasuklah beberapa kenalan engineer juga hendakkan saya.

Tapi mungkin saya seorang yang setia dan terima dia seadanya walapun bukanlah si dia tu bergaji lumayan. Sepanjang tarikh istimewa saya. Sama ada hari lahir atau anniversary, saya tak pernah terima sebarang hadiah dari suami.

Dengan alasan kewangannya yang sentiasa cukup – cukup sampai gaji. Saya terima dan tak kisah. Walaupun ade juga rasa iri bila tengok kawan – kawan lain di medsos menayangkan hadiah atau supr1se yang mereka dapat dari suami masing – masing.

Saya sentiasa sedapkan hati. Mungkin itu bahagian saya dan saya tak pernah minta banyak. Sekadar mengharapkan ada ucapan dan peIukan dari suami juga saya hampa. Dalam rumah tu saya tak boleh s4kit ye pembaca.

Sebab dia akan mengeluh kerana rutin dia berubah. Dan terp4ksa menghantar saya ke hospitaI dan mencari makan dan menjaga anak – anak di rumah. Betul saya tak boleh s4kit ye… Kalau saya s4kit pernah sekali di masukkan ke wad sebab apendiks.

Saya dibebelkan sebab menyusahkan dia perlu melawat dan menghantar barang ke hospitaI. Mujur juga saya mampu bayar komitmen insuran untuk medical card setiap bulan. Dapatlah saya berehat sebentar dari rutin sambil menanggung s4kit di hospitaI swasta yang layanan nya sangat membantu dari segi mentaI dan em0si.

Hari ini adalah kali ke dua saya di masukkan ke hospitaI dan s4kit kali ni agak kr0nik sebab batu karang yang berkumpul di sebeIah buah pinggang dan doktor membuat keputvsan terp4ksa membuang sebeIah buah pinggang yang rosak itu.

Disebabkan era c0vid, suami atau pelawat tak dibenarkan menunggu pes4kit dan si dia sangat lega kerana tak perlu melawat saya selalu dan hanya passing barang di kaunter sahaja. Walaupun begitu. Saya masih jalankan tanggungjawab menyediakan makan minum suami dan anak – anak dengan cara meng0der grab dari hospitaI.

Hari ni di saat saya perIukan sokongan suami. Tapi sebaliknya yang saya terima dia hanya call suruh saya order makanan sekian sekian ikut selera dia. Tanpa bertanya keadaan saya yang s4kit kurang 12 jam selepas operation.

Sedihnya bukan kepalang bila kita harapkan si dia menenangkan kita. Malah dia yang mengeluh sebab pening kepala nak uruskan anak – anak dan makan pakai mereka di rumah. Keluhan saya ni. Dia buat mungkin sebab ada lebihan masa di katil pes4kit dan saya sangat terkilan apabila dilayan sedemikian.

Adakah saya tak layak s4kit. Sebenarnya sampai saya berfikir Allah bagi saya s4kit mungkin itu je masa saya dapat berehat. Mohon pembaca semua mendoakan supaya saya diberikan kesembuhan segera dan sememangnya hati saya dah tawar dan saya penat. Terima kasih kerana sudi membaca luahan hati saya. – Nurul (Bukan nama sebenar)

Komen Pembaca :

Farridah Mohd : Pedih sikit ayat ni.. “Dah mau, mendapat la.” Saya dulu begini juga, saya minta sikit bayar rumah. Dia kata harta saya. Saya s4kit, dia kata hidup menyusahkan orang, baik m4mpus. Saya pun letih tanggung biawak hidup, saya tuntut fasakh. Bahagia itu pilihan. Sekian.

Rina Rahamat : Sebab tu kadang – kadang jadi perempuan ni jangan tunjuk kuat sangat depan suami walaupun kita sebenarnya kuat. Dari awal puan dah “manjakan” dia. Tolong jaga anak pun tak mau sedangkan puan susah payah bersengkang mata cari extra income.

Lepas ni “ajar” sikit suami bukan kurang ajar dengan dia tapi ajar dia supaya jadi suami yang betul – betul suami. Takkan time s4kit pun puan yang kena orderkan dia makanan lemak betul macam tu.

Mazura Meor Lope : Bila baca sampai suami suruh orderkn makanan tu, beristighfar saya. Memang meIampau sangat suaminya. Patutlah asyik tak cukup gajinya. Allah sekat rezeki dia. Cukup – cukuplah mengh4mbakn diri untuk suami.

Kita ni h4mba Allah, bukan h4mba suami. Perkahwinan satu perkongsian hidup antara suami isteri. Kalau dah satu pihak je yang berk0rban, keluarlah. Moga puan dalam rahmah Allah.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.