Lagi 5 hari nak habis iddah, suami tiba-tiba pergi mahkamah lafaz rujuk. Saya dianiaya..

Sepanjang 13 tahun kahwin 3 kali suami curang, malah dia senyap2 ambil duit saya 70k tanpa pengetahuan. Masa awal PKP dia diberhentikan kerja dan saya tanggung semua perbelanjaan, tapi dia curang siap bawa perempuan tu pergi bercuti seminggu. Kali ke-4 kant0i saya nekad bercerai tapi saya dianiaya..

#Foto sekadar hiasan. Hi Admin. Pertama sekali, saya harap sangat confession ini dapat disiarkan sebab saya betul – betul buntu dan perIukan pendapat dari netizen, kerana perkara ini sentiasa terbuku di hati dan saya tiada ibu bapa atau adik beradik untuk berkongsi rasa.

Ya, saya ada beberapa orang sahabat baik, tetapi saya tidak dapat berkongsi rasa kerana ini melibatkan maru4h dan aib seseorang. Saya berusia 37 tahun, berpendidikan dan memiliki kerjaya professional yang memberikan gaji bulanan sebanyak lima angka sebulan.

Saya sudah berkahwin selama 13 tahun dan memiliki dua orang anak. Yang sulung 11 tahun, lelaki manakala yang adik 9 tahun, juga lelaki. Suami saya tua dua tahun dari saya dan kami berkahwin atas dasar suka sama suka.

Dia juga merupakan satu – satunya boyfriend yang saya ada sebelum dia menjadi suami saya. Perkahwinan kami pada awalnya bahagia walaupun saya di KL dan dia di Johor. Setelah melahirkan anak pertama, kami akhirnya dapat tinggal bersama.

Kali pertama masalah bermula adalah apabila dia rapat dan mula menyukai seorang intern di tempat kerjanya tatkala saya sedang mengandungkan anak kedua kami. Tetapi pada waktu itu, saya yakin tiada apa yang serius dan apabila anak kedua kami lahir, intern itu pun tamat tempoh internship dan kami hidup seperti biasa.

Saya cuba lupakan perkara ini dan akhirnya saya berjaya setelah hampir dua tahun perkara itu berlaku. Ditakdirkan sekali lagi, kami terp4ksa menempuhi PJJ sekali lagi. Saya tinggal bersama dua orang anak di Johor manakala husband di KL.

Semua perkara saya lakukan sendirian dan dia sangat sibuk membina kerjaya di tempat baru. Tetapi, bila ada masa lapang, dia tetap akan melawat kami. Ada masa dia memang langsung diam tak dapat dikesan selama 2, 3 hari kerana tekanan kerja.

Tapi saya tidak syak apa – apa kerana saya betul – betul rasakan dia busy. Syukur Alhamdulillah, setelah dua tahun PJJ, kami bersatu semula setelah saya berjaya pindah dari Johor ke KL. Tahun 2018, dia kantoi kali kedua curang terhadap saya.

Kali ini bukan bersama intern, tetapi bersama rakan sekerjanya yang saya panggil Liana. Saya tidak tahu sejauh mana perhubungan mereka, tapi saya rasa mungkin tidak sampai ke tempat tidur. Cuma, dalam perbualan, mereka memang begitu rapat.

Ada perkataan hug, kiss, sayang dan sebagainya. Mereka juga sering makan bersama dan wanita ini sering masak untuk suami saya. Setelah mengetahui perkara ini, saya berdepan dengan suami. Dia nafikan ada hubungan istimewa antara mereka berdua.

Hanya hubungan antara majikan dan pekerja sahaja dan saya yang terlalu em0si, fikir lebih – lebih. Liana akhirnya berpindah ke cawangan lain dan saya memaafkan suami buat kali yang kedua. Kehidupan kami diteruskan macam biasa.

Tapi sebenarnya saya sedaya upaya tak nak s4kitkan hati sendiri sebab tu saya tak siasat dan korek dalam – dalam untuk tahu perkara sebenar. Tapi sebenarnya, kepercayaan saya sudah m4kin berkurang. C0vid dan MCO berlaku masa tahun 2020, suami kehilangan kerja tapi Alhamdulillah, saya masih dapat bekerja seperti biasa dan gaji saya sendiri lebih dari cukup untuk tampung semua hal rumahtangga dan anak – anak.

Oh lupa nak bagitau, sepanjang perkahwinan kami, memang saya yang banyak menyara keluarga kerana saya memang bijak in term of financial management. Yuran sekolah untuk kedua – dua orang anak pun saya dah sediakan siap – siap walaupun mereka baru Darjah 5 dan 3.

Saya ada dua buah rumah dan satu kereta bawah nama saya. Akaun ASB saya pun hampir penuh dengan akaun EPF dah lebih dari setengah juta. Senang cerita, sebab saya bertahan dengan suami bukanlah sebab duit. Malah, sepanjang kami kahwin pernah juga dia menggunakan duit saya tanpa pengetahuan saya dan bernilai lebih 70 ribu.

Saya marah, tapi saya maafkan dan Alhamdulillah, dia telah ganti pun semuanya. Cuma itulah, kepercayaan saya terhadap dia sem4kin berkurang sebab bukan sahaja curang, tapi guna duit saya tanpa keredhaan saya pun dia pernah lakukan.

October 2020, dia kantoi buat kali ketiga. Kali ini dia membawa wanita lain (let’s call her Bella) bercuti ke sebuah pusat per4nginan selama hampir seminggu. H4ncur hati saya apabila melihat gambar WA profile Bella, adalah dia bersama suami saya semasa percutian mereka bersama.

Kali ni, entahlah betapa b0dohnya saya, saya masih maafkan perbuatan curang dia. Dan semestinya saya minta dia tinggalkan perempuan tu dan dia berjanji akan buat macam yang saya suruh. Dalam kekalutan hal Bella, saya juga dapati suami saya sebenarnya masih lagi berhubung bersama Liana.

Jiwa saya s4kit, tetapi saya terlalu husnuzon dan buat keputvsan untuk memaafkan dia, selepas kami berpisah untuk 1 bulan. Jauh di lubuk hati saya, saya mahu anak – anak bersama ayah mereka, walaupun hati saya h4ncur – seh4ncurnya.

So kami kembali semula serumah pada bulan 11, 2020. Awal 2021, suami masih tidak mendapat sebarang pekerjaan. Tapi saya masih support dan layan dia tanpa ada perbezaan. Tapi sekali lagi, buat kali ke-4, dia kantoi lagi mencurangi saya dan kali ini dengan wanita lain pulak.

Saya dapati, dia juga masih berhubung dengan Bella dan Liana. Kali ini, saya pun dah tak tahu nak rasa apa. Bukan marah, bukan sedih, more to “Can you just d1e, please?” Yes, itu lah yang saya rasakan di dalam hati saya.

Saya nekad berm4ti – m4tian untuk menuntut cerai dan akhirnya, saya berjaya. Saya rasa sangat gembira dan bersemangat untuk meruskan kehidupan saya bersama anak – anak. Kerjaya saya pun m4kin bagus dan Allah Iimpahkan rezeki meIimpah – ruah pada saya.

Saya betul – betul happy dan saya hanya ingin mengejar syurga yang saya impikan. Tetapi lain pula untuk diri suami, kerana setelah bercerai, dia bagaikan tidak boleh hidup tanpa saya dan akhirnya, dia merujuk saya semula sewaktu iddah saya sudah terlalu hampir ke penghujungnya (5 hari sebelum, to be exact).

Lebih mengecewakan, apabila dia mengatakan dia telah mengesahkan lafaz rujuk itu kepada pejabat agama dan sekiranya saya tidak bersetuju, saya perlu f1ght semula. Another round of f1ghting and court visit and that was the time our country was in MCO 3.0.

Saya penat, letih dan putvs asa. Kecewa. Rasa teraniaya dan saya memang takde sesiapa yang boleh sama – sama bantu Iawan. I was all alone. Jadi dengan berat hati, saya terp4ksa terima dia berada di rumah. Anak – anak pun mungkin lebih gembira.

Tetapi hati saya, h4ncur. Saya tidak mampu untuk hidup bersama dia lagi. Hari – hari saya menangis dan saya rasa seperti saya telah m4ti, tapi jasad saya masih berada di dunia. Saya memang bukan jenis pemarah and I tolerate people so much.

Jadi, itu lah yang sedang berlaku sekarang. Saya bertolak ansur dengan dia, dengan situasi yang kami sedang hadapi sekarang tapi mentaI saya m4kin lama m4kin teruk. Sering kali saya fikirkan kem4tian, tetapi saya taknak tinggalkan anak – anak saya kerana mereka hanya ada saya, in all aspects of their lives.

Tolong bantu saya. Beri nasihat dan maybe pandangan sekiranya anda berada di tempat saya. Peluang KELIMA ini benar – benar meny4kitkan kerana tiada lagi trust, faith and respect. All I have now is… I don’t know. Nothing. I just wanna d1e but I wont commit suic1de because saya sayang Allah. Tolong bantu saya. Terima kasih. – Ely Rahman (Bukan nama sebenar)

Komen Pembaca :

Nur Cahya : Puan, percayalah itu air mata buaya. Setelah selesa kembali per4ngai selingkuh suami puan kembali menjalar. Jangan larut dalam kesedihan dan sengsara kerana lelaki tak guna itu. Sesekali jangan letak anak sebagai alasan.

Anak lagi kecewa jika dapat tahu per4ngai ayahnya yang sebenar dan penyebab pend3ritaan ibu. Ambik peguam dan f1ght balik. Semoga puan dirahm4ti.

Bakal Jenazah : Dia p4ksa puan rujuk, puan saiko dia balik. Jangan bagi duit kat dia. Jangan tanggung dia. Bagitau semua harta dah hibah kat anak – anak. Buat dia macam tunggul kat rumah. Beri dia pengajaran. Diam – diam lantik peguam untuk bercerai. Lelaki macam ni tak layak untuk puan. Kita hidup ni tak lama, biarlah bahagia.

Nadhirah Afendi : Puan ada jawapan dia. Sekurangnya kalau puan meninggaIkan, puan ada kerjaya tetap, gaji 5 angka. Takde sebab untuk bertahan lagi. Hati sendiri yang s4kit. Kalau pengalaman saya, i left with nothing. Umur muda, anak 3 orang, dalam akaun langsung takde ape. I made my good decision and Alhamdulilah healed from my p4in.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.