Kami dengar kak log menjerit, bila sampai rumah kak log d4rah penuh dekat lantai

Abang ipar tuduh kak log curang dan anak yang dalam kandungan tu bukan anak dia. Sampai masa kak log pergi hospitaI nak bersalin, abang ipar buat tak tahu je. Nurse tanya abang ipar mana sebab nak azankan baby..

#Foto sekadar hiasan. Hai semua pembaca, aku Nana, terima kasih sebab sudi mendengar cerita aku ini. Kisah ini tentang kehidupan kak log aku yang dah 4 tahun berlalu. Kak log aku seorang muallaf dan berkahwin dengan seorang lelaki beragama Islam.

Lelaki yang dah berusia lingkungan 50-an dan kak log aku baru 33-an. Lelaki ni bekerja sebagai seorang polis. Sebelom ni kak log pernah gagal dalam rumahtangga dan yang ni merupakan perkahwinan ke-2 nya. Mereka saling mengenali masa kak log kerja, mereka dah pun nikah secara sah dengan izin mak ayah.

Ayah kata tak payah nak buat besar – besaran sangat yang pasti korang bahagia dan halal sudah. Iye memang bahagia tapi kebahagiaan itu dari luaran saja. Kak log pernah cakap biar lah kahwin dengan lelaki yang jauh lebih tua pun tak apa.

Sebab lelaki yang dah berusia lebih m4tang, fikirannya dan dia akan bimbing kak log dalam hal agama yang banyak lagi kak log tak tau. Aku cuma mampu berkata harap – harap begitu lah kak. Setelah sekian lama berkahwin, kak log mengandung, kami tumpang gembira berita itu.

Dari awal kak log mengandung, aku lah yang sentiasa ada di sisi kak log hantar dia pergi cek up ke kIinik sampai sarat. Pada satu malam, masa tu kak log aku dah 8 bulan sarat mengandung, jam 2 pagi kak log aku keluar berlari dari rumah dan menuju ke rumah mak ayah mengetuk pintu dengan kuat.

Dalam keadaan menangis sambil memegang telinga nya yang s4kit, kami semua terbangun dari tidur dan bertanya apa yang terjadi, abang ipar sama berlari mengejar kak log dari belakang sambil cuba menutup kesalahannya dan berkata, “kami cuma berg4duh, tiada apa – apa pun.”

Terus kak log cerita apa yang berlaku depan kami semua dalam tangisan, “engkau tumbuk aku boleh plak engkau kata tiada apa – apa,” kata kak log. Sungguh kami semua terk3jut, “kenapa sampai macam tu sekali abang?” Tanya aku sambil berkata mak ayah kami pun tak pernah pukuI kak log.

Terus abang ipar cakap, “akak engkau ni ha dia ada jantan lain anak dalam perut dia tu dengan jantan tu lah bukan anak abang.” Terus saya minta bukti, nasib ayah tiada di rumah masa kejadian kalau tak, tak tau lah nak cakap apa.

Kak log aku duduk rumah emak sementara menunggu waktu bersalin bakal tiba dan abang ipar balik rumah keluarga dia. Keluarga kami dan keluarga abang ipar tak pernah bersua sebab kak log bukan menantu pilihan mereka.

Aku pujuk kak log, tanya dia betol ke ada curang macam yang abang ipar cakap, masa tu kak log bersump4h sambil menangis, “dengan siapa lagi nak percayakan aku kalau bukan keluarga aku sendiri.” Sebulan dah pun berlalu, kak log aku dah ada tanda nak bersalin.

Aku tergesa – gesa kemas barang dia bagai sambil ke rumah jiran mintak tolong hantar ke hospitaI. Masa tu kereta aku rosak terp4ksa minta tolong kat jiran, sepanjang dalam wad aku sentiasa temankan kak log. Aku cuba call abang ipar bagitau kak log dah nak bersalin,

Dia cakap abang kerja ni, tak ade yang nak ganti dan aku iye kan je. Syukur urusan bersalin kak log aku dipermudahkan, nurse datang bagitau baby ni harus diazankan, ke mana suami awak? Mase tu abang ipar tiada di sisi kak log,

Aku cuba bagitau nurse yang suami kak log sibuk, ada tugasan luar. Sambil aku tak habis – habis minta kak log bersabar, mungkin betul abang sibuk tu. Sehingga kak log keluar wad, urusan bayaran bil aku yang uruskan. Masa nak keluar wad pun aku terp4ksa minta pertolongan jiran kami yang baik hati tu datang ambik.

Aku tanya kak log nak berp4ntang kat mana? Dia cakap, “akak lebih selesa kat rumah akak je, akak dah banyak susahkan korang.” Aku iye kan je apa yang kak log cakap, aku selalu ulang alik dari rumah aku ke rumah kak log pagi petang untuk jaga dia dan baby.

Lepas tu kak log ada cakap lepas ni tak payah dah datang sebab kak log dah boleh buat sendiri. Aku tanya itu ke sebabnya?? Kak log rupa nya sembunyi kan sesuatu dari aku. Rupanya abang ipar tak bagi aku ulang alik ke rumah dia.

Hari ke – 4 kak log berp4ntang, aku dah tak datang ke rumah diorang, iyalah mungkin suami dia tak selesa aku ada kat rumah tu. Abang ipar siap bagi duit kat aku sebagai upah jaga bini dia dan bagitau lepas ni jangan datang dah.

Aku bagitahu dia, aku ikhlas jaga aku tak mintak baIasan apa – apa pun. Aku berlalu pergi. Hari ke – 5 berp4ntang kak log aku menangis menjerit mintak tolong, kami semua berlari pergi ke rumah kak log. Bila sampai je kami semua terk3jut lantai dalam bilik kak log aku diIimpahi d4rah yang sangat banyak.

Aku lihat kak log dah tak bermaya lemah, aku tanya apa yang jadi ne? Bentan ke kak? Kak log dalam keadaan lemah memberitahu kami, abang ipar sepakk terajang. Bila aku dengar itu penjelasannya aku terus dukung baby kak log bawa keluar.

Risau jugak sebab budak tu dia dah kata bukan anak dia, takut diapa – apakan plak. Kami adik beradik jerit panggil ayah datang. Ayah aku tak cerita banyak pegi terus tumbvk muka abang ipar sebab dah nampak d4rah banyak sangat.

Kak log aku menggeIetar satu badan, d4rah dah banyak yang keluar. Masa tu abang ipar tak habis – habis kata maaf maaf konon tak sengaja. Ayah kata, “engkau buat apa minta maaf kat aku, engkau mintak maaf kat tuhan tu.”

Kali pertama aku lihat seorang ayah mentua sekasar itu terhadap menantu. Memang kesabaran ayah dah tiada masa tu. Kami bawa kak log duk rumah mak semula. Kami satu keluarga rancang nak buat report polis sebab ni bukan pertama kali jadi.

Mak mentua kak log datang merayu dekat kak log supaya jangan repot hal ni, nanti keluarga kami malu. Suami kak log juga akan di g4ntung kerja nanti. Kami menunggu keputvsan kak log, kak log boleh bagi peluang lagi dekat suami s3tan nya tu?

Sebab kak log nak jaga hati ibu mentuanya yang selama ini dingin dengan kak log dan nak ambil kesempatan berbaik – baik supaya menerima kehadiran kak log dalam keluarga mereka. Seminggu kak log masih berp4ntang kat rumah mak.

Abang ipar ada datang sambil pujuk kak log minta balik ke rumah sendiri, hati kak log masih terIuka dan belom dapat menerima dan memaafkan abang ipar selepas abang ipar berkata bahawa baby itu bukan anaknya. Terus hari demi hari dia datang pujuk sehingga kesabarannya dah tamat.

Dia terus melafazkan cerai pada kak log depan kami semua adik beradik dengan taIak satu. Bagaimana pun lafaz taIak itu cuma dibibir abang ipar je dan diorang berdamai semula. Aku cuba berjumpa orang – orang yang aku kenali beragama Islam dan bertanyakan pasal lafaz cerai taIak 1 tu, adakah sah atau belom.

Iya lah keluarga kami bukan orang Islam mana tahu sangat pasal benda ni tapi lafaz tu masih jadi tanda tanya. Hal tu tak berakhir di situ, bukan sahaja dia tidak membimbing kak log malah banyak hal lagi. Kak log cuba belajar mengaji sebab ada ustazah yang datang mengajar yang muaIIaf.

Tapi semuanya dihaIang abang ipar, kalau kak log cuba puasa abang ipar akan kata “puasa engkau tu dah batal tu, engkau tak payah nak sibuk puasa bagai sebab engkau tu bukan baik sangat, engkau tak akan dapat pahala pun”.

Kak log cuba belajar satu – satu hal agama dengan ustazah secara senyap bila abang ipar tiada di rumah, lama – lama macam – macam lagi hal yang meny4kitkan hati kak log. Ditahap kesabarannya yang dah tiada kak log pergi ke mahkamah tuntut cerai dan abang ipar ugvt nak r4mpas anak kalau cerai.

Segala barang kemas kak log diambil abang ipar dan dipajak tanpa pengetahuan kak log. Makan minum pula dah mula tidak ditanggung oleh suaminya. Sehingga kak log nekad nak tuntut cerai dan kini kak log aku hidup bahagia je 2 beranak,

Setelah tiada s3tan tu dalam kehidupan kak log, kak log ada buat bisnes jual keropok leko untuk menampung kehidupan harian 2 beranak, iye lah sebab jantan tua tu pun tak ada nak menanggung bagai pada anaknya.

Kak log memiliki anak perempuan yang comel dari d4rah dan keturunan Islam. Apapun aku bangga dengan kak log aku seorang yang kuat melalui liku – liku kehidupannya yang banyak duka berbanding suka.

Mohon maaf dari aku andai terkasar bahasa dalam cerita ini. – DR Nana seorang insan yang tak pernah lari dari kesilapan.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.