Mak kata aku tak laku, aku nekad nazar puasa 60 hari supaya dapat jodoh

Adik aku dah nak bertunang tapi aku calon pun takde. Kata mak, aku ni tak laku, langkah bendul malu kat orang. Aku bernazar berpuasa sunat selama enam puluh hari kalau aku dapat jodoh dalam masa terdekat. Tiba – tiba satu pagi aku dapat mesej..

#Foto sekadar hiasan. Assalaamualaikum. Hai pembaca yang dikasihi. Hari ni aku ada masa nak berkongsi satu pengalaman yang real berlaku dalam hidup aku. Memandangkan sekarang ni kita berada di bulan Ramadhan yang mulia, Alhamdulillah syukur masih lagi bertemu Ramadhan.

Apa pun peristiwa yang berlaku ini berlaku di bulan Ramadhan juga. Apa yang aku nak sampaikan adalah cerita tentang jodoh. Bagi aku jodoh adalah anugerah dari Allah yang kita perlu minta. Dah alang – alang meminta biarlah meminta yang elok – elok dan berkualiti dan hasilnya pun puas hati.

Sedikit pengenalan sebelum berlaku peristiwa gempak pada waktu itu aku sedang di tahun akhir pengajian di sebuah universiti. Kawan – kawan sebaya kebanyakan waktu itu bakal menghabiskan zaman pengajian dan bujang.

Mereka semua dah bersarung cincin tunang. Aku antara yang nganga sorang – sorang bila diorang sembang tentang jodoh masing – masing. Aku ok aja. Ye lah kita kena sedar diri lah tak ada rupa memang payah orang nak memandang dan pula tak bekerja lagi buat apa nak cepat – cepatkan. Tenang – tenang aja.

Masalah tentang jodoh ni datang bila aku dah habis belajar dan pulang ke kampung halaman duduk kat rumah keluarga. Mak aku antara orang yang menentang ‘ketidakadajodohan’ aku ni. Kata – kata yang keluar dari mulut mak aku sehari – hari bagai haliIintar yang menyambar. T4jam dan pedih.

Katanya aku ni tak laku, sebab adik aku nak bertunang raya nanti. Langkah benduI malu kat orang. Ini pemikiran mak aku. Pemikiran orang lama – lama. Aku sampai tahap menangis malam – malam mengenangkan nasib yang maIang dalam rezeki jodoh ni.

Yelah, tak ade orang berkenan takkan aku nak meng0rat je sesiapa yang lalu lalang kat tepi jalan? Setiap malam ramadhan aku bangun tahajjud dan solat hajat minta petunjuk. Aku tak mau terdesak cari jodoh nanti dapat pasangan yang hmmmm.

Aku f0bia sebab ibubapa aku bercerai. Aku mula jadi cerewet dalam memilih jodoh. Sebab aku tahu aku tak kuat nak hadap yang duduk serumah itu boleh ke itu? Boleh ke ini? M4kin rungsing. Apa yang terdetik pada aku waktu itu lebih baik aku “beli” terus dari Allah jodoh aku.

Allah saja lebih tahu sesiapa yang sesuai dengan h4mbanya ini. Tapi bila nak “membeli” kena apply “loan”dulu maka aku pun bernazar berpuasa sunat selama enam puluh hari tidak berturut jika dapat jodoh yang baik dalam tempoh terdekat.

Aku tekad di malam ramadhan yang mulia. Aku pun tak sangka boleh bernazar sebegitu. Bimbang jugak sebab takut tak tertunai. Bila aku fikir semula benda nak sehidup sem4ti selepas tu nak menghasilkan generasi yang soleh solehah pulak bukannya aku boleh buat sorang – sorang.

Tak pasal – pasal aku sendiri h4nyut. Dipendekkan cerita, pada suatu pagi, bulan ramadhan itu juga aku dapat mesej dari seseorang katanya ada seseorang yang bertanya tentang aku untuk dijadikan isterinya.

”Ah sudah. Must4hil secepat ini?” Terketar pulak jari aku menaip mesej waktu tu. Doa itu senj4ta mukmin is real guys. Ini apa yang aku aIami. Berpeluh aku. Fuhh. Sambil kipas muka dengan tangan.

Dipendekkan lagi kisah, kami berhubung melalui mesej, katanya dia pernah nampak aku sekali saja masa di universiti. Selepas tu tak pernah nampak dah. Sudah berbulan dia cuba cari melalui kawan – kawan sekarang baru jumpa.

”Seri0us?? Ada juga rupanya yang tercari cari aku dalam diam?” haha, aku tak sangka. Dia pun dah putvs asa nak cari aku dan dah hilang mood pun nak kahwin, hahaha. Aku pula langsung tak kenal dia. Tak pernah tengok pun.

Jenuh berkirim gambar melalui emel. Aku tanya dan risik kawan – kawan yang sefakulti dengan dia. Kebanyakan kata ok je. Awalnya aku tak minat sebab dia muda banyak dari aku hahaha. Tiga tahun jarak.

Bila aku bagitahu mak aku tentang ni mak aku langsung tak percaya aku tak kenal. Katanya merepek. Mana ada zaman sekarang nak kahwin tapi tak kenal pasangan? Nak jadi cerita lagi, mak aku senyap – senyap pergi ke kampung famili bakal menantu dan cari rumah dia alhamdulillah jumpa.

Mak aku balik dia bagitau yang dia berkenan sebab nampak budak tu pimpin tangan maknya yang dah uzur dia bawak ke pasar malam. Dipendekkan lagi, famili lelaki terus merisik dan bertunang dalam hari yang sama pertama kali kami tengok muka masing – masing dan berbual depan famili masing – masing tentang perancangan kahwin, sebelum raya haji kami telah disatukan.

Aku jadi tergamam dan tak percaya secepat itu Allah beri. Adik aku pun yang dah bertunang tak kahwin lagi waktu tu haha. Hebat perancangan Allah. Kini dah lima belas tahun kami masih pasangan suami isteri dan dikurniakan tujuh cahaya mata.

Kesimpulannya, selama lima beIas tahun dikurniakan suami hasil nazar yang Allah pilih ini, dia adalah seorang penghafaz al quran dan tak pernah tinggikan suara dia pada aku dan anak – anak. Kesemua kelahiran anak – anak suami yang menjaga aku dan anak dalam p4ntang.

– Buat susu anak setiap malam, sentiasa ingatkan aku tentang aur4t terutama stokin liat nak pakai, haha

– Usaha memewahkan isteri dan anak – anak.

– Sentiasa tak kisah balik kampung beIah siapa dulu – anggap keluarga aku macam keluarga dia sendiri. Ok lah kan?

Kekurangan suami? Tetap ada kekurangan. Aku lagi lah banyak kekurangan yelah nama pun manusia. Lagi pun yang Allah anugerah ni manusia bukan malaik4t ye dak? Alhamdulillah jarang sangat berg4duh yang selalu merajuk tu aku je lah, haha.

Itu lah manusia, bila tak ada nak sangat – sangat, bila dah dapat tak mahu bersyukur. (kata kat diri sendiri). Allah taala kata, ”jika kamu bersyukur aku tambah – tambahkan rezeki kamu, jika kamu ingkar, tunggulah azab pedih”

Alhamdulillah puasa nazar dah habis itu pun jenuh makan tahun, huhu. Bernazar itu salah satu cara kita berdoa dan meminta sesuatu yang baik untuk ditunaikan. Apapun syukur sangat kerana berbaloi. Terima kasih semua sudi membaca. Salam Lailatul Qadar.

Apa saja kesukaran dalam hidup pohonlah kepadanya. Yang mencari jodoh, atau apa sahaja mintalah pada Allah. Mohon keampunan kepadanya. Allah sentiasa mendengar aduan h4mbanya. – Isteri tuan syamil (Bukan nama sebenar)

Komen Pembaca :

Marini Othman : Teringat anak lelaki saya, dia bernazar puasa 30 hari selesai exam SPM nya sambil doa untuk dapat keputvsan cemerlang. Alhamdulillah nazarnya tertunai dan dapat keputvsan juga bagus, straight As. Syukur Alhamdulillah. Dia sebaik – baik Pemberi dan Penolong.

Raja Sufian Raja Daud : Saya pernah berdoa dalam bulan Ramadhan tahun 2016 supaya ditemukan jodoh. Alhamdulillah bulan 12/2016 bertunang dan bulan 04/2017 kahwin. Mudah sangat prosesnya.

Saidi Muda : Tiada yang must4hil dalam hidup ini. Allah Taala tempat yang kita sentiasa mengadu. Usah kenal penat dan jemu, merintihlah selalu padaNya. Bangkitlah di waktu dinihari, bersujud dan merayulah sepenuh hati, pasti Allah Taala tak kan mensia – siakan permohonan h4mbaNya. Sentiasa bersangka baik dengan Sang Pencipta.

Suhada Amin : Teringat nazar suami saya sebelum kami nikah. Beliau bernazar kalau kami ditakdirkan jodoh bersama, beliau nak k0rbankan seekor kambing. Alhamdulillah, Allah takdirkan hajat tertunai.

Maka, tumb4nglah seekor kambing yang beliau sembeIih sendiri dan diberi makan kepada sababat – sahabat penuntut kitab turath dan gurunya. Beliau kelip – kelip tengok saja sebab tak boleh makan.

Bernazarlah nak – nak lagi penghujung Ramadan ni. Moga Allah kabulkan segala hajat kita, insyaAllah.

Nor Hamidah Ngatiman : Bernazar, saya juga buat macam ni sejak 10 tahun lepas. Yang paling rare saya bernazar di saat kec3masan, minyak kereta nak habis dan tak jumpa stesen minyak lagi. Saya pon tak sangka dengan 2 bar saya boleh pergi jauh sangat. Kalau ikut pengalaman memandu, itu must4hil.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.