Isteri nekad tinggalkan aku dan anak-anak. Akhirnya hanya surat mahkamah yang tiba

Isteri aku jumpa anak – anak dalam senyap. Ibu aku pun tak mampu pujuk dia. Aku cuba pancing dia dengan anak – anak tapi dia tetapi buat keras. Pesan isteri pada ibu aku, “saya meninggaIkan Amir sepertimana dia meninggaIkan saya tiap – tiap malam dan anak – anak.”

#Foto sekadar hiasan. Hi, nama aku Amir. Aku berusia 30 tahun dan mempunyai 2 orang anak kecil. Di sini aku ingin meluahkan perasaan hati aku. Selama Ini aku tidak berani berterus terang kerana eg0 aku sebagai seorang lelaki dan seorang suami.

Aku biarkan permaisuri dalam hati aku pergi tinggalkan aku. Mula – mula aku rasa sangat marah kerana dia tinggalkan aku macam tu je. Tetapi lama – kelamaan aku sedar puncanya datang dari aku sendiri. Kami berkahwin awal.

Aku yang nak kan isteri aku sangat – sangat. Aku tak nak ada orang lain pon pandang dia atau ambil dia dari aku. Waktu Itu pilihan dia memang banyak, arkitek, kerani ofis, jejaka yang kaya dan berduit sedangkan aku cuma mat despatch je.

Dalam banyak – banyak jejaka yang boleh dia pilih, dia pilih aku walaupon ketika Itu aku dah banyak s4kitkan hati dia sebelum berkahwin. Campuran kawan – kawan aku berbeza dari kawan – kawan dia. Isteri aku seorang yang simple dan ramah, dia pandai bawa diri.

Setiap kawan – kawan aku memang senang dengan perwatakan dia. Walaupon dia seorang gadis yang baik, dia tidak cerewet berkawan. Dia anggap semua orang itu baik yang bertatu atau yang pernah masuk penjara sekali sama sahaja.

Dia kata manusia semua sama. Tak ade lebih tak ade yang kurang. Tak kisah dengan siapa nak berkawan pucuk pangkal hati sendiri. Kata – kata yang aku tak boleh lupakan hingga hari Ini. Sejurus selepas diijabkabul, isteri aku, Mika terus menjadi seorang yang komited dalam urusan rumahtangga.

Kain baju aku dibasuh, pakaian aku siap bergosok dan semuanya tersusun rapi. Hari – hari aku makan dari suapan isteri aku. Sedangkan masa Itu dia tidak ada pengalaman melakukan tanggung jawab sebagai isteri, dan aku pon tak berpengalaman menjadi suami.

Tapi dia mampu melakukannya secara autom4tik. Isteri aku memang sempurna di mata aku dan tak dinafikan juga di mata orang lain. Aku AKAN dikecam sebagai b0doh lepas nie tapi aku tak kisah.. Aku ingin berkongsi perasaan dan kekesalan aku.

Mika terlalu sempurna untuk aku. Tapi aku yang tidak pernah bersyukur. Waktu dia mengandung anak pertama kami, ketika Itu kandungannya 6 bulan, aku masih lagi berfoya – foya dan tidak mempedulikan Mika sedangkan dia tidak pernah menyusahkan aku ketika mengandung.

Aku balik m4buk. Dia hanya diam dan tersenyum dan bukakan stoking dan baju aku sementara aku terlentang tanpa pedulikan dia. Sikap isteri aku kalau dia mara dan kecewa dengan aku, dia akan diam saje dan wajah dia kelihatan muram.

Tapi dia masih menjaga makan minum aku dan siapkan pakaian aku. Itu pon aku masih tidak bersyukur. Isteri aku suka pendam sebab dia nak elakkan dari bertengk4r cuma bila kadang dia tak boleh tahan barulah dia akan Menangis semahu mahunya Dan lemparkan segala apa yg telah aku buat.

Dan eg0nya aku kerana tidak mahu mengaku kalah, akan memarahi, men4mparnya bila dia menjawab dan aku akan berkata yang dia kaki mengungkit dan aku tidak suka. Hari berganti hari. Anak aku, Milah lahir di dunia.

Semua orang sangat – sangat gembira. Aku pon. Anak aku seorang puteri. Rupa seperti ibunya. Sekali lagi isteriku, Mika dengan autom4tik mampu menjadi dan mengasuh anak aku dengan baik. Segalanya terjaga. Anak aku, aku, rumah Ibu bapa aku.

Itu pon aku masih tidak bershukur. Aku lalai lagi. Kali ini aku berhubungan dengan bekas teman wanita aku. Aku berkenalan dengan mana – mana perempuan. Aku s4kiti isteri aku lagi dan isteri aku seperti biasa mendiamkan diri.

Namun setelah anak aku berusia 6 bulan, isteri aku dapat tangkap aku menghantar bekas teman wanita aku ke rumah dia dengan mata kepala dia sendiri. Dia sangat marah dan buat pertama kali selama kami berkahwin isteri aku keluar rumah tanpa izin aku bersama dengan anak aku ke rumah ibu bapanya.

Ya Allah. Selama ini isteri aku hanya tunggu aku bawa dia ke sana tetapi sejak bernikah aku langsung tidak menjenguk kedua Ibu bapa mertua aku. Menantu apa lah aku.. Cuma mahu menikahi anaknya dan lupa pada Ibu bapa mertua aku.

Ibu dan bapa aku sendiri menjadi kaget bila dapat tahu isteri aku ke rumah Ibu bapanya. Kerana takut aku diburuk – burukkan, aku dengan beraninya menelifon bapa mertua aku dan memberitahunya bahawa Mika marah pada aku kerana aku selingkuh tanpa sengaja.

Masa tu aku tak berfikir panjang. Aku cuma fikir mahu menyelamatkan eg0 aku sebagai suami dan konfiden yang bapa mertua aku akan berpihak pada aku sebab kita sama – sama lelaki sepertimana bapa aku berpihak pada aku walaupon dia tahu aku yang bersalah.

Aku telah bersangka buruk tentang isteri aku. Tujuan isteri aku ke rumahnya hanya untuk menenangkan hatinya yang lara dan mengubati rindu pada kedua orang tuanya. Sedangkan aku berfikir dia hendak mengadu.

Pada hakik4tnya baru aku sedar sejak aku menikahinya, dia tidak pernah mengadu apa pon pada ibu bapanya. Tidak pernah sekali pon. Isteri aku jadi terk3jut dengan kekecohan yang berlaku. Itu lah aku. Memercik air di muka sendiri.

Isteri aku menjadi tambah marah dan akhirnya dia minta aku melepaskannya. Aku enggan. Aku merayu padanya. Bapa mertua aku membantu agar Mika berikan aku peluang kerana Mia masih kecil. Mika akur dengan nasihat bapanya.

Aku membawa Mika pulang. Kuasa Allah, isteri aku mengandung anak kedua kami, Mike. Putera ku. Wajah dia mirip aku. Kebahagiaan datang lagi. Semua orang gembira sehingga aku curang lagi padanya. Tidak cukup dengan itu, aku berhutang sana sini kerana ket4gihan berjvdi, ber-cIubbing, m4buk dan isteri aku, aku tinggalkan begitu saja dengan anak – anak.

Akhirnya pada satu hari, isteri aku pergi tinggalkan aku dan anak – anak aku. Bilik aku jadi sunyi tanpa wangiannya. Baju aku tidak bergosok, makan minum aku tidak terjaga. ANAK – ANAK aku sangat merinduinya terutamanya Mike.

Mike Baru 3 tahun ketika Itu. PanggiIan aku tak diangkat. Mika langsung tidak mahu mendengar suara aku lagi. Bila aku mengumpannya tentang anak – anak aku, aku kasi dia dengar suara mereka. Mika hanya mendengar dan tidak berkata apa – apa.

Dikeraskan hatinya macam tu. Aku jadi tak tentu arah. Aku cari dia tak jumpa. Aku hubungi kawan – kawan nya semua enggan memberitahu aku di mana Mika. Mika berjumpa dengan anak – anak aku dengan senyap.

Kemudian dia pergi sebelum aku pulang. Ibu aku pon tak mampu memujuk Mika. Pesan Mika Pada ibu, saya meninggaIkan Amir sepertimana dia meninggaIkan saya tiap – tiap malam dan anak – anak. Akhirnya surat mahkamah tiba.

Mika meminta cerai akhirnya. Kaunseling pon dia tidak mahu. Dia terlalu benci pada aku sehingga tidak mahu pandang aku langsung. Akhir kata sebelum kami mengambil sijil cerai, Ini kata – katanya. Selamat tinggal Amir.

Maaf saya harus melakukan semua Ini supaya awak sedar. Semoga awak bahagia selepas Ini. Tak ada j0doh antara kita. Doakan kebahagiaan saya. Anak – anak saya ambik supaya mereka tak melihat segala yang awak pernah lakukan pada saya.

Saya benci awak sangat – sangat kerana mengkhi4nati saya. Doa kan saya mampu memaafkan awak. Dia berlalu pergi. Selepas setahun ni barulah aku terima hakik4t yang aku memang eg0 dan tak pernah bersyukur. Guys jangan ulangi kesilapan yang aku buat.

Aku memang b0doh. Jangan jadi b0doh macam aku. Hargai isteri korang. Aku sangat merinduinya tapi aku tahu rindu aku dah tak ade makna baginya. Dia dah bahagia. Sedangkan aku masih mencari diri aku.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.