Pelanggan h1na aku kerja pam minyak. Sekali masuk tandas terk3jut tengok apa yang pelanggan tinggal

Satu hari, pelanggan yang sama datang isi minyak tapi kali ni dia cepat – cepat bayar dan terus blah. Mungkin dia ada hal, sekali aku kira duit dia bagi, rupanya tak cukup 6 ringgit! Selepas seminggu dia datang semula, kali ni aku terk3jut..

#Foto sekadar hiasan. Assalamulaikum kepada pembaca semuan, nama aku Salmah, berumur 23 tahun dan ini tahun akhir aku di Universiti. Aku dari Melaka. Aku harap admin siarkan bebelan luahan aku ni, terima kasih ye admin.

Aku hari ni nak cerita campur bebel macam mana rasa hidup sebagai seorang pekerja di stesen minyak. Dari aku lepas SPM, STPM dan setiap kali cuti sem, aku akan kerja part time di sebuah stesen minyak dekat dengan kawasan rumah aku.

Malas nak cari tempat lain sebab aku dah sebati. Okay, aku mulakan. 3 hari lepas, ada seorang lelaki di sosiaI media mer0yan sebab dia nak isi penuh minyak motor dia tapi akak kat kaunter tu tak bagi, suruh bayar dulu baru isi minyak. Masa aku baca tu, rasa nak sumbat je petrol tu dalam mulut dia. Tak reti nak fikir logik ke? Ini sebab aku nak bebel pasal kerja kat stesen minyak.

1. Bayar dulu. Konsep ni memang dikenakan untuk semua orang terutama di stesen minyak yang sentiasa penuh dengan pelanggan. Bukan sebab tak percaya, tapi kami berhati – hati sebab ada yang lari lepas isi minyak, kau ingat boleh kejar?

Setakat buat report polis, kau ingat boleh dapat balik duit? Kau ingat cashier yang ‘layan’ customer tu tak kena tolak gaji ke lepas korang lari? Kesian lah kat orang yang cari rezeki ni. Banyak sangat kes, pernah atas RM100, lepas tu blah.

Ya tuhan, kepada yang regular customer, kami tak kisah sangat sebab dia akan datang hari – hari sampai jadi pelanggan setia. Sampai pekerja pun dah kenal. okay tu tak apa. Pernah lah jadi masa aku jaga, regular customer ni selalu isi dulu lepas tu baru bayar, setiap hari.

Satu hari ni, dia cuma letak duit lepas tu blah. Aku pun pelik sebab selalunya ramah. Jadi aku pun husnudzon mungkin dia nak cepat, sekali aku kira duit dia, rupanya tak cukup 6 ringgit. Esoknya, dia terus tak datang sampai seminggu.

Selepas seminggu, dia datang jumpa aku minta maaf dan bayar balik RM6 lepas tu dia kembali datang hari – hari. Astaga bang, masa tak cukup duit tu, kau boleh je jumpa aku cakap duit tak cukup, esok bayar. Aku tak kisah sebab kau regular customer.

Pernahlah jugak sorang lelaki ni desp3rate giIa, dia cuma minta minyak RM20 je tapi dia tak ada duit. Dia nak tinggalkan IC esok dia datang bayar. Oleh sebab belas kasihan, kami bagi tapi dua bulan tak datang pun. Jadi dekat sini, cuba korang bagitahu, macam mana kami ni nak bertoleransi kalau korang yang tak reti nak tunjuk sifat toleransi yang elok?

2. Jangan h1na. Pernahlah cashier ni kena, “awak salah kira ni sebenarnya awak reti kira tak? Itulah orang tak ada pendidikan memang macam ni.” masa tu cashier ni muka dia tahan marah, aku suruh sabar. Jangan jadi b0doh macam customer tu. Baru dia tenang sikit.

Sebenarnyalah, kebanyakan yang kerja – kerja kat stesen minyak, retail shop, pasaraya – pasaraya ni kebanyakan pelajar yang tengah cuti atau dah grad tapi tunggu panggiIan kerja, betul tak? Banyak kali jugak situasi ni jadi, tapi kami dah biasa jadi buat tak tahu je.

Kami ni tak pernah pun nak h1na pelanggan – pelanggan yang datang ntah dari pelusuk mana, hati ni husnudzon je sentiasa sebab takut tersalah sangka. Itu belum kau dengar orang tu cakap kat anak dia, “nanti belajar rajin – rajin. Dah besar kerja bagus – bagus jangan jadi macam akak tu sampai malam pun kerja.”

Hati aku masa tu memang lah meluap – luap. Budak weh, budak. Tapi kau dah sogok dengan pemikiran yang macam tu. Aku  rasa nak c4mpak je pc cashier tu kat muka dia.

3. Perikemanusiaan “Dik, tolong jagakan anak akak ye kejap, akak nak pergi cucuk duit,”, kata akak Joyah kepada budak yang jaga pam minyak kat luar. Tapi dia lock semua pintu. Kau ingat budak – budak ni hadap sangat ke curi kereta kau, nak cuIik anak kau ke.

Itu satu hal, yang jenis tak reti nak berdikari sendiri pun satu hal. Pekerja kat luar 4 orang, semua panggil suruh isikan minyak. Alergik minyak ke kak? Kebanyakannya perempuan pastu tergedik – gedik selagi tak ada pekerja tolong datang, tak adanya nak buat sendiri.

Sanggup tunggu dalam kereta lepas tu kereta kat belakang dah beratur panjang. Yang jenis stesen minyak ada ATM pun satu. Kalau nak cucuk duit dulu, parking dekat tempat lain dulu cik abang, kakak, makcik, pakcik, jangan park dekat pam lepas tu keluar pergi cucuk duit.

Dah tahu ATM tu nanti kena beratur, lepas tu nak menyinggah ambik barang lah apa lah. Kereta dia sorang dekat pam tu dekat 20 minit. Bertimbang rasalah sikit dekat orang lain. Nanti ada customer yang datang, “tu kereta siapa lama sangat aku tunggu”.

Dah tu aku nak jawab apa. Bila dia tengah beratur aku mintak tolong alihkan dulu kereta, “kejap ye kejap. nak cucuk duit je.” Dah habis lembut.. Sama la dengan yang nak beli beIah dalam kedai stesen minyak ni. Dibiar lama kereta kat pam. Kalau cakap lebih kang cakap kita ni biadab. habis tu macam mana?

4. Tanggungjawab muslim. Ini aku nak tekankan kepada muslimin muslimat, tahukan nak tumpang solat? Kami tak mintak bayar pun tapi tolonglah, guna  peralatan tu semua dengan berhemah. Ada ke sejadah buat alas tukar lampin anak. GiIa ini orang ke z0mbie macam tak ada otak.

Dah tu, ada jugak yang bagi anak – anak k3ncing kat tempat wudhu. Astaga macam mana kau didik anak kau kat rumah. Stesen aku tukar telekung setiap 2 hari, kau boleh tahu kan kenapa? Sebab kat telekung tu penuh dengan peta mekap.

Pakai mekap reti, nak bersihkan tak reti ke kak? Ada ke lap kat telekung. Kenapa tak guna dinding je lepas tu sagat muka akak kat situ? Mudah bukan? Muslimah yang pakai telekung tu tolonglah lipat, sidai balik elok – elok kat tempat yang disediakan.

Ini dilonggok je letak atas ampaian, kadang – kadang dibiarkan terbentang. Apa selekeh per4ngai kau ni. Pakai kemain nak melawa, wangi – wangi, per4ngai kalah budak yang kau cakap tak educated ni. Muka ni lah yang duk mengemas segala pe’el tak guna kau tu.

5. Toilet Ini pun nak kena ajar. Asal masuk je bau hancing. Korang kat rumah pun jamban sentiasa bau hancing ke macam mana? Elok je aku tengok paip dengan flush disediakan. Itu satu hal, tong sampah dah disediakan, guna la, tak mintak bayar pun.

Pad ada d4rah dengan takde, pampers la tisu semua c4mpak je sepah – sepah. Apa laa per4ngai. Susah ke nak buang elok – elok dalam tong sampah tu? Bukan takat tu je boleh jumpa, spender koyak pun boleh jumpa tau. Kalau ye pun dah tak nak spender tu, buang la elok – elok.

Ingat sikit bakti spender tu kat kau. Ini kau c4mpak je buang, lepas tu tandas tersumbat, kena tutup buat construction, korang jugak memekak kenapa tandas tutup. Pengalaman paling tragik kami pernah dapat, ada kesan t4hi kat dinding luar cubicle toilet.

B0ntot bocor ke memang dah tak tahan sangat. Tak malu ke? Sekurang – kurangnya bersihkanlah, siram. T4ik kau jugak bukan t4ik orang lain. Benda yang kau makan yang jadi t4hi tu, bukan kami yang makan. Ada jugak spesis bagi anak k3ncing kat sinki. Ini satu hal, tak ada akal sungguh. Tak nampak ke cubicle tu ada 5, kat sinki jugak dia bagi panjat. Ini mesti kat rumah suruh anak panjat sinki bila nak k3ncing.

6. Kucing Macam ni lah, kepada manusia – manusia yang pernah buat ni, kau ingat stesen minyak ni rumah pengasih kucing ke? Tak  nampak ke tu stesen minyak. Ada ke patut buang anak kucing kat stesen. Habis tu kau ingat kami nak buat apa? Bela?

Kalau tak mampu nak bela kucing pergiIah cari tuan pengganti yang sesuai, jangan buang. Wah kau dulu kemain suka nak bela lepas tu buang. Kau ingat kucing tu reti masuk toilet flush sendiri? Tak  pasal – pasal kena bersihkan segala n4jis yang dihasilkan. Bukan tidak belas kasihan, habis tu kau yang buang tu tak ada belas kasihan ke?

7. Minyak naik. Ini selalunya spesis tak reti nak sabar. Selalunya bos aku akan kecikkan keluasan kon untuk beratur kat depan kaunter tu sebab yang jenis macam hanat tu tak faham Bahasa lepas tu menyusahkan orang lain. “Dik, kereta yang belakang tu dik.” Sabar bang yang beratur ni punya kereta pun tak masuk line lagi. Tak lari lah bang minyak tu. Isi hari ni esok luak jugak. Jangan marah – marah kami.

8. Bad mood. Ini yang jenis muka masam je. Kami ni sentiasalah husnudzon, ‘selamat datang,’ ‘kereta yang mana?’ ‘Nak isi berapa cik?’ Tapi kau datang dengan muka baru kalah jvdi pastu mulut tak reti bukak. Kemudian tunjuk – tunjuk kereta kau kat pam.

Kau ingat kereta kau satu je kat dalam stesen ni? Pernah aku kena, pakcik ni entahlah macam mana. Dia datang lepas maghrib lepas tu bagi RM50 sekeping. Dia cuma cakap, “2”. Dengan cuma tunjuk kereta mana satu. Cashier aku set lah RM2 lepas tu pulangkan RM48, dia m4ki cashier aku. “B0doh ke, tu pun tak boleh nak fikir! Takkan kereta nak isi 2 ringgit?!”

Seperti biasa, aku suruh diam je. Hello, kau ingat orang naik kereta ni tak ada ke nak isi dalam botol. Entah motor m4ti ke kat rumah, nak pasang pelita ke apa ke. Sebab tu kami buat ikut apa yang korang cakap. Nanti kalau mandai – mandai kena marah.

Jadi bila cakap tu cakap lah dengan terang dan jelas. Jangan nak ikut hati tu bad mood sangat. Eleh kau sorang bad mood. orang lain tak ada life ke? Kami ni robot? Turun kereta atau motor tu ringankan sikit kepala nak tengok pam berapa, “dik, pam 3 isi 5 ringgit, minyak 97”. Kan mudah.

9. Minyak. Kau tahu kan rakyat marhein Malaysia ni kebanyakannya guna RON 95, jadi bila kau nak pakai minyak lain, cakap lah. Bila kau tak cakap, kami ni ingat kau nak minyak biasa. Selalunya cashier akan tanya nak minyak apa.

Kadang – kadang diorang pun penat, atau letih. Ini dah sampai pam lepas tu minyak lain selain RON 95 kau tu tak keluar, kau jerit – jerit dari pam marah sebab minyak tak keluar padahal tadi tak nak cakap. Cakap nak marah – marah pulak tu, tak reti cakap elok – elok padahal salah sendiri. Bukan  kau sorang customer ye.

10. Sampah. Bila dah keluarkan duit, buang je resit sepah – sepah. Daheyy! Kan dah letak tong sampah kat tepi ATM tu. Dekat sebeIah pintu pun ada, sebeIah tong aiskrim ada, setiap pam ada la. Eii tak ada sivik langsung. Bukan setakat resit, entah segala mak nenek sampah mana dia bawak ke beli saje jebuang sepah – sepah macam tak ada rasa bersalah. Aku rasa macam nak amik je sampah ni buang dalam kereta kau, tahu tak?

11. Budak – budak. Ibu bapa, tolonglah sangat – sangat pantau anak – anak yang belum cukup umur ni. Ini entah umur berapa datang memekak pastu isi minyak. Dengan tak pakai helmet, pastu ntah bawak motor. Alahai komuniti tengok pun malu lah.

Kebanyakannya melayu. Kita ni pun boleh bezakan cara orang bawak kend3raan ada lesen dengan tak ada lesen. Pernah tau bos aku buat, bawah 18 yang bawak kend3raan sendiri tak boleh isi minyak tapi akhirnya stesen kami kena report dengan pihak atas sebab menyusahkan orang. Boleh nampakkan mak bapak yang main peranan penting macam ni. Mak bapak la tu yang tukang report.

12. Curi. Pernah tak kau datang stesen minyak tapi nak guna pam angin tak boleh? Ye sebab ada manusia tak ada akal curi kepala pam angin tu. Menyusahkan orang awam, menyusahkan kami pihak stesen tu. Kepala paip pun kena rembat, salur tiub pam angin tu pernah jugak.

Pemadam api kat pam tu ada jugak yang sebat! Orang letak kat pam tu supaya memudahkan kita bila apa – apa jadi berkaitan dengan kebakaran kat pam, tapi boleh kau ambik? Sejadah, barang – barang dalam kedai, dan wiper yang buat lap cermin kereta korang tu, kenapa? Itu je pertanyaan aku. Kenapa menyusahkan orang? Fikirlah curi ni tak ada untung apa pun, duit tak berkat ada lah.

13. Laki bini. Takde rumah tangga yang tak ada masalah tapi agak – agaklah nak berg4duh, nak jerit – jerit pulak tu. Yang sorang dalam kedai, sorang kat pam. Malu sikit kat orang. Kami memang tak masuk campur tapi bila sampai dah naik tangan, takkan kami nak diam.

Pernah sampai sorang akak ni lari keluar kereta nangis – nangis cakap laki dia nak pukuI dia, mintak tolong call polis. Kami ni tolonglah mana yang boleh. Bila polis dah sampai, rupanya bini dia merajuk sebab laki dia balik lewat, padahal tak ada apa – apa pun.

Muka laki dia pun innocent je. Memang banyak kali laki bini g4duh kat stesen aku, hempas – hempas pintu, ketuk – ketuk cermin, m4ki jerit – jerit, tangan naik. Cuba laa control per4ngai tu jangan tunjuk kat public. Hal rumah tangga kan, selesaikanlah dekat rumah. Wah, kau dulu dating reti pulak nak sorok – sorok. Cis!

Walaupun aku ni kerja kat stesen minyak, tapi cara kau layan kami yang kerja macam ni lah menggambarkan macam mana diri kau yang sebenar. Kita ni sama – sama manusia. Sama – sama nak hidup atas muka bumi ni. Apalah salahnya jadi manusia yang baik sikit. okay, aku minta maaf kepada yang terasa. Saje aku nak bebel panjang – panjang. sekian. – Akak Membebel

Komen Warganet :

Muhammad Farhan Farid : Aku ni bekas pekerja petronas semua yang akak tu tulis, semua aku dah alami tapi ade lagi aku nak sampai kan

1.campak duit. Semua stesen minyak mesti ade ruang untuk pelanggan bayar dari luar aku tiap kali pelanggan nak bayar dari luar, aku selalu hulur tangan aku tapi kau tahu dia bagi macam mne ?? Dia campak duit tu lagi – lagi yang bagi duit singgit – singgit bapak dia berterabur aku dah macam pengemis kutip duit dia satu – satu

2.bisu.. Allah dah bagi mulut cakap ni tak bagi duit, lepas tu blah hoii ingat aku ade kuasa minda nak baca minda sorang – sorang lepas tu teka dia dari pam mana tempat isi minyak ade 11 termasuk kerosin agak lah lepas tu, akibat nya orang lain kene tunggu sampai aku nampak kau pergi pam mana.

3.Tak reti beratur / tak sabar. Tolong lah weii tangan aku ade 2 satu nak amik duit, satu lagi aku guna nak set minyak korang sabar lah kalau ye pon memang aku bleh set laju tapi aku nak kira dulu duit nya jadi kau tak payah nak ketuk cermin kuat – kuat dan jerit – jerit kat aku.

4. Duit k0yak. Aku pernah ade pengalaman dengan sorang pakcik ni aku tak tahu lah dia kira duit dia ke tak tapi yang aku dapat cuma rm12 mula – mula aku tak perasan ade duit rm5 sekeping yang koyak terok pakcik tu dah blah minyak dah jalan sikit so, aku stop minyak dia then dia meng4mok minyaknya tak cukup dengan nilai nya aku pon cakap lah “cik, rm5 ni koyak ade duit lain tak ??”

Ehh dia tak terime dan betah balik, kata dia dapat dari stesen minyak aku tu then aku mengalah set balik baki duit dari rm12 tu dah isi, ehh dia meng4muk lagi kata tak cukup bapak dia!! Aku kata tadi minyak dah jalan rm1.50 so aku set lgi rm10.50 cukup rm12 macam dia bagi lepas tu dia sump4h seranah kat aku dan blah dengan perasaan tak boleh terime.

5. Deposit. Aku bukan taknak percaya tapi aku pernah set lebih dari nilai yang pelanggan bagi dia bagi rm50 dia kata nak penuh then, aku set rm100 last – last kau tahu ape jadi?? Dia isi lebih dari rm50 then dia kata, “dik akak nak rm50 je kenapa bagi lebih??”

Perghh aku punya menyirap lepas tu taknak bayar yang lebih tu lagi terok, ade yang lari lagi lah bana dia lah. So, tu je aku nak sampaikan ada banyak lagi tapi cukup lah ni je dulu.

Faris Azmin : Dulu stesen minyak tempat aku keje penah takde air. Lepas tu ada kerete berhenti bawak satu family nak pergi masuk tandas, aku katalah tandas takde air. Boleh pulak laki tu tanya aku, habis tu dia nak ber4k kat mana kalau takde air?

Ehh kesah pulak aku. Sebab aku kesiankan dorang, aku tunjuk laa kat seberang jalan ada surau kecik satu, try laa pergi surau tu kot – kot ada air. Tiba – tiba dia marah – marah aku cakap “ehh ko ingat aku nak pegi tempat buruk macam tu, b0doh” dalam hati aku dah panas dah ni. n

Nak ber4k buat jela cara nak ber4k aku pun buat b0doh je laa malas nak layan. Esokkan pagi pegi cuci longkang kat belakang jumpa t4ik 2 – 3 ketul. Bau dia pehhhh memang dasyat. Lepas check balik cctv, rupanya tuan kete tu yang pegi buang jongkong emas dia kat dalam longkang. Dasar lehenet, ko ingat aku ni keje cuci ber4k ko ke jimbit?

John Johny Jonathan : Hahaha aku pernah kerja stesen minyak satu hari pompuan melayu umur makcik – makcik pernah cakap kat aku ‘b0doh buat kerja’. Tau tak kenapa? Sebab dia letak duit tak bagitau no pam / tangki.

Aku dah berangin aku cakap pakai speaker lepas dia datang marah – marah tu “Siapa b0doh sekarang ni makcik?!” Dia toleh dia masuk balik dalam kedai mesra. Warning aku dan nak report kat boss aku. Rupanya dia kawan boss aku dan yess akhirnya aku diberhentikan kerja.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.