Aku pelajar PhD, tersuka dekat abang buat burger. Satu hari dia tegur aku dan esoknya dia terus hilang

Sebelum aku masuk kereta, brader tu cakap “Jaga diri”. dia senyum. Itulah kali pertama dia senyum dan kali terakhir aku jumpa. Sehinggalah 4 tahun kemudian, kawan aku nak kenalkan aku dengan seseorang. Aku terk3jut tengok lelaki tu, aku tutup mulut masa tu sebab terk3jut..

#Foto sekadar hiasan. Kisah aku ni berkisar pasal 2 watak ni : abang burger dan mat despatch. Sebelum tu, nama aku Jenny, berumur 35 tahun, bekerja dalam bidang penyelidikan. Kisah ni simple je dan terjadi ketika aku berumur 28 tahun, masa tu aku buat PhD.

Masa aku belajar, kadang – kadang aku bosan dan rasa nak bercinta tapi di sekitar aku semua suami orang. Kalau ada yang bujang pon, macam tak masuk dengan aku. Aku rasa mamat – mamat yang sambung study sama dengan aku macam adik beradik kandung aku je. Huhu. So next.

Kat luar kampus ni, ada satu stall burger. Bukak malam pukuI 8. Satu hari tu aku singgah situ sebab lapar then nak lah makan burger. Tapi ramai giIa laki bertenggek kat area stall burger tu. Adui, ni mesti geng – geng abang burger tu jugak.

Tapi aku lapar, aku cekalkan hati dan tembokkan muke terus pi order burger. Aku describe la eh muke abang burger tu. Muke garang, sawo matang nak ke gelap, ade parut jerawat sikit kat muke dan ade parut eksiden kot kat dahi.

Kalau dia ngorat, konfirm aku tak nak (masa tu dalam hati). Tapi dia baik. Dia nampak aku macam tak selesa sebab ramai laki kat situ, dia cakap kat aku, “tunggu dalam kereta, nanti saya hantar”. Aku lega. Lepas dari hari tu aku selalu lah pulak singgah stall brader, bukan sebab aku nak try dia, tapi burger dia memang sedap.

Pahtu murah sesuailah dengan aku yang memang cheap skate ni. Dah selalu aku datang, adelah kitorang borak – borak, tapi brader ni masa tu aku syak dia suami orang ke tunang orang. Sebab dia macam menjaga diri. Tak aku bukan nak cakap dia perlu ngorat aku, tapi dia memang kontrol segala percakapan dia bile dengan aku. Like cool camtu tapi takdelah sombong.

Ade satu hari tu, aku datanglah beli burger. Kemudian, sebelum aku masuk kereta, brader tu cakap “Jaga diri”. dia senyum. Pertama kali nampak dia senyum, biasa dia takde reaksi sangat. Aku pun buat reaksi jari noted. Itu last aku jumpe dia pada tahun tersebut.

Stall burger dia ada, tapi yang jualnya orang lain. Rasa burger pun dah tak sama. Aku tanya jugak budak tu mana pergi abang yang jual sebelum ni, dia cakap dia pun taktahu, sebab brader tu just jual stall burger dengan alatan dekat budak ni dan diorang bukan member.

Aku perasan yang kaum lelaki yang selalu lepak situ semua dah takde. Brader tu pergi dengan semua member – member dia sekali. Aku menyedari satu perkara selepas itu. Aku asyik teringat brader tu. Aku selalu menyesal kenapalah aku tak minta no dia.

Kenapalah aku tak reply “Jaga diri” dia tu dengan ayat yang lebih panjang. Kadang – kadang aku rase nak marah dengan brader tu sebab dia tak selit no tepon dia kat burger last tu. Pastu aku cool down balik dengan ayat – ayat seperti “Entah – entah dia suami orang”.

“Kalau dia bukan suami orang pon, dia nak ke dengan orang belajar tinggi macam aku”. Aku cakap camni sebab aku selalu terkesan dengan kata – kata orang kat aku “Ko belajar tinggi sangat, sebab tu lambat kahwin, laki takot” Malas aku nak ulas pasal tu.

Beberapa tahun selepas itu, aku dah bekerja, belajar pon dah habis, tapi masih belum kahwin. Ingatan aku dengan abang burger pun sem4kin samar – samar. Aku ade jugak cuba kenal lelaki bekerjaya bagus tapi akhirnya aku putvs asa sebab rasa tak boleh masuk. Mungkin bukan jodoh.

Satu hari, aku jumpe kawan lama aku, duduk lepak and dia tanya “Ko ni tak nak kahwin ke?” Kawan aku ni namanye Salwa dan ade anak dua. Aku jawab lah gune ayat standard aku “Kenalkanlah aku kat member ko” Salwa tengok aku pastu dia macam nak cakap tapi tanak cakap.

“Ade sorang laki ni, bujang gak, tapi aku tak rase ko nak.” Aku lesing Salwa ni kang, suke assume aku tanak padahal laki tu pon aku belum kenal sapa. “dia despatch je weh kat opis aku, tapi baik sis, baik” Salwa buat muke yakin.

Aku terus teringat abang burger yang dah sem4kin pudar dari ingatan aku. Kan bagus kalau despatch tu dia. Aku rasa setiap kali orang nak kenalkan aku dengan lelaki yang kurang sikit pendidikan dari aku, aku selalu teringat abang burger tu.

Tapi aku tergelak dalam hati sebab tak mungkinlah. Ingat ni cerita Korea? Aku cakap kat Salwa, laki tu nak ke kawan dengan aku. Kang dia takot pulak. Salwa jawab, ala kawan je dulu, if taknak takpelah. Senang je si Salwa ni tau.

Aku setuju jelah waktu Salwa cakap nak pass no aku kat Mat Despatch tu. Lebih kurang 2 – 3 minggu selepas tu, aku dapat whatsapp dari dia. Aku pon borak jelah macam biase dalam chat tapi kitorang tak pernah usulkan nak tukar – tukar gambar ke apa.

Gambar profil aku dan dia pon dua – dua gambar binatang. Haha. Aku kawan macam biase dengan dia sebab aku memang takde intention pon nak lebih. Aku rasa si despatch tu pon macam tu sebab dia macam takde vibe mengorat. Just simple and steady kekdahnye.

Hari berganti hari, waktu tu bulan raya, aku scroll la FB dan mata aku tertancap kat gambar sambutan hari raya opis Salwa, ala yang jenis buat potluck semua tu. Berbaju Melayu warna mustard, berseluar jeans, sambil makan ketupat tanpa memandang kamera, abang burger yang sem4kin pudar dari ingatan berada di depan mata aku (dalam gambar la). Haha.

Aku tutup mulut masa tu sebab terk3jut. D4rah aku tersirap. Dalam hati aku “Ya Allah, jadikanlah benda yang aku rasa must4hil ni suatu kenyataan,” Aku harap sangat waktu tu despatch yang aku kenal tu adelah abang burger yang aku pernah minat dulu.

Terus aku call Salwa dan tanya pasal lelaki baju Melayu Mustard tu. “Hah yelah, abang despatch ko la tu, laaa aku ingat korang dah tukar – tukar gambar.” Aku lompat bintang kot time tu. Muke aku merah dan aku taktahu nak gambarkan keseronokan aku waktu tu camna.

Aku tanya Salwa kalau dia pernah share gambar aku kat mamat tu, tapi Salwa cakap tak, sebab si despatch a.k.a abang burger tu tak pernah nak mintak. Dia jenis redho je mase Salwa nak kenalkan aku dengan dia. Salwa pelik sebab aku excited tiba – tiba.

Selepas 3 bulan baru aku sibuk tanya macam – macam pasal si despatch. Tapi sebab masa tu raya, takdelah Salwa sempat nak korek cerita dari aku, just dia jawablah segala pertanyaan aku pasal si despatch tu. Perempuan kan, so mesti akan tanya, “dia tu jenis layan perempuan tak weh? Biase dia buat apa kat opis? Serius ke dia bujang?” dan lain – lain soalan standard crush.

Malam tu aku mesej despatch tu dalam keadaan berdebar. Tersengih. Syok sendiri. Papelah yang gedik tu semua aku. Aku tak bagitahu siapa aku tapi sejak dari hari tu, aku macam mengorat dia. Umur aku masa tu 32 tahun, tapi aku punye tahap nak usha tu acah – acah aku ni 20 an. Geli pulak kalau fikir balik sekarang.

Aku rasa panjang dah confession aku ni. Dipendekkan cerita, disebabkan aku terlampau semangat nak mengorat brader despatch tu, dia mula jauhkan diri dari aku. Mungkin dia tak suke perempuan tergedik ngorat dia. Aku pulak tak reti nak chill.

Aku ajak dia jumpe disaat dia dah mula tak baIas mesej aku. Dia cube mengelak tapi aku cakap sekali pun jadilah. Dia setuju tapi aku tahu dia malas sebenarnye. Malam sebelum hari yang sepatutnya aku jumpe dia, aku tetibe rasa down.

Kalaulah abang burger tu dah tahu aku siapa dan dia masih reject aku sebab per4ngai gedik aku sebelum ni, mesti aku sedih. Aku nak kenang dia sebagai orang yang tak pernah Iukakan hati aku. Aku terus mesej dia and cakap, takpelah tak jadi jumpe.

Dia just reply okay. Aku sedih. Dia tak pernah mesej aku lagi lepas tu. Aku pun tak pernah reveal aku siapa dan Salwa pun dah pindah kerja sebab ikut suami. Sewaktu aku hantar confession ni, dah 3 tahun benda ni berlaku.

Aku sentiasa st4lk dia kat FB, aku rasa dia belum kahwin. Aku pun tak faham kenapa aku nak complicated kan benda ni. Kan senang kalau dari awal bile aku tahu despatch tu abang burger, aku just bagitahu aku ni siapa. Susah ke? Huhu. Kalau confession aku ni tersiar, aku janji akan call abang burger tu, explain pasal hati aku kat dia and if dia single lagi, aku nak ajak dia kahwin. Sekian. – Jenny (Bukan nama sebenar)

Sambungan… Terima kasih semua pembaca yang baca cerita aku haritu, yang doa yang bagi semangat kat aku. Terharu aku baca. Aku tak expect sebenarnye confession tu akan disiarkan sebab aku rasa cerita aku tu nonsense. Haha.

Sebenarnya if confession tu tak tersiar pun, aku memang dah berniat akan call abang burger tu dan bagitahu aku suka dia (acah). Betul lah komen – komen dari pembaca, aku dah buang masa banyak sebab biarkan feeling aku ni terpendam.

Sambungan cerita aku ni biase je, takde ending korea ke apa, sebab ini dunia realiti kan, so minta maaf kepada sesiapa yang tunggu part 2 pastu tak best bile bace. Huhu. Sebelum aku call abang burger tu, aku call Salwa, bagitahu kisah aku yang pepanjang tu,

(Salwa terk3jut, membebelkan aku sebab tak story kat dia dari dulu, tapi aku tak tulis semua pasal ni sebab kang panjang pulak cite ni), dan aku tanya, ade tak cara untuk aku confirmkan abang burger ni masih single. Malas aku kalo tiba – tiba aku terbabit cinta suami orang ke apa. Salwa cakap dia boleh tolong tapi bagi dia sehari.

Esoknya, Salwa inform kat aku, dia dah riki kat Bahar (kawan kepada abang burger ni masa ofis lama), dan Bahar cakap, setahu dia abang burger tu single lagi. Aku pon melonjakkkk lagi tapi dalam hati lah sebab dah 3 tahun pun kan, rasa tu tak macam hari tu masa masih baru – baru. Hehe.

Aku ni macam, kalau ade rezeki aku adelah, if takde pon takpe. Aku mesej dulu abang burger tu (gune no despatch dia tu), dan aku tak sure dia dah buang no aku ke tak, sebab dah 3 tahun without contact kan. Aku memang stay no sama dari dulu. Conversation aku macam kat bawah :

“Assalamualaikum, hi” Pastu aku telangkup kan henpon aku kat meja makan. Takot nak tengok dia ade reply ke tak. Nebes. Pastu aku buat megi dan makan sambil aku pandang tepon aku macam akan ade raksaksa keluar nanti.

Hampa ye hampa. Dia tak reply ye sampai esok. Aku tak dapat tahu dia baca ke tak, sebab dia tak buka blue tick tu. Down aku kejap. Aku pi makmal lemau sikit esoknya sebab aku cam haraplah dia akan at least reply “Hi” balik or apa. Aku just conclude je maybe dia dah ade significant other.

Balik dari makmal, aku tidur. Bila aku bangun, abang burger dah reply!!!! Dengan mata kecik terpisat, aku tengok dia baIas “Wlkmslm. Ye?” Terus aku pi basuh muka. Aku rasa dia tak tahu aku ni siapa. Dia tak tahu aku pompuan yang Salwa cube kenenkan.

Pastu aku reply “Apa khabar? Ingat saya lagi tak?”. Kali ni dia reply cepat. Mungkin dia free. “Ingat” Itu je dia baIas. Aku macam dah jem sebab, dia memang nampak tak berminat dengan aku. Yelah aku kan gedik nak ngorat dia dulu, mungkin  dia geli dengan aku. Haha.

Macam mana pun, aku hepi sebab dia ingat, maksudnya dia masih simpan no aku. Aku pun taip dalam mesej, aku cakap aku nak call dia kejap, kalau dia ade masa. Dia reply text aku lepas isyak and tanya “Kenapa nak call?”.

Mase ni aku dah wabillahitaufikwalhidayah je dan end conversation (aku diam je and tak reply soalan dia), sebab malulah jugak aku, nampak macam dia tak berminat. Huhu. Aku pi tengok netflix. Aku rasa aku ni beng0ng sebab nak confess la apelah. Ini semuaaaa nonsense. Haha.

Rase nak nanges je tapi yelah dah 3 years, what do you expect kan? Esoknya mase kat makmal, tengah buat kerja tu otak aku ni dok fikir – fikir, aku rasa macam aku ade unfinished bisnes tau dengan mamat burger ni. Geram betul sebab aku tak bagitahu dia aku suke dia, tak bagitahu dia aku minah yang selalu beli burger tu.

Aku nak dia tahu aku ni minah beli burger tu. Aku nak tahu dia ingat aku lagi tak macam aku ingat dia. Tapi tulah aku ni, eg0 ke malu ke apa, taktahulah. Susah sangat nak bagitahu. Tapi sesuatu berlaku pastu yang buat aku ade keberanian itu.

Aku dapat email dari editor jurnal yang bagitahu, paper aku yang dah 6 bulan asik kena pembetulan dah di accept untuk publish. Ni kalau korang kerja as researcher or amik master ke phd ke, pahamlah kot kegembiraan if paper kite di publish. Sebab KPI aku tuh. Huhu.

Masa aku hepi – hepi tulah, aku ade semangat nak text abang burger tu. Aku type : “Awak ingat tak dulu awak pernah meniaga burger kat luar kampus XXX? Saya selalu datang beli burger awak. Tiba – tiba saya datang one day, awak dah pindah mane pun saya tak tahu. Bile Salwa kenalkan saya dengan awak, saya happy bile tahu awak yang jual burger tu”

Aku pun send text tu sambil pejam mata. Bagi aku, text tu macam confession aku kat dia. Walaupun tak direct kan. Nebes. Tapi kurang nebes sebab aku tengah hepi kan. Kalau jawapan dia pasni mengecewakan aku, kurang – kurang aku ade benda lain nak dia hepi kan. Sedih tol hidup aku ni. Haha.

Sejam pastu dia reply. Takot aku nak baca mase tu. Aku dah lah tengah drive nak balik. dia reply “Oh yeke,”. Itu saja. That’s it. That’s itttttt ye guys. Sesungguhnya abang burger ni memang tak berminat. Confirm dia dah ade orang lain. dia dah kahwin. Aku confirm.

Dalam hati aku, “Berlagak tol. Macam la aku nak ngorat ko sangat, tuihhhh!” Padahal s4kit ati kan sebab orang tak layan. Haha. Itulah waktunye aku memang putvs asa. Takpelah, mungkin bukan rezeki aku. Kurang – kurang aku dah tahulah, yang aku ni dia tak ingat pun.

Hanya orang biasa yang datang beli burger kat stall dia. Dia tak impress pon bila dia tahu aku ni orang yang sama dia kenal masa jadi despatch, masa jual burger. Or maybe dia langsung tak paham ape aku cube sampaikan. Haha.

Mase nak tidur tu, aku sedihlah jugak. Aku mungkin berjaya dalam pelajaran, dalam kerjaya pun okey, tapi cinta ni macam takde je untuk aku. Aku cakap dalam hati, “Ya Allah, aku sedih. Aku hanya minta lelaki biase je, itu pun aku tak dapat. Aku takde pun minta laki kaya hensem yang di luar kotak ke apa, aku just mintak laki biase je,”

Aku tahu aku tak patut cakap camtu tapi aku sedih and melankolik sikit waktu tu. Aku tidur. Esoknye aku bangun, aku tengok abang burger tu ade call aku pukuI 10.30 malam. Aku tidur awal semalam. Otak aku cam jem kejap.

First aku str3ss jugak sebab apsal aku tak dengar bunyik tepon ni, nyenyak sangat ke aku tidur, oh rupenye aku silent phone. Haha. Second sebab, kenapa dia call???? Aku nak tahu dia nak cakap apaaaaaa. Aku dah tak nak semak dah waktu tu, pagi tu jugak aku kol dia.

Mase ni aku dah tak peduli dah dia kerja ke aku kerja ke apa (waktu tu pukuI 7.30 pagi), aku nak tahu dia nak cakap apa pastu dah. Tanak semak dah. Aku call. Dia angkat. Ya Allah nebes bile dengar dia bagi salam. Aku buat suara biasa dan cakap “Sorry. Semalam saya dah tidur awal,” dup dap dup dalam dalam hati.

Dia jawab takpe, dan dia cakap dia nak naik motor pi kerja, nanti dia call aku malam nanti. Aku pun okey kan aje. Cis. Aku geram sebab aku masih kena tunggu malam. Penatlah camni. Malam tu memang dia call aku seperti yang dia janjikan.

Aku ni sepanjang hari asyik tengok telepon je. Dah macam psik0 dah. Perbualan dia biasa je. Dia tanya, aku ni yang naik kereta merah tu ke? Aku jawab ye. Hepi jugaklah aku bile tahu dia masih ingat aku. Aku tanyalah dia, mana dia pergi tetibe tak jual burger?

Dia ceritalah yang dia dapat job kat KL dengan abang sed4ra dia. Bukak bundle. Pastu aku tanya, camne boleh jadi despatch? Dan dia pun citelah itu ini, aku pun cite lah pasal aku jugak and kitorang gelak jugaklah pasal kenal masa dia despatch tu.

Sekali pun dia tak sentuh pasal aku gedik ke apa time tu, mungkin dia nak jaga aib aku. Malam tu jugak aku tanya dia, dia dah ade someone ke? Sebab kalau belum, aku nak kenal dia. Aku sebenarnya segan mase cakap tu tapi sebab cara dia sempoi kan, jadi aku pun beranikan jela diri.

Masa ni dia terdiam. Aku macam dah boleh agak dah mungkin aku akan kena reject. Haha. Dia jawab, kalau aku tahu dia siapa, tentu aku tak nak kenal dengan dia. Aiseh. Aku dah fikir apsal ek? Ko hisap d4dah ke sebelum ni?

Jual d4dah? Main perempuan? Tak solat? Apa? G3ngster? Kaki pukuI? Suami orang ke? Tunang orang? Akhirnye dia jawab, “Saya pernah kahwin dulu, kahwin muda tapi tak kekal,” Aku pulak yang terdiam pastu. Yes. Inilah dia benda yang aku tak sangke.

Aku selalu fikir dia mungkin suami orang, tunang orang, ade kekasih. Tak pernah sekali pun terlintas dalam otak aku, dia maybe duda. Kenapa entah. Aku pun tanya, kalu dia tak keberatan, boleh ke aku nak tahu kenapa dia bercerai.

Dia just jawab, biaselah muda. Masing – masing tak sabar. Dia sempat kahwin 2 tahun. Takde anak. Dia cakap serik jugak nak kahwin sebab tu dia single sampai sekarang. Kemudian conversation tu keep going sampai aku tak sedar 4 jam aku berborak dengan dia.

Aku dengan abang burger ni, apa yang aku boleh cakap, macam long lost friend. Macam banyak benda nak diceritakan setelah lama tak jumpe. Padahal dulu, bukan aku ni kawan baik tahu hal luar dalam dia pon. Itu saja aku dapat share dengan para pembaca.

Walaupun aku rasa kisah aku ni takde ending and on going, tapi tulah realiti hidup. Haha. Aku pun tak tahu apa akan terjadi selepas ini, tapi aku update jela cerita aku, mungkin ade yang nak tahu sambungan dari kisah first haritu.

Aku kawan je dengan abang burger tu skang, sebenarnya baru 2 – 3 hari je pon dari hari dia call aku tu, so aku tak tahu adekah aku dan abang burger akan berjodoh. Sebab aku ni masih terk3jut dia duda, dan aku tak pasti camne akhirnye benda ni.

Aku bukan tak suke duda ke apa (aku pun belum kahwin and dah terlajak kan) haha, just aku terk3jut. Lagipun aku rasa, mungkin dia masih sayang bekas isteri dia. Siapa tahu? But abang burger masih seperti abang burger yang aku kenal dulu, begitu rileks and steady, aku suke kematangan dia.

Pagi tadi dia text aku, Selamat Pagi. Aku tersenyum lebar bile dia text aku dulu. Sesuatu yang aku sentiasa harap sebelum ni. Aku rasa macam kelakar bile fikir, impian aku nak ade connection dengan abang burger tu akhirnye terlaksana. Punyelah lama amik masa untuk benda yang simple camni. Sekian… – Jenny (Bukan nama sebenar)

Sambungan.. Assalamualaikum. Beberapa bulan lepas, aku pernah confess pasal diri aku yang suke abang burger / despatch. Aku just nak habiskan kisah aku sebab confession dulu tulah yang membuka idea kat aku sampai aku akhirnye bertunang dengan abang burger minggu lepas. Alhamdulillah..

Walaupun baru bertunang, aku syukur sangat sebab adelah perkembangan hidup aku dari aku dok memendam rasa mcm dulu. Hehe. Terima kasih semua yang pernah komen and bagi senangat. Bermula dari Selamat Pagi dari abang burger, everyday aku dan dia bermesej.

Tapi takdelah all day mesej, just ade la sekali dua dalam sehari. Biasanya dia yang mula sebab aku ni tiba – tiba jadi segan dengan dia bila ingat aku yang start cakap nak kenal dia. Haha. Lepas sebulan camtu mesej, abang burger ajak jumpa.

Mase tu aku nervous giIa sebab aku rasa aku buruk time tu. Muka aku tengah naik jerawat sebab salah pakai produk. Aku bagi alasan macam tapi dia tetap nak jumpa aku. Dia cakap, dia dah terlupa sikit muka aku. Dia nak tengok aku depan – depan. Aku tak pernah lupa muka dia kot.

Akhirnya aku setuju jelah. Kot aku berjodoh dengan dia, dia memang kena hadap jugak muka jerawat aku ni. Itulah fikiran positif aku masa tu. Padahal kalau nak difikirkan, abang burger ni pon bebiasa je muka dia, tapi aku ni nervous macam nak jumpa pelakon terkacak. Entah pape je.

Kitorang pon berjumpalah kat sebuah restoren dalam mall kat KL. Masa tu aku memang pasrah jela dengan muke aku ni. Nak tutup dengan mekap pon, aku tak bape reti bermekap, so memang muke aku ni bare face jela nampak segala cela. Bedak sesikit and lip tint. Sumpah tak lawa, bukan nak acah ke apa.

Aku sampai dulu then tunggu dia. Dia masuk je kat restoren, aku terus kenal dia. Aku macam terpaku sikit sebab dia nampak smart. Smart yang casual tu. Lain giIa dari abang burger time jual burger. Ya Allah, masa tu aku macam nak nyorok bawah kerusi je.

Time aku type ni pon, aku still rasa perasaan segan nak mamp0s tu. Tapi jiwa confident aku ni masih ada (terpupuk sebab banyak pergi conference agaknya, haha), aku buat cool jela. Lepas dah pesan makanan apa semua (with muka awkward masing – masing), aku pun buat – buatlah borak.

Masa tu aku fikir, mesti ni last aku jumpa dia. Mesti dia rejek aku pasni. Tapi lantaklah. Ape nak kate, inilah nasib aku. Dalam berborak – borak tu, aku banyaklah ketawa sebab abang burger ni jenis kelakar. Kelakar tapi dia tak sedar dia kelakar. Faham tak? Haha.

Aku ketawa apa semua tu bukan sebab aku nak amik hati dia ke apa, tapi dia memang lawak. Dulu aku bayang dia ni sejenis serius, rupanya tak. Ade je sense of humor. Dah habis makan semua, jalan – jalan dekat mall kejap then balik.

Takde dah dia mesej aku pastu. Aku down sangat. Aku dah agak dah yang dia memang akan rejek aku dengan muka aku aritu. Haha. Aku pun tak mesej dia sebab, aku fikir, lelaki ni kalau dia betul – betul nak kat kita, mesti dia yang akan mula and beriya.

Tapi abang burger diam je. So camtu jela akhirnya kisah aku dan abang burger. Memang takde jodoh agaknya. Tapi takdir Allah lain dari fikiran aku. 3 hari lepas tu, abang burger call aku. Aku eksaited gak time tu tapi masih down.

Lepas bagi salam dia tanya aku, aku sihat ke apa semua. Aku jawab jelah macam biase. Tiba – tiba dia macam mengeluh. Macam ada bunyi “Haih” camtu. Aku tanyalah kenapa? Ada masalah ke? Lama sikit baru dia jawab, aku dah tak nak kawan dengan dia ke? Dia ada salah cakap apa – apa ke masa jumpe aritu?

Aku pulak garu kepala time tu. Aku ni tunggu dia mesej, dah dia tak mesej, aku anggap jela dia tak berminat kat aku. Dia pulak cakap, dia tunggu aku mesej dia. Dia rasa nak giIa sebab aku diam je that’s why dia call aku. Ya Allah, memasing rupanya berfikiran sama.

Sapa nak mesej dulu la apelah. Macam budak – budak je bila aku fikir. Padahal dah tua. Masa call tu lah abang burger cakap, dia suka dengan aku. Aku punya mulut terus buat bentuk O. Betapa tergezutnya aku. Like, seriousla? Why? Apa? Bagaimana? Aku kena sc4m ke? Macam sekejap je tetiba suka aku.

Abang burger cakap, dari dulu masa kat kedai burger, memang dia dah rasa dia ade feeling dengan aku tapi dia buat biasa sebab dia rasa aku tak mungkin suka dia. Pastu bila aku terus terang yang aku ni minah selalu datang kedai burger tu, feeling dia tu datang balik.

Feeling tu membuak (ni memang ayat yang dia guna, haha) bila jumpa aku. Aku cakap kat dia, weh muke saya buruk kot time tu. Abang burger plak cakap, dia suka tengok aku yang suka ketawa. Dia kata aku comel. Ape tu ek? Orang lelaki memang unexpected.

Akhirnya, aku pun terimalah dia. Hahaha. Of course la aku terima, aku memang suka dia kan. Aku sampai sekarang dok fikir, lah macam tu je ke kisah ni? Ingatkan aku kena berusaha tahap camne untuk dapatkan hati dia.

Rupenye bila aku macam nak let go semua dan redha, eh tetibe je everything went well? Huhu. Kitorang decide nak berkahwin bulan 5 nanti, insyaAllah. Kitorang pun dah kenal keluarga masing – masing dan alhamdulillah semuanya nampak okay. Macam tulah kisahnya. Simple je. Huhu.

Terima kasih semua yang pernah komen bagi semangat. Aku appreciate sangat. Kalaulah aku tak post aritu, maybe jalan ni tak terbuka untuk aku. Lepas kahwin nanti, aku nak bagi abang burger baca confession aku ni. Haha. Sampai sekarang dia tak sedar yang kisah dia dan aku ade kat sini. Hihi. Doakan aku ya. Sekian..

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.