Salah ke saya minta suami sambut ulangtahun perkahwinan kami yang ke-10

Memang suami adalah lelaki yang baik, dia selalu tolong buat kerja rumah sebab kami ada anak 0KU. Tapi salah ke kalau saya minta untuk dia sambut dan buat sesuatu untuk hari ulangtahun perkahwinan kami yang ke-10. Selama ini 9 tahun saya tak pernah minta apa – apa pun. Cuma kali ini je tapi diabaikan…

#Foto sekadar hiasan. Admin terima kasih siarkan kisah saya, mohon admin hide kan profile saya.

Saya nak mohon pandangan semua baik pembaca lelaki dan juga perempuan.

Soalan saya : Adakah saya isteri yang tidak bersyukur dan mahu melebih – lebih? Atau adakah suami saya yang jenis tak pandai menghargai saya?

Sekiranya boleh, berilah nasihat kepada saya dan berilah nasihat kepada suami saya.

Untuk pengetahuan pembaca, saya merupakan seorag surirumah dan mempunyai seorang anak 0KU yang terlantar. Namun saya mempunyai duit bulanan sendiri hasil peninggalan rumah sewa warisan orang tua. Suami saya seorang yang baik, bertanggungjawab dia rajin bekerja dan bukanlah sejenis suami yang suka melepak dekat luar. Dia hanya akan berada di luar ketika waktu kerja. Sekiranya dia berada di rumah memang dia akan habiskan masa untuk tolong saya uruskan hal rumahtangga tambahan kami ada anak 0KU.

Pada awal perkahwinan kami, gaji dia hanya RM730 dan lepas tolak epf socso ada lah RM690. Ketika itu  kami tinggal dengan mak saya, keluarga banyak bantu kami dan sekarang, alhamdulillah gaji suami RM4-5k sebulan. Kami dah duduk rumah sendiri dengan komitmen bulanan RM3k termasuk belanja dan adalah lebihan sedikit untuk kami beli apa – apa kehendak yang selain dari keperluan.

Ye segala keperluan memang dia sediakan, duit belanja saya memang tak pernah minta sebab bagi saya, segala benda dah ada, bahan masak semua dah ada kat rumah. Kalau saya nak beli kehendak saya yang bukan keperluan rumah tangga, saya akan guna duit saya sendiri tanpa susahkan suami.

Yang menjadi masalah sekarang, lima bulan lepas saya mohon suami buat sesuatu untuk anniversary kami yang ke-10. Bukan yang mewah – mewah pun, cukuplah sekadar tanda meraikan ulang tahun kami. Sekurang – kurangnya adalah kenangan dia meraikan hari sejarah kami. Tapi setiap kali saya mengutarakan hajat saya, dia buat tak tahu. Kalau dia ambil tahu pun, pasti berg4duh bila bincang hal ni.

Ayat yg dia selalu guna “Abang bukan orang yang sentimental value, abang bukan orang sastera, tu bukan cara abang”. Dan setiap kali tu juga lah saya akan kata, “9 tahun sayang ikut cara dan kehendak abang, apa salahnya kalau tahun ni abang ikut kehendak hajat sayang”.

Dia juga akan kata dia bukan orang berduit walhal saya utarakan hajat saya tu 5 bulan yang lepas, takkan lah RM10-30 sebulan pun tak boleh menyimpan. Saya tahu dia mampu lebih dari tu (ratusan ringgit dihabiskan untuk vape sebulan).

Saya selalu jadi isteri yang faham dia, kerja dia, kehendak dia, memang kami bahagia.

Cuma saya tak tahu kali ni saya betul – betul terasa hati mungkin rentetan dari peristiwa saya gugur. Satu hari tu, dia nak pergi kerja, saya keluar dar4h. Dia tanya saya s4kit ke? “Kalau tak s4kit kita pergi hospitaI lepas abg balik keje je lah.” Dia kerja shift petang masa tu. PukuI 1 pagi, barulah kami sampai ke hospitaI kerana lewat dapatkan rawatan, saya keguguran tapi saya redha.

Cuma kadang – kadang saya seolah menyalahkan dia kerana dia sangat – sangat pentingkan kerja melebihi saya dan anak. Alasannya, dia bukan orang yang berpelajaran, sekarang pekerjaaan dia susah. Oleh sebab dia dah selesa dengan gaji yang bagus, dia kena jaga betul – betul untuk keselesaan kami sekeluarga.

Saya faham alasan tu, saya selalu beralah dengan apa saja alasan yang berkait kerja tapi lama – lama saya selalu tanya pada diri saya, dia kerja untuk keluarga tapi dia abaikan perasaan saya untuk kerja dia. Selepas saya gugur, saya alami gangguan em0si dan haIusinasi. Saya bagitahu dia saya perlu jumpa ps1kiatri, saya rasa dia ingat saya main – main je.

Saya ulang banyak kali, dia masih sama.. endah tak endah. Dan bila hari ulangtahun kami tiba saya ingat ada sesuatu yang dia nak buat tapi memang saya syok sendiri. Nothing! Masih sama dengan 9 tahun dulu.

Saya kecewa dan saya menangis, dia hanya kata dalam nada seperti perIi, “Maaflah, abang ni memang bukan suami yang baik. Abang ingat kita serasi, rupanya kita tak serasi”. Disebabkan dia cakap macam tu, saya rasa marah dan bertambah s4kit hati.

Sekarang saya malas nak masak, saya tak ada mood. Saya hanya uruskan anak je, walaupun dia cuba pujuk saya dan cuba berbual bual cara baik tapi saya hilang mood nak berborak dgn dia, sampaikan pandang muka dia pun saya malas. Saya rasa terlalu kecewa, 9 tahun lepas saya tak pernah meminta minta, kali ni saya meminta tapi diabaikan.

(Saya tak tahu orang diluar sana faham atau tak perasaan saya atau saya ni orang yang jenis tak bersyukur)

Komen Warganet :

Ruby Delima Rose’s  : Actually ape yang aku faham sis ni bukan terkilan sangat – sangat pun pasal nak sambut anniversary tu. Dia sebenarnya perlukan perhatian dan nak suami dia banyak kan masa dengan dia semasa em0si dia tak stabiI dan fahami dia. Besar sangat ke permintaan dia nak sambut anniversary tu, tak r0mantik tak semestinya tak boleh buat.

Eg0 je tinggi, tak boleh nak bawak makan – makan, belanja itu ini simpIe je. Order je kek dan coklat letak atas meja dah cukup dengan nota terima kasih bersama abang. Dah simple, kek sepot0ng je pun. Dia em0si sebab keguguran, kemurungan dia bukan main – main.

Ini tanda – tanda dia memerlukan sokongan moral dan perhatian. Memang betul la suami tu serba serbi jaga dan penat kerja tapi sia – sia kalau one day isteri yang banyak berjasa tu tak jadi isteri yang normal lagi selepas tu. Sia – sia kau kerja kuat sebab isteri tu mungkin mer0yan atau kemurungan. Lagi berat dari masalah kerja. Percayalah, kemurungan bukan main – main. Hanya siapa dah pernah lalui je yang faham.

Wan Zainab Saupik : Perkara kecik macam ni bila diikutkan sangat akan jd besar. Suami saya pun tak pernah ingat tarikh ulangtahun perkahwinan kami tapi bila saya rasa nak meraikannya, saya yang arrange semuanya. Pernah dulu – dulu masa anak – anak sekolah rendah, saya cakap kat anak ajak abah gi beli bunga. Lawaknya dia dengan anak – anak buat balik bunga plastik yang dah dirangkai di kedai bunga yang dijual RM10 untuk 3 tangkai.

Dah la letak dalam plastik beg gitu je. hahaha. Apa yang saya nak sampaikan ialah betapa ada jenis lelaki yang dia memang tak reti benda – benda macam ni. Ooh ya, saya nikah 30/10/1980. maknanya dah tak lama lagi saya akn sambut anniversary yang ke 40, dan macam selalu saya tau takkan ada ucapan dari suami sebab dia memang tak ingat. Tapi saya rilek je, hal kecik je pun.

Siti Fadzilah : Walaupun usia perkahwinan saya baru mencecah 6 tahun, tak pernah sekali menyambut. Entah, tak penting sangat bagi saya. Bagi saya, dapat suami yang tak lupa tanggungjawab sebagai h4mba Allah, suami, anak dan bapa cukuplah.

Sebenarnya MIND SET kena ubah, tu yang penting. Selama 9 tahun sis dah set dalam kepala, perkara menyambut tahun perkahwinan tu penting tu yang sis terkiIan. Sis kena redha dan terima kekurangan suami sis. Banyak lagi isteri yang jauh maIang dari sis.

Aeliyana Isman : Saya faham. Mohon puan jumpa pakar PSY untuk masalah puan. Saya baru berkahwin beberapa bulan. Masa birthday suami, saya buat surpr1se party. Masa birthday saya, suami tak buat apa pun. Mula – mula memang terasa. Tapi ada lelaki yang memang sangat r0mantik. Ada yang memang macam tu. Diusia perkahwinan puan, sepatutnya puan dah faham, menerima dan redha cara suami puan. Cuba tengok masyarakat sekeIiling. Ada suami, tapi isteri beIa suami. Puan sepatutnya lebih bersyukur. Jangan macam ni. Jumpa doktor untuk masalah haIusinasi dan depr3ssion puan. Jangan pend4m sendiri.

Yaya Amorris : Sis tt, jangan bersedih hati. Ramai wanita senasib macam sis. Komen sinis dalam ni sis jangan ambik kira, nanti bertambah parah em0si sis. Happy anniversary untuk sis dan suami. Semoga berbahagia sentiasa dan dikurniakan keberkatan dalam rumahtangga. Apa kata sis ja buat k3jutan, sis sendiri tunjukkan cara r0mantik. Tak semua lelaki r0mantik sis, dan sis bertuah suami sis bertanggungjawab dan baik cuma kurang r0mantik. Nanti tangkap gambar dan buat album ya. Best of luck sis