Saya anggap dia mcm adik sendiri, tapi xsangka dia tipu duit sy 72k bayar ahl0ng

Dalam perjalanan Lily berhenti dan dia mengaku sambil menangis – nangis. Katanya dia dah pakai duit tu untuk bayar ahlong! Esoknya saya ke rumah keluarga Lily. Bila saya cerita dekat ayah dia. Ayah dia macam biasa saja. Tak terk3jut sangat tapi saya yang terk3jut. Sebab apa???

#Foto sekadar hiasan. Assalamualakum semua. Sekarang ni baru saya ada kekuatan untuk bercerita. Betapa saya tertekan sebulan dua ni. Kisahnya bermula bila saya mengenali seorang adik yang saya anggap macam adik saya sendiri sekitar 7 – 8 tahun yang lalu.

Tapi benda ni jadi bermula tahun lepas. Saya namakan dia Lily (bukan nama sebenar). Keperibadian dia yang lembut sopan bertudung akan tetapi dipertemukan j0doh dengan seorang lelaki yang malas, kaki game, kaki perempuan hingga terIanjur dan tidak berkerja selama 5 tahun sepanjang 6 tahun tempoh perkahwinan.

Di tambah dia mempunyai dua orang anak 0KU aut1sm dan ADHD. Pada saya diceritakan segala masalah. Selalu jugalah dia menangis. Sebagai seorang ibu yang juga mempunyai anak pastinya saya terkesan.

Selalu jugak saya tolong dia dari segi wang ringgit, tenaga apatah lagi nasihat yang berbuku – buku. Saya nasihatkan dia ke pejabat agama. Untuk apa disimpan biawak hidup macam tu. Tapi Lily sangat takut akan penceraian kerana katanya mak mertua dia akan r4mpas anak – anak dari dia.

Mak mertua dia tak kisah pun anak lelaki dia tak bekerja dan selalu mencari salah Lily. Sampai satu masa saya p4ksa Lily bawak diri dengan anak – anaknya kerana laki dia juga pukuI anak – anak dia. Dan Lily bawak diri berpindah ke rumah orang tua nya.

Kata Lily sepanjang hampir setahun berpindah hanya sekali dua laki dia datang tengok anak dan tiada sesen nafkah pun diberi. Cuma kadang – kadang dia kata mak mertua dia datang untuk ambik anak – anak dia.

Sampai lah dia terp4ksa buat rep0rt polis sebab merasa terancam dengan sikap mertua dia. Dan sinetron kisah antara laki dia dan mak mertua ni berlanjutan la macam – macam dan seperti biasa saya tak pernah jemu menolong sekadar yang termampu.

Saya belikan susu anak, bagi duit dan menjadi teman setia mendengar cerita dia. Satu hari Lily mengajak saya join business untuk satu tender yang berjaya diperolehi. Selepas meneliti dokumen dan rewards tender dari kerajaan saya bersetuju memulakan modal kerana Lily tidak mempunyai wang simpanan sebanyak itu.

Saya bersetuju meminjamkan 40k. Masa tu saya anggap je rezeki anak yang saya kandungkan, baru nak masuk 2 bulan mengandung ketika itu. Saya tolong dia tanpa buat sebarang agreement kerana sebagai pekerja bank saya tidak dibenarkan memiliki nama dalam mana – mana syarik4t.

So dipendekkan cerita payment telah masuk walaupun lewat 2 bulan dari due date. Jadi, bila saya pergi bank duit tak boleh keluar sebab Lily ada pinjaman peribadi yang tertunggak sekian lama. Untuk dapatkan duit tu Lily perlu jelaskan hutang itu terlebih dahulu.

Tapi Lily tak ada duit. Ke sana ke sini saya bawak perut (masa tu mengandung 8 bulan) untuk settlekan banyak benda. Akhir sekali, sekali lagi saya pinjamkan Lily 32k dengan harapan duit saya akan saya perolehi secepat mungkin.

Simpati saya pada dia mengatasi pemikiran saya ketika itu. So after semua payment dah settle saya almost everyday follow up dengan Lily pasal duit tu. Pelbagai alasan Lily bagi. Bank lambat bertindak lah.. dia mintak tolong saya buat kan e-mail lagi supaya bank cepatkan process pengeluaran duit tersebut.

Saya buat! Dan saya terus p4ksa dia follow up dengan bank memandangkan saya tak boleh berurusan secara terus dengan pihak bank. Dalam keadaan huru hara tu saya kena Covid. Dengan mengandung lagi. Duit tak dapat lagi.

Tekanannya Allah saja yang tahu. Dan Lily pun tak lama kena kurantin sebab ada close contact dengan sapa ntah. Sampai masa saya bersalin saya masih follow up dengan Lily. Hari ke 40 saya berp4ntang saya dah tak boleh nak control saya p4ksa Lily ambil saya dekat rumah untuk ke bank.

Dalam perjalanan Lily berenti dan dia mengaku sambil menangis – nangis. Katanya dia dah pakai duit tu untuk bayar ahl0ng! Masa tu saya rasa nak menjerit. Saya dah tak dengar dah alasan dan sebab Lily! Cerita tak abis di sini.

Esoknya saya ke rumah parents Lily dengan niat nak ceritakan semua pada parents dia, mana tau dia boleh menolong saya. Masa saya sampai Lily tak ada di rumah. So bila saya cerita dekat ayah dia. Ayah dia macam biasa saja.

Tak terk3jut sangat tapi saya yang terk3jut. Sebab apa??? Sebab sebenarnya Lily tak duduk pun dekat situ. Malah dia masih bersama dengan suami dia dan mempunyai seorang lagi anak. Jadi sebenarnya anak dia bukan dua tapi tiga!!!

Jadi selama ni apa yang dia cerita dengan saya rekaan semata – mata! Selama ni saya selalu ambil dia dekat situ rupanya dia dah plan. Kenapa saya tak nampak semua tu?? Allah! Rasa macam terduduk saya dikhia4ati seperti ni.

Apa salah saya. Selama ni saya tolong dia macam – macam, ini baIasan dia. Akhirnya saya buat report polis, cumanya saya belum berjumpa lawyer. Dalam masa yang sama saya takut jugak saya tak dapat balik duit saya tu. Bukan sikit.

Boleh beli sebijik rumah flat cash. Saya takut saya tak dapat balik sebab tak ada agreement. Tapi invoice. Delivery order and acknowlegment received semua saya ada. Saya rasa memang macam ditipu hidup – hidup. Tapi saya bertekad untuk dapatkan duit saya apa cara pun.

Sekalipun mungkin saya perlu jumpa mak mertua dia yang dia buruk – burukkan itu. Ikut hati nak viralkan saja muka dia, s4kit nya Allah saja tahu. Pada pembaca sekalian jangan jadi seperti saya. Tertipu dengan luaran seseorang.

Pada yang mungkin pernah kena macam saya harap boleh guide saya. Saya perIukan duit untuk kelangsungan hidup. Sangat str3ss, dengan baru lepas bersalin, anak kecik – kecil, kena tipu lagi. Semoga kisah saya menjadi pengajaran untuk anda juga. Kisah saya ibarat melepas anjing yang ters3pit. Saya digigitnya balik. – Yin (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Farid Laila : Jumpa la mak mentua dia dapatkan cerita sebenar. Sebab tu la aku skeptikeI dengan orang zaman sekarang yang melulu minta bantuan dan melulu mendermakan. Orang malaysia memang sentimentaI dan em0tionaI belaka.

Bila suruh siasat elok – elok, eh kita plak yang didoakan supaya miskin h1na macam tu. Dengar sini, miskin takpe bang, tak d0sa. Yang d0sa dah la miskin, kaki menipu, kaki putar beIit, fitnah sana sini dan meIaga -Iagakan orang.

Miskin biar bermaru4h, bukan miskin cara orang takda harga diri. Sekian, Daripada b40 tapi masih ada maru4h.

Zawiyah Kaderi : Saya hairan. Dia ada 3 anak dan awak tak tau? Maksudnya awak jarang jumpa dia lah. Takkan masa dia mengandung awak tak nampak. Kiranya bukanlah rapat sangat pun. Mungkin awak tak ramai kawan jadi awak tak tau apa maksud rapat.

Dan suami awak tak haIang pulak beri pinjam kepada orang sebanyak RM72k tanpa perjanjian? Pada pendapat saya, awak perlu banyak bantuan orang sekeliIing untuk dapatkan balik duit tu sebab awak ni macam naif dan kurang faham dunia.

NurAz Wan : Sebab tu saya sejak dari zaman kanak – kanak tak suka berhutang dan tak suka memberi hutang. Sebab ada orang yang macam ni, dalam keluarga. Jenis tak kisah nak bayar hutang, tapi suka tambah hutang.

Kalau saya simpati pada kesusahn seseorang, saya rela menderma saja. Tidak banyak rm 50 ke 100, lihat keadaan, sekadar meringankn beban. Sem4kin mudah seseorang tu meminta – minta nak berhutang, sem4kin besar kecurigaan padanya yang timbul. Ni mesti orang yang dah biasa berhutang. Sebab bukan ramai orang yang macam tu.

Atiqah Saad : Saya pernah aIami apa yang awak rasa. Apa yang saya boleh kata, kuatkan semangat. Sekarang awak kena f1ght untuk dapatkan balik duit. Jangan menyesal dengan apa yang awak dah buat sebab semua ni jadi atas kehendak Allah.

Redha atas ujian tapi pada masa yang sama jangan putvs asa untuk dapatkan balik duit tu. Saya tahu awak mesti lembut hati kan. Jenis tak sampai hati tengok orang susah. Lepas ni awak kena keraskan hati. Sesusah mana pun orang tu, jangan pernah bagi pinjam duit.

Kalau nak tolong, bagi je setakat yang ada di tangan. Kalau rm10 yang ada, itu je la yang awak bagi. Tahajud setiap malam, minta Allah angkat beban. Insyaallah ada rezeki lain untuk awak. Pengalaman saya dulu, saya lambat redha bila kena tipu.

2 tahun hati serabut. Hidup tak tenang. Tapi bila saya redha atas ujian tu, hati tenang, rezeki tu nak kata mencurah tak la kaya terus tapi cukup. Kalau tak rasa s3mpit je.

Ikhwan Abd Kahar : Awak memang perlu dapatkan khidmat dan nasihat dari peguam tuntutan. Sebab kes ni melibatkan wang yang besar dan tiada dokumentasi persetujuan bersama. Tuntut la dengan apa cara sekalipun. Jangan biarkan apa kebaikan dia buat selama ni menjadi haIangan untuk kau tuntut duit kau kembali.

Report polis teruskan, dan tindakan undang – undang juga pun perlu diteruskan. Jangan bertindak keseorangan. Kalau boleh bawa 1 orang saksi untuk bersemuka dengan mertua ke, lily ke, suami lily ke, mak ayah lily ke. Untuk rekod kau.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.