Saya dah buat macam – macam untuk mereka. Saya sediakan rumah sewa 4 bilik, saya belikan semua perabot, segala bil saya bayar, duit belanja saya bagi, duit minyak, nak handbag, nak kasut semua saya layankan. Tapi ini baIasan ibu pada saya, bila saya minta tolong jaga anak lepas pantang..
#Foto sekadar hiasan. Salam semua. Saya Amani, berusia lewat 20 an. Saya seorang anak tunggal dan sudah pun menjadi seorang isteri dan ibu. Saya dilahirkan dalam keluarga biasa saja. Ibu bapa saya bukan orang berada.
Hingga sekarang mereka tiada pun rumah sendiri, tiada wang persaraan dan tiada apa – apa harta. Mereka tidak lagi bekerja. Saya ingin luahkan rasa tekanan saya tentang sikap ibu bapa saya. Saya dan suami telah membeli rumah, subsale sahaja tapi cukup selasa dengan 4 bilik (corner lot).
Saya bercadang untuk bawa ibu bapa saya untuk tinggal bersama. Selama ini, mereka menyewa sahaja. Tapi mereka tak suka duduk bercampur. Yang buat saya str3ss ialah, mereka ingin berpindah rumah sewa yang baru.
Sebab saya dah beli rumah yang lebih baik, dengan harapan mereka dapat tinggal di rumah sewa yang setaraf dengan yang saya beli (sebelum ni menyewa rumah teres 3 bilik). Mereka mendesak dan saya turutkan. Sedangkan saya sudah pujuk dan ingin buat loan besarkan rumah di bahagian corner lot khas untuk kawasan ibu ayah saya, tapi mereka enggan.
Saya tertekan kerana perbelanjaan bulanan saya amat besar. Semuanya akibat dari eg0 ibu bapa saya sendiri. Rumah sewa baru mereka saya bayarkan RM850 sebulan. Bil api, air, astro, topup internet, coway, medical card, barang dapur, duit belanja RM600 sebulan… ini sahaja sudah RM2 ribu lebih.
Saya sangat terbeban. Bayangkan, walaupun saya bekerja tapi satu sen pun tak dapat untuk diri saya. Saya surv1ve guna duit nafkah suami bagi sahaja. Syukur saya dapat suami yang memahami. Yang membuat saya lagi terkilan, ibu saya suka jemput tetamu ke rumah mereka setiap minggu, masak banyak – banyak dan semua modal tu saya yang perlu tanggung.
Belanja barang dapur sangat tinggi, melebihi yang sepatutnya mereka berdua sahaja makan. Disebabkan suka ajak orang datang dan suka berjalan, saya lagi menjadi m4ngsa. Duit belanja yang saya beri, mereka tak mahu guna atas alasan nak menyimpan.
Duit minyak pun minta saya lagi. Belum cerita lagi apa yang mereka teringin nak beli setiap bulan. Hmm. Sekarang saya sudah pun jadi seorang ibu. Masih lagi cuti bersalin. Ibu saya tidak membantu banyak dalam menguruskan hal saya dan anak ketika berpantang.
Ibu saya hanya datang untuk masak dan kemudian balik ke rumahnya sendiri. Saya uruskan diri sendiri, dan belajar dari Youtube sahaja. Kalau suami ada, dia lah yang bantu. Tapi, benda yang buat saya hampir mer0yan ialah bila mengenangkan keputvsan ibu bapa saya menolak untuk menjaga baby saya bila saya dah start bekerja.
Saya dah buat macam – macam untuk mereka. Saya sediakan rumah sewa 4 bilik, saya belikan semua perabot, segala bil saya bayar, duit belanja saya bagi, duit minyak, nak handbag, nak kasut semua saya layan kan. Saya ik4t perut sebab nak layan dan belikan handbag RM600 permintaan ibu saya.
Bila saya dah curahkan segala – galanya terutamanya bab wang ringgit, ibu saya suruh saya hantar baby saya ke rumah pengasuh. Allah. Mana lagi duit saya nak cari? Suami saya dah terlalu banyak menanggung macam – macam di rumah kami termasuk saya dan anak.
Saya bekerja tapi satu sen tak dapat bantu suami. Kenapa lah ibu bapa saya begini. Masuk hari ni ibu saya dah 4 hari tak datang rumah saya untuk masak makanan berpantang saya. Dia merajuk sebab saya tak dapat belikan kereta proton persona baru yang dia minta. Hmm.
Kalau la pendapatan saya 10k sebulan, memang saya belikan. Tapi, kereta saya sendiri pun suami yang bayarkan. Saya dah berhari – hari terfikir nak bvnuh diri. Sesak betul d4da saya. Nak hantar anak ke pengasuh, saya dan suami tak mampu dah.
Kalau saya berhenti kerja, apa jadi dengan ibu bapa saya? Lagi baik saya tiada lagi di dunia ni. Hmm… Sekian. Dari seorang anak yang penuh d0sa. – Amani (Bukan nama sebenar)
Komen Warganet :
Fairuz Ashikin : Bersimpati dengan keadaan sis. Dalam keadaan baru bersalin, memang em0si kita lebih sensitif. Allah uji manusia kerana bagaimana kita mengatakan kita beriman jika kita belum diuji. Allah Maha Menyembuhkan.
By the way pandangan saya, nak tak nak kena p0tong perbelanjaan mak ayah yang sebanyak RM400 tu sebab kena bayar yuran pengasuh. Praying for you moga Allah permudahkan segala urusan inshaAllah.
Kucing Belang : Hmmm… Aku yg baca ni pun rasa sesak nafas. Terus terang dan bentangkan perbelanjaan awak kepada ibu bapa. Terangkan dengan sejelasnya yang awak tak mampu nak tanggung cara hidup mereka yang tak ukur baju ke badan tu.
Kalau diorang merajuk biarkan ajer sebab bukan awak yang salah. Kadang – kadang hati kita ni kena keraskan. Downgrade perbelanjaan yang tak patut seperti rumah yang sampai 4 bilik dan lain – lain. Beritahu mereka yang awak suami isteri dah tak mampu sampai nak hantar anak ke rumah pengasuh pun dah takde duit.
Inikan pulak nak beli lagi kereta pesona idaman mak awak. Kalau mereka berdegil jugak, awak bagi jer duit segedebuk untuk sebulan RM1k sahaja. Cakap ini sahaja yang awak mampu bagi tambahan pulak awak sudah ada anak dan banyak perbelanjaaan yang awak perlu dan biar diorang sendiri yang fikir cara nak belanja macam mana.
Kemudian nanti baru diorang tahu padan ke tak dengan diorang. Jadi buat macam ni, baru diorang tahu yang belanja makan tiap – tiap minggu tu diorang mampu ke tak. Gunakan duit untuk bayar pengasuh dan jaga awak.
Lagipun bukan tanggungjawab diorang pun jaga anak awak. Itu lagi modal untuk diorang mengungkit dan menuntut untuk awak bayar lebih banyak kepada mereka sebab diorang dah kata tak nak jaga. Ini alasan lagi besar kenapa awak perlu kurangkan perbelanjaan diorang.
Awak dah sara diorang dah kira bagus. Awak dah jalankan tanggungjawab awak sebagai anak tapi maaf cakap parents awak gunakan awak macam mesin ATM.
Aca Zalikha Zainal : Sis, saya pun anak tunggal. Memang kite tersepit dalam situasi begini. Kite nak ubah parents kite memang dah tak boleh dah. Tapi semampunya kita, cubalah fahamkan mereka. Doakan mereka diberi kefahaman mengenai situasi kita.
Saya faham, sis dah habis fikir sampai tahap meluah kat sini. Habis, kita mana ada adik beradik yang boleh sama faham kan? Sis dah buat yang terbaik dah. Kalau sis hulur 100k sebulan pun takkan pernah memuaskan hati mereka. Berterus terang lah semampunya. Mohon kefahaman dari Allah. Mudahan urusan Sis dipermudahkan.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.