Sekelip mata aku berubah. Barang rumah, komputer suami, aku baling ke dinding. Kaki tangan aku naik dekat suami, dia sabar

Aku menggelupur atas lantai, sambil menjerit. Lidah jangan cakap la, macam – macam perkataan m4kian keluar untuk s4kitkan hati suami. Pernah, mesin basuh 14 kg pun aku mampu tolak dari laundry sampai ruang tamu…

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum dan salam sejahtera semua pembaca. Seperti tajuk di atas, aku nak bercerita, berkongsi dan minta pendapat. Aku cuba ringkaskan kisah aku sependek yang boleh supaya pembaca tak bosan.

Aku M, berumur pertengahan 20-an, sudah berkahwin 3 tahun. Masih belum mempunyai anak. Doakan kami ya. Suami dan aku kedua – duanya bekerja. Tinggal di KL memaksa aku untuk turut sama keluar bekerja bagi menampung kehidupan kami berdua.

Pernah je aku tanya suami boleh tak nak berhenti kerja sebab aku akan jadi penat dan mudah nak triggered, melenting, tapi suami berat hati. Aku faham. Kemampuan untuk beliau seorang menanggung isi rumah ni agak berat walaupun beliau bergaji 3k.

Suami bekerja dari pagi sampai malam. Aku pula bekerja dari pagi sampai lepas zohor begitu. Jadi memang tugas aku la yang akan urus kerja rumah, memasak dan lain – lain. Jujurnya aku okay. Tapi ada satu masalah pada aku.

Bila sampai satu masa, badan dan otak aku penat, aku akan meIetup. Aku sendiri tak suka bila aku meIetup. Oh, info tambahan. Aku juga pes4kit bipolar dan memang ambil ubat (Quetiapine 350mg) setiap malam. Apa akan jadi apa aku bila aku dah terlalu overloaded? Aku akan meng4muk.

Bila perhati trend mood aku, aku akan meIetup dan meng4muk pada hujung minggu ataupun hari Jumaat. Bukan setiap minggu la tapi dalam dua bulan mesti akan ada aku meIetup. Sebelum meletup, aku okay je selalunya. Ceria, happy, bertenaga.. Mood aku ni susah diagak sebenarnya, tahu – tahu je malam ni meng4muk meIetup.

Baran aku bila dah datang, bukan setakat suara, tangan pun laju. Dulu awal kahwin habis rosak barang rumah, pc suami, aku lempar ke dinding. Kadang – kadang kalau waktu tengah meltdown tu, aku tak sedar pun sampai tahap suami pun aku pukuI sep4k ter4jang sambil jerit, menangis. Menggelupur atas lantai, sambil menjerit. Lidah jangan cakap la, macam – macam perkataan m4kian keluar.

Pernah bila aku meIetup, mesin basuh 14 kg pun aku mampu tolak dari laundry sampai ruang tamu. Senjata t4jam wajib di tangan. Pernah ketika datang tantrum aku, aku jerut diri aku sendiri guna iron wire tu sebab aku serabut dengar suara dalam kepala aku.

Aku pernah baIing pis4u p0tong daging tu ke suami aku. Mujur dia mengelak, kena sofa, terkoyak sofa. Jadi setiap kali aku meIetup, memang suami aku akan laju – laju simpan senj4ta t4jam dari aku. Korang bayangkan betapa giIanya aku.

Control? Yes, aku akui memang ketika aku tengah “t4ntrum” tu aku tak dapat pun nak control. Isi dalam kepala bingit dan serabut sangat – sangat. Aku sedar tapi aku tak dapat nak control. Bila dah habis semua emosi aku keluar, baru aku akan back to normal balik.

Masa tu baru la aku terkedek – kedek nak minta maaf dengan suami. Rezeki aku, suami aku sangat baik. Terima kasih ya Allah. Tak pernah pukuI, tengking aku. Dia sentiasa memahami aku. Cuma, aku la rasa bersalah sangat bila dah sedar tu.. bila aku sedar, aku perhati rumah ya Allah lintang pukang huru hara.

Aku akan menangis sebab aku rasa aku loser. Diri sendiri pun tak dapat control. Aku benci diri aku. Untuk pengetahuan, aku dah hampir 2 tahun berg4ntung dengan ubat. Dulu lagi teruk ye tantrum aku. Sekarang baru aku macam boleh bertenang sikit bila rasa d4da nak pecah, kepala dah bising hingar bingar, aku boleh rasa yang aku akan tantrum jadi aku akan sedaya upaya kawal diri aku.

Aku akan elakkan ke tempat terbuka yang mudah aku capai senj4ta. Aku akan duduk dalam bilik, dan keraskan diri sedaya upaya tidak bergerak walau seinci sebab aku takut aku lost control lagi. Cuma kadang – kadang tu terlepas juga, terutama lidah la.

Laju betul keluarkan kata – kata yang t4jam. M4kian memang aku sekat 100 peratus daripada keluar. Kalau keluar pun dalam kadar berbisik supaya aku je dengar. Tangan kaki pun tak berapa nak bebas dah kalau baran datang sebab aku akan sedaya upaya genggam tangan – tangan aku dan pasak kaki aku supaya tak bergerak ke mana – mana.

Aku sendiri pun takut sangat kalau baran datang. Sampai kadang – kadang aku minta ampun dengan suami aku sebab aku sedih sangat. Aku sedar aku banyak sangat Iukakan beliau. Beliau pun memang cakap, dia sentiasa maafkan aku, tapi kadang – kadang dia tetap terasa dengan apa yang keluar dari mulut aku masa baran tu.

Aku pun tak tahu dah nak kawal macam mana. Ubat dah makan. Appointment tak pernah skip, tapi suami aku puji aku dia kata aku ada improvement dari sebelum ni. Improvement punnn, aku tetap benci diri aku sebab sekarang aku att4ck guna lidah.

Kaki tangan aku dah pasak, tinggal lidah je la senj4ta aku. Jadi bila datang baran, memang aku saja pilih ayat yang meny4kitkan hati dia. M4ki hamun aku dah berjaya control untuk tak keluarkan. Tapi ayat sinis, keluar macam air. T4jamnya tu kalau aku sendiri pun terasa bila dengar apatah lagi suami..

Tolong lah sesiapa bantu aku untuk hilangkan baran aku. Ya, aku ada tr4uma ketika kecil. Aku pernah dikurung diik4t tak diberi makan oleh ibu aku, pernah dihantuk ke dinding dan lantai. Aku membesar dengan emosi yang sangat tak stabil.

Tapi aku tak salahkan ibu aku, ibu aku pun m4ngsa juga. Aku tahu aku kena break the cirle, tapi susahnya Ya Allah. Aku akan menangis sendiri lepas sedar tu sebab sedih. Suami aku tak bersalah pun. Tapi kesian dia kena alami situasi macam ni. Oleh aku, isteri beliau pula tu. Ya Allah, h4ncur hati aku bila teringat perbuatan aku pada dia.. Terima kasih semua sudi membaca.. Saya dah penat menulis. Bye.. – M (Bukan nama sebenar)

Komen w4rganet :

Siti Zubaidah : Kesiannya, komen – komen tak ada pon nak validate perasaan dia dan kesan yang dia sendiri tak minta akibat dari abvsive childhood. Semoga tt kuat, semoga Allah bagi jalan keluar untuk kawal diri sebelum ada baby In Shaa Allah.

Tak ada anak pon tak apa, anak bukan trofi tanda kita paling bahagia. Cukup tt dapat kawal diri, dapat jadi better version 2025 nanti alhamdulillah. Semoga lepas ni dapat kawal lisan pulak In Shaa Allah, ujian yang hebat untuk orang yang hebat juga.

Munirah Mokhtar : No. Saya takkan doakan awak untuk dapat anak. Honestly, with your condition, its better that you dont have kids. Emosi manusia dalam rumah awak sangat – sangat tidak condusive to raise a child. Treat yourself first. Diri sendiri pun struggle. Kerja separuh hari je. Anak pun takde tapi dah bising penat. Ada anak sejuta kali penat. Rawat diri sampai sembuh dulu baru fikir pasal anak.

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.