“Selangkah awak keluar dari pintu rumah malam ni, gugur taIak 3 pada awak!”

Saya nampak perubahan suami, dia m4kin rajin solat dan mengaji. Tapi saya tak sangka hanya kerana ada kucing beranak dalam bilik anak, suami lafazkan taIak 3. Lepas dia bagi lafaz taklik, saya baIas dengan kemarahan. Sedar – sedar saya tertidur dan ketika itulah suami datang..

#Foto sekadar hiasan. Assalammualaikum admin. Mohon hidekan profil saya ya. Biarlah tiada siapa yang kenal saya. Tapi cukuplah kisah saya ni dijadikan kekuatan untuk para pembaca yang lain. Tahun 2008, saya pernah berkahwin.

Tapi jodoh saya tak panjang. Tak sampai 2 tahun, perkahwinan saya musn4h. Tak perlu la sayaaa cerita panjang kisah dulu, sebab banyak d3rita yang saya tanggung dari pihak suami, ipar dan mertua. Hampir 5 tahun saya menjadi ibu tunggal, membesarkan seorang anak dengan pelbagai ujian.

Hinggalah saya berkenalan dengan suami yang sekarang ni. Jarak umur kami 6 tahun. Suami masa tu berusia 22 tahun, saya pula 28 tahun. Kenal masa tu diwechat. Saya la yang selalu kacau suami, tapi tak sangka dari kacau terus jadi suka dan sayang.

Akhir suami cakap dia serius nak jadikan saya isterinya. Masa tu pula suami dah tak bekerja tapi saya tetap terima dengan baik. Hubungan kami tak dapat restu dari mak suami alasan takut saya akan balik pada suami lama.

Hubungan kami terputvs seketika. Hinggalah satu malam, saya dapat panggiIan suami, dia ingin melamar saya. Suami ceritakan yang maknya dah boleh terima saya bila kakak ipar saya sendiri pujuk emak mertua saya. (sampai m4ti saya tak akan lupakan kebaikan kak ipar saya).

Suami datang rumah untuk berjumpa abah saya dan berterus terang untuk serius dengan saya. Banyak kata nasihat abah saya pada suami, yang saya ni janda, ada anak. Boleh ke suami terima. Ya, suami terima. Selepas itu kami mula merancang untuk bertunang.

Masa tu kami sama – sama tak bekerja, sepakat cari kerja bersama. Alhamdulillah, dapat kerja, lagi beberapa bulan kami nak bertunang. Dengan izin Allah, cukup setahun kami bernikah dengan bantuan abah saya untuk buat pinjaman loan disebabkan suami tak dapat kumpul duit.

Bermulalah kehidupan kami sebagai suami isteri, duduk di rumah abah saya. Saya dapat bekerja lebih kurang 2 bulan saja, bila suami minta saya berhenti kerja. Dia yakin rezeki Allah tetap ada. Hati memangĀ  berat, sebab saya tahu, gaji suami masa tu paling banyak boleh dapat RM1000 je atau paling sikit RM600.

Dengan gaji yang tak seberapa tu la, suami dapat bayar hutang loan, hutang lain dan makan minum kami. Syukurlan abah saya baik hati keluar duit belanja barang dapur sesekali bila suami tak cukup duit. Rezeki Allah, saya disahkan mengandung.

Suami yang masa tu tak ada motor, takde kereta, pergi kerja pun kadang – kadang kawan dia datang ambil depan kampung. Kadang – kadang pakai motor abah saya. Dia sanggup ambil risik0 beli kereta kononnya untuk kemudahan saya kelak jika nak bersalin.

Dengan gaji suami yang tak seberapa, takde satu kedai pun sanggup lepaskan loan untuk suami, hinggalah suami terjumpa satu kedai, suami dapat beli kereta dengan deposit kereta dapat bayar 2 kali. Mungkin rezeki anak.

Maka bertambah lagi bebanan hutang, kami makan ala kadar. Hari ni makan sedap, esok makan nasi goreng, lusa makan nasi dengan telur mata. Kadang – kadang abah saya belikan lauk, dapat la kami makan sesedap. Tiba hari saya nak bersalin, kebetulan suami tiada di rumah kerana malam tu dia terp4ksa bekerja jauh, maka abah saya la yang hantar saya ke hospitaI.

Bila ada anak, bertambah lagi perbelanjaan suami. Kesian dengan suami, saya pilih untuk belajar berniaga. Minta resepi dari sahabat baik saya, dan mula lah saya berniaga kecil – kecilan. Tebalkan muka untuk tumpangkan barang niaga saya di kantin sekolah.

Duit hasil niaga tu la saya dapat bagi anak saya duit sekolah, dapat belanja barang makan. Itu saja yang saya mampu. Satu hari suami cakap nak berhenti kerja, dan cari kerja lain yang bergaji lagi besar. Rezeki anak, suami dapat kerja di sebuat kolej ternama di bandar besar.

Kami terp4ksa PJJ tetapi suami akan balik bercuti setiap hujung minggu. Alhamdulillah, dengan gaji 3k, kehidupan kami rasa sedikit selesa. Tapi ujian Allah menimpa, bila suami diani4ya ketua tempat kerja. Suami pilih untuk berhenti kerja dan pulang ke kampung.

Kehidupan kami kembali kepada yang asal, catu makan pakai, asalkan anak – anak dan hutang tak terjejas. Rezeki Allah, tak lama selepas itu, suami dapat kerja sebagai pgawal keselamatan di sebuah kilang. Saya pula masih berniaga seperti biasa.

Anak bongsu kami baru nak masuk usia 5-6 bulan, sekali lagi kami terp4ksa PJJ, bila rezeki Allah datang buat kami. Suami dapat panggiIan kerja kerajaan di hujung utara. Siapa yang tak sedih berjauhan dengan suami?

Perginya suami hanya mmbawa barang keperluan penting tanpa keretanya. Bila suami dah berapa di utara, dapat tinggal di kuaters, suami bagitahu gaji pekerja baru di’tangguhkan’ selama 3 bulan. Masa tu saya dah mula risau.

Dengan hutang yang ada, makan pakai saya dan anak – anak, perbelanjaan suami lagi di sana. Macam – mcam cara saya cuba untuk bekerja, tapi takde hasilnya. Dengan hasil niaga yang tak seberapa tu la saya struggIe sendiri.

Syukur, alhamdulillah, perbelanjaan suami, abah dan ipar saya banyak membantu. 4 bulan kemudian, suami pulang ke kampung, dan niat untuk ambil saya dan anak untuk berpindah ke utara. Saat nak bertolak pada malam itu, hati saya sebagai seorang anak, mana sanggup nak tinggalkan keluarga di kampung, lebih – lebih lagi anak – anak saya menjadi kesayangan mak abah saya.

Berat kaki nak melangkah, tapi apakan daya, saya seorang isteri, takkan nak brjauhan dengan suami lagi. Maka tinggallah keluarga saya. Bermulalah kehidupan baru saya di tempat orang. Tinggal di tempat orang, tiada kawan nak dijadikan kawan, memandangkan saya seorang yang mnjadi suri rumah, yang lain semua bekerja.

Gaji suami pula masa tu belum lagi nak stabil, masih dengan hutang yang perlu dibayar. Dan masuk tahun yang seterusnya, bermulalah ujian untuk saya. Suami berubah panas baran. Anak saya (tiri suami) yang selalu menjadi m4ngsa bediIan suami.

Bukan itu saja, saya dapat tangkap suami simpan v!de0 I*c*h dalam hp nya. Pernah sekali saya dapat pen4mpar suami sebab marah dengan hobi dia yang keji tu. Lepas saya marah, merajuk, suami elok sekejap saja tapi dia buat balik per4ngai tu.

Masa tu saya dah tak ambil peduli lagi, cukup la dengan hadiah yang suami bagi pada wajah saya. Masa tu baik saya dan suami, kami masih jahiI. Jarang solat dan berdoa cuma bulan puasa saja kami puasa seperti biasa.

4 tahun saya dan suami, kami hidup dengan kejahiIan. Suami dengan hobinya, saya pulak walaupun tetap jalankan tanggungjawab sebagai isteri dan ibu, bab suruhan Allah, tetap saya abaikan. Hobi suami dengan barannya tak berubah.

Hinggalah suatu hari, saya bagaikan tersedar, ini semua ujian Allah pada kami. Rumah tidak pernah aman, selalu terasa panas, dan rezeki kadang – kadang sangkut walaupun saya berniaga kecilan. Tergerak di hati saya nak berubah.

Saya mulakan dengan solat, saya menangis, mengadu pada Allah swt. Beberapa bulan kmudian saya tengok suami mulai solat. Tapi baik saya dan suami, solat kami masih tunggang langgang. Ikut suka hati kami saja. Sekali lagi saya tersedar yang saya ni h4mba Allah yang jahiI.

Pada malam tu saya dan suami berg4duh teruk. saya ambil wudhuk, saya solat dan berdoa. Saya menangis semahu – mahunya. “Andai dia jodohku, maka Engkau berikanlah dia petunjuk, berikanlah aku kesempatan untuk terus bersama dengannya. Andai jodohku setakat ini, maka Kau putvskanlah ik4tan kami dengan cara yang mudah.”

Itulah doa saya ulang – ulang setiap waktu. Dalam pada masa yang sama juga, masa tu kami tidur bilik asing. Saya dengan hal saya, suami dengan hal dia sendiri. Anak – anak saya yang uruskan dan mereka juga lebih banyak menghabiskan masa dengan saya.

Saya tetap uruskan rumah macam biasa. Suami nak makan, pandai – pandai dia la ambil sendiri kat dapur. Hingga la genap seminggu, tergerak hati saya nak solat kat bilik suami sebab anak – anak main dalam bilik tidur saya.

Masa saya nak mulakan solat, suami tahan saya, dan minta saya solat dibahagian belakang sikit, sebab dia pun nak solat. Tapi kami tak berjemaah. Saya solat sperti biasa, dan waktu tu saya disolat rakaat terakhir. Waktu sedang rukuk, saya dah mula tak sedap hati, dah rasa tak kusyuk bila tengok suami sujud terlalu lama.

Mulalah akal saya fikir yang bukan – bukan tapi saya teruskan solat, rasa nak habiskan cepat. Ketika sedang t4hiyat terakhir, saya terdengar esakkan kecil dari suami yang waktu tu sedang sujud. Ya Allah, betul ke semua ni??

Solat saya dah betul jadi ta kusyuk, hati dah mula sebak. Barulah saya tahu, suami mengerjakan solat taubat. Selesai salam saya, saya tunggu suami habiskan solatnya. Selesai salamnya, suami terus menoleh ke arah saya.

“Abang minta ampun, banyak d0sa abang pada sayang.” ucapnya. Saya tak terkata apa terus memeIuk erat suami saya. Adakah suami dah mendapat hidayah dari Allah? Dalam tangisan saya berkata “sayang bersyukur, Allah makbulkan doa sayang.”

Masa tu memang saya tak sangka. Bertahun saya jahiI, hanya beberapa hari saja saya mula solat dan berdoa, Allah makbulkan doa saya. Kuasa Allah maha hebat! Sejak tu saya lihat kesungguhan suami untuk berubah. Tak tinggal solat dan perlahan – lahan belajar mengaji dengan bantuan saya.

Walaupun bacaan saya pun tidaklah begitu baik, tapi syukur alhamdulillah, suami dapat belajar dengan baik. Bukan mudah suami nak berubah, dia bercerita, hasutan demi hasutan dia dapat untuk melemahkan diri dia.

Termasuklah nak mengawal barannya.

Memang ya, pernah suatu hari, saya tak menjangka, suami marah hanya disebabkan kucing kami beranak di bilik anak. Saya sendiri tak terjangka tahap kemarahannya masa tu luar jangkaan saya. Suami menghentak pintu bilik anak dan saya rasa bunyi hentakkan tu pun jiran belakang boleh dengar.

Masa tu juga lah api kemarahan saya naik sama. Suami yang tengah cedok lauk nak makan, saya terus kaluarkan ayat sentap pada dirinya “tak gunalah solat kalau tak reti nak doakan diri sendiri” Masa tu dengan selamba suami membaIas “m4mpus kau lah”.

Dengar ayat begitu, d4rah saya menjadi mendidih. Terus saya baIas, sepanjang bersusah payah hidup dengan awak, tak pernah saya doakan awak m4ti. Tapi awak boleh ya!” Terus saya jerit panggil anak lelaki saya suruh kemas segala buku sekolah dan pakain dia.

Nekad saya malam tu juga nak ambil bas balik ke kampung. Hati saya dah cukup sakit! Sedang saya mengemas pakaian saya suami masuk ke bilik, “selangkah awak keluar dari pintu rumah malam ni, gugur talak 3 pada awak!”

Ketika itu saya dah takde rasa apa, terus saya baIas, “kisah pulak aku! lagi bagus taIak 3.” Saya terus kemas kain baju, pack semua barang penting. Harta yang ada? ehh kisah plak saya? Lewat petang tu saya masuk bilik suami, saya cakap hantar saya pergi kuanter bas sekarang, saya nak beli tiket!

Terus saya keluar dari biliknya. Sampai ke malam saya habiskan masa dengan anak – anak. Sampailah saya tertidur. Masa tu la terasa suami belai kepala saya, dan saya terjaga. “Abang minta maaf, abang tak dapat kawal kemarahan abang. Abang tak tau kenapa jadi macam ni sekali kuat sangat hasutan yang abang terima.”

Saya terdiam seketika. Saya bangun dan pandang wajah suami. Saya minta suami ceritakan, apa yang tak kena pada dirinya. Suami bercerita selepas dia mula dekatkan diri fokus ibadah pada Allah, begitu kuat hasutan sy4itan yang dia terima, kadang – kadang buatkan perasaan dia kacau bilau, kadang – kadang dia sukar nak kawal perasaannya.

Saya memang ada perasan, ada sekali dua memang saya lihat sikap suami pelik sangat. Tapi saya tak bertanya. Barulah saya tahu, mungkin inilah tanda ujian buat seseorang fokus untuk bertaubat. Maka saya bertanya dengan suami, macam mana lafaz taIak yang dia berikan pada saya?

Suami tanya, saya ada keluar rumah tak tadi? Saya menggeleng, sebab saya memang berkurung dalam bilik saja dengan anak – anak. Suami cakap syukurlah saya tak melangkah kluar dari pintu rumah. Jika tidak kami kehilangan syurga kecil kami.

Sejak kejadian tu saya lihat, suami betul – betul fokus dengan amal ibadahnya. Pantang ada ruang, suami akan mengaji dan kami juga sama – sama qada solat 17 rakaat setiap awal pagi. Kehidupan kami mula ‘rata’ tiada sebarang masalah lagi.

Dan pada bulan puasa yang lepas, suami sanggup ambil cuti panjang semata nak habiskan pembacaan Al qurannya. Syukurlah, untuk pertama kali suami berjaya khatam Al quran ketika usianya 27 tahun. Saya? Apa lagi nikmat yang saya inginkan?

Apa lagi yang saya nak minta? Cukuplah Allah dah berikan kami kehidupan yang baru dan lebih baik yang saya sendiri tak jangka. Kesabaran saya melalui ujian – ujian yang getir selama ini, Allah dah berikan hikmahNya.

Perkahwinan dulu saya mmpunyai 2 orang ipar lelaki, ada emak dan bapa mertua, tapi mereka tak pernah nak menghargai saya. Malah saya dih1na dengan k3jam. Tapi kini Allah ganti dengan 2 ipar perempuan, mak mertua yang sangat baik hati dan sempurna buat saya. Allah itu Maha Penyayang..

Selepas d3rita, akhirnya kemanisan ini milik saya. Andai satu hari nanti saya bukanlah jodoh yang terbaik buat suami, saya sentiasa berdoa yang suami akn tetap dengan dirinya yang sekarang ni dan Allah kurniakan seseorang yang lebih baik dari saya.

Buat pembaca semua, maaf karangan saya terIampau panjang. Ambillah sikit sebanyak pengajaran dari kisah saya. Mana yang baik, jadikan petunjuk. yang kurang elok, jadikan ianya satu pelajaran.

Komen Warganet :

Amy Al Jannah : Saya baca dengan penghayatan. Masa lafaz cerai tu dah bdebar. Risau sis keluar juga. Apa jadi tapi perancangan Allah yang terbaik. Ada hikmah setiap yang berlaku. Semoga rumahtangga yang dibina diIimpahi keberkatan dan kasih sayang yang berpanjangan.

Mujimah Ibrahim : Saya cuba menghayati sampai menitis air mata. Sesungguhnya tak kira siapa Allah memang sangat sayangkan kita. Dalam apa pun masalah atau kegembiraan pada Allah la tempat pertama kita akan tuju. Semoga rumah tangga adik akan bahagia terus sampai syurga firdaus. Semoga awak akan masuk ke syurga melalui mana – mana pintu nanti. Aaminn..

Nor Amirah Samin : Allah sayang awak berdua, sebab tu bagi ujian macam ni. Terima kaseh cerita pengalaman awak. Saya pon selalu g4duh dengan suami. Usia perkahwinan baru 5 tahun, banyak lagi yang saya kena belajar.

Berkat SABAR awak. Awak dapat rasa kemanisan dalam berumah tangga tu. Cerita awak ni saya jadikan pengajaran. Supaya saya lebih sabar dalam hubungan saya. Moga dipermudahkan segala urusan awak dan keluarga dunia akhir4t ya.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.