Semua p4ksa dapatkan anak lelaki. Dia nak semua anak lelaki. Bila checkup saya tak bawa suami takut nak cek jantina

Awal – awal perkahwinan suami dah mendesak saya untuk mengandung dengan cepat. Bila dah mengandung, dia kata yang pertama nak anak lelaki. Saya dah mula risau sebab beIah dia, anak sulung adik beradik dia semua perempuan..

#Foto sekadar hiasan. Salam semua. Mulanya saya tak nak buat macam ni tapi rasanya dah terlalu lama dan terlalu berat, saya perlu luahkan kalau – kalau ada yang boleh share jalan penyelesaian. Saya berkahwin dengan seorang duda dan masa tu dia dan family dia kata ex-wife dia yang bermasalah.

Walaupun saya tau ex-wife dia lari dari rumah semasa mereka di uk selepas hanya 2 bulan bernikah, saya tak terfikir untuk siasat lebih lanjut. Memang itulah kesilapan terbesar saya. 3 tahun pertama kahwin, kami tinggal di rumah ibubapa dia.

Awal – awal perkahwinan dia dah mendesak saya untuk mengandung dengan cepat dan alhamdulillah 10 bulan selepas tu, saya mengandung anak pertama. Tapi kemudian dia kata yang pertama nak anak lelaki. Saya dah mula risau sebab beIah dia, anak sulung adik beradik dia semua perempuan.

Saya berdoa dan mintak sungguh – sungguh supaya dapat anak lelaki dan alhamdulillah Allah kabulkan. Saya ingatkan cukup sampai itu tapi rupanya bila mengandung anak kedua, dia kata nak anak lelaki juga yang kedua dan ketiga.

Saya jadi str3ss setiap kali check up, sanggup tak nak dia ikut sekali sebab takut tau jantina. Dan bila doktor sahkan anak perempuan, dah mula lain sikap dia. Dia tuduh saya sengaja dapatkan anak perempuan sebab nak s4kitkan hati dia.

Dari saat itulah, dia mula tolak – tolak belakang kepala saya bila dia marah. Caci m4ki tu dah biasa, b0doh, isteri tak guna, anak b4bi. Kemuncaknya bila dah pindah rumah sendiri, dah ada anak kedua, saya masih ingat, berlaku pertengk4ran hanya disebabkan dia kata saya tak beritahu dia dah masuk waktu isyak.

Masa saya sedang suapkan anak – anak saya makan, dia pun sedang makan, dan dia kata saya b0doh, jadi saya marah kenapa perlu cakap macam tu depan anak – anak? Dia datang sampai naik kaki dekat saya depan anak – anak hanya kerana saya menegur dia.

Malam itu juga masa dia tidur, saya keluar dari rumah dengan anak – anak saya dengan pertolongan adik beradik. Saya pergi buat laporan polis dan ke hospitaI. Kesilapan kedua saya bila pegawai polis tanya apa tindakan yang saya nak buat pada dia, saya enggan dia di penjara sebab saya memikirkan anak – anak yang masih kecil.

Kesilapan ketiga saya bila keluarga dia dan dia datang pujuk, saya kembali pada dia, sebab saya fikirkan anak – anak. Saya surirumah yang tak bekerja jadi saya takut apa jadi pada anak – anak saya nanti. Bila saya dah kembali pada dia, dia putuuskan hubungan saya dan keluarga.

Saya tak boleh jumpa mereka dan mereka tak dibenarkan datang jumpa saya. Kenduri adik saya pun dia tak bagi pergi. Sikap dia masih sama, masih suka menuduh saya tanpa usul periksa, bila marah dicaci m4ki, ditolak – tolak kepala.

Sampai satu tahap, dia pukuI dan m4ki saya perempuan paling b0doh, perempuan paling bin4tang pernah dia jumpa. Saat tu, saya tekad untuk keluar terus. Tiba – tiba saya dapat tau saya mengandung anak ketiga tapi saya tekad untuk bercerai.

Dia pernah berjanji akan ceraikan selepas saya bersalin, tapi tak juga. Dalam tempoh tu, saya menumpang rumah kakak abang, saya gadaikan rantai leher untuk tampung belanja nak bersalin. Dia mintak anak sulung saya sebab nak sekolahkan dan saya terp4ksa bagi.

Waktu tu, dengan mengandungnya, dengan anak kedua baru 3 tahun, berpisah pulak dengan anak sulung, saya jadi depresi. Hampir setiap malam saya menangis. Saya terp4ksa lepaskan dua orang anak saya pada dia sebab mereka perlu bersekolah.

Kes cerai saya berlanjutan sebab saya nak bersalin, dengan pkp lagi. Dan sekarang hampir 5 tahun berpisah, kes cerai belum selesai. Dia enggan lepaskan sendiri tapi selama ni dia tuduh saya sih1rkan dia sebab tu dia jadi baran, dia tuduh saya sih1rkn anak – anak, dan bermacam – macam lagi.

Sekarang dia failkan pulak kes nusyuz kononnya dia dah cuba nak berbaik tapi saya enggan. Saya takkan kembali pada dia. Selama ni tak pernah sekali pun dia mengaku salah atas perbuatan dia dan minta maaf pada saya. Dia hanya kata saya yang fitnah dia dan suruh saya kembali taat.

Bila saya jumpa profile ex wife dia, saya tanya hal sebenar, kenapa ayah dia boleh datang ke sana ambil dan bawak dia pulang. Rupanya dia pun hampir dipukuI oleh suami saya ni, tapi dia bijak sebab sebelum dia kena lebih teruk, dia dah mintak cerai dulu.

Saya je yang b0doh sebab masih mahu bertahan. Sekarang saya ada kes nusyuz, kes cerai dan dia mintak pulak anak ketiga yang hak jagaan memang pada saya. Selama 5 tahun berpisah ni, setiap bulan dia cuma bagi nafkah RM300 untuk saya dan anak ketiga sedangkan dia seorang pensyarah di UM.

Panjang lagi kisah saya, tapi cuma setakat ini jelah. Orang mungkin akan bertanya kenapa dia marah – marah, saya buat apa. Sama macam keluarga dia tiap kali saya mintak tolong nasihatkan anak mereka, mereka akan bertanya saya buat apa sampai dia marah.

Saya sendiri tak tau nak kata apa sebab selalunya puncanya ialah dia sendiri suka berprasangka pada saya. Saya k3jutkan dia bila dia berdengkur dia kata saya hembus – hembus sih1r pada dia, pokok dia tanam rosak dia kata saya sengaja rosakkan dan macam – macam lagi benda yang tak masuk akal.

Saya dah penat turun naik mahkamah. Banyak masa, duit habis. Setiap kali dapat mesej dari dia, saya jadi marah sangat dengan semua tuduhan dia. Saya cuma nak lepaskan diri dari dia, saya nak anak – anak saya semula tanpa gangguan dari dia.

Cukuplah, saya dah penat sangat… apa patut saya buat? Sekarang anak ketiga giliran cuti dengan dia, dia tak nak serahkan balik kepada saya. Saya penatttt.. – ANONYMOUS (Bukan nama sebenar)

Komen W4rganet :

Nurliana Abd Aziz : Kalau dia tuduh awak macam macam, cakap “ah pergi m4mpus la kau.” Kalau saya jadi awak, saya bawa anak – anak lari. Berhijrah ke negeri lain. Tempat lain yang dia tak dapat cari. Perempuan paling susah nak bercakap kotor.

M4ki hamun dengan perkataan kesat. Lelaki kalau dia nak m4ki hamun, dia m4ki je. B4bi la, siaI la. Sis, kalau dia m4ki awak, awak keluarkan perkataan kesat juga. Kalau dengan saya memang kena baling kerusi dah suami awak tu lepas tu saya akan start kereta / motor terus ber4mbus tak balik dah.

Ada yang suggest amik peguam. Awak balik semula kepada keluarga awak, they are your strongest supporter. Heal yourself too. Be firm,be strong. Ooo mentang – mentang dia lecturer, dia nak besar kepala la? Macam mental je pastu nak buat anak orang mentaI jugak.

Amna Aleya : Tt, yakin pada diri sendiri. Janganlah kerana tt berstatus suri rumah, tt rasa tak mampu jaga anak, rasa perlu berg4ntung pada suami. Allah ada dengan kita. Cari jalan untuk dapatkn hak penjagaan anak – anak.

Banyakkan membaca dan dapatkan pandangan orang yang pakar dalam hal ni. Kumpul bukti supaya tt tak disabitkn dengan nusyuz. Dia boleh buat tuduhan tapi tt kena Iawan balik. Jangan sesekali rasa kita lemah, nanti lagi dipijak – pijak.

Suami tt cuba untuk dapatkan semua anak – anak tt. Tt kena keluar bekerja, biar ada income sendiri. Apa – apa hal senang. Semoga urusan tt dipermudahkan dan dapat hak penjagaan anak – anak.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.