Abg ipar minta isteri aku buat loan 25k, janji nak bayar 500 setiap bulan. Bila isteri bagitahu mak mentua, dia menangis

Pelik abang ipar tiba – tiba hilang dah setahun tak balik kampung. Dia diam je dalam group whatsapp keluarga. Baru – baru ni dia mesej isteri aku minta buat pinjaman bank 25k dan janji nak bayar 500 setiap bulan..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum dan salam sejahtera warga FB sekalian. Terima kasih Admin kerana menyiarkan confession saya. Tulisan saya kali ini tidaklah menarik seperti yang lain. Saya menulis di sini untuk meminta pendapat pembaca sekalian memandangkan saya banyak jumpa solusi pada ruangan komen pada confession – confession sebelum ini.

Saya sudah berkahwin selama 3 tahun dan mempunyai 2 orang anak yang masih kecil. Saya kahwin ketika belajar di tahun akhir dan sekarang ni saya baru sahaja bekerja tidak sampai 2 tahun. Begitu juga isteri. Cuma bezanya isteri dapat rezeki kerja kerajaan.

Jadi kami berdua ini kiranya baru menapak membina karier masing – masing dan belum mempunyai simpanan yang mantap. Hidup kami serba cukup dengan komitmen yang tidak begitu tinggi. Gaji setiap bulan cukup menampung keluarga kecil kami di Ibukota ini. Kami masing – masing berjimat cermat.

Namun masalah timbul bila mana abang ipar saya, sejak setahun dua ini kerap meminjam duit daripada isteri saya. Abang ipar saya bekerja swasta dalam sektor pembinaan dan anggaran gaji 3k – 4k, mempunyai seorang anak dan isterinya tidak bekerja.

Bukanlah menjadi masalah kami untuk meminjamkan duit memandangkan saya faham beliau mungkin terkesan dengan PKP yang lalu. Masing – masing baru nak kukuhkan balik kewangan selepas PKP hari tu. Tapi jauh dari sudut hati saya agak pelik beliau masih belum “recover” dari masalah kewangan walaupun PKP sudah setahun berlalu dan beliau pun sudah menerima gaji semula.

Lagi menghairankan beliau sudah hampir setahun tidak pulang ke kampung dan senyap sahaja dalam Group Whatsapp Family. Sedangkan sebelum ini beliau tidak begitu. Rupa – rupanya beliau ada masaslah kewangan yang sangat teruk yang beliau sembunyikan daripada kami sekeluarga.

Beliau rupa – rupanya telah ditipu oleh rakannya untuk melabur dalam saham sebanyak 20k (menurut cerita dari isteri beliau kepada ibu mentua). Apa yang lebih mengharukan, beliau terlibat dengan pinjaman along sehingga gajinya setiap bulan habis membayar bunga along sahaja.

Patutlah selama ini tak pernah cukup walaupun gaji agak tinggi. Tambah p4rah apabila sewa rumah hampir 2 tahun tertunggak (mujurlan tuan rumah baik) dan kereta beliau pun hampir kena tarik. Lagi merisaukan saya isteri beliau pula sedang hamil hampir 5 bulan.

Baru – baru ini beliau ada mesej isteri untuk meminta satu pertolongan yang agak berat untuk saya dan isteri terima. Beliau meminta untuk isteri membuat pinjaman bank lebih kurang 25k untuk beliau selesaikan segala hutang khususnya hutang along yang ada baki kurang daripada 10k.

Beliau berjanji akan membayar setiap bulan sebanyak RM500. Saya pada awalnya memang memberitahu isteri jangan sesekali buat pinjaman untuk cover hutang orang lain memandangkan banyak cerita berkaitan menolong orang berhutang ini seperti melepaskan anjing tersepit, risau di masa akan datang dia akan menggigit kami semula.

Sebenarnya kalau ikutkan kemampuan kami mampu sahaja menolong namun kami risau benda ini akan menyusahkan kami di masa akan datang seperti susah nak buat pinjaman bank untuk keperluan kami di masa akan datang.

Contohnya untuk beli rumah atau kereta dan lain – lain. Maka kami minta pendapat ibu mentua. Apabila isteri bercerita kepada ibunya berkaitan ini, ibu mentua menangis sedih mengenangkan nasib anaknya yang seorang ini.

Ibu mentua saya jawab macam ni kepada isteri saya, “kalau akak mampu, akak tolong lah dia, kalau dia tak bayar mama akan bayarkan bulan – bulan yang dia tak bayar tu”. Untuk pengetahuan semua, ibu mentua saya ada bisnes sendiri tapi beliau tidak layak memohon pinjaman kerana komitmen dan umur.

Hati saya sekarang berbeIah bahagi. Sudut kanan hati saya ingin sahaja membantu kerana saya percaya ianya satu tuntutan dalam agama iaitu melepaskan orang yang dibelenggu hutang. Tambah lagi adik beradik sendiri.

Saya bukanlah kesian dengan beliau, tapi saya fikirkan isteri dan anak – anak beliau yang terkesan dengan tindakannya itu. Di sudut hati yang lain pula mengatakan jangan tolong takut ianya menyusahkan isteri saya dan akan mendatangkan masalah yang lebih besar pada masa akan datang. Jadi soalan saya,

1) PerIukah isteri saya teruskan dengan submit personal loan untuk membantu abang ipar saya?

2) Adakah ia memberi kesan kepada isteri untuk membuat loan lain selepas ini?

Minta jawapan dan pengalaman pembaca2 sekalian. Runsing saya duk fikir masalah ini seminggu dua ini. Di kesempatan ini, saya nasihatkan para pembaca untuk sentiasa berfikir panjang dan jangan libatkan diri dengan pinjaman along. Ianya bukan menyusahkan diri sendiri sahaja bahkan kesannya kepada orang sekeliling termasuk ahli keluarga. Terima kasih. – FREDINHO (Bukan nama sebenar)

Komen w4rganet :

Maizatul Lina : Fikir dalam – dalam sebab yang kita nak bantu is family sendiri. Jangan sebab kita dah tolong atau tak tolong akan menyebabkan bermasam muka dikemudian hari.

1. Elakkan loan jika rasa diri tak boleh nak tambah komitmen. Cari alternatif lain untuk bantu BIL.

2. Kalau betul nak tolong dan nak guna loan. Remember this. Even kita layak buat 30k loan sekalipun. Tapi anda rasa mampu ke nak bayar balik loan tersebut tanpa rasa terbeban jika BIL lepas tangan (worst case senario).

3. Jika rasa nak tolong. Hanya tolong part bayaran along sahaja atau kurang daripada tu pun tak apa mana – mana anda rasa tak terbeban.

4. Buat kira – kira berapa tahun anda boleh habis bayar loan tersebut. Amik yang paling singkat.

Saya faham sebab pernah ada dalam situasi anda. (Tapi bukan ahl0ng la) Saya ambil kira segala sudut kemungkinan. At the end. He is part of your family. Semoga urusan anda sekeluarga dipermudahkan. Aminn..

Nora Mohd Kama : Sejujurnya pada pendapat saya. Jangan buat loan untuk orang lain. Masa depan panjang. Anak – anak m4kin besar. Jangan mudah percayakan orang walaupon d4rah daging sendiri bab kewangan. Kita tak tahu hati orang.

Siti Asnor Faraien : Pada saya tolong apa yang mampu dan berpada – pada. Jangan buat loan terlalu banyak. Saya pernah baca kalau kita bagi pinjam duit sama juga artinya kita kena redha kalau tak dapat balik duit tu. Memang niat nak tolong orang lain dah bagus lagi – lagi family sendiri tapi jangan akhirnya kita yang susah. Moga bertemu jalan terbaik ye tt.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.