Suami bawa g4ngster datang rumah untuk haIau saya dan anak – anak

Satu hari suami bawa saya berjalan, tapi rupanya dia bawa masuk bank. Depan seorang pegawai dia p4ksa saya selesaikan baki hutangnya. Bila saya kata tak ada duit, saya ditengking. Kerana takut dan malu, saya terp4ksa keluarkan duit simpanan saya untuk selesaikan hutang dia dengan bank tersebut.

#Foto sekadar hiasan. Syabas itulah kata – kata yang dapat saya ucapkan kepada ibu – ibu muda yang berani dan tegas dalam menghadapi krisis rumah tangga.

Mereka berani bertindak pantas memperbaiki atau selesaikan masalah yang dihadapi, bukan seperti kami wanita gulongan 50-an yang berhempas pulas cuba pulihkan keluarga, tetapi terbukti akhirnya kami gagal juga, seperti saya dan ramai lagi wanita seangkatan saya.

Mungkin kerana kami takut kena cerai, tidak berpelajaran tinggi, tidak bercampur dan tidak ada pendedahan. Atau mungkin kerana sentiasa patuh dengan falsafah orang tua – tua, isteri mesti sabar, mesti dengar cakap suami, jangan bantah, jangan meIawan.

MaIangnya apabila usia hampir 50 tahun kami wanita yang sabar ini diceraikan juga.’ Demikian maIangnya nasib kami. Assalamualaikum buat semua pembaca. Saya perkenalkan diri sebagai Umu Salamah dan suami sebagai KM.

Inilah keadaan rumahtangga yang saya hadapi. Dari awal lagi saya perhatikan suami saya ketika itu KM memang seorang yang garang, selepas dapat anak pertama saya fikir tentu dia berubah.

MaIangnya bila dapat anak kedua dia jadi lebih garang. Saya jadi sem4kin takut, bukan takut kena marah atau dipukuI, tetapi bimbangkan per4ngai buruknya itu boleh memendekkan j0doh kami.

Saya bimbang jika terlalu marah dia mungkin boleh bertindak ceraikan saya. Maklumlah orang panas d4rah. Jadi demi anak – anak dan demi menjaga rumahtangga dan hati suami supaya tidak terIuka, saya minta izin KM pulang ke kampung.

Kebetulan, dia juga diperintah pindah dari rumah keIamin tempat kami tinggal ketika itu ke daerah lebih jauh lagi. Dia izinkan. Jadi cuma kurang lebih enam tahun sahaja kami duduk serumah bersama.

Ketika saya duduk kampung memang aman. Tak ada apa yang perlu saya bimbangkan dan suami lagi suka sebab kami tidak bebankan hidupnya dengan masalah anak – anak masuk tadika, dan sebagainya.

Bukan nak lari dari tanggungjawab, tetapi kata KM, dia mahu hidupnya lebih tenang. Dia tidak suka diganggu. OK. Jadi dua minggu atau sebulan sekali dia balik ke rumah ketika itu saya menumpang di rumah emak.

Walaupun duit yang diberi tidak cukup, tapi hati saya tenang dan saya bekerja keras dengan mengambil upah menjahit pakaian. Pendapatan tak tinggi, tetapi lebih daripada mencukupi untuk kami anak beranak.

Memang saya dapat potongan gaji setiap bulan, tetapi setiap kami balik kampung KM akan minta duit untuk makan minum dia dan duit minyak kereta. Saya terp4ksa beri walaupun kadang – kadang jumlahnya banyak.

Nak jadikan cerita dekat kampung saya ada pr0jek rumah murah kerajaan. Saya minta KM mohon tetapi tetapi dia tolak, katanya dia tak layak duduk rumah murah. Tetapi berapa lama saya mesti duduk menumpang di rumah emak.

Dalam diam saya mohon rumah tersebut saya gunakan nama KM. Saya bayar duit pendahuluan dan ansuran bulanannya. KM akhirnya tak marah sebab saya janji akan bayar sendiri.

Walaupun duduk bersedirian di rumah bujang yang disediakan tetapi KM tak pernah cukup duit. Per4ngai buruknya mula terb0ngkar bila surat amaran dihantar oleh Syarik4t KOOP yang meminta dia segera bayar hutang.

Saya dapat tahu sebab dia gunakan alamat rumah. Dan saya dijadikan penjaminnya. Bila KM balik, saya tanya dia pinjam duit untuk apa? MaIangnya saya kena tengking.

Katanya saya mesti bayar, dia tak ada duit, jika tak bayar dia akan dibuang kerja dan dia tanya apakah saya suka kalau dia kena buang kerja?

Kerana takut KM dibuang kerja, saya terp4ksa bayar, tak cukup duit pinjam pada ayah. Habis hutang syarik4t koperasi, melarat pulak kepada hutang bank. Bukan sekali tetapi bersilih ganti.

Dan lebih kejam saya tak boleh tanya apa dia buat dengan duit tersebut, sedangkan dia duduk sendirian di rumah bujang. Tak tanggung anak – anak. Setiap kali balik rumah KM minta paling kurang RM100.

Kalau 3 kali sebulan berapa? Tak masuk ansuran motornya yang dia suruh bayar. Walaupun beban sem4kin berat, tetapi semuanya terp4ksa saya telan demi anak – anak yang bertambah dua orang lagi.

Kalau anak – anak minta duit sekolah semua dia arahkan minta pada saya. Pada kawan dan saud4ra maranya dengan bangga dia beritahu dia beri duit belanja seribu sebulan pada saya.

Tetapi dia tak cerita pulak dia minta lebih daripada setengah untuk dirinya sendiri selain saya dip4ksa bayar hutang bank, motor dan koperasinya.

Kalau dikira semula duit yang diberi daripada potongan gajinya, semuanya dia ambil semula dengan cara saya dip4ksa bayar hutang – hutangnya.

Saya bersyukur dengan upah menjahit saya dapat menyara makan minum kami anak beranak selain bayar ansuran rumah, bil utility dan perbelanjaan persekolahan anak – anak. KM tak pernah ambil tahu tentang pelajaran anak – anak.

Alasannya tak sekolah tinggi pun boleh hidup. Lebih daripada 20 tahun lamanya saya bersabar dengan kerenah dan per4ngai KM yang suka berhutang yang saya tak tahu dia gunakan untuk apa.

Tetapi pada kawan – kawan dan saud4ra maranya dia canang ke hulu ke hilir dia terp4ksa meminjam bank untuk membiayai pelajaran anak – anak masuk universiti.

Sedangkan hakik4tnya dia bukan sahaja langsung tak beri duit pada anaknya, hinggakan nak hantar anak ke university di KL dia tak mahu, sebaliknya dia rela tidur di rumah.

Sayalah terp4ksa naik bas ke KL dan naik teksi untuk hantar Along. Satu sen pun KM tak beri untuk buat belanja. Alasannya kerana saya mahu sangat anak masuk univeristi maka sayalah kena tanggung semuanya.

Jangan minta duit dia. Demikian juga ketika anak kedua saya dapat tawaran yang sama, dia tak ambil peduli langsung. Nak jadikan cerita KM lebih hebat, ketika dia bersara setelah tamat tempoh perkhidmatan, dia dapat duit lebih dari RM100K.

Sebelum itu janjinya dia nak bayar hutang pada saya, sebab sebelum dapat duit bersara dia masih berhutang dengan bank yang dia mesti selesaikan dahulu.

Satu hari dia bawa saya berjalan, terasa pelik tetapi saya ikut juga, tapi dia bawa masuk bank. Depan seorang pegawai dia p4ksa saya selesaikan baki hutangnya. Bila saya kata tak ada duit, saya ditengk4ng.

Kerana takut dan malu, saya terp4ksa keluarkan duit simpanan saya untuk selesaikan hutang dia dengan bank tersebut. Sedihnya dalam masa 4 bulan duitnya lebih RM100K habis.

Ketika itu dia terp4ksa bekerja dengan syarik4t pengawal keselamatan. Sebenarnya tanpa saya sedar KM bercinta dengan isteri orang. Saya tak buat tuduhan, tetapi saya ada bukti skandaInya.

Kerana masih sayangkan suami, saya cari suami wanita tersebut dan beritahu aktiviti isterinya, tetapi sedihnya, lelaki itu bukan menafikan, sebaliknya merapik beritahu keluarga mereka dijaga nenek keb4yan.

Saya dapat rasakan suami wanita ini di bawah kawalan dia sudah jadi pak turut. Kedatangan saya dikesan oleh KM, ketika itu dia beri saya takIik jika saya jumpa wanita tersebut gugurlah taIak saya.

Saya mengadu kepada Pegawai Agama, sahlah memang KM hendak ceraikan saya. Dan tak lama kemudian saya diceraikan. Selepas bersara kisah percintaan KM dengan isteri orang hangat dibicarakan oleh kawan – kawannya.

Tetapi mereka tak beritahu saya, takut saya salah faham dan tak percaya. Tetapi bangkai gajah macam mana nak sorok, saud4ra saya sendiri terjumpa, baru pecah tembeIang. Selepas itu baru saya teliti telefon bimbitnya.

Memang jelas KM sedang bercinta. Bila saya tanya KM beri amaran jangan banyak soal, kalau nak cerai dia boleh bagi. Kata KM dia memang dah lama nak ceraikan saya, dia tuduh saya beIa hanti.

Dan saya boleh dipulihkan saya jika ikut dia pergi ke masjid jam 11 malam. Saya tanya pegawai masjid, katanya malam malam masjid tak buka.

Saya hairan mengapa setelah dia bersara dan kami dah 25 tahun berkahwin dia tuduh saya bela hantu. Sedangkan saya rasa dia yang sudah jadi b0doh, duit RM100K habis dalam masa 3 bulan.

Yang jelas kekasihnya isteri orang dapat kereta baru. Sebaliknya KM terp4ksa bekerja jadi pengawal keselamatan untuk hidup. Habis bab hutang bank, satu hari KM datang ke rumah saya bawa g4ngster dia haIau saya keluar rumah.

Dan minta serahkan kunci kereta. Katanya rumah dan kereta itu atas namanya jadi dia berhak. Kerana saya enggan berlakulah pertengk4ran, KM lepaskan penumbvk ke muka saya, berjaya saya elak.

Bila anak saya bertanya dan cuba halang KM pukuI saya, anak saya pulak jadi m4ngsa penumbvk, pen4mpar dan sep4k ter4jang ayahnya. Alasannya kerana meIawan dia.

Ketika itu tanpa saya sedari saya turut memukuI KM, tetapi g4ngsternya pula menc3kik leher anak saya. Saya terp4ksa bertindak selamatkan anak saya. Saya telefon polis dan kami di bawa ke balai buat laporan.

Ketika itu KM sudah buat laporan tuduh anak saya tumbvk dia. Bagaimana seorang ayah berbadan besar boleh dipukuI oleh anaknya beIasan tahun dan bertubuh kecil, sedangkan KM datang ke rumah dengan g4ngster p4ksa kami keluar dan serahkan kunci kereta pada mereka.

Memang rumah dan kereta itu nama KM, inilah kesilapan saya, kerana memikirkan saya tak bekerja, maka saya letakkan nama rumah dan kereta nama KM, sedangkan saya yang bayar setiap bulan hasil dari usaha saya mengambil upah menjahit pakaian.

Dulu janji KM dia nak sewa kedai sebeIah untuk saya buka kedai jahit, sebeIah lagi utuk dia buka kedai baiki kamputer, sekarang semua jadi abu, bila dia giIakan isteri orang yang ada power.

Saya tak sangka inilah baIasan daripada peng0rbanan saya selama ini. Saya fikirkan dia boleh berubah setelah tua dan bersara, tetapi sem4kin menjadi – jadi.

Sebab itu saya puji wanita muda sekarang berani bertindak awal setelah tahu suaminya buat hal, tidak menunggu lama macam saya. Jadi jika terbukti suami curang lebih baik bercerai.

Sebab jika tak bercerai semasa muda, setelah tua nanti kita akan diceraikan juga. Golongan wanita seperti saya sentiasa berharap dan berdoa suami akan berubah apabila tua nanti, tetapi dia tidak akan berubah sampai m4ti.

Dan suami yang susah tak patut di tolong, dia tak tahu berterima kasih dan bersyukur atas peng0rbanan isteri yang membantunya.