Waktu dulu ayah buang kami, sekarang saya pula halau ayah keluar dari rumah sebab dah tak tahan

Selepas bertahun berlalu, tiba – tiba ayah datang semula pada kami dengan membawa peny4kit HlV dan Tibi. Sebagai anak saya ambil ayah untuk jalankan tanggungjawab. Sehingga pada suatu hari polis datang serbu rumah saya, dan keika itu saya terk3jut dengan apa yang polis temui.

#Foto sekadar hiasan. Salam admin, minta tolong hidekan identiti saya ye. Sebelum ni banyak yang saya baca kisah tentang suami pen4gih dan masih bertanya pendapat sama ada mereka mahu teruskan atau tinggalkan sahaja hubungan tersebut.

Ada yang berkira – kira untuk tinggalkan hubungan t0ksik ini dengan alasan fikirkan anak – anak. Itu membuatkan saya nak kongsi perjalanan kisan hidup saya sebagai anak kepada seorang pen4gih dad4h yang tegar.

Zaman kanak – kanak kami tak sama macam kanak – kanak yang lain, kenangan manis hilang entah ke mana. Dia seorang ayah yang tak pernah layak digeIar bapa. S4kit pening, m4buk, kami anak – anak yang mernjadi m4ngsa.

Ibu pula bekerja siang malam. Namun pend3ritaan kami berlalu bila mana ibu dah berpisah dengan dia. Dipendekkan cerita, selepas bertahun berlalu dan kami adik beradik masing – masing dah ada kehidupan sendri.

Ibu pun dah bahagia dengan pilihan baru yang beriman serta baik akhlaknya. Tiba – tiba kami dik3jutkan dengan khabar ayah positif HlV positif pula. Ayah terp4ksa keluar masuk wad dan kami hanya mampu buat apa yang terdaya.

Walau bagaimanapun harapan kami adik beradik masih sama, mohon agar dia berubah setelah mendapat baIasan dari Tuhan. Saya bawak dia balik ke rumah dengan niat nak jaga sebagai seorang anak.

Sehinggalah pada satu hari polis serbu rumah saya. Rupa – rupanya selepas diselongkar, rumah saya penuh dengan d4dah, jarum sebagainya. Ketika itu hanya Tuhan je yang tahu, malu saya dengan jiran – jiran.

Sekali lagi hati kami h4ncur dengan per4ngai ayah yang masih lagi tak nak berubah. Selepas kejadian tersebut ibu pun dah tak izinkan saya jaga ayah. Tapi kisah ini belum berakhir lagi.

Ayah kerap ulang alik datang rumah saya untuk mintak duit. Tuan puan bayangkan hampir setiap hari dia datang minta duit, kalau saya tak layan dan tak buka pintu dia akan tidur depan pintu pagar rumah.

Oleh sebabkan dia s4kit dan ada Tibi juga, dia ugvt tak nak makan ubat selagi tak dapat duit. Untuk pengetahuan, anak saya baru berusia 1 tahun, sejujurnya saya risau kalau anak terkena jangkitan dari peny4kit ayah.

Itu yang buat saya dan suami tak tenang. Satu lagi, kalau kami adik beradik lepas tangan, nanti hadirlah abang dan kakak ayah, mereka Iabelkan kami sebagai anak derh4ka.

Tapi mereka lupa ke sebelum ini apa yang pernah berlaku, kami ibarat tak pernah wujud pun dalam keluarga mereka. Satu hari tu ada lagi berita yang meng3jutkan kami, kali ni kecoh pulak tentang kes curi.

Sampai dah ditangkap pun kemudian dilepaskan atas sebab kesihatan. Maka kesabaran saya memuncak. Saya haIau ayah hingga berlaku sedikit kekecohan sampai semua jiran boleh dengar.

Memang teruk jugak pertengk4ran masa tu. Saya dah tak kisah dah bila diIabel sebagai anak b4bi, anak tak guna dan sebagainya sebab saya lagi risau peny4kit ayah berjangkit pada anak sebenarnya.

Dan sejak dari hari itu sampai hari ni saya dah tak nampak ayah. Apa pun terjadi saya tetap mendoakan semoga Allah ampunkan d0sa kami semua dan juga ayah.

Untuk pengetahuan semua, salah sorang dari kami dah pun dijangkiti tibi dan sekarang masih dalam proses rawatan. Semoga baik – baik saja hendaknya.

Maaf andai perkongsian tentang kisah saya ini agak membosankan, namun saya harap dapat membuka ruang fikiran anda yang bercita – cita nak jadi pen4gih, ataupun para wanita yang masih bertahan menjadi isteri sang penagih.

Yang masih ada hati nak ambik risik0 jadi bakal isteri pen4gih walaupun dari awal sudah tahu apa yang bakal suami buat. Pend3ritaan yang kami lalui sangat panjang, sangat s4kit dan sangat membebankan.

Fikir dan fikir sedalamnya untuk buat suatu keputvsan yang mendatangkan d3rita berpanjangan macam ni. Terima kasih admin. Semoga kita semua diampunkan d0sa dan dapat berjumpa sama – sama di syurga Allah nanti ye.

Komen Warganet :

Rossmareitha Mohd Rosli : Semoga isteri – isteri bajet solehah yang sanggup bertahan demi anak – anak baca dan hadam kisah ini. Jangan pentingkan diri sendiri tapi guna alasan bertahan demi anak – anak.

Anak ni amanah Allah, kalau kau tak mampu nak jaga amanah Allah, kau nak harapkan siapa lagi. Kepada tt jangan peduli orang nak c0p awak anak derh4ka ke apa sebab orang hanya pandai bercakap.

Jadilah anak yang baik untuk ibu awak dan jadi ibu yang baik untuk anak – anak awak. Semoga kita semua diIindungi Allah, Aminn

Nur Hidayah Sabri : DiIema betul kisah awak ni, nak ditelan m4ti mak, nak diluah m4ti bapa. Hmm, nak haIau tu ayah kandung. Entahlah, cumanya saya harap bawalah dia pegi pusat serenti.

Makan minum cukup dalam tu. Nanti dalam tu dorang akan buat pemeriksaan kesihatan. Positif tibi, nanti dorang akan kuarantinkan pes4kit dan pes4kit kena pantau makan ubat. Usaha sis.

Teh Norma : Orang yang terdekat saja yang tahu betapa mend3ritanya kalau ada ahli keluarga yang terlibat dengan naj1s ni. Kalau dah terlibat dengan naj1s ni, banyak barang rumah dijual.

Motor ayah, harta adik beradik semua dijualnya. Walaupun dah dihantar ke puspen tapi tetap tidak berubah. Walaupun dah tak bagi balik rumah tapi tetap nak duit juga dengan alasan lapar tak makan lagi, nak bayar sewa bilik.

Nak tak nak, ahli keluarga terp4ksa bagi juga. Kata nak kerja lah tapi tak tau lah betul ke tidak. Keluar masuk penjara dah berapa kali pun tak serik – serik. Kalau saya fikirkan anak yang seorang ni memang selalu sedih dan kecewa.

Selalu menangis kenangkan per4ngainya. Semoga dibukakan hidayah hendaknya, jauhkan dia dari orang – orang yang merosakkannya. Dekatkan kepada orang – orang yang mampu menbimbing dia ke jalan yang benar, aminn.. Itu doaku setiap kali lepas solat.

Raziff Shaharudin : Saya rasa apa yang Puan buat dah cukup baik Cuba tengok balik ayat yang diajar oleh Nabi dalam mendoakan ibu bapa. Kasihi ibu bapa sebagaimana ibu bapa mengasihi kita sewaktu kita kecil dahulu.

Itu cara Nabi nak ajar kita untuk jadi ibu bapa yang terbaik, bukan ibu bapa yang ala kadar saja. Sebab kalau kasihkan anak pun ala kadar saja, maka anak pun boleh kasihkan ibu bapa ala kadar saja.

Oleh itu apa yang Puan buat dalam keadaan ayah macam tu, saya rasa dah cukup baik. Kalau orang lain mungkin dari awal tak nak terima kehadiran si ayah, tambah pula datang dengan membawa peny4kit yang bah4ya macam tu.

Sue Oya : Bagus sangat luahannya. Walaupun saya tak ada ahli keluarga pen4gih tapi dapat rasa pend3ritaan dia. Semoga mampu membuka mata bagi yang masih bertanya perlu buat apa? atau masih sayang atau juga tak nak berpisah kerana anak – anak, sedangkan anak – anak dah cukup mend3rita.