Suami pernah mengandungkan wanita tersebut dua kali, tapi sebenarnya sayalah seorang isteri yang berd0sa

Ketika wanita itu mengandung, dalam masa yang sama saya pun mengandung. Saya nekad bawa diri ke semenanjung dan disaat saya sedang bangkit dari kesedihan, rakan suami datang. Dia menuntut hutang 10K yang suami pinjam dari dia. Ketika itulah segalanya bermula, tolong bantu saya..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum admin. Pertama sekali saya hendak mengucapkan terima kasih sebab sudi siarkan kisah saya. Saya masih dalam dilema. Perkara ni berlalu pada tahun 2017 yang lalu.

Saya adalah seorang isteri yang berd0sa. Sampai sekarang saya masih tak boleh tidur malam asyik teringatkn kisah yang lalu apa yang saya buat terhadap suami saya.

Saya tahu ni semua d0sa dan saya bersump4h saya dah pun bertaubat tak buat lagi. Cerita dia macam ni. Sebelum tahun 2017, saya membawa hati yang Iuka dan dah nekad untuk tinggalkan suami saya.

Saya mengalah atas segala – galanya. Saya lemah, sedang suami saya h4nyut di buai cinta dengan wanita lain. Dari tahun 2011 sehingga tahun 2015, macam – macam yang berlaku, saya diludah, ditipu, nafkah diabaikan, dipukuI, ada suami pun macam tak ade, macam saya tak wujud.

Jadi saya dengan harapan, bila balik ke semenanjung membawa diri bersama anak – anak, saya dapat memulakan hidup baru. Apa yang buat saya sedih dan putvs asa dengan perkahwinan kami bila saya dapat tahu wanita yang suami saya cintai tu mengandung untuk kali kedua.

Dan dalam masa yang sama, saya juga mengandung anak suami. Suami langsung tak pedulikan saya, menyebabkan saya bawa diri. Dalam kedaan hati yang berkecai, saya buat tuntutan fasakh.

Suami saya tak nak lepaskan saya sebab masih sayangkan saya dan anak – anak katanya. Hati saya masa ni dah tak ade rasa perasaan sayang. Dia buat saya tak wujud, saya tak pernah dapat 1 kuntum bunga pun dari suami.

Tapi wanita tu dapat sejambak bunga hampir setiap bulan suami belikan. Dengan saya, suami tak pernah bagi duit untuk belanja tapi wanita tu semua dapat. Saya tahu saya tak secantik orang di sana.

Selepas 1 tahun berlalu tinggalkan suami, akhirnya suami saya pindah ke semenanjung untuk pujuk kami anak beranak untuk bersama semula. Saya punya hati perasaan terhadap suami dah kosong jauh dah pergi hati saya.

Suami saya balik sini pun sebab diarahkan pindah. Kira macam mem4ksa dia untuk berpisah dengan kekasih hati dia. Ketika dia balik ke semenanjung, hanya jasadnya yang ada tapi hati tertinggal di sana.

Saya sendiri baca wassap mereka saling sayang menyayang, rindu. Masa ni saya dah tak kisah tu semua. Kami tinggal 1 rumah hanya untuk menjaga tanggungjawab sebagai ibu dan ayah sahaja.

Saya dah pun mengalah, nak undur diri, tapi saya masih tak faham kenapa suami tak nak lepaskan saya. Saya dah bekerja dapat jawatan, gaji, keselesaan yang tak disangka.

Masa saya bangkit datang seorang lelaki tuntut hutang suami 10k. Banyak perkara yang dia ceritakan hal suami tipu duit dia, memang benar suami ada pinjam duit dia tapi sedangkan masa tu suami banyak habiskan duit terhadap pompuan tu.

Dan saya sendiri tak menyangka dia juga tahu suami saya curang dan pernah tengok muka saya masa saya tinggal di sana. Lelaki tersebut cuba mengg0da saya dan mengambil berat tentang saya dan anak – anak, dia rajin video call dengan anak.

Dia minta saya jangan tinggal solat dalam masa yang sama dia banyak kali pujuk, suruh saya minta suami saya lepaskan, kononnya dia ingin bertanggungjawab ke atas saya.

Dan sehinggakan saya terIanjur dengan kawan suami saya itu. Berd0sanya saya sehingga hari ni. Macam mana saya nak jujur luahkan pada suami yang saya juga terIanjur dengan kawan dia.

Saya akan terima andai suami lepaskan saya. Dalam masa 1 tahun suami saya dah berubah. Solat tak tinggal dan telah melupakan wanita di sana sebab perempuan tu telah pun berkahwin dengan lelaki lain.

Hubungan saya dengan kawan suami saya pula, kami sama – sama bawa diri. Saya diamkan diri, saya minta dia bagi masa untuk suami saya lepaskn saya.

Saya tahu juga kawan suami saya ada kawan dengan prempuan lain dan dia pun diamkan diri sehingga sekarang cuma berhubung dengan suami untuk tuntut hutang.

Tak pernah dah kami berhubung meskipun saya tahu dia dah pindah ke sini. Saya hanya mampu berdoa untuk dia supaya dia tunggu saya andai ada j0doh. Dan saya juga berdoa supaya Allah ampunkan d0sa – d0sa saya.

Hubungan saya dan suami sehingga hari ni tak seindah dulu tiada lagi kasih sayang. Seperti saya katakan, dia dah buka hati dia untuk saya. Saya dah move on lupakan kawan suami, saya tahu berd0sa, cuma hati saya tak sama macam dulu yang dambakan seorang suami cintakan saya.

Macam mana saya nak bagi tahu suami yang saya dulu pernah terIanjur dengan orang lain. Saya takut m4ti nanti amalan baik yang saya buat, taubat tak diterima sebab rahsiakan perkara macam ni pada suami.

Saya nak jadi isteri yang taat nak masuk syurga tapi hati saya masih tak tenteram.

Komen Warganet :

Shafiza Md Rodzi : Puan perlu berterus terang dengan suami puan. Puan terIanjur ketika masih sah isteri orang. Berd0sa besar puan, puan tak akan rasa tenang selagi puan tak terus terang dengan suami puan.

Perkara macam ni tak boleh dirahsiakan puan. Ia bukan terjadi sebelum puan berkahwin. Sebaiknya puan berterus terang dengan suami, apa pun tindakan suami puan, puan terimalah dengan berlapang d4da.

Ahmad Saidi Zaidi : Wow! Laki bini bermasaalah ni. Sama – sama dapat rasa barang h4ram ni, sedangkan yang halal tunggang Ianggang. Sama – sama laki bini tak ade rasa tanggungjawab pada rumahtangga macam ni.

Saya tak tau mana satu yang hendak diberi pendapat kalau dah macam ni. Dua – dua pun sama naik.

Maw Manisa : Untuk menjaga hubungan suami isteri, tak perlu bagitahu, takut memud4ratkan hubungan, ia adalah a1b yang Allah pegang dan simpan rapat – rapat untuk kau.

Tapi sekarang kau sendiri yang membuka a1b kau di media sosiaI pulak tu. Tentang d0sa pahala, itu kerja tuhan bukan manusia, kalau kau nak bertaubat perIukan keikhlasan.

Bersujudlah mohon keampunan di setiap sujud mu.  Sama ada diterima atau tidak, kau berserah padaNya, semoga diperkenan. Aamiin

شڤيق ايوني : Baik ko jujur je, mesti nanti senang je dia lepaskan ko. Bukan ke itu yang kau nak. Sebelum ni dia tak nak dan tak mampu lepaskan ko kan. Ni satu sebab kukuh dia patut lepaskan ko. Janganlah berahsia.

Dia terima atau tak terima, ko kena bersedia je. Ni bukan masa silam ko, perkara ni terjadi masa ko dengan dia suami isteri.

Masa silam tu antara ko dengan Allah tapi masa ko dengan dia, ko janganlah b0doh – b0dohkan laki ko tu. Ikut kan hati nak m4ki je tapi berd0sa.