Suami nak kahwin lagi dgn janda anak 1, bila aku ‘uji’ wanita tu terus suami xjadi kahwin

Waktu saya mengandung anak kedua suami cakap dia nak kahwin denga janda anak 1. Dalam senyap – senyap suami belikan cincin untuk dia dan suami cakap nak gunakan duit loan buat rumah untuk majlis kahwin. Saya buat keputvsan nak uji janda tersebut, sekali suami terus tak jadi kahwin..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. Pertamanya, saya nak ucap terima kasih kepada yang sudi siarkan coretan ini dan yang sudi membacanya. Saya kongsikan kisah ni untuk masyarakat tahu kebenaran di sebalik sebuah proses ke arah poIigami.

Ini bukan nak cerita suami kahwin dua tak adil pastu ceraikan isteri, atau kisah – kisah yang biasa kita dengar tentang pasangan yang dah berpoIigami. Tapi ini tentang PROSES ke arah itu dan perkara – perkara yang berlaku di antara proses – proses tersebut.

Suami saya, seorang yang cukup bertanggungjawab menjaga keluarga kami dengan penuh kasih sayang; adalah seorang manusia biasa. Ada masa dia diuji dengan itu ini oleh Tuhan. Ditakdirkan Tuhan, ketika saya sedang mengandung anak kedua kami, suami saya beritahu niatnya untuk berkahwin lagi satu.

Orangnya adalah janda anak satu, yang pernah rapat dengannya sebelum kami bertemu. Menurut suami saya, mulanya subur semula perasaan itu apabila mendapat tahu wanita itu bercerai dengan suaminya. Selaku isteri yang juga manusia biasa, respon saya adalah tertanya – tanya ‘Whyyyyyy? What did I do wrong? Tell me!’.

Saya taklah jerit depan muka suami saya, walaupun ternyata masa tu horm0nal betul sebab mengandung (eh salahkan h0rmon). Saya tanya dengan nada sebak, sebab ye lah, mana tak sedih kan? Takkan nak sengih – sengih sambil tanya kan.

Saya jenis yang sayang sangat dengan suami dan kalau marah dengan dia pun, tak boleh nak lama – lama. Jadi, sepanjang kami dalam belenggu nak cari penyelesaian baik ke arah poIigami ni, banyak kali la saya tanya suami saya apa yang kurang pada saya.

Biasa la isteri mesti nak tahu kan apa yang kurang, supaya dia boleh improve. Dan setiap kali ditanya, suami saya tak pernah senaraikan apa yang kurang pada saya. Dia sentiasa yakinkan saya bahawa serba serbi baik dan cukup pada mata dia.

Cuma, hati dia yang tamak. Suami saya cakap, saya sebagai isteri boleh bagi sepenuh hati saya pada dia. Tapi dia sebagai suami, tak mampu nak bagi sepenuh hati dia pada saya. Isteri mana tak sedih kan? Tapi begitulah hakik4tnya yang perlu saya hadapi selama berbulan – bulan.

Sayang dia pada saya tak pernah kurang. Semua keperluan cukup, tanggungjawab ditunaikan, tiada satu pun yang kurang. Cuma hatinya separuh ada pada orang lain. Saya pernah rasa em0sional sangat sampai saya kata suami saya ni kena mandrem agaknya!

Saya siap cari contact number mana – mana ustaz yang boleh buat rawatan Islam, nak bawa suami saya untuk berubat. Dia hanya tersengih dan kata tidak, bukan kena mandrem. Saya ada baca e-book tentang poIigami, cuba memahamkan sebaiknya dan berfikir dengan neraca rasional.

Masa tu hati saya terbuka untuk menerima poIigami. Ya, menerima POLlGAMI, belum calonnya lagi sebab saya tak kenal orangnya. Jadi, suami saya cadangkan kami (saya dan perempuan yang diminatinya) berkomunikasi. Maka komunikasi pun berlaku di alam maya kerana jarak yang tidak mengizinkan untuk berjumpa.

Maka kami semua bersetuju saya menjadi perantara dalam perbincangan ke arah berkenalan dan usaha untuk poIigami. Awal perbualan, semuanya nampak ok. Sampailah suatu hari, dia (wanita itu) minta pada saya untuk berhubung dengan suami saya melalui email.

Maksudnya, dia nak pr1vately, tanpa saya sebagai perantara. Saya bincang dengan suami, dan akhirnya ok, fine silakan. Tapi biasa la kan, manusia ni bila bagi betis, dia nak peha. Bukan main banyak email, kemudian saya jumpa pula ada bukti pernah call selama berbeIas – beIas minit.

Eh.. korang borak apa lama macam tu? Siap baca bedtime story ke? Don’t get me wrong. Masa ni saya memang kecewa dan marah dengan sikap suami saya. Tapi orang tengah dilamun cinta macam tu la kan? Ada masa dia def3nsive, semua yang saya cakap, semuanya salah.

Tarik nafas dalam – dalam, hembus. Hadapi dengan sabar. Kenapalah wanita tu tak call je saya kalau nak cakap apa – apa? Kan lebih beradab dan menjaga hati kalau buat macam tu? Saya sebagai isteri yang normal, tak tahan la dengan episod contact mengcontact yang tak perlu ni kan.

Jadi saya hantar mesej kepada wanita itu. Saya TEGUR dengan baik tentang ikhtilat (hubungan lelaki perempuan yang bukan m4hram), apa keperluan nak contact macam tu, kalau nak bersuamikan suami saya, ambillah jalan yang elok.

Kalau taknak saya jadi orang tengah, kawal lah perasaan yang bergelora tu. Takkan tak hormat isteri yang sedia ada ni kan? Kau rasa kau akan jadi isteri kedua yang macam mana nanti kalau sebelum kahwin pun per4ngai dah macam tu?

Dan seperti yang saya jangka, wanita tu block saya. Oh fine. Dalam pada tu, suami saya senyap – senyap belikan cincin untuk wanita tu. Duit bank yang dia pinjam untuk pelaburan, dia bagitahu saya dia nak ambil separuh untuk tampung kos kahwin lagi satu.

Asalnya, kami rancang hasil pelaburan tu nanti kami nak beli rumah pertama. Tahu tak betapa r3muk hati isteri bila suami tukar plan dan nak guna duit tu untuk kahwin lagi satu? S4kitnya hati saya bila saya pernah ajak suami saya balik kampung dia sendiri, dia kata duit tak cukup.

Masa tu saya pelik kenapa duit bulanan dia tak cukup pulak. Biasanya ada je lebih. Bila k0rek punya k0rek rahsia, rupanya dia spend duit beli cincin untuk wanita tu. Fine. Masa dah sarat mengandung, saya dapat offer kerja dengan gaji 3 kali ganda daripada yang saya dapat masa tu.

Saya terima offer tu dengan niat saya nak bantu suami saya dari segi kewangan. Saya tak mampu nak Iawan atau hentikan niat dia nak kahwin lagi satu. Saya nak suami saya bahagia. Jadi saya terima tawaran kerja tu walaupun saya terp4ksa berulang alik 175km setiap hari untuk pergi dan balik kerja.

Tapi dalam hati tetap sedih. Sedih memikirkan nanti suami nak kahwin dengan wanita yang mengenepikan isteri pertama ni. Bagi saya, tak hormat orang langsung. Pentingkan perasaan sendiri. Padahal sendiri pernah jadi isteri.

Berbaloi ke saya buat semua ni untuk kebahagiaan mereka, atau perlu ke buat sesuatu. Semua tu bermain – main dalam fikiran. Saya pernah ajak suami saya jumpa kaunselor, sebab masa tu saya rasa tak ada sp4rk of happiness dalam rumah tangga kami.

Setiap kali balik kerja, jumpa suami isteri, mesti ada ri4k sedih pada wajah masing – masing. Dan benda paling saya sedih bila setiap kali suami saya cakap “Sori abang tak boleh bagi sepenuh hati abang pada awak,”. Sedih wei. R3muk hati berapa ribu kali.

Pernah juga saya kecewa dan saya kata “Tak payah la cakap sori lagi dah,”. Satu perkara tentang wanita tu, dia ni jenis yang luah perasaan kat media sosiaI dia yang boleh dibaca oleh public. Boleh agak la kan jenis yang ada masalah itu ini, tulis kat media sosiaI.

Kemuncaknya berlaku bila dia buat luahan perasaan secara besar – besaran kat media sosiaI dia. Of course la dia tak tulis nama orang yang dia minat tu, tapi bila dibaca, petik jari dah tahu dia maksudkan suami saya. Sebagai isteri, saya baca luahan perasaan dia tu dengan rasa l0ya dan disudahi dengan rasa nak meIetup.

KURANG AJAR! Itulah dalam fikiran saya masa tu. ‘Aku takkan pernah suka kau apatah lagi redha untuk kau jadi isteri kedua suami aku!’. Betapa beng4ngnya saya masa baca tu. Dan yang teruknya, dia post luahan dia tu beberapa hari je selepas saya bersalin anak kedua.

Mujur tak mer0yan. Mujur. Mujurrrr saya tak berubah jadi super-saiya. Atau dari charmander ev0lve jadi charizard terus. Setiap hembusan nafas adalah api. Dua bulan selepas dia buat luahan perasaan tu, saya tanya suami saya. Apa agaknya tujuan dia buat macam tu?

Saya jujur katakan kepada suami saya, tindakan dia sangat kurang ajar dan pentingkan diri sendiri. Suami saya beri cadangan saya tanya sendiri kepada dia, supaya boleh elak kita berprasangka, supaya boleh wujudkan ruang perbincangan dan boleh hasilkan komunikasi yang baik.

Maka saya pun merangka ayat bersama suami saya dan saya pun hantar mesej kepada wanita tu. Suami saya kata, kalau dia tak baIas, bermakna perkara ni akan tamat. Bermaksud, segala usaha ke arah poIigami itu akan dihentikan atas sebab pihak lagi satu tidak sudi untuk berbincang.

Tak perlu memperisterikan orang yang tak mahu berkomunikasi, kata suami saya. Lagipun, suami saya pernah beritahu wanita itu, dia tak akan memperisterikan wanita itu selagi saya tidak bersetuju. Tahu apa berlaku? Dia block saya lepas mesej tu selamat dihantar.

Nah…itu jawapannya! Saya bagitahu suami saya apa yang berlaku. Dan suami saya kata baiklah, perkara ini tamat. Keesokan harinya, suami saya hantar mesej kepada wanita itu menyatakan tujuan saya menghantar mesej itu, dan apa yang kami nak lihat adalah bagaimana respon dia.

Apa tujuan sebenar dia, itu nombor dua. Yang penting nak tengok respon. Tahu apa respon dia? Dia beng4ng saya hantar mesej panjang lebar macam bersyarah (Ya Rabbi, bersyukurlah saya tak m4ki hamun dia sejak hari pertama lagi. Saya cakap baik – baik, tegur dengan baik…).

Kemudian dia sent4p saya guna perkataan ‘suami saya’ untuk merujuk suami saya dalam mesej tu. Eh…memang suami saya pun kan? Takkan nak guna perkataan ‘kekasih awak’ pulak. Sis tapahammmm mentaliti dia hahaha. Lepas tu dia kata dia tergur1s hati dengan mesej saya yang tegur pasal dia call suami saya tu.

Hello…tak ada satu pun perkataan kasar menc4rut dalam mesej tu dan sepatutnya dia minta maaf atau berterima kasih sebab tegur perbuatan tu. Yang paling buat saya bertanduk, dia kata suami saya tak ada pendirian teguh. Mudah termakan persepsi orang yang disayangi.

Cara dia cakap macam suami saya tak ada usaha pun untuk memperisterikan dia. Woi…kau tak tahu apa yang kami lalui sepanjang beberapa bulan sejak kau bercerai dengan suami kau. Kau tak tahu kami berg4duh siang malam, pening kepala fikir macam mana nak tambah kewangan keluarga supaya dapat capai MAMPU untuk berpoIigami.

Kau tak sedar yang sebenarnya kau sendiri yang tak ada usaha, hanya menunggu dan mendapat perhatian. Kau patut hargai dia yang sanggup ambil kau sebagai isteri. Tak payah nak cakap sanggup jadi isteri kedua kalau tak faham konsep rumah tangga.

Rumah tangga perlu empati, kasih sayang, saling memberi dan berk0rban. Rumah tangga bukan one-sided relationship. Kau sepatutnya muhasabah apa yang berlaku pada rumah tangga kau sebelum ni. Dan paling penting, kau patut sedar, kau adalah orang ketiga dalam rumah tangga orang lain.

Sepatutnya kau usaha untuk bina hubungan yang baik dengan isteri yang sedia ada. Kalau kau betul serius lah. Ni kau act like bajet suci, kau tak ada salah langsung. Sila meningg4I. Tuan – tuan dan puan – puan, Ramai orang membenci poIigami tanpa sebab.

Tanpa memahami dahulu apa itu poIigami. Hanya kerana ia suatu topik yang agak ‘tab00’, maka ramai yang menolaknya terus. Ramai orang tak percaya ada isteri pertama yang redha suaminya nak berkahwin lagi satu tapi bersyarat.

Bersyarat tu termasuklah mampu, adil, dilaksanakan dengan cara baik dan sebagainya. Ramai orang hent4m isteri kedua semuanya sebagai per4mpas. Memang per4mpas kalau bercinta dengan suami orang secara senyap – senyap, lepas tu kurang adab dengan isteri pertama, tambahan lagi acah suci.

Padahal wujud ramai perempuan baik yang faham situasi dan boleh menjadi isteri kedua dengan baik dan berbudi pekerti. Perempuan sebagai isteri, dia perlu difahamkan dahulu apa itu poIigami. Suami jangan terus terburu – buru bagitau ‘Abang nak kawin lagi satu!’.

Confirmlah isteri membantah sebab dia tak ada kefahaman tentang poIigami dan suami tak bagi pencerahan, apa usaha yang telah dan sedang dilakukan. Biasanya susah lelaki nak terima janda ada anak untuk jadi isteri kedua. Yelah, dengan keluarga yang sedia ada lagi untuk ditunaikan tanggungjawab, apatah lagi bila ambil perempuan berstatus janda yang ada anak sebagai isteri.

Banyak usaha dan komitmen yang diperIukan supaya boleh berlaku adil kepada kedua – dua isteri dan anak – anak. Sebagai bekas isteri orang lain, amatlah perlu untuk seorang perempuan faham situasi dirinya dan tak meletakkan dirinya paling utama dalam proses mencapai poIigami yang baik.

Kerana masing – masing ada usaha dan peng0rbanan. Bukan menunggu dan menerima tanpa berbuat apa – apa. Jadi pengajarannya, tolonglah horm4ti institusi rumah tangga. Jangan anggap benda ni remeh dan sekali ada tekanan, terus nak meIetup dan respon macam giIa.

Kalau jenis pentingkan diri, harap orang lain je yang memberi, eloklah tak payah kahwin. Nanti menyusahkan suami dan anak – anak. Akhir sekali.. sabar itu tiada batasan. – Nora

Komen Warganet :

Azira Hanani Ab Rahman : Tabahnya puan. Semoga Allah baIas dengan ganjaran pahala atas usaha puan mempert4hankan rumahtangga dan mengendalikan masaah dengan baik. Insyaallah, kelak suami puan akan lebih memahami erti poIigami dan menyedari yang mana intan yang mana kaca.

Khadijah Rashidah : Seriusla ada isteri yang mengalah begini untuk suami? Mungkin betul ni cara dia nak menyenangkan hati suami dia. Untuk meraih syurga tertinggi. Tapi kene tengokla jugak suami tu macam mana.

Kalau betul – betul mampu takpela jugak. satu lagi saya punya mindset. Manusia ni biasanya kalau kita dah manjakan sangat dia akan lupa diri.

Shikin Ilyas : Patutnya confessor jawab la. Maaf saya juga dah tak mampu nak bagi 100% kasih sayang dan kepercayaan pada awk lagi lepas.. Saya kena simpan sikit untuk saya sendiri in case hati saya diIukai lagi.

Paling penting saya pun tak mampu nak galas tanggungjawab awk dalam nafkah keluarga hatta 1% pun. Duit gaji saya hak saya. Gaji awak ada hak keluarga yang perlu ditunaikan. Sebab bila saya banyak tolong, buat awak rasa mampu kahwin lebih padahal tak pun.

Ell Suhaiella : Cubalah puan confessor baIas semula saya tak boleh bagi sepenuh hati pada awak juga. Gaji puan dah up, apa risau lagi? Tinggalkan dia, apa guna hubungan satu arah macam tu. Beli rumah sendiri duduk dengan anak – anak.

Puan yakin lepas ini janda itu takkan pujuk rayu suami puan lagi? Sayangkan suami perpada – pada. Apapun, semoga suami puan muhasabah diri dan menghargai puan sebaiknya.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Apa kata anda?