Suami janji nak keluar dengan aku, tiba-tiba mak mertua sibuk nak ikut. Dia yang berkepit dengan suami aku, aku tolak troli sorang-sorang

Kisah ini dikirim oleh pembaca dan diedit oleh Editor kami. Nama dan lokasi dirahsiakan atas permintaan pengirim.

Mertua aku semacam ada d3ndam. Masa hari perkahwinan, tak senyum, tak apa… hanya sekadar datang ke majlis. Dengan mulut agak celupar, contoh dia ada datang ke rumah kami dan complain kenapa aku beli jar kaca utk isi bahan – bahan rempah…

#Foto sekadar hiasan / AI. Assalamualaikum guys. Aku baru berkahwin bulan November yang lepas. Aku dan suami aku berasal dari kampung yang sama. Kami berkenalan sewaktu bekerja part time semasa cuti SPM di sebuah kedai makan. Kami masing – masing telah sambung belajar, tamat degree dan telah mendapat pekerjaan yang tetap. Alhamdulillah.

Namun apa yang aku nak ceritakan bukanlah masalah dari kami berdua. Tapi tingkah laku dari family mertua dan terutama sekali dari ibu mertua. Ceritanya begini. Suami aku ini anak bongsu dari keluarganya, gap antara dia dan adik beradik yang paling dekat dengan dia adalah 15 tahun. Makanya semua dan beranak pinak tapi dia sorang je single.

Masa kami buat keputusan nak kahwin, suami baru sahaja kerja. Tapi ni tak jadi masalah sebab suami kerja bagus dan dapat saving kahwin sangat cepat. Masa itu saya masih lagi sedang practical (tapi dah grad) kiranya saya ni secured sangat lah.

Dipendekkan cerita yang panjang.. semasa kami nak kahwin, ibu mertua membantah keras niat kami dengan alasan anaknya baru setahun kerja. Bagi kami, kami ingin hubungan yang halal lebih – lebih lagi kami bekerja di tempat yang dekat dan rumah sewa kami jarak yang dekat.

Kami ada plan bila kahwin tinggal bersama dan bina kehidupan yang bahagia.. semua dah sempurna di situ. Tapi ibu mertua membantah keras, masa tu tak tahu lah kenapa. Tapi mungkin sebab dia taknak lepaskan the only anak bongsunya.

Bayangkan lah anak bongsunya saja yang mengikut nak pergi sana nak pergi sini, balik kl hari lah macam – macam lah. Tapi fast forw4rd dengan pelbagai drama air mata, penat lelah. Alhamdulillah kami telah selamat diijab kabulkan. Tapi aku tahu je yang my life will not be the same… mertua semacam ada d3dam.

Masa hari perkahwinan, tak senyum, tak apa.. hanya sekadar datang ke majlis. Baru – baru ini, kakak aku bertunang. Bakal ibu mertuanya peIuk siap cakap terima kasih kerana menerima anaknya. Aku rasa terkilan di hati di mana, aku ini kesayangan keluarga aku, kesayangan rakan – rakan aku sebab boleh dikira aku ni sangat lemah lembut dan sering menolong orang.

Tapi aku diduga dengan mak mertua ‘cold shoulder’ dan mulut agat celupar seperti contoh dia ada datang ke rumah kami dan complain kenapa aku beli jar kaca untuk isi bahan – bahan rempah. Dia duk berleter setengah jam sepatutnya beli yang bekas – bekas siap boleh pusing tu.

Aku tak cakap apa – apa sebab pada mata aku itu yang cantik dan aesthetic untuk rumah aku. Tapi dia keep on berleter. Dan selepas – selepas dari tu pun banyak juga terasa dengan mak mertua nak tulis memang tak habis lah. Just point nak meluah.. boleh ke akak – akak yang pernah ada pengalaman macam ni nasihatkan aku bagaimana nak elak hati kita yang fragile ni untuk kuat dan cara – cara nak ambil hati tapi tak nak terlampau try hard sangat. Just be a ‘nice’ menantu.

Taknak dapat trophy menantu pilihan / kesayangan pun just nak yang husband and family bila nampak approved je kita. Tolong nasihatkan aku cara – cara itu aku beriteraksi dengan mak mertua yang jenis cold shoulder macam ni? Sebab bila belakang kita dia akan cakap macam – macam dekat adik beradik husband yang lain.

Aku tahu ni pun sebab dengar dia mengata menantu dia yang lain (kalau dia senang mengata menantu, maknnya possibility nak mengata aku pun senang lah kan). Senang kata semua menantu dia salah lah.. anak dia je betul. Terima kasih guys, sorry kalau macam tak cantik sangat susunan ayat… – Haya (Bukan nama sebenar)

Sambungan.. Salam semua, dulu aku dah pernah post masa awal – awal kahwin dulu. Dan terima kasih banyak – banyak pada feedback dan nasihat orang ramai. Aku amatlah hargai. Kini aku kembali lagi, bukan hanya ingin meminta nasihat, tapi sebenarnya aku pun nak nasihat juga. Nasihat aku ni lebih pada untuk diri aku akan datang.

Entah lah nak diceritakan pun banyak. Baru – baru ni, aku terdengar perbualan mak mertua aku dengan suami aku. Mak mertua aku macam meluah yang abang ipar aku tu tak tolong tukarkan mentol lampu dekat luar rumah (bukan lampu utama) dan dia cakap asyik nak balik cepat – cepat je.

Dia tambah lagi dengan kata ‘taktau lah kenapa orang yang dah berumahtangga ni, tergesa – gesa nak balik, sibuk apa entahnya’. Bila aku dengar tu entah lah, semarak api rasa dalam hati. Tak lama kemudian dorang borak – borak ada lah cakap pasal biras aku pulak beli barang dekat pasar, suami aku tanyalah.

Dorang tak ajak ke beli (sebab barang dapur rumah mak mertua aku ni selalu habis, and anak – anak dia semua duduk jauh kerja jauh, sorang je anak dia yang duduk dekat dalam 15 minit dari rumah), lepas tu mak mertua aku cakap, ‘takkan la mama nak menyemak’.

Bila aku dengar ni terus aku rasa down. Mak mertua aku akan complain, meluah apa bagai nak menagih kasihan dari suami aku supaya selalu balik rumah dia, tolong ini tolong itu. Aku taktau lah aku yang problem ke atau dia yang problem. Tapi aku rasa annoyed giIa dengan cara dia.

Masa turn dekat rumah aku (rumah mak aku dengan mertua dekat) dia akan call seawal 7 pagi suami aku and kata suruh bawak dia pergi makan kedai sekian – sekian. Aku pun ya Allah banyak kerja nak disetelkan, beli barang basah, barang dapur sebab petang tu dah nak balik rumah kitorang di KL.

Kedai dia yang dia nak makan tu 40 minit dari rumah, padahal ada je kedai lain yang sedap dekat dengan rumah yang jual makanan yang sama tapi entah dia suka pergi kat situ kot. Tapi tu kejadiannya ialah sehari sebelum berpuasa. Memang banyak kerja lah kan sehari sebelum puasa nak topup itu ini barang rumah.

Baru – baru ini suami aku dah janji nak keluar beli barang dengan aku. Berdua je, sebab mestilah aku nak ada time dengan dia jugak, dan lama nak singgah memana ke. Pastu tiba – tiba dia nak ikut. Okay fine lah aku tak kisah lah. Betul lah orang kata dalam satu rumah tak boleh ada 2 Queen.

Dah ikut tu pulak, time orang berebut ambik sotong, dia suruh kita ikut berebut ambik, aku taknak tapi husband aku suruh jugak. Ann0yed la aku kat situ. Pastu dengan husband aku tolong bawak barang dia sekali ya, jalan – jalan dengan dia, jadi tinggal lah aku seorang kat sana ke mari dengan trolley.

Itu okay lagi lah, time bayar pulak, self checkout, dia suruh husband yang buat. Dah aku ni terkial – kial sorang – sorang dengan barang penuh 1 trolley nak scan lagi nak masuk dalam beg lagi. Pastu paling aku geram, masa aku dalam kereta aku tak keluar kereta lagi nak angkat barang, dia sempat usha barang barang aku beli belek – belek dalam groceries beg tu pastu bila aku keluar dan nampak terus cepat – cepat dia lari. Aku ke yang problem kat sini huwaa.

Bila otw balik, aku ajak pergi singgah kedai ni, tapi dia (mak mertua) cepat – cepat cakap balik lah cepat – cepat. Dah lah semalam memang 1 hari khas untuk beli barang dapur dia dari tengah hari ke petang, harini pun beli barang lagi. Tang bila nya aku boleh keluar dengan suami je.

Dahla dengan banyak ayat – ayat macam ‘Adik (suami) tak makan lagi kan kat rumah sini’ (nak cakap kita tak spend time dekat rumah dia, banyak makan dekat rumah saya) padahal kitorang banyak makan luar dan ada je breakfast kat rumah dia.

Bila husband kata kan ada hari jumaat dia makan lunch sebelum solat jumaat tu pastu mak mertua kata tu lunch je. Haihh pastu tu tak masuk lagi part bila aku masakkan lunch, sebab aku tau ni rumah dia, jadi aku akan tanyalah nak isi berapa banyak, cukup tak apa semua.

Aku dah terang – terang tanya kari ni nak masuk berapa banyak, dia tak tengok aku pun cakap sambil lalu je cakap masukkan separuh. Walaupun was – was aku mcm ikut jelah (sebab kat rumah aku serbuk kari tu dah letak dalam bekas sesiap so aku ingat cedok je dalam 3 – 4 sudu, ni rumah mak mertua, serbuk kari masih dalam plastik lagi)

Pastu sudahnya kari jadi taw4r je rasa karinya. Dia duk canang cerita ke semua orang aku letak separuh je serbuk kari. Aku pun diam je. Entah la korang rasa nak meIetup, ni menulis pun sebab nak raya dah kena balik rumah dia. Aku rasa walaupun ni first time aku raya lepas kahwin, aku cam malas nak beria – ria masak kat rumah dia. Baik aku balik rumah aku masak rumah aku je. Apa kata korang? Hahaha

Haih entah la korang kalau nak cerita banyak lagi menda nya tapi now nak teruskan part paling penting. Apa yang aku belajar dari semua ni adalah kita kalau dah smpai masa nanti jadi mak mertua orang, ada menantu, tolong lah buat baik dengan menantu. Jangan buatkan dia rasa tak ada tempat dekat rumah kita.

Bila kita buat dia happy, dia pun suka nak datang rumah kita. Kita pun untung dapat jumpa anak kita, dan cucu kita. Satu lagi korang, usaha lah untuk bahagia dengan pasangan masing – masing sampai ujung usia. Mak mertua aku ni jadi camni entah lah mungkin sebab tak bahagia dengan pasangannya.

Memang bahagia jodoh itu urusan Allah, tapi kita kan boleh usaha untuk memperbaiki hubungan. Bila tak bahagia dengan pasangan mulalah nak berkepit dengan anak walaupun anaknya dah beristeri. Dan paling – paling penting, jagalah kesihatan.

Makan minum jaga, jangan ambil gula banyak sangat, jangan ambil karbo banyak sangat. Sebab apa? Sebab kalau kita s4kit kita tak dapat buat banyak aktiviti semasa tua. Kita dah takle drive, tak boleh ke mana – mana kena harapkan anak – anak je.

Mungkin orang akan kata yelah time muda kita cakap lah camni, nanti dah tua nanti tau lah. Takdelah, korang tengok orang – orang kat jepun korea. Tua – tua masih bekerja, masih usaha. Dorang kurang complain macam kita ni, panas sikit tak boleh, hujan sikit tak boleh, tak larat, penat. Haih itu jelah, semoga kita semua diberikan kerajinan, kesihatan yang baik supaya tak meIukakan sesiapa di dunia ini. – Cik Sayang (Bukan nama sebenar)

Komen netizen :

Salina Gunawi : Silapnya your husband. Dia tak pandai jadi suami yang baik. Suami yang baik tidak akan biarkan isterinya jauh hati dan rasa tersisih. Dia akan pandai bahagi perhatian. Contohnya dia tidak akan biarkan isterinya tolak troly sorang sorang.

Safiya Umairah : Ignore je sis per4ngai tak kenan mak mertua awak tu, kalo dia suruh masak tapi hujung hujung dia komplen macam dia tu juara chef, awak cakap je takde mood / pencen masak hari tu sambil buat muka kerek seposen. Kalau dia sibuk ajak laki sis keluar, sis ajak lah laki dia keluar jugak. Kalau dia keluarkan ayat – ayat berbau sindiran sis sound je setepek “dah mak pinjam laki kita, kita terp4ksalah pinjam laki mak!

Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :
About Hana 5171 Articles
Hana ialah penulis dan editor di Media Cite Heboh yang mengendalikan kandungan komuniti, kisah pembaca dan topik kehidupan seharian. Hana turut menyunting kiriman pembaca dari segi ejaan, tatabahasa dan susunan supaya lebih mudah dibaca sambil mengekalkan maksud asal cerita.