
Suami mengaku sendiri yang dia pernah ‘tidur bersama’ kekasihnya dan ingin madukan aku.. Bayangkan baru usia perkahwinan kami seminggu. Masa aku mengandung anak kedua, suami kahwin lain.. Suami caci m4ki aku, kata aku isteri derh4ka kerana ingin mervntuhkan masjid. Dia ugvt nak ambik anak – anak, suruh bayar pampasan..
#Foto sekadar hiasan / AI. Terima kasih kerana menyiarkan kisah aku. Aku hanya nak minta secebis pandangan. Aku sering rasa aku isteri yang jahat namun aku tak tahu mana nak ubah. Kisah aku bermula bila aku berkahwin dengan seorang yang tua 3 tahun pada aku dan mempunyai kerjaya yang agak kukuh. Namum aku masih lagi belajar dan tidak bekerja.
Kami bercinta selepas berkahwin. Pada masa tu aku tak fikir panjang dan tak kenal lama. Aku rasa mungkin sudah sampai jodoh aku. Namun selepas berkahwin baru aku kenal siapa suami aku. Dari segi luaran dia memang seperti orang yang alim, baik, dan pijak semut pun tak m4ti, tapi sikap dia sangat panas baran dan paling aku tak gemar adalah suka melayan perempuan.
Walaupun nampak alim, tapi semasa aku bertunag, dia juga menjalinkan hubungan dengan orang lain, betapa h4ncur hati aku ketika aku dapat tahu hal ini seminggu selepas aku kahwin. Dia mengaku sendiri yang dia pernah ‘tidur bersama’ kekasihnya dan ingin aku dimadukan. Bayangkan baru usia perkahwinan kami seminggu.
Aku ketika itu yang sedang belajar hampir putus asa. Namun aku gagahi juga kerana aku harapan keluarga. Aku hampir depr3ss namun aku tetap berjalan di bumi yang nyata. Hubungan kami m4kin lama m4kin jauh, mungkin kami pjj. Namun aku disahkan hamil ketika aku final year. Berat hati aku sebenarnya. Dengan suami buat hal dan aku dengan final exam.
Namun Allah selamatkan aku dari terus melayan segala masalah. Alhmdulilah aku berjaya tamatkan pengajian aku dengan pertolongan Allah. Kami masih lagi pjj kerana kata suami aku, kehidupan di bandar agak mahal memandangkan aku masih lagi menunggu kerja.
Setelah anak sulung aku berusia dua tahun, aku disahkan hamil pula anak kedua, sekali lagi aku diuji. Allah telah tunjukkan aku yang suami aku telah berkahwin lain di siam. Aku dah tak mampu nak terima suami namun dipujuk suami kerana bimbangkan anak – anak. Sehingga aku terp4ksa akur.
Suami tidak mendapat restu family dengan pernikahan kedua dan family mem4ksa suami bercerai. Di sini aku dah nampak macam mana per4ngai suami dan juga keluarga. Aku buntu. Aku tak mampu nak menanggung sedih, sepanjang perkahwinan aku dah cuba sedaya upaya untuk bahagiakan suami. Namun kami tetap tidak sehaluan. Ada saja perg4duhan, kepercayaan aku h4ncur.
Tergamak suami buat aku sebegitu sedangkan aku setia dan bagi lagi kepercayaan walaupun sejak dari pertungan kami lagi dia menipu. Ohh ya. Kenapa suami kahwin dengan aku.. Sebab family mertua nakkan aku. Dan menolak semua kekasih – kekasih dia yang lain. Sebab? Itu aku tak tahu. Dan suami hanya akur pada permintaan family. Dan aku jadi m4ngsa. Aku tak bahagia. Aku mend3rita.
Dari awal perkahwinan aku tak dapat kejujuran suami, bila aku bertanya tentang semua yang dilakukan dia sering menuduh aku derh4ka sebab mengungkit kisah silam dia. Bagi aku, aku ada hak untuk bertanya. M4kin lama hati aku m4kin parah. Dan aku buat keputusan untuk berpisah. Tapi apa yang aku dapat lagi parah. Baru aku nampak siapa sebenar suami.
Ya Allah pedihnya hati aku, suami tidak mahu lepaskan jika aku tak bayar semua duit yang dia dah habiskan pada aku. Dia nak pampasan. Bagi dia, selama perkahwinan kami, dia seorang saja yang tanggung aku, kemudian bila aku dah dapat kerja aku nak cerai, itu bukan niat aku, dia seperti nak menutup semua salah dia dan tunding jari kepada aku.
Dia mem4ksa aku buat cerai khuluq dan bayar dia sejumlah amount yang tidak masuk akal. Dan anak – anak dia nak hak penjagaan, aku terp4ksa akur. Kalau tidak dia akan g4ntung aku tidak bertali, sekarang aku sedang sarat, kami tangguhkan penceraian sampai aku bersalin. Sekarang jiwa aku dah tak boleh nak tinggal sekali bersama suami,
Ohh ya.. Selepas dia kahwin di siam. Dia buat keputusan untuk bawa aku tinggal bersama dia di ibu kota untuk menebus segala d0sa dia. Aku akur sebab anak. Namun aku tidak dapat lagi teruskan hidup bersama disebabkan panas baran dan sifat mengambil kesempatan dia terhadap aku, dia hanya mahu tumpang senang dengan duit aku,
Oh yaa.. Selepas tamat belajar, aku mendapat kerja yang pada pandangan masyarakat dianggap bergaji besar. Dan jika kami berpisah hampir separuh gaji aku terp4ksa diberi kepada bekas suami atas dasar membayar semula duit suami yang dik4takan habis untuk aku.
Aku tak tahu mana keadilan di sini. Aku akur kerana tidak mahu berd0sa dengan g4ntung tidak bertali. Sekarang aku menunggu masa bersalin, aku dah tak mampu nak hormat suami, segala tanggungjawab sebagai seorang isteri aku tak buat (menjaga kebajikan suami serta nafkah).
Aku dah tak da hati untuk buat semua tu. Hati aku dah m4ti. Aku merasakan tidak adil bagi aku, suami aku dah h4ncurkan kepercayaan aku dan sekarang aku yang terp4ksa bayar kepadanya. Aku juga sering mendapat cacian dari suami mengatakan aku isteri derh4ka kerana ingin mervntuhkan masjid.
Aku juga bimbang kerana dia tidak redha jika aku tak jalankan tanggungjawab aku lebih – lebih lagi bagi nafkah batin. Seringkali dibibirnya mendoakan aku m4ti ketika bersalin. Lagi re3muk hati aku, adakah aku tak layak ke syurga. Adakah aku isteri derh4ka. Hati aku tak mampu nak teruskan. Aku tak boleh p4ksa hati aku. Aku hampir depr3ssed namun aku kuatkan juga demi anak – anak. Bantu aku. Apa patut aku buat. Adakah aku derh4ka? – Ayu (Bukan nama sebenar)
Komen netizen :
Noor Afidah Alias : Nak khuluq ke fasakh ke apa, pastikan berlaku dalam mahkamah ya puan. Jangan ikut mulut dia sahaja. Khuluq ni kalau puan tak setuju, tak perlu bayar pada bekas suami pun. Dan tuntutan cerai terbatal kena buat permohonan baru, atau fasakh kalau suami tak nak cerai cara baik. puan masih muda, suami nak hak jagaan anak, sila bagi.
Puan buat tuntutan bermalam atau melawat sahaja. Itu pun anak atas 2 tahun. Anak bawah 2 tahun suami takkan dapat sebab bayi perlu menyusu. Apa – apa hal pun ikut saluran yang betul, pejabat agama dengan mahkamah syariah. Jangan ikut cakap suami membuta tuli, luar dari arahan mahkamah syariah berkenaan khuluq tu. Nanti bagi dia duit ingat nak settle khuluq tapi dia tak mau juga cerai puan yang rugi. Suami puan kaki spin, sila lantik peguam dan biar peguam yang uruskan kes cerai. Cakap ke suami hal cerai bincang dengan peguam.
Salina Gunawi : Dapatkan nasihat Peguam Syariah. Suami TT sebenarnya yang derh4ka pada TT. Semoga TT berjaya mendapat keadilan dan jangan tambah anak lagi dengan suami bacul itu. Amiin…
Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.