Suami merungut aku tak macam artis2 sambut suami balik depan pintu sambil hidang air. Dia kata aku tak menyumbang

Dia bandingkan aku dengan artis yang boleh jaga dan layan suami tiptop. Dia kata aku tiada nilai untuk dia sebab dia tak rasa disayangi. Dia mahu aku di depan pintu tunggu dia balik dan hidangkan dia air untuk dia…

#Foto sekadar hiasan. Tujuan aku menulis di sini adalah untuk mendapatkan pandangan dan cadangan dari kakak – kakak dan abang – abang yang sudah senior dalam alam perkahwinan. Penulisan aku mungkin bercelaru seperti otak aku sekarang.

Untuk intro, perkahwinan kami baru setahun jagung dan memiliki seorang cahaya mata. Aku anak sulung dan dari keluarga br0ken, menyaksikan ibu berpenat lelah membesarkan kami 6 beradik jarak 2 tahun. Ayah berkerja jauh ketika itu. Tapi ibu meninggaI bila aku di sekolah menengah.

Jadi memori aku ketika kecil hanyalah menjadi orang kanan ibu @ co-parent kepada ibu aku untuk menjaga adik – adik. Sesiapa anak sulung co-parent sahaja tahu perasaan dan tanggungjawab tersebut dan walaupun susah untuk mengaku, ye aku kurang kasih sayang dan berazam mengimpikan perkahwinan penuh kasih sayang dan bahagia.

Issue aku di sini ialah apabila aku berkahwin dengan suami yang boleh aku katakan kurang kasih sayang juga. Dan berharap aku memenuhi lompong kasih sayang tersebut. Dia seorang suami dan ayah yang bertanggungjawab.

Kami sama – sama berkerja. Rumah sewa dan rumah kami beli bersama dia bayar sepenuhnya. Hadiah seperti emas dan lain – lain juga turut diberikan. Susu dan pampers anak juga dia sediakan. Aku hanya bayar bill, groceries dan yuran daycare anak kami.

Tapi kami ada masalah komunikasi yang bila kami cuba berbincang issue berbangkit, kami akan berg4duh kerana aku hanya fokus current issue dan dia memandang issue tersebut as a whole. Dan malam tadi aku terasa hati bila dia kata bahawa aku tiada nilai untuk dia sebab dia tak rasa disayangi dan aku tidak menyumbang apa – apa dalam perkahwinan ini.

Dan dia tak looking forward untuk balik ke rumah kerana baginya tiada presence isteri. Dia pertikaikan bila aku last masak proper meal untuk dia (aku hanya masak nasi goreng hari jumaat), dia mahu aku di depan pintu tunggu dia balik dan hidangkan dia air untuk dia (katanya kalau bukan setiap hari, tak kan tak boleh 6 hari sebulan).

Aku kerja dan dia kerja. kerja aku menggunakan otak sepenuhnya dan kejar deadline. Dan aku penat untuk berpikir bila balik ke rumah. Bila aku nak masak, aku jugak hilang idea dan bila meminta pendapatnya, “ikutlah”. Aku belum pernah jumpa resepi “ikutlah” di buku resepi dan social media.

Aku boleh makan apa sahaja manakala, dia hanya makan specific ikan dan mesti ada ayam. Jadi untuk match kan menu untuk aku kadang – kadang susah. Kenapa dia tidak boleh tolong clearkan fikiran aku dari menambahkan beban nak pikir nak masak apa?

Aku makan dengan telur goreng nasi panas sahaja sudah memadai. Sebagai isteri aku nak masak yang terbaik untuk suami tapi kadang – kadang aku juga habis idea. Malam – malam lepas kerja, nak pikir menu anak kami ke taska, cuci bekal, basuh baju (kalau sempat) prepare bahan masak, basuh pinggan mangkuk dalam sinki.

Otak aku bangun sahaja tido berkerja tanpa henti untuk plan semua sampailah aku tido. Bangun tido masak kan anak, prepare bekal, prepare baju, basuh botol (kalau husband tak basuh) dan hantar anak ke taska barulah aku ke tempat kerja.

Bila aku cakap otak aku tanpa henti berkerja, dia mengatakan bahawa aku cakap dia tak menyumbang apa – apa. Sebelum pembaca confius, aku berkerja seminggu di rumah dan seminggu di office. Bila aku berkerja di rumah, aku yang hantar dan ambil anak di taska. Bila aku di office, aku hantar dan husband ambil.

Aku tak tau apa yang aku sepatutnya buat sebagai isteri bila suami aku ingin aku “nurture” dia. Bila aku baca maksud nurture, kebanyakan mengatakan listening, touch, s3x, em0tional support which untuk aku, aku rasa ada provide. Kenapa aku kata aku rasa?

Sebab mungkin tidak / tidak cukup bagi dia. Sebelum ada anak, memang aku prepare bekal untuk dia dan ada masa untuk masak untuk dia. Aku tanya dia malam tadi apa maksud nurture dia maksudkan, tapi issue kami hanya berkisarkan tunggu depan pintu bila dia balik.

Issue kemas rumah juga pernah dia di bangkitkan, tapi kenapa semua itu di bahu aku? Tak boleh kah dia tolong kemas kalau rumah bersepah? Sepertinya dia mahu aku melaksanakan semua kerana dia sudah provide 80% of the household.

Adakah dia lupa aku manusia dan isteri, bukan h4mba bukan robot. Dia compare aku dengan artis yang boleh jaga / layan suami tiptop. Aku tanya “awak kawan dengan suami dia ke?, suami dia cerita dekat awak?” dia diam.

Jadi aku di sini confuse apa yang aku harus lakukan sebagai isteri kerana aku tiada role model dan aku juga seorang yang tidak pernah ditunjukkan cara berkasih sayang. Aku hanya belajar dengan observe orang di sekeliling aku.

Dan sekarang husband aku demand untuk nurture dia tanpa sebarang “manual”. Dan perkataan tiada value untuk dia itu sangat memberi impak terhadap aku. Jika tiada value kenapa simpan? Jadi aku perIukan cadangan dari isteri – isteri, suami – suami bagaimana ingin menjadi isteri bernilai di mata suami. Isteri yang confused dan tiada nilai, – A (Bukan nama sebenar)

Komen W4rganet :

Farah Zulyana : Saya suka baca komen yang membina. Yang memberi penyelesaian. Sebab situasi sis, suami sangat membantu dalam komitment kewangan. Kalau soal kemas rumah, saya akan bebel dan ajak kemas. Orang perempuan ni mata dia nak indah je, kalau serabut rumahnya, rasa macam minda pun serabut. Orang lelaki ni mata dia boleh tutup je.

Soal air , soal menunggu depan pintu, takpe, kita layan ikhlaskan hati. PeIuk sekuat – kuat laki tu bila balik. Soal makan, saya tak reti komen. Laki saya kalau kata ikutla, tapi dari cara makan dia pun kita tau dia suka tak lauk yang kita masak, jadi, saya dah berdamai untuk kes memasak ni.

Kadang – kadang saya larat, saya masak lauk dia. Saya tak larat, saya masak western tekak saya, kalau susah, kita delivery je. Saya stop menyusahkan diri saya. Saya cari kebahagiaan dalam setiap satu saya buat. Berbincang berbaik bergurau la dengan suami.

Syazwani Mohamed Zakaria : Senang je.. Pentinng buat kopi / teh biskut buka tv sambil tunggu husband balik. List down menu apa mudah – mudah je. Kalau dia jenis makan ayam.. Sila ulang – ulang je menu ni kari ayam, masak lemak cili api, ayam goreng dgn sambal belacan or ayam masak kicap, sup ayam, nasi ayam.

Sayur bedal je bayam or kobis. Kebanyakan lelaki makan ni je. Kalau nasi lebih selang – selang la goreng.. Husband nak makan dari air tangan wife dia je. Lepastu direct je tanya sedap tak? Kalau dia comment terima sebagai nasihat esok – esok kita masak lebih baik lagi.

Hujung minggu free bantai je buat nasi lemak, boleh makan siang ke malam. Kalau bahan basah tak ada wife goreng cekodok ikan bilis ke lempeng ke. 6x je masak dinner seminggu. Bila dah kemas rumah depan belakang dapur bilik, wife off la masak, tapau or makan je kat kedai.

Husband kena diberitahu, kita dah penat kemas rumah memasak hari – hari lain urus itu ini ikut tekak husband. Makan kat luar tu ikut tekak kita plak. Air panas tu bancuh letak dalam flask. Bebila dia balik ke nak minum air masih hangat. You can do it! Thank me later.

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.