Suami dah 2 tahun tak bekerja, duduk rumah je. Bila dia nak duit saya, memang dia layan baik. Saya yang berisi ni pun nampak cantik. Asyik cakap pasal duit simpanan saya. Kalau mood tak elok. Dia perli kata saya dah tak cantik, berisi..
#Foto sekadar hiasan. Salam admin, mohon hide profil saya. Usia perkahwinan saya dah 10 tahun. Sekarang suami dah mula b0dy sh4ming badan saya. Sebelum kahwin berat 45kg je. Sekarang berat saya dah 67kg. Saya kahwin ketika umur 28, sekarang ada anak 4 orang dah.
Kadang – kadang tu memang takde masa untuk diri sendiri. Tambah lagi, waktu sekarang saya sorang je bekerja. Suami dah 2 tahun jaga anak kat rumah tak bekerja. Masalahnya suami pun naik badan sama. Bila saya cakap awak pun tak kecik lagi dah. Semua besar. Dia tak boleh terima pula.
Cakap saya malas nak bersenam, takde masa tengok diri sendiri. Bila pergi kerja, selekeh pakai baju kurung. Untuk pengetahuan pembaca, rutin saya tiap hari k3ut anak jam 6pagi, siapkan anak – anak ke tadika, buatkan susu anak, masak pagi untuk makan tengahari suami dan anak – anak (selang seli masak hari dengan mak mertua), basuh baju lepas tu masuk dalam dryer, k3jut suami hantar anak ke sekolah pagi.
Saya masuk kerja jam 8.30 pagi balik kerja jam 5.30 petang. Jam 6 petang tunggu anak depan sekolah rendah. Balik rumah dah kena sediakan makan malam. Lauk tengahari tadi bagi anak sekolah petang makan sebelum mereka mandi sebab maghrib nak ajar mengaji.
Jam 7 baru saya mandi petang, 7.30 saya solat dan ajar anak – anak mengaji. Jam 8 malam teman anak – anak buat kerja sekolah, ulang kaji, sifir sampai jam 9:30 malam. Jam 10:30 malam anak masuk tidur. Rutin suami tiap hari bangun pagi hantar anak ke tadika, kemas rumah, ambil anak dari tadika, hantar anak sekolah petang.
Bagi anak makan tengahari, basuh pinggan mangkuk. Selama ni saya diamkan saja sebab tanggungjawab saya sebagai ibu. Sekarang saya tak boleh nak ambil tanggungjawab sebagai isteri. Saya nak letak jawatan sebagai isteri.
Saya rasa penat. Saya rasa marah tapi saya tak boleh nak luahkan. Saya nekad nak pisah, lagi pun ini kali ke-2 saya mohon cerai. Sebelum ni anak sulung usia 9 bulan dia pernah ceraikan saya sebabnya nak tunjuk dia ada kuasa cerai di tangan dia. Kami rujuk balik selepas beberapa hari.
Lepas tu, hari – hari suami cerita pasal duit simpanan saya. Masalahnya itu duit saya bukan duit dia. Suami sibuk beli barang itu inii guna sh0peepay dan sebagainya. Duit r0k0k pun minta saya. Selama 10 tahun kahwin ni, saya kena tipu hidup – hidup je kata nak berhenti r0k0k.
Bila nak duit memang dia layan baik. Saya yang berisi ni pun nampak cantik. Bila takde mood mula la cakap. Awak sebenarnya dah tak cantik macam dulu. Ya Allah. Rasa tertipu sangat dengan apa dia cakap tu. Suami macam tak pandang cermin, dia sendiri pun perut b0y0t. Kata nak kurang makan tapi nasi ambil selambak juga.
Bila hal kerja suami selalu perli. Katanya saya makan tengahari tempat sedap, makan hotel, buat majlis office, ada dinner. Aktiviti makan hotel ni 3 kali setahun (End year dinner; morning bre4kfast dan dinner saja – saja).
Majlis raya setahun sekali. Dulu rajin saya update lunch apa, sekarang dah tak lagi sebab bila balik rumah dia akan perli. Tak pun dia akan tanya makan apa. Saya jawab je nasi ayam. Nasi goreng. Kalau saya ada dinner dengan office saya update ada la update ekat dia tapi dia tak reply, hanya seen.
Sejak tu, saya tak mesej langsung dah apa yang saya buat atau makan masa dinner. Suami selalu cakap, “awak ni ada masa nak makan dinner dengan office tapi untuk anak – anak?” Saya jadi serba salah. Betul ke salah saya?
Bila saya ajak makan tempat – tempat yang saya pernah diner suami kata, “itu tekak kau je. Aku mana makan steamboot, grill – grill ni.” Hmm tak tahu la saya. Bukan saya tak nak bawa tapi tengoklah reaksi suami bila saya ajak makan luar. Padahal bayar pakai duit saya.
Saya nak letak jawatan sebagai seorang isteri. Pada masa yang sama saya nak dia bertanggungjawab terhadap anak – anak. Saya nak berikan hak jagaan pada suami. Macam mana saya kena penuhi keperluan bulanan anak – anak, macam tu juga dia kene sediakan nanti selepas saya tak lagi jadi isteri dia.
Saya dah plan untuk mula diiet dan sayangi diri sendiri. Masuk gym dan sebagainya. Waktu jadi isteri ni banyak je rintangannya. Yuran gym mahal, yuran coach fitness lagi. Kalau dengan gaji saya sekarang sangat la mampu sebab saya takde sebarang komitmen loan. Rumah dan kereta semua dah selesai bayar.
Masa lepas kahwin ni suami serba serbi tahan. Yuran mahallah, jangan pergi gym nanti ada scandle, jangan kawan dengan lelaki nanti saya curang. Saya tahu pasal kes – kes macam ni tapi saya tahu jaga diri. Tak pernah pun nak “melayan” lelaki lain. Semoga saya diberikan jalan penyelesaian yang sebaiknya.
Komen W4rganet :
Fazilah : Saya baca dalam 1 nafas dah semput, saya tahu kerja rumah memang letih walaupon surirumah sepenuh masa, tambah kalau bekerja juga, lagiIah penat. Sebenar kita happy je dengan apa yang kita buat tapi bila tak ada moral support dari orang penting dalam hidup kita, semua terus jadi down dan terus jadi nak berbangkit berkira dengan apa yang kita buat, kita dah beri.
Bila suami sendiri dah perli, dah kata itu ini, dah buruk sangka, semua dah jadi t0ksik dah dalam diri kita. So sis tt, go on, sayangiIah diri sendiri.
Cik Delima : Sebelum ambil tindakan letak jawatan sebagai isteri tu, sis tolong belajar laserkan suami sis tu sampai dia tak kata sis macam – macam lagi. Dan tolong letakkan tanggungjawab memasak tu kepada suami sebab sis dah ambil tanggungjawab dia cari nafkah.
Jangan serba serbi buat, bagi suami tu sedar diri sikit. Kalau dia dah sedar diri dan ok dan sisi rasa dia banyak berubah, tak perlulah nak bercerai lagi. Cuma sis kena belajar untuk tegas dan jangan bagi pij4k kepala sebab sis dah tanggung semuanya. Semoga dipermudahkan segala urusan sis hendaknya..
Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.