
Beberapa bulan kemudian, suami ajak kami bertiga berjumpa kononnya untuk berbincang. Aku datang dengan hati yang sangat berdebar. Bila perempuan itu sampai dan kami duduk satu meja, aku tak sangka suami terus melafazkan talak tiga kepada dia.
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum min dan w4rga FB semua. Aku nak kongsi satu kisah yang sampai sekarang masih terngiang dalam kepala aku. Kisah ini bukan untuk buka aib sesiapa, cuma sekadar peringatan dan pengajaran untuk aku sendiri dan mungkin juga untuk orang lain yang membaca.
Ada perkara dalam hidup yang kita sangka must4hil akan jadi pada diri kita, tapi bila dah jadi, baru kita sedar hidup ini memang penuh dengan ujian yang tak disangka – sangka. Aku seorang suri rumah dan telah mendirikan rumahtangga selama enam tahun.
Kisah ini bermula semasa aku dan suami menyambut ulang tahun perkahwinan yang keempat. Malam itu kononnya malam romantik kami. Suami bawa aku keluar makan, siap dengan hadiah kecil. Dari luar semuanya nampak sempurna, tapi dalam hati aku entah kenapa rasa tak sedap.
Aku cuba pujuk diri sendiri, mungkin cuma perasaan, mungkin aku terlalu berfikir. Balik ke rumah, aku tak boleh tidur. Lebih kurang pukuI satu pagi, aku buka Facebook. Tiba – tiba muncul satu permintaan kawan daripada akaun yang aku tak kenal.
Aku pun terima saja. Bila aku buka profil dia, jantung aku macam nak tercabut. Gambar profil dia adalah gambar dia bersanding dengan suami aku. Lengkap macam gambar kahwin. Masa itu dunia aku terus gelap. Aku rasa lutut aku menggigil, tangan sejuk, air mata terus jatuh tanpa aku sedar.
Rupa – rupanya perempuan itu seorang janda, ada dua orang anak, umur dalam lingkungan empat puluhan. Keesokan pagi aku tanya suami secara berdepan. Suami terus diam, langsung tak mampu jawab. Muka dia macam orang bersalah, tapi tak mengaku apa – apa.
Aku minta masa untuk fikir sebab masa itu anak kami masih kecil. Aku pilih untuk diamkan diri hampir sebulan. Dalam tempoh itu, suami ada mesej beritahu dia dapat percutian percuma ke Bangkok dari syarikat. Aku benarkan saja sebab aku fikir mungkin dia perIukan masa untuk tenangkan fikiran.
Hari kedua dia di sana, pukuI lapan pagi aku terima satu mesej daripada nombor suami. Mesej itu tulis, “Aku ceraikan awak dengan talak tiga.” Allahu Akbar, masa itu aku terus jatuh terduduk. Aku menangis sampai tak tahu nak buat apa.
Aku cuba hubungi dia berkali – kali, mesej, telefon, tapi langsung tak dijawab. Lima hari kemudian barulah dia balik ke Malaysia. Bila berjumpa, aku terus tanya sama ada betul dia hantar mesej cerai itu. Suami terk3jut dan kata dia langsung tak tahu apa – apa.
Aku tunjukkan mesej itu. Masa itulah suami mengaku yang dia ke Bangkok bukan seorang diri, tapi bersama isteri barunya. Dan sepanjang di sana, telefon dia dipegang sepenuhnya oleh isteri baru itu. Rupa – rupanya perempuan itulah yang hantar mesej cerai pada aku.
Aku rujuk pada pihak berwajib dan mereka beritahu talak itu tidak sah sebab bukan daripada suami sendiri. Walaupun lega, hati aku tetap h4ncur. Aku masih sayangkan suami dan suami kata dia juga masih sayangkan aku. Tapi kepercayaan aku pada dia sudah retak teruk. Aku jadi mudah curiga, selalu rasa takut ditinggalkan, selalu terfikir macam – macam.
Sebulan selepas kejadian itu, perempuan per4mpas itu disahkan hamil dua minggu. Tapi kehamilan itu bermasalah sebab kandungan luar rahim dan terp4ksa digugurkan melalui pembedahan. Masa dia di hospital, suami mesej aku ajak jumpa.
Bila berjumpa, suami menangis, menyesal dengan apa yang berlaku. Dia kata dia sendiri tak sedar apa yang terjadi pada diri dia, macam hilang arah. Aku ajak suami berjumpa ustaz sebab aku syak mungkin suami telah diguna – gunakan.
Rupa – rupanya memang betul. Perempuan itu guna pelbagai cara untuk kuasai suami, termasuk harta dan gaji suami yang agak tinggi. Dia perlahan – lahan ambil semua hak aku sebagai isteri, buat aku terpinggir dalam rumahtangga sendiri.
Beberapa bulan kemudian, suami ajak kami bertiga berjumpa kononnya untuk berbincang. Aku datang dengan hati yang sangat berdebar. Bila perempuan itu sampai dan kami duduk satu meja, aku tak sangka suami terus melafazkan talak tiga kepada dia.
Masa itu perasaan aku bercampur – baur. Aku tak tahu nak gembira atau nak menangis. Aku tak pernah galakkan mereka bercerai, tapi aku bersyukur suami akhirnya sedar dengan apa yang berlaku. Selepas kejadian itu, rumahtangga kami perlahan – lahan kembali pulih. Tapi kesannya masih ada.
Aku jadi lebih berhati – hati, lebih banyak bertanya, lebih banyak meluahkan perasaan pada suami. Aku tak mahu simpan dalam hati lagi. Suami juga berubah, lebih bertanggungjawab dan lebih terbuka. Kepada perempuan perampas itu, terima kasih sebab pernah rampas kebahagiaan aku dan anak – anak.
Dan terima kasih juga sebab akhirnya pulangkan balik suami aku. Aku rindukan rumahtangga yang aku bina bersama suami dari susah sampai senang. Hikmahnya, Allah tarik semula apa yang bukan hak awak. Aku harap awak bertaubat dan minta pengampunan daripada-Nya.
Maaf kepada pembaca semua kalau cerita aku agak tunggang – langgang. Ini kali pertama aku luahkan semuanya. Aku cuma nak pesan, jangan mudah percaya bila rumahtangga nampak bahagia dari luar. Dalam diam, mungkin ada Iuka yang kita tak nampak. Jaga pasangan masing – masing, jaga hati, jaga kepercayaan. Sebab bila kepercayaan itu pecah, ambil masa yang sangat lama untuk cantum semula.
Komen Netizen :
Mastura Zainudin : Alhamdulillah, saya doakan moga rumahtangga puan kekal bahagia hingga akhir hayat. Aku tak faham kenapa perempuan sanggup rampas suami orang. Orang bujang kan ramai. Mungkin juga lelaki sekarang minat lelaki, kalau ada minat perempuan pun jenis yang pemalas dan minta perempuan tanggung dia. Pun ramai yang berlagak drama TV3 pukuI 7, yang kaya – kaya. Baik fikir kerja dan besarkan anak sahaja lah pada ibu tunggal. Bebas sahaja nak buat apa pun.
Nana Kirana : Kalau aku berdepan bertiga, aku tanya siapa yang hantar teks itu. Nak tanya sahaja, ada ke lelaki yang dah buat hal nak dipegang telefon dia oleh perempuan lain. Sedangkan dengan isteri pun tak mahu kongsi telefon, ini kan pula skandal. Baru enam tahun kahwin suami dah buat hal. Percaya lah lepas ini dia akan buat lagi dan reka cerita lain pula. Lelaki dan pembohong takkan terpisah kalau dah pernah buat.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.