
Aku nekad aku nak rosakkan NanoStick dia punya benda bodoh tu. Benda tu kalau hilang, dia cari dan selongkar rumah macam orang cari duit nak beli d4dah. Aku nak kunci dan selak pintu supaya dia tak dapat masuk sebab rumah ni aku yang bayar
#Foto sekadar hiasan / AI. Salam, aku nak luah dan minta pendapat. Hari ni aku gaduh dengan suami. Tapi memang hari hari bergaduh pun. Sebab sikap suami kasar, jadi aku pun sakit hati dan dah malas nak layan suami baik baik. Tadi mula gaduh sebab suami tiba – tiba punggah kotak baju sampai bersepah masa kami tengah siap nak pergi kenduri kawan aku.
Aku tanya dia nak cari apa dan tanyalah aku dulu. Dia terus punggah sebab dia cari baju dia. Aku suruh kemas balik, tapi dia buat bodoh dan tetap menengking tanya mana baju dia. Aku suruh dia kemas dulu, tapi dia buat bodoh je. Jadi aku rasa sedih betul, kenapalah dia suka buli isteri.
Aku terus takde mood nak pergi, terus tukar balik baju dan duduk rumah je. Aku kurung diri dalam bilik dengan anak. Aku menyusukan anak, dari ruang tamu dia jerit jerit tanya nak pergi ke tak nak. Lepas tu aku dan anak pun tertidur dalam bilik. Setelah dua jam, baru dia masuk tanya nak pergi ke tak nak dan kenapa tidur dengan nada menengking. Aku pejam mata je tidur, lepas tu aku bangun nak solat Zuhur.
Aku sedih sangat tak dapat pergi kenduri kawan gara gara perangai suami aku yang teruk sangat dan menyakitkan hati. Sebenarnya banyak lagi benda yang aku sakit hati dengan suami. Lepas solat, aku keluar bilik dan bertengkar dengan dia sebab aku bengang tak dapat pergi kenduri kawan. Anak aku bawa duduk dekat ruang tamu sambil aku panaskan makanan dia.
Sambil aku bertengkar, aku baling semua barang dekat dia sebab aku memang dah banyak kali sakit hati terlampau dengan dia. Sampai aku cakap dekat dia, ikut hati aku nak je pegang pisau dan tikam perut dia. Dia gemuk dan banyak lemak, jadi hiris sikitlah lemak dia. Masa aku baling barang, dia pun ada juga mengacah nak baling bakul kain dekat aku.
Kesian anak aku tengok je aku dan ayahnya sebab dia tak faham apa apa. Dia senyum dan gelak je. Tapi ada juga masa tengah bertengkar tu, anak pandang je kami. Kesiannya dia sebab dah selalu dengar ayahnya menengking. Dulu aku diamkan diri kalau dia menengking depan anak.
Anak selalu pandang je dalam keadaan terkejut. Kalau tengah menyusu, dia terus berhenti dan tengok ayahnya kenapa jerit – jerit. Kesian walaupun dia kecil, dia selalu dengar kami gaduh. Lepas tu sambung balik cerita masa bertengkar tu, tiba – tiba dia ambil telefon aku dan simpan.
Dia tak bagi dekat aku sebab dia kata dia yang bagi telefon tu, jadi dia ada hak. Dia tak bagi aku telefon mak ayah aku. Lepas tu aku cuba ambil telefon tu dari poket dia, tapi dia tetap tutup dan tak bagi aku. Aku berkeras dan paksa nak ambil sambil tarik tangan dia.
Dia paksa tutup poket dia dan tolak aku. Aku hampir jatuh sampai terpijak mainan anak dan mainan tu patah. Aku dah kurus, nak lawan tangan dia yang gemuk dan besar tu, tapi aku tetap degil nak ambil telefon. Sampai akhirnya aku terajang bontot dia dua kali dari belakang.
Maaflah, aku jadi kurang ajar sejak kahwin dengan dia. Lepas tu aku terus kunci diri dalam bilik seorang diri. Aku terus siap nak keluar rumah dan biar dia jaga anak. Nak sangat ambil telefon tu, ambillah. Biar aku keluar takde telefon dan tak payah cari aku.
Lepas tu aku keluar selama dua jam. Hati aku berat juga nak tinggalkan anak sebab aku tak sanggup. Kalau pasang kerusi keselamatan, aku dah bawa dia. Tapi sebab ada bapaknya, aku nekad keraskan hati. Kesian anak aku menyusu badan, tapi ada je bekalan susu pam dekat peti sejuk. Ayahnya pun pandai je jaga anak kalau aku bekerja.
Tapi tadi masa balik, aku dengar anak menangis. Dia memang suka biarkan anak menangis. Badan dia gemuk, jadi dia tak suka pegang anak sambil jalan jalan. Dia suka duduk je, sedangkan budak tu bosan kalau duduk sahaja. Patutnya sebagai bapa, ambillah hati anak tu dan jangan bagi dia menangis.
Tapi dia ni sanggup biarkan anak melalak. Aku balik dan tengok satu botol susu lima auns dah kosong. Aku ingatkan dia bagi anak habiskan, jadi takpelah. Lepas tu bila aku lalu semula ruang tamu, aku nampak rupanya ada tiga auns yang anak tak minum lagi. Membazirnya terbuang macam tu je. Sedih sangat. Ibu yang mengepam susu badan mesti faham.
Aku dah pam susu bukan dapat banyak sangat. Tiga auns bagi aku dah banyak. Kalau dekat pengasuh, anak boleh dapat satu kali sesi minum dengan tiga auns tu. Dia sengaja nak buang dan bazirkan susu aku. Sedihnya sangat. Sakit sangat hati sebab dia bazirkan susu dan usaha aku mengepam. Susah nak dapat tiga auns, tapi dia buang macam tu je. Padahal dia tahu susu aku makin kurang.
Jadi aku nekad nanti aku nak rosakkan NanoStick dia punya benda bodoh tu. Benda tu kalau hilang, dia cari dan selongkar rumah macam orang cari duit nak beli dadah. Ni dia dah keluar melepak dengan kawanlah tu. Ikutkan hati, nak je aku kunci dan selak pintu supaya dia tak dapat masuk.
Sebab rumah ni pun aku yang bayar sewa. Masa bertengkar, dia cakap aku ibu yang bodoh dan isteri derhaka. Aku cakap ceraikan je, buat apa simpan aku lagi. Dia kata dia takkan ceraikan aku sebab nak seksa aku. Aku cakap mestilah sebab dia banyak hutang dengan aku sampai beribu dan dia pula tak bekerja.
Aku yang tanggung dia. Sebab tu dia tak nak cerai. Tapi bagi aku, kalau rumah tangga dah macam neraka macam ni, lebih baiklah cerai. Hari hari aku tak gembira nak balik rumah. Aku pun boleh besarkan anak seorang diri sebab dah biasa jaga anak seorang. Banyak dosa aku terhadap suami dan aku tahu semua tu. Sebab tu aku nak bebas.
Tapi aku tak tahu nak cerita dekat siapa dan macam mana nak mulakan. Mak ayah dia yang patut mula mula tahu anaknya tak bekerja supaya mereka boleh nasihatkan dia ke? Tapi mesti mereka akan bela anak sendiri. Aku tak tahulah macam mana. Bersabar ni rasa sakit sangat hati. Teringin nak berkongsi dan meluah dekat seseorang, tapi tak tahu siapa. Takde siapa yang boleh dipercayai.
Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.