Suami asyik cakap takde duit. Aku tanggung anak kembar 3 orang, duit belanja rumah. Hinggalah aku terjumpa slip gaji suami

Setiap bulan saya beli susu 10kg, pampers 10 bungkus guna duit sendiri. Baki gaji tinggal RM10. Hari ini saya bawa kereta dengan minyak berkelip, dah keluar tanda minyak sebab dah takde duit langsung nak isi. Tinggal 20 sen dalam dompet..

#Foto sekadar hiasan. Salam. Nak minta panduan dan nasihat otai – otai forum kat sini. Yaya perIukan bantuan sebab dah tidak boleh bertahan lagi. Kira ini crying for help. Umur Yaya baru 30-an, dah kahwin nak masuk enam tahun, dikurniakan tiga orang anak – kembar tiga lah. Sekarang nak masuk tiga tahun.

Yaya kerja gaji kecil sahaja, bersih dua ribu empat ratus dok kat bandar. Hutang pun boleh tahan juga, jadi ambil keputusan untuk join AKPK sebab tidak mahu bayar banyak-banyak dan juga personal loan. Jadi, jumlah hutang cuma enam ratus lima puluh sahaja sebulan.

Yaya tidak tahan dengan sikap suami, jangan salah faham, dia tidak curang pun. Kalau dia curang, saya tidak meng4muk pun, saya rasa nak ucap tahniah kepada perempuan yang nak itu ada lah. Macam mana nak mula ya…

Ok begini. Mari mula dengan ceritanya nak kahwin dulu. Dulu masa tunang Yaya dah dua kali pulangkan cincin sebab tidak tahan sikap dia yang bila stress mula moody, tidak peduli, stressed macam dia seorang sahaja ada masalah.

Mula Yaya dah nampak tanda amaran kat situ. Yaya macam dah agak, nanti esok-esok ada masalah, dah nampak dia tidak boleh buat keputusan yang bijak atau kadang-kadang membongak kononnya I can make decisions tetapi akhirnya semua keputusan buruk.

Semua dia buat akan makan balik diri dia contohnya, nak duit sangat join MLM, kena tipu dan sebagainya. Bila jadi macam ini, dia akan buat sesuatu sebagai distraction dia daripada masalah sebenar. Dia mula kumpul robot yang pasang – pasang itu lah, memancing lah, main badminton lah tetapi benda yang dia buat itu akan jadi sangat ket4gih.

Masalah yang sebenar masih tidak selesai. Dia buat hobi untuk diri sendiri sebagai melupakan masalah sebenar. Kononnya kalau buat macam itu, masalah sebenar akan hilang dan semuanya akan jadi OK. Hingga ke hari perkahwinan (Yaya yang kena buat loan untuk cover wedding itu sebab dia tidak ada cara nak cari duit)

Itu pun sebab mak dia nak buat wedding gempak sikit sebab ingatkan anak dia berduit sangat nak kahwin – keluarga mereka biasa – biasa sahaja. Mak suri rumah bapanya main muzik. Seorang kawan datang beri amaran yang masa itu sudah terlambat untuk batalkan perkahwinan. Kerosakan sudah berlaku, kad sudah keluar dan segalanya. Jadi, kami berkahwin..

Tahun pertama perkahwinan memang terasa teruk sekali. Dia macam tidak boleh nak urus kewangan dia. Masa itu dia beli kereta Satria mod cash (buat personal loan beli kereta, sedikit pun tidak berbunyi – padahal duit itu boleh buat kahwin – aku pula yang susah payah cari duit tambahan nak top up).

Jadi bila dah beli kereta second-hand, mulalah duit banyak habis ke kereta, penyelenggaraan lah apa lah. Kereta mod, tahu lah duit habis macam air. Ada satu masa beras pun tidak ada di rumah. Saya sengaja tidak beli sebab sejak kahwin Yaya sahaja beli barang dapur sementara duit dia habis dekat kereta. Yaya tidak pernah dibelikan baju ke apa ke sebab bil minta cepat sahaja kata tidak ada duit.

Jadi kerana sayang dan percaya sangat yang dia tidak ada duit, kereta kesayangan dia asyik rosak sahaja dan gaji katanya dalam dua ribu sahaja (masa itu gaji Yaya belum cecah dua ribu lagi). Yaya jarang minta duit dan barang dapur pun Yaya belikan.

Sebab kalau biarkan sahaja confirm kelaparan sebab dia tidak ada duit nak beli barang dapur. Bukan barang dapur sahaja, hampir semua barang dekat rumah ini Yaya beli. Dia cuma beli TV itupun hutang dekat Courts pakai payslip Yaya tetapi dia bayar.

Banyak, bukan? Jadi sejak dia boleh belajar ditanggung syarik4t, dia membuat keputusan untuk buat master. Kononnya kalau ada master esok, boleh jadi tutor dan hidup nanti agak senang sedikit. Jadi dia pun sambung belajar.

Hujung minggu tidak pernah ada dekat rumah sebab ada kelas sehingga Yaya positif mengandung kembar. Kami sangat gembira masa itu sebab hampir dua tahun berkahwin, akhirnya dikurniakan kembar. Kembar tidak seiras.

Yang s4kit hati itu, semua barang bayi Yaya sediakan sebab sekali lagi alasan tidak ada duit. Nasib baik Yaya top performer dekat 4jadi Yaya terima bonus dua bulan berturut. Jadi Yaya belanja hampir dua ribu beli barang sekaligus dari katil, baju, Pampers, breastpump, termasuklah dua carseat dan stroller untuk kembar. Tidak lama selepas itu Yaya bersalin awal, tiga puluh satu minggu tepat.

Jadi bayangkan bayi pramatang, duit hospital keluar macam air. Itu semua datang dari poket Yaya. Susu kembar istimewa. Jadi satu tin tiga ratus gram harga hampir tiga puluh ringgit yang paling murah dan si kembar perIukan dua puluh tin sebulan. Belum kira Pampers lagi.

Suami? Dia menjadi pembantu yang sangat baik, terus ambil alih kerja rumah sejak Yaya mengandung sebab Yaya tidak larat walaupun memandu kereta (hampir terlelap semasa memandu) sampai lah sekarang. Ya… Sampai sekarang.

Tiga tahun dia ambil alih kerja rumah. Sebab selepas bersalin Yaya tidak cukup tangan uruskan kembar dengan dia hujung minggu tidak ada dekat rumah sebab ada kelas. Jadi kebanyakannya, Yaya pun tidak boleh jaga diri Yaya sendiri. Terlalu str3ss, burned out, letih.

Bila Yaya dah mula kerja secara autom4tik tanggungjawab anak diserahkan bulat-bulat dekat Yaya. Yaya lah bayar taska anak, susu anak, makan pakai, semuanya di atas Yaya juga kena belanja duit dapur, hutang lagi nak kena bayar, kereta lagi.

Hingga ke hari ini Yaya beli sepuluh kilogram susu dan sepuluh bungkus Pampers setiap bulan. Jumlah Yaya belanja lebih dua ribu daripada gaji asal Yaya. Jadi suami pun kononnya nak menaw4rkan diri, nak upgrade kereta besar sedikit – Yaya pakai Myvi sahaja masa itu dan Yaya sangat sayangkan kereta itu.

Jadi Yaya kata kalau nak upgrade, sila selesaikan semua urusan kereta daripada minyak, penyelenggaraan, bayar loan. Jadi dia lakukan. Dia ambil Exora terus, nak yang bold punya sebab ada turbo. Nampak tidak? Tamak kan? Masa itu Yaya dah rasa lantaklah. Awak yang bayar. Yaya tidak mahu masuk campur.

Dan kehidupan pun diteruskan… Sekarang? Disebabkan beberapa sebab, Yaya tidak naik gaji. Jadi untuk dua tahun Yaya gaji dua ribu lapan ratus sebulan tetapi Yaya masih boleh menyara lima orang dan duit di tangan Yaya cukup-cukup sepuluh ringgit sahaja nak masuk gaji.

Dengan kos sara hidup yang sem4kin mahal, yuran taska pun naik, Yaya selalu kekeringan duit, belum masuk bulan baru pun. Biasanya dapat sahaja gaji, Yaya bayar hutang enam ratus lima puluh, duit taska sembilan ratus (tidak campur overtime), susu sepuluh kilogram, Pampers sepuluh bungkus, Yaya bayar duit telefon rumah dan telefon Yaya serta barang dapur serta barangan keperluan yang lain, sabun lah, keperluan anak lah.

Bila Yaya minta duit, cepat sahaja dia kata tidak ada duit. Lebih teruk, dia kata gaji kena potong sebab prestasi tidak memuaskan. Rupanya… Yaya terjumpa payslip dia dalam stor. Gaji suami sebenarnya hampir empat ribu tetapi dia ada buat personal loan, tidak tahu mana duit itu pergi.

Dia bayar bulan – bulan p0tong gaji dekat seribu lima ratus sebulan. Lebih meny4kitkan hati, bila Yaya bangkitkan hal ini, dia mesti marah dan kata Yaya tidak amanah. Buka barang orang, selongkar sesuka hati. Yaya sedih bila rupanya selama ini Yaya ditipu.

Tiada perempuan lain, Yaya boleh pastikan. Tetapi Yaya ada perasan dia ada beli barang kereta untuk kereta Satria dia, dan dia pun giIa main radio manual sebab terpengaruh. Dan sekarang? Dia sudah berhenti main radio sebab kesempitan wang, dia sudah jual barang radio. Ket4gihan baru dia adalah main game dekat telefon bimbit pula sekarang.

Sampai tidur pukuI tiga empat pagi main game. Yaya dan anak – anak terabai. Sekarang ini dia hidup macam bujang. Duit sesen pun tidak bagi, cuma bagi tiga ratus untuk duit sewa. Bila Yaya minta duit minyak, dia buat muka bengang. Yaya bercakap macam bercakap dengan tiang. Tiada respon langsung. Mata fokus main game.

Hari ini Yaya tekad bawa kereta dengan minyak berkelip, dah keluar tanda minyak sebab Yaya dah tidak ada duit langsung nak isi. Yaya ada tinggal dua puluh sen sahaja dalam dompet. Dah macam pelajar dah rasa, duit syiling sahaja ada. Pelajar pun kaya sekarang.

Nak pinjam mak duit, dah malu. Sebab setiap bulan kebelakangan ini Yaya minta duit dekat mak sampai mak kata, “Kamu dah kahwin tapi kenapa mak kena tanggung kamu lagi?” Sedih sungguh. Sayang itu dah lama hilang.

Yaya sekarang rasa kalau dia cuti hujung minggu, Yaya rasa semak sahaja dia dekat rumah. Kenapa Yaya kata macam itu? Pada usia hampir tiga tahun, budak sekarang dalam fasa meneroka. Jadi rumah saya betul-betul macam kena tsunami.

Kalau tidak pantau betul – betul, seorang buka peti ais dan pecahkan telur, dalam masa yang sama yang lain memanjat, yang seorang lagi buka tong susu main tumpah-tumpah. Atau… Buka laci ambil pisau lah. Apa sahaja yang mereka suka. Kalau sesiapa ada anak seorang, mereka selalu kata penat jaga. Bayangkan saya ada tiga orang.

Bila budak melasak, dia pernah marah budak dengan berkata, “Dah lama hidup?” Kadang – kadang dia pukuI budak dekat kepala. Saya punya gaya, saya biarkan mereka sepahkan rumah, asalkan tidak terlalu sepah dan bermain dengan barang yang tidak berbahaya. Kadang-kadang saya turut serta bermain. Tetapi dia tidak.

Bila dia cuti, bangun pun lambat. Berbeza dengan saya, morning person sebab dah diajar dari kecil. Walaupun lambat mana pun tidur, pagi mesti bangun. Yang dia pula, bapa dia jenis lambat bangun jadi anak-anak pun mengikut, yang emaknya pula biarkan sahaja anak bangun lambat.

Bila saya bising suruh bangun pagi, dia buat muka bengang lepas itu marah, “Pagi kalau tidak membebel tidak boleh?” katanya. Bangun tidur tempat lain. Kalau tidak tidur, bangun, kemas campak-campak barang lepas itu duduk luar.

Duduklah selama yang boleh, main game dan hisap r0kok. Bila saya panggil minta tolong, baru nak bergerak. Itu pun lambat. Sampai saya boleh siap kerja yang saya tengah buat dan selesaikan apa yang saya minta. Saya pernah tegur dia cara percakapan dengan budak.

Saya kata jangan cakap dengan budak, “Dah lama hidup ke?” Mereka baru hidup nak masuk tiga tahun. Andaik4ta mereka berlaku apa-apa, janji mereka ke syurga. Kita ke mana? Diam sahaja dia. Dia tidak banyak cakap, tetapi masa bercinta dulu kemain lagi. Katanya apa yang dia buat dulu hanyalah pelaburan. Nak dapatkan saya. Terasa kurang ajar di situ.

Apa Yaya perlu buat sekarang? Yaya nak bawa hal ini ke mahkamah. Tetapi Yaya nak bersedia dulu apa yang patut. Sebab Yaya tidak tahan hidup macam ini lagi. Yaya rasa lebih baik Yaya jadi ibu tunggal daripada balik rumah, ada seorang lagi menyemak dekat rumah. Yang totally abaikan kami, yang nafkah tidak bagi.

Macam housemate. Tiga ratus beri bulan-bulan macam beri sewa bilik asalkan ada bumbung dekat atas kepala. Kalau sahaja Yaya dengar nasihat kawan dulu. Terima kasih baca luahan hati Yaya yang panjang ini. Yaya taip dalam gelap jadi maafkan mana yang typo error.

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.