
Aku SISPAA kemudian pergi jumpa Pengarah, buat laporan supaya dapat tindakan tatatertib. Alang – alang sampai ke atas katil, angkat kaki, dapatkan fasakh sebab semua bukti aku ada senang. Mudahkan dengar tapi…
#Foto sekadar hiasan / AI. Selalu aku dengar cerita orang atau aku baca dekat confession. Kali ni jadi dekat aku. Bila kena dekat diri sendiri, aku jadi blank. Lembam. Ke sebab aku mengandung waktu tu jadi aku tak ada masa nak fikir sebab aku penat sangat?
Hari ni aku stalk ig perempuan tu. Dah nak kahwin rupanya selepas jadi b4bi hutan berhias. Habis pokok bunga dan sayur aku rosak kau jah4namkan dan tereng teng teng kau post bahagia nak kahwin.
Aku wonder la, orang macam ni bila nak kahwin, dia tak takut ke benda ni jadi dekat dia eh? Anak dia? Keluarga dia? Aku selalu terfikir apa perasaan dan rasa orang kaki perosak rumah tangga ni eh? Dia tak rasa bersalah ke eh? Dia ingat kahwin tu just happily ever after is it? Kemooon la.
Aku ni orang kata tegas orangnya (orang kata bukan aku tau). Tapi somehow aku tak pernah marah pun perempuan ni. Aku just cakap elok – elok je. Just being nice walaupun dia dah lipat laki aku (laki aku pun salah jugak, korang jangan risau, aku dah basuh sental dia).
Aku rasa Allah bagi aku kekuatan sebab aku rasa sangat cekal waktu tu. Nangis? Tak boleh tidur? Mesti la ada, sebab aku ni manusia. Tapi nak sampai depr3ssion tu tak ada lah. Dan bila fikir balik, menyesal pulak aku. Rasa b0do pun ada sebab tak bagi sepatah dua kata.
Dengan keluarga mertua pun tak semenggah. Kes besar macam ni pun boleh tutup mata. Per4ngai narc1ssist dan t0xic positively, siap pesan suruh telan bulat – bulat dan jangan korek lagi apa anak atau abang depa buat. Pasal depa ni tak payah cerita la.
Mesti korang bosan dengar sebab per4ngai typical macam drama melayu. Mampu sabar jelah. Allah itu ada dan Dia Adil. Jika aku tak mengandung triplet ketika tu, memang aku muay thai kan kot laki aku.
Aku SISPAA kemuian pergi jumpa Pengarah, buat laporan supaya dapat tindakan tatatertib dah alang – alang sampai ke atas katil, then angkat kaki, dapatkan fasakh since semua bukti aku ada senang nak naik turun mahkamah. Walaupun cinta nak m4ti, tapi kumbang bukan seekor yedok?
Mudahkan dengar? Tapi itulah, semua benda tidak mudah. Laki aku merayu rayu supaya jangan cerai, kesian dekat anak – anak dan perkara ni tak nak buat dah. Letih aku fikir. Nak leraikan ik4tan perkahwinan aku atau kekal dalam hubungan ni. Untuk diri atau untuk anak – anak.
Papa Mama aku suruh fikir mana yang terbaik, kawan – kawan aku suruh aku cerai. Tapi siapa akan ada dengan aku untuk membesarkan anak – anak kalau aku pilih itu atau ini? Jangan salah faham, aku ada good support system, daripada keluarga dan rakan – rakan.
Tapi korang faham kan maksud aku? (Sebab tu aku sangat salute single mothers di luar sana. Korang memang power!) Aku ada anak nak membesar. Mereka perIukan ayah dan ibu. Setiap anak perlu kan Mother & Father figure.
Kasih seorang ayah tak akan sama dengan Atuk, tak akan sama dengan Ayah Saud4ra hatta rapat macam mana pun (please exclude absent father/ mother ye- in kes lain), vice versa. Sebabkan ni pertama kali jadi dan janji takkan buat lagi, so aku buat keputusan untuk stay. Pahit dia berIawan dengan prinsip hidup aku, tapi aku telan.
Sekarang? Aku tak tahu apa perasaan ni. Marah pun tidak. Benci pun tidak. Taw4r hati ke eh? Nak kata depr3ssion pun tak sebab aku masih lagi boleh function macam biasa; kerja, tidur, exercise, makan, main dengan anak – anak, jumpa kawan – kawan, berhubungan biasa dengan husband aku.
For the first 3 years, memang r3muk la hati aku. Kepercayaan aku tu macam cermin, retak seribu lepas tu tampal balik. Tapi selepas tu, aku rasa macam tak ada apa – apa. Kalau rasa pun, hati rasa berat, tapi tak tahu apa. Haha.
Husband aku? Nampak la perubahan dia. Cuba ambil hati aku balik. Pergi kerja balik kerja. Masa terluang untuk aku dan anak – anak. Buat kerja rumah sama – sama dengan aku. Aku masak dia kemas rumah, aku settle kerja dapur, dia mop rumah. Aku basuh kain dia lipat baju.
Walaupun lepas shif malam pun, balik kerja masih lagi selesaikan apa yang patut. Financial, semua aku biar dia bayar. Daripada segala isi rumah, baju, pampers, susu, sekolah anak – anak, bil air api. Belanja dapur.
Selama ni aku tolong financially, dia ambik mudah. Sekarang, rasakan, aku tak nak tolong dah supaya duit dia tak pergi ke tempat yang tak patut. Biar dia belajar apa itu tanggungjawab, apa itu jadi qawwam.
P/s: Dear readers sekalian, jangan risau. Jika benda yang sama terjadi lagi sekali lagi (harapnya tidak), memang aku akan angkat kaki dan aku tidak takut untuk jaga anak – anak aku sendiri. Aku akan tuntut semua benda A-Z. Doakan aku – Bougainvillea (Bukan nama sebenar)
Komen Netizen :
Yesmina Butik Bmc : Sampai atas katil? Ngerinya.. jauhkan lah aku dan keturunan aku dan kami semua dari ujian macam ni. Sebab laki ko tu kalau ikut hudud, dah m4ti dah pun. Sebab tu kot ko tak rasa apa – apa dah. Nauzubillahi minzalik.
Ha Limah : Peh, dah sampai atas katil pun awak yang merayu jangan cerai ek? Betul – betul muka tebal laki awak ni. Bab serah semua financial dekat dia tu betul. Buat saving sekali. Sebab kalau lepasni dia curang lagi, jangan pandang belakang dah. Anak pun taknak berbapakkan kaki betina.
Anie Alja : Pengalaman berjumpa orang yang ada isu curang, tak ada yang BACK TO NORMAL STATE. Semua paranoid. Ada Iuka tak sembuh. Ada parut merah menyala. Bila – bila saja boleh berd4rah. Tak akan sembuh sampai bila – bila. Tapi keputusan cerai pun tak mudah. Huhu… all the best to you.
Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.