
Suami akan tunggu sampai sampah dah keluar ulat baru dia buang. Jadi, aku yang akan buang sampah sendiri. Aku yang masak, aku yang jaga anak termasuk k3ncing ber4k anak aku yang uruskan. Suami tak tolong tapi dia merungut dan akan marah anak – anak..
#Foto sekadar hiasan / AI. Hi, tolong hidekan profil aku. Aku seorang isteri dan mempunyai 2 orang anak perempuan. Masalah aku adalah aku dah mula takde perasaan pada suami aku lagi. Kisah sedih aku bermula dari mulanya aku mengandung anak pertama.
Kami mendirikan rumah tangga atas dasar suka sama suka tapi suami aku lebih suka mendesak untuk berkahwin cepat. Masa tu aku baru je tamat pengajian dan baru je mula kerja. Aku ambil masa yang lama untuk bersetuju dengan perkahwinan tersebut dan akhirnya aku bersetuju juga dan beranggapan mungkin dah sampai jodoh.
Kami pun mendirikan rumah tangga sama seperti orang lain dan dengan majlis yang sangat meriah. Setelah beberapa bulan kami mendirikan rumah tangga, aku mengandung. Aku sangat gembira dengan berita ni tapi berbeza dengan suami, dia sedikit pun tak hiraukan berita gembira ni, sebaliknya salahkan aku kenapa mengandung begitu cepat.
H4ncur luluh hati aku bila tengok respons negatif dari suami tapi aku berjaya bertahan kerana aku masih mempunyai emak dan ayah yang sentiasa memberi sokongan pada aku sepanjang aku mengandung. Hari berganti hari, kandungan aku mulai besar dan badan aku mulai berat.
Alhamdulillah aku tiada sebarang morning s1ckness sepanjang tempoh kehamilan. Tugas aku sebagai seorang pendidik membuatkan aku cepat penat dan letih sepanjang tempoh kehamilan, tambah pula aku terp4ksa bekerja sehingga malam.
Ketika inilah suami aku tak pernah ambil tahu langsung keadaan aku yang tengah sarat mengandung anak sulung kami. Suami lebih suka tidur dari bertanyakan khabar kandungan aku walaupun kami duduk serumah di rumah mertua. Dia sanggup MC kerana letih bekerja katanya, dari teman aku untuk pemeriksaan bulanan.
Dia juga merupakan kakitangan awam yang mempunyai tugas yang tak berat. Aku terp4ksa pergi sendiri dengan menggunakan pengangkutan awam dari tempat kerja ke klinik kesihatan. Dalam keadaan yang sangat sarat, aku terp4ksa berasak masuk ke dalam kereta api komuter untuk pergi ke klinik bagi mendapatkan pemeriksaan bagi kandungan aku.
Suami tak pernah ambil tahu langsung kandungan aku sehinggalah satu hari aku merajuk dan balik ke rumah mak aku selepas habis pemeriksaan bulanan bagi kandungan aku. Sepanjang aku di rumah mak aku, dia sedikit pun tak hiraukan aku termasuklah tiada langsung telefon aku untuk pujuk.
Sampailah ayah aku suruh aku pulang ke rumah mertua, suami masih lagi tak hiraukan diri aku. Aku hanya pujuk diri sendiri pada ketika tu. Lagipun emak aku selalu berpesan ketika mengandung jangan terlalu sedih, nanti kesan dekat kandungan dan ayah aku juga selalu berpesan supaya sentiasa bersabar kerana sabar adalah jalan terbaik bagi semua ujian.
Jadi aku berpegang pada pesan mak dan abah aku. Dalam keadaan macam tu suami aku masih tak berubah. Aku cuti awal 2 minggu dari tarikh dijangkakan bersalin dan sepanjang tempoh ni aku balik ke rumah mak aku, dihantar oleh suami aku. Suami seolah tiada respons dan tiada perasaan.
Dia hantar aku dengan tangan kosong tanpa wang belanja dan nafkah. Suami suka habiskan masa dia dengan tengok TV sampai lewat malam dan tengok cerita tak senonoh. Bila tiba masa nak bersalin, mak aku hantar ke hospital dan masa tu aku dalam keadaan yang s4kit nak bersalin tapi belum boleh masuk bilik bersalin lagi.
Suami dan mertua aku datang ke hospital dengan keadaan dan muka yang marah. Mertua sound aku yang sedang s4kit contraction dengan mengatakan siapa nak bayar bil hospital nanti depan mak dan adik aku. Suami muka masam dan marah aku bila mertua dan mak aku keluar dari bilik hospital tu. Aku tahan je perasaan tu tanpa sepatah kata.
Bila bukaan dah buka sepenuhnya, aku dibawa masuk ke bilik bersalin. Di situlah rasa sedih dan geram aku pada suami dah tak boleh dibendung lagi. Semasa aku meneran untuk melahirkan anak, aku mengalami sedikit kesukaran jadi doktor gunakan vakum.
Tapi sebelum doktor gunakan vakum, suami sempat merungut dekat aku dan kata kalau tak teran nanti kena operation dan nak bayar lagi mahal. Sedih tak terhingga masa tu dan semua bil hospital aku ayah aku yang bayar. Suami dan keluarga suami sedikit pun tak ucapkan terima kasih dan tak ambil peduli langsung.
Anak aku lahir dengan selamat dan keesokan harinya aku dan anak pulang ke rumah emak aku. Di sinilah bermulanya kesedihan aku. Sepanjang tempoh berpantang, mak dan ayah aku yang jaga. Mertua hanya datang lawat dan mula tanya dekat keluarga aku ni cucu siapa.
Soalan tu sangat menyinggung perasaan aku dan keluarga aku hanya menjawab ni cucu mertua, d4rah daging dia. Sepanjang tempoh berpantang, suami tiada langsung jenguk aku. Selepas sebulan baru dia datang jenguk, padahal rumah mak aku dengan rumah mertua serta tempat kerja suami tak jauh pun dan kalau memandu hanya makan masa lebih kurang 35 hingga 45 minit je.
Sepanjang tempoh berpantang aku memang rasa tertekan. Suami datang selepas sebulan tu pun sebab nak hantar hamper pada aku yang pejabat ayah dia bagi. Bermula dari aku mengandung sampailah anak lahir, suami merungut je. Tiada langsung suami tunjuk kasih sayang dia pada anak yang baru lahir. Dia kisah pun tak pada anak.
Keperluan anak dia beli sebab tanggungjawab tapi tu pun sambil beli sambil merungut. Aku bersyukur sebab aku bekerja jadi kalau suami tak beli untuk anak, aku yang akan belikan untuk anak termasuklah keperluan anak. Sepanjang aku berkahwin dengan suami, dia tak pernah langsung bagi duit nafkah pada aku dan kalau aku minta, dia akan cakap duit tak cukup sehinggalah sekarang.
Bermula aku berpantang sehingga sekarang, aku duduk dengan mak dan ayah aku. Merekalah yang bagi makan dan pakai untuk aku dan anak. Setelah habis pantang, aku masih lagi duduk dengan mak dan ayah aku tanpa suami di sisi. Aku dengan mak dan ayah aku bersama besarkan anak.
Suami hanya datang ambil aku untuk ke pejabat kalau kelas aku pagi, kalau petang aku akan pergi sendiri. Tu pun akan merungut juga bila hantar aku ke tempat kerja. Hujung minggu juga aku dan anak tanpa suami. Suami tak nak ambil kami dengan alasan penat bekerja, jadi dia nak rehat.
Aku hanya diam tanpa soalan lagi, begitulah kami. Kami hanya berjumpa dan jadi seperti pasangan normal yang lain bila ada jemputan tertentu je tapi tu pun bukan semua acara. Kadang – kadang kalau aku cuti seminggu, jadi sepanjang seminggu tulah kami tak berjumpa langsung, tanpa khabar berita.
Kalau aku telefon suami, dia tak akan jawab panggiIan aku. Kalau tinggalkan mesej pun tak akan dibalasnya. Jadi aku ambil keputusan untuk berdiam diri dan bersabar. Pernah satu hari aku s4kit dan dimasukkan ke hospital. Aku telefon suami tapi dia tak angkat dan tak datang langsung tengok aku dekat hospital sampailah aku keluar hospital.
Mak aku telefon, mesej pun tak dibalas. Aku sendiri keseorangan dekat hospital sebab mak aku terp4ksa jaga anak sulung aku. Aku akui kadang – kadang aku rasa teramat sunyi, hidup tak sama macam pasangan yang lain. Paling aku kesian adalah pada anak aku.
Perkembangan anak sedikit pun suami tak ambil tahu. Akulah yang uruskan tadika mana yang nak masuk, aktiviti sekolah anak dan lain keperluan anak aku, mak dan ayah aku yang uruskan dan kalau aku beritahu suami, dia hanya merungut.
Suami jumpa aku dan bawa aku balik ke rumah hanya untuk keperluan nafsu dia je. Kepuasan tu dia seorang je yang nikm4ti, aku umpama pelayan nafsu dia. Aku mengandung anak kedua tapi kali ni sebab jarak anak pertama dengan anak kedua agak jauh, jadi suami boleh terima kehamilan kali ni. Tapi masih kadang – kadang merungut dan biarkan aku hadapi morning s1ckness seorang diri di rumah mak ayah aku.
Dia memang tak nak ambil kami dan duduk serumah sebab alasan dia leceh dan takde siapa nak jaga anak bila kami pergi kerja. Semasa usia kandungan aku 6 bulan, aku berhenti kerja kerana kontrak kerja aku tamat. Aku cuba sehabisnya untuk cari kerja baru tapi tiada rezeki sehinggalah aku melahirkan anak aku.
Dan kali ni aku dah bersedia dari segi mental kalau suami buat macam sebelum ni, aku tak akan sedih macam dulu. Anak kami lahir dan aku berpantang di rumah mak aku. Macam biasa mak aku jaga aku dan mertua akan datang lawat dan buat hal lagi tapi kali ni lain pula halnya.
Apa je mertua buat pada keluarga aku, aku tak pernah beritahu suami sebab tak nak panjangkan cerita. Ayah aku sentiasa berpesan supaya bersabar. Setelah habis berpantang, aku sambung usaha untuk cari kerja dan di sini suami merungut lagi sebab aku tak kerja.
Bukan aku tak berusaha tapi belum ada rezeki. Dia mula ugvt aku dengan macam – macam masalah yang timbul. Aku bersabar dan dalam masa bersabar, rupanya hal aku tak bekerja dah jadi bualan hangat antara ipar duai dan saud4ra mara sebelah suami.
Setiap kali aku berjumpa dengan keluarga sebelah suami untuk hari raya, semua akan tanya aku soalan yang sama, dah dapat kerja ke belum? Aku bertambah tertekan tapi masih lagi bersabar, dah lah tak bekerja, orang duk mengata aku, makan minum aku dan anak keluarga aku yang tanggung.
Akhirnya doa emak, abah dan aku termakbul, aku dapat kerja. Tapi walaupun aku gembira sebab dah boleh mula bekerja, masalah lain pula yang timbul. Ayah aku didapati mempunyai s4kit yang sukar untuk diubati. Aku, emak dan adik sangat sedih apatah lagi ayah aku. Tapi kami bersabar dan terima ketentuan dariNya. Akhirnya ayah aku meninggaI dunia awal bulan Nov.
Sepanjang ayah aku di hospital, mak yang jaga ayah dan di sini suami merungut lagi sebab anak siapa nak jaga. Akhirnya aku dan suami berjaya mencari taska untuk jaga anak dan perbelanjaan taska kami tanggung bersama. Setiap kali aku pergi melawat ayah di hospital, suami pasti merungut sebab nanti kena bayar lebih dekat taska. Padahal aku lebih banyak keluar duit termasuk bayar duit rumah dari suami.
Di sini bermulalah kami duduk satu rumah sama seperti pasangan yang lain. Duduk di rumah sendiri memang seronok tapi aku sangat penat sebab semua benda aku kena buat sendiri tanpa bantuan dari suami. Suami hanya basuh baju dengan mesin dan sidai, tu je tugasnya.
Kalau bab sampah dekat dapur, dia akan tunggu sampai sampah dah keluar ulat baru dia buang. Penat aku ingatkan dia untuk buang dan alasan yang dia bagi, sampah belum penuh lagi dalam tong. Malas nak panjangkan cerita, aku buang sendiri sampah tu. Aku yang masak, aku yang jaga anak termasuk k3ncing ber4k anak aku yang uruskan. Suami tak tolong tapi dia merungut.
Bila anak nangis, dia akan marah anak dan maki dengan perkataan yang meny4kitkan. Lepas tu kalau yang sulung, dia akan marah, maki dan tumbvk bila anak sulung bocor sebab k3ncing dan munt4h atas katil atau kalau keluar jalan. Aku masih bersabar lagi dan aku selalu selamatkan anak dari kena pukuI. Kalau suami maki anak, aku akan marah dan tegur suami.
Bila aku tegur suami, dia akan buat muka masam dia dekat aku dan tak nak tegur aku. Setiap kali dia merungut sebab tak puas hati pasal rumah tangga, dia akan tinggalkan aku. Pernah sekali suami tinggalkan aku dekat tepi jalan dan suruh aku balik sendiri ke rumah sebab dia tak nak tengok anak dekat rumah mak aku.
Banyak kali suami buat macam ni dekat aku, tinggalkan aku dekat mall dan tak hiraukan kami. Aku hanya bersabar dan berdoa supaya dia dapat balasan suatu hari nanti. Pernah juga aku minta cerai sebab aku dah tak boleh tahan dengan sikap suami yang suka merungut dan buat kami macam ni tapi dihalang oleh ayah aku. Sekarang hidup aku dengan suami hanya lebih pada sehelai kertas je.
Komen netizen :
Ryn Inutl : Ya Tuhan. Satu anak pun macam tu per4ngai, kenapa tambah dua? Kalau diri sendiri terlampau REDHA lalui hidup macam tu tak apalah, tapi ingat, jangan susahkan orang lain. Maksud aku anak dan mak ayah sis. Dorang tak layak hidup macam tu hanya sebab sis seorang yang “sabar” dan tetap nak pertahankan hubungan dengan suami. Berpelajaran dan ada kerja kan? Please lah move on!
Apa kata anda? Hantar kisah anda di sini
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.