Suami ugvt jika aku tinggalkan dia, dia akan edit gambar aku supaya tiada siapa nak kahwin dengan aku

Sebelum nikah suami cakap dia mampu tanggung aku kalau tidak bekerja, malah dah submit loan nak membeli rumah. Tapi semua tipu! Tipu jugak sekali gaji dan kelulusannya. Jauh beza kelulusan dia dengan aku. Aku dapat tahu, setelah bernikah dengannya, sudah terlambat.

Advertisements

#Foto sekadar hiasan. Assalammualaikum wahai pembaca. Namaku Mawar, usia hujung 20 an, graduan tapi tidak bekerja buat masa ini, telah berkahwin, dan tiada anak. Usia perkahwinan menjejak tahun ke-3. Suami aku berusia-30 an.

Aku isteri yang d3rita, hanya 3 bulan pertama usia pernikahan aku rasa bahagia, seterusnya hari – hari aku dipenuhi dengan c4cian, ugvt, m4ki, dan aku juga pernah dipukuI.

Aku kerap berkongsi rasa dengan ibuku, kerana rasa terlalu sedih, begitukah rumahtangga? Adakah wanita apabila tidak bekerja, langsung tiada hak bersuara?

Lelaki yang aku pilih, untuk berkongsi hidup, hanya memberikan aku pend3raan em0si. Siapa sangka aku m4ngsa. Beberapa kali aku mendapat tawaran kerja, aku tidak dapat pergi ke temuduga, aku selalu direndahkan, dipr0voke.

Sejak berkahwin, aku pindah tinggal di negeri suami, dan hanya beberapa bulan pertama kami menyewa, seterusnya episod tinggal di rumah mentua dengan ipar duai.

Aku str3ss kerana aku ada loan PTPTN dan loan kereta perlu dilunaskan. Selama ni, ibu bapaku yang membantu aku membayar loan keretaku. Suami ku tidak pernah membantu.

Pedih, tu aku rasa. Aku rasa bagai ditipu, sebelum bernikah suami mengatakan dia mampu menanggung seandainya aku tidak bekerja, malah dah submit loan nak membeli rumah.

Tapi semua tipu. Tipu jugak sekali gaji dan kelulusannya. Jauh beza kelulusan dengan aku. Gajinya sebenarnya hanya cukup untuk diri sendiri. Aku dapat tahu, setelah bernikah dengannya, sudah terlambat.

Mungkin kerana sayang, aku sanggup menjual kereta kesayanganku sebelum menikah, untuk menambah wang belanja kenduri. Majlis kami dibuat selepas beberapa bulan kami nikah, atas ihsan mentua.

Menyesal sungguh aku, kereta itu aku modified sedikit demi sedikit hasil kerja part time semasa belajar. Lupakah suami pada peng0rbanan aku? Malah aku tinggal ibu bapaku di kampung yang sem4kin meniti usia berdua.

Suami malah tiada langsung duit untuk wang hantaran, semuanya hasil ihsan dari mentua. Malah, aku membeli cincin yang murah, kerana aku tidak mahu membebankan suami. Tiada gelang emas untuk batal air sembahyang. Adakah aku b0doh?

Di balik raut wajah, siapa sangka suami ku seorang yang panas baran dan malas bekerja, serta suka cakap putar alam. Seperti Ustaz Hamadi dalam Drama Nur.

Sem4kin hari, aku sem4kin tidak yakin untuk hidup bersamanya. Kini, suami ku juga penganggur. Lebih setahun, suami tidak bekerja, malah semua belanja ditanggung oleh mertua. Tidakkah suami ku malu?

Sering kali, aku yang disuruh cari duit belanja, dan bekerja. Aku rasa terh1na. Aku telah banyak kali cuba mencarikan pekerjaan buatnya, namun sia – sia.

Dia terlalu eg0 dan malu untuk bertanya dengan kawan – kawan untuk menolong mencari pekerjaan. Kerja yang datang juga, ditolak kerana dia tak nak kerja yang ada shift, kerja hari minggu, dan kerja berpanas.

Allah, lelaki jenis apa ini? Salah didikan ibu bapa ke? Dia tidak sedar ke tanggungjawab suami? Tak salah pun walaupun kerja pot0ng rumput, asalkan halal.

Kenapa suami tidak berfikiran seperti ketua keluarga, sewenang – wenang berhenti kerja tanpa berfikir panjang. Aku jadi takut apabila kami ada anak nanti, bagaimana kalau dia ulang sikap lamanya?

Bab anak pula, dari awal perkahwinan, suami ku suruh aku gugurkan kandungan jika mengandung, alasan tidak mampu?

Sedihnya hati, aku ni ibarat macam perempuan murahan. Aku juga jarang dapat pulang ke kampung, kerana suami ku tidak suka kepada kedua ibu bapa (sebelum kahwin memang mesra).

Dalam setahun, hanya 5 kali, itu pun paling lama 2 malam. Padahal jarak hanya sejam sahaja. Aku juga dimarah jika telefon parents terlalu lama. Sungguh tiada privacy dalam rumah mentua.

Aku menangis tiap kali sujud dan solat kerana aku tidak tahan dengan perkahwinan yang menyiksa jiwa.

Ibu bapa ku di kampung, agak sedih mendengar kisahku, dan beberapa kali meminta aku balik ke kampung. Tapi mungkin kerana mereka malu anaknya menjadi janda dan simpati kepada suami ku, mereka masih memberi peluang.

Orang tua sebolehnya ingin menyelamatkan perkahwinan. Aku banyak kali terfikir untuk meminum r4cun, keIar tangan dan macam – macam. Kerana aku sudah penat dengan drama suami, juga orang sekeIiling.

Suami ku juga mengugvt jika aku tinggalkan dia, dia akan edit gambar aku dan buat aku malu, supaya tiada siapa ingin berkahwin dengan aku. Ya Allah, begitulah suami?

Hanya kakakku sahaja, ajak aku tinggal di KL bersama keluarganya dan mencari pekerjaan di sana, sekiranya aku bercerai. Keluarga ku kecil sahaja, hanya ada aku, ibu bapa dan akak ku sahaja.

Aku sem4kin Iost contact dengan kawan – kawan dan sed4ra mara. Sering kali kenduri kahwin pun tidak dapat aku hadiri. Mentua aku melayan dengan baik, cuma jika aku cakap mengenai anaknya, pasti mereka menyalahkan aku kembali.

Patutkah aku terus bertahan dengan suami aku? Menunggu dia bekerja semula? Atau kalau aku file cerai, berjaya ke?

Aku tiada duit nak hire lawyer. Aku ada record perbualan antara aku n ibu bapa mentua yang menyatakan anak dia tidak bekerja setahun, salinan IC suami, sijil kahwin, sijil takIik, no rujukan EPF suami. Tetapi aku masih tidak dapat, kata – kata m4kiannya.

Bukan mudah nak record. Cukup ke bukti aku tu? Sungguh aku tak nak dig4ntung tak bertali. Adakah semua mahkamah di Johor, ada penceraian Hakam?

Aku mend3rita, hidup aku ibarat tahanan, selama aku hidup dengannya, aku tinggal di bilik sempit, dan berkatil single, malah tilam yang berlekuk, suami langsung tiada usaha untuk memperbaiki kehidupan.

Sudah lebih 2 tahun aku bersabar. Aku kini wajah m4kin kusam dan kurus kerana aku tidak bahagia bersama suami yang dayus. Berbeza dengan rupa aku ketika bujang.

Terima kasih wahai pembaca. Aku perlu pendapat kepada sesiapa yang pernah aIami nasib yang sama? Malu ke jika menjadi janda? Adakah suami begini akan berubah?

Aku sem4kin tawar hati, sudahlah tersiksa zahir, batin juga tersiksa. – Mawar (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Dian Nasha : Tolonglah keluar dari kehidupan yang macam ni. Awak masih muda, ibu bapa juga bagi pendidikan yang tinggi dekat awak. Percayalah walaupun awak bercerai sekalipun kehidupan awak akan jadi lebih baik dari sekarang. Tetapkan pendirian, jadi kuat, capai cita – cita bahagiakan diri sendiri. Go for it!

Jam AT : Puan boleh pergi hospitaI kerajaan (Tak boleh pergi HospitaI swasta) berjumpa dengan doktor ps1kiatri dan beritahu doktor Puan pernah nak bunvh diri, did3ra dan diugvt oleh suami secara mentaI dan fizikaI. Dengan report ps1kiatri tersebut ia akan menjadi bukti kukuh untuk Puan minta cerai fasakh di Mahkamah. Hanya doktor yang bertauliah je boleh diagn0se. Peguam Syariah yang cadangkan saya masa nak bercerai dulu dan Alhamdullilah ia berhasil.

Eita Arif : Pergi mahkamah terus isi petisyen cerai sendiri, tak perlu pasang peguam hire lawyer, kalau dah bersedia. Kalau dia ugvt, report pada polis untuk rujukan masa depan. Jangan takut dengan apa sahaja ugvtan di dunia, ingat Allah ada. Semoga Mawar kuat untuk diri sendiri, awak je yang boleh ubah diri awak, bukan kami.

Nabs Manaf : Berani buat keputvsan untuk kehidupanmu dik. Keluarlah dari kehidupan begitu. Berharap dan berdoa sahaja tidak cukup, awak kena usaha.. Usaha untuk mencari sinar hidup awak sendiri. Pergi mahkamah, keluarlah dari kehidupan yang begitu. Semoga dipermudahkan urusanmu dik

Marinah Osman : Hidup kita tak kenyang dengan pujian orang dan tidak m4ti dengan h1naan orang. Hidup kita, rancanglah seperti yang kita impikan. Buatlah sesuatu untuk kebahagiaan sendiri dan mak ayah. Cukuplah masa belajar dulu mereka banyak membantu, sekarang bahagiakan mereka. Beranikan diri. Sekiranya masih ada ugvtan dari suami, selepas fail fasakh boleh buat report polis.

Rose Lyana : Dah tak bagi nafkah tu layak mohon fasakh, bagusla ada bukti – bukti semua tu. Kalau husband nak sebar gambar, report polis jer. Tak payahla takut, dia tu nk ugvt jer supaya tak tinggalkan dia. Bab kena pukuI tu, report jugak supaya lagi kukuh kes fasakh. Tolonglah dik, keluar dari perkahwinan yang penuh t0ksik. jangan sampai depr3ssed sampai nak bunvh diri. Ingat Tuhan dik, Istighfar banyak – banyak, solat minta Allah mudahkan urusan dan lapangkan d4da. Ingat mak ayah kat kampung, jangan duk buat bukan – bukan. Kalau susah sangat lari je dari situ.