Sudahlah semua barang kemas aku dicuri, duit i-sinar pun suami guna untuk main jvdi online

Semasa usia kandungan 6 bulan, baru aku sedar suami senyap – senyap memajak semua barang kemas aku. Tak cukup dengan tu, duit i-sinar pun habis dia gunakan. Oleh sebab tak tahan, aku mengadu pada mak mertua tapi aku sangat terk3jut dengar apa yang mak mertua cakap..

Assalamualaikum buat admin dan para pembaca setia. Harap – harap confession aku ni disiarkan. Aku sangat buntu dan memerIukan pendapat. Pertama kali maaf jika ayat berterabur tak pandai sangat nak karang dalam keadaan otak yang buntu ni.

Perkenalkan, aku Laila (bukan nama sebenar), berumur 24 tahun dan kini sedang hamil anak sulung, inshaAllah bakal melahirkan April depan. Yatim piatu, tinggal bersama mertua yang penyayang.

Apa yang bakal aku ceritakan ni adalah untuk meminta pendapat dan cadangan dari kakak – kakak dan abang – abang senior dalam kehidupan rumahtangga.

Begini, aku dan suami berkenalan hampir setahun dan terus bernikah tanpa bertunang, memandangkan waktu tu adalah waktu PKP, jadi lebih jimat bagi kami jika terus menikah.

Majlis berjalan dengan lancar, ditakdirkan aku disahkan aku hamil 5 minggu setelah sebulan menikah. Ketika itu, suami aku adalah orang yang paling bahagia.

Aku juga dikurniakan mertua yang sangat baik dan aku tinggal bersama mereka kerana mereka telah uzur. Sebelum berkahwin aku bekerja sebagai seorang reception di salah sebuah hotel budget, dengan gaji dalam 1300 tolak kwsp semua.

Tapi memandangkan aku mengaIami aIahan yang sangat teruk, jadi suami dan ibu mertua aku menyuruh aku berhenti kerja, walaupun berat tapi aku akur.

KonfIik dan tekanan bermula, ketika di usia 6 bulan kehamilan aku, bila aku mendapati suami aku telah senyap – senyap memajak gadaikan semua barang kemas aku untuk dilaburkan dalam permainan jvdi online yang dia main.

Aku sangat kecewa kerana aku tak sangka suami yang aku percaya sanggup menipu aku. Hampir setiap malam aku menangis, sampai satu tahap aku tak tahan aku luah segalanya kepada mak mentua aku.

Lebih terk3jut bila mak mentua aku kata suami aku ada ambik dan telah memajak rantai emasnya. Total keseluruhan anggaran dalam 7k untuk kesemua emas aku dan mak mentua aku yang suami aku dah pajak.

Dia dah berjanji untuk bayar dan ambik balik barang kemas tu. Tapi sampai sekarang tak nampak bayang lagi. Aku sangat takut sebab salah satunya adalah rantai pusaka arw4h mak aku. Aku sangat sayang akan rantai tu.

Itu saja satu – satu kenangan dengan arw4h mak aku. Suami aku pula kerja kampung biasa – biasa, kadang – kadang pergi kadang – kadang tak. Dia lebih suka keluar lepak sampai 2, 3 pagi baru balik.

Sebab tu selalu tak pergi kerja akibat terlajak tidur. Paling menyedihkan, duit i-sinar dia yang masuk 1k tiap – tiap bulan pun dia labur untuk permainan jvdi online dia.

Sesen pun tak bagi aku atau mak dia merasa duit i-sinar dia tu orang lain semua merasa duit i-sinar beli barang kemas dan sebagainya. Tapi aku? Aku selalu bertanya kepada tuhan apa lah d0sa aku yang lalu.

Sehingga aku diuji mempunyai suami yang tak bertanggungjawab begini aku buntu ya Allah. Barang kelengkapan menyambut kelahiran anakku semuanya mak mentua aku yang bagi duit.

Aku sampai naik segan dengan mak mentua aku. Ya la dia pun ada duit sebab anak – anak dia yang lain selalu bagi dekat dia. Dan dia kongsikan dengan aku. Nak harapkan laki aku?

Hmm dia tak kisah pun keadaan aku mengandungkan anak dia ni. Yang dia tau dapat seronok dengan kawan – kawan. Semalam baru pergi konvoi pula lepak sampai 3, 4 pagi macam orang bujang.

Apalah nasib aku sudahlah yatim piatu, dapat pula suami tidak bertanggungjawab.. Di mana lagi aku nak berg4ntung hidup? Hidup aku agak bernasib baik sebab mak mentua aku sangat memahami.

Mungkin sebab dia sendiri rasa kecewa dengan perilaku anak dia dekat aku. Selama menikah, nafkah aku sebulan 50 sahaja suami aku bagi. Itupun kadang – kadang bagi kadang – kadang tidak.

Mak mentua aku pula yang macam suami aku dok tanya, “Ada duit tak, nak beli apa apa tak, nah pakai duit mak dulu”. Aku tak boleh bayang kalau mak mentua aku tak ada nanti jika suami aku masih tak berubah.

Jujur katakan, aku rasa macam nak lari dari suami aku. Aku dah berazam lepas habis p4ntang nanti aku nak kerja nak sara anak aku. Tapi sebelum tu aku kena ikhtiar cari duit untuk t3bus balik barang kemas aku.

Sekurang – kurang nya bila dah t3bus nanti aku boleh guna lagi bila berlaku kec3masan atau di saat sesak. Tapi mana aku nak cari 7k untuk t3bus barang kemas aku semua tu. Allahu berat d4da ni masa tengah taip ini.

Tarikh m4ti barang kemas aku tu sekitar bulan 5 atau 6 nanti. Aku takut tak sempat nanti barang kemas aku dan mak mentua aku lelap macam tu saja. Suami aku pun tak menunjukkan tanda – tanda yang dia akan ambik balik barang kemas tu.

Aku ingat nak cuba apply loan tapi memandangkan aku ni suri rumah agak susah nak apply apa – apa loan melainkan dengan berhutang along tapi aku takut. Ibarat aku keluar mulut singa masuk mulut harimau kalau aku hutang along.

Silap – silap nanti anak dah besar pun hutang tak habis lagi. Jadi ada tak sesiapa pembaca yang tau di mana aku boleh dapatkan pinjaman yang banyak even aku hanya seorang suri rumah.

Nak pinjam dekat adik beradik pun depa bukan senang sangat. Nanti satu hal pula nak menjawab dengan mereka, baru kahwin tak sampai setahun suami dah buat per4ngai. Ibarat macam membuka a1b suami pula.

Akhir sekali, doakan urusan aku dipermudahkan untuk melahirkan anak sulung ku nanti. Bimbang juga sebab keadaan aku sangat tertekan di hujung – hujung kehamilan ni takut bagi kesan kepada anakku.

Segala cadangan boleh komen di confession saya ini. harap ada yang boleh membantu. – Bakal ibu yang buntu, Laila (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Fareeda Mohamad : Boleh mohon pinjaman Amanah Ikhtiar di kawasan terdekat (AIM) tapi pastikan buat bayaran balik secara mingguan. Minimum rm3k untuk pinjaman pertama.

Kena bagitau tujuan pinjaman (biasa suri rumah buat pinjaman untuk bisnes kecil – kecilan seperti jual / buat kuih, MLM, salon / spa dll). Walaupun rm3k tak cukup nak cover barang kemas rm7k tu, paling kurang bleh bayar bunganya dulu supaya barang kemas tu tak lesap.

Pastikn jangan guna kesemua rm3k tu. Sebab kena asingkn duit untuk bayaran balik pinjaman tu secara mingguan (RM40-50/ minggu). Selepas habis bayaran pinjaman pertama boleh buat pinjaman ke 2 dan seterusnya.

Harap info ni membantu. Boleh ke pejabat amanah ikhtiar terdekat. Biasa di kampung – kampung / perumahan ada group AIM ni. Memang khas untuk suri rumah berniaga.

Ika Sabiqah : Semoga dipermudahkan urusan bersalin nanti sis. Jaga baby elok – elok. Syukurlah mentua sis jenis sayang dan prihatin dengan menantu walaupun anaknya per4ngai sebegitu. Ujian yang hebat untuk insan yang hebat.

The p4in will leave once it has finished teaching you. Semoga diberikan petunjuk oleh Allah, dipermudahkan urusan untuk meleraikan segala kekusutan dan masalah yang mengh1mpit sis. Jvdi online?

Selalunya memang pakej sekali menipu, gali lubang tutup lubang, ambil barang orang rumah senyap – senyap. Ket4gihan jvdi memang boleh buat hilang pertimbangan.

Kalau sis sanggup tunggu dia berubah, maka berdoa semoga diberikan kekuatan untuk bertahan selalu. Kalau sis memilih untuk pergi pun, berdoa semoga diberikan kekuatan untuk membesarkan anak sendirian.

Ummi Iris Amna Umar : Susun strategi selepas ini, apa perlu dibuat. Sekarang ni pegi buat report polis mengatakan emas anda dicuri. Kemudian lepas baby lahir apa perancangan? Nak stay atau cabut tuntut fasakh.

Makan masa rasanya tuntut fasakh tapi kuatkan diri. Katakan pada diri tak akan nak besarkan anak dengan wang h4ram. Iya la kalau dah berjvdi memang la selalu rugi tapi ada sekali sekala mesti lekat seribu dua.

Nak ke membesarkan anak – anak dengan duit h4ram? Awak pon sama makan pakai duit h4ram. Hidup akan lebih tak berkat, selalu runsing hati tak tenang. Sebelum terlambat sila buat tindakan dulu.

Adik awak muda lagi jauuuhhh lagi perjalanan awak. Pikir bai k- baik cadangan akak – akak dalam komen – komen di sini. Minta pada Allah supaya diberikan jalan yang terbaik untuk diri dan anak.

Hanya kepadaNya tempat kita berg4ntung dan bertawakal. Dia yang maha mengetahui apa yang terjadi di hari kemudian. Berdoa banyak – banyak. InsyaAllah Dia akan berikan jalan penyelesaian kepada h4mbanya yang meminta pertolongan.

Liyana Amran : Kawan saya yang selalu gadai emas pernah ajar, kalau tak de duit, pergi je kat pajak gadai tu, t3bus, pastu gadai balik. Contohla, nilai emas tahun lepas, 1.5k. Gadai, dapat 1k.

Bila nak t3bus semula, kena bayar 1.1k (nilai gadaian termasuk upah). Pinjam rm1.1k tu dengan kawan pagi tu, kata petang nanti saya bayar balik. So t3bus emas tadi. Pastu gadai balik. Tahun lepas nilai emas kita tu, rm1.5k.

Tahun ni, mungkin dah naik rm1.7k. Bila gadai balik, katalah dapat RM1.2k. Jadi bayar balik duit pinjam rm1.1k tu pada kawan yang awak pinjam, awak ada rm100 dalam tangan.

Ni kawan saya ajar, dia t3bus kat ar-rahnu kampung dia. Staf pun dah kenal dia. Dia buat macam ni beberapa tahun dah. Gadai – t3bus – gadai – t3bus – gadai – t3ebus. Cuba la kat kawasan awak, mungkin sistem lebih kurang je kot.

Aisyah Nur : Yang penting lepas bersalin cari kerja. Duit simpan elok – elok. Kalau bole asingkan akaun lain untuk simpanan dan jangan buat kad bank. Rahsiakan simpanan dari suami.

Ada part dah jadi suami isteri pun kena rahsia nak – nak kalau dah tahu suami tu macam mana. Kesian mertua awak dik. Dia baik. Ada kesempatan jaga la mertua baik – baik macam mak sendiri.

Kampung saya ada sorang. Lepas isteri dia meninggaI, dia tak keluar rumah. Dia jaga mertua sampai akhir hayat. Rezeki dapat mertua yang baik.