3 bulan lepas kahwin isteri keguguran, ketika itu keluarlah sifat sebenar isteri

Saya seorang doktor dan kenal dengan isteri melalui FB. Seawal perkahwinan isteri dah tunjuk sikap sebenar. Waktu saya jadi HO memang str3ss dengan kerja, str3ss dengan isteri. Balik kerja memang saya akan nangis dalam kereta. Isteri m4ki hamun saya, s3pak teraj4ng saya bila marah, rumah tak pernah kemas. Sekarang anak dah dua orang dia buat tak tahu je. Baru bersalin anak kedua 3 minggu, dia boleh keluar tengok wayang dan tinggalkan anak – anak.

#Foto sekadar hiasan. Salam. Harap admin hidekan profile saya. Saya seorang suami, ayah untuk sepasang anak berumur 4 tahun dan 3 bulan dan jugak seorang medicaI doktor di hospitaI kerajaan.

Terlebih dahulu saya memohon maaf sekiranya confession saya ni meIukakan hati para pembaca. Beban yang saya tanggung hampir 6 tahun ni, dah tak dapat saya simpan. Diluah m4ti emak, ditelan m4ti bapak.

Saya berkahwin dengan isteri saya pada awal tahun 2013. Berkahwin bukan atas dasar cinta, saya dengan isteri, berkenalan tak sampai 6 bulan, terus kami buat keputvsan untuk berkahwin, kononnya bercinta selepas kahwin.

Saya dengan isteri, ‘berkenalan’ di FB, dia di Malaysia, di sebuah University Islam di sini, saya di kolej perubatan di Mesir. Sebelum tu saya kenalkan diri saya serba sedikit.

Saya ni tidaklah hensem, ada rupa sedikit, dari keluarga middle class, walid dan ummi saya orang agama yang dikenali ramai di Alor Star, Kedah. Saya anak keenam dari 8 adik beradik, adik beradik saya kesemuanya bijak dan berjaya semuanya.

Isteri pulak berasal dari Terengganu, beza umur 5 tahun tua dari saya, anak yatim piatu, bertudung labuh, berpurdah (semasa bujang), pelajar master bidang Ekonomi dan sekarang tengah buat PHD dan jaga aur4t sepanjang masa.

Saya berkenalan dgn isteri atas dasar bisnes (dropship dari China), saya memang langsung tiada perasaan terhadap si isteri, setelah 4 bulan uruskan bisnes dan berhubung dengan isteri secara PJJ, isteri luahkan perasaan yang dia jatuh cinta dengan saya.

Saya memang tak pernah bercinta, rasa gembira mulanya, kemudiannya saya start rasa serba salah dan takut untuk menolak cinta isteri, saya anggap isteri sebagai kawan atau kakak sahaja.

Untuk dipendekkan cerita, saya terima isteri atas dasar kesian dan tak nak kecewakan isteri, isteri terus planning tarikh pernikahan kami. 6 bulan berhubung (sekalipun tak pernah berjumpa, ada Skype tapi isteri berpurdah.

Saya dengan isteri berkahwin di Masjid di Terengganu, hanya ada akad nikah sahaja memandangkan isteri anak yatim piatu, ada 1 abang dgn 3 kakak. Semua persiapan nikah. Isteri dengan saya uruskan melalui whatsapp atau call sahaja.

Kursus kahwin, borang kahwin, semuanya by pos. Hari nikah tulah, hari pertama kali saya akan berjumpa dengan isteri saya. Saya agak terk3jut ketika mana dia buka purdah, isteri ada rupa, cumanya bukanlah terlalu cantik, hanya biasa biasa sahaja.

Tapi tak ape, saya terima. Saya pun bukannya hensem.Selepas menikah, saya spend cuti summer saya selama 2 minggu di Malaysia, berhoneymoon dan terus pulang ke Mesir.

Ada lebih kurang setengah tahun lagi untuk habiskan study saya. Saya dengan isteri, macam biasa, contact melalui whatsapp, Skype. Isteri dapat kerja sebagai executive di bank terkemuka Malaysia.

Saya gembira untuk dia. Selepas 2 minggu, bekerja, 3 bulan tempoh perkahwinan, isteri keguguran anak pertama. Sejak itu mulanya kehidupan teruk bagi saya.

Isteri mula m4ki hamun saya, cakap saya tak ade di Malaysia untuk bantu dia dalam pant4ng, dia gugur sebab tertekan suami jauh. M4ki hamun, rajuk, g4duh, siap minta cerai berkali kali berterusan sehingga saya tamat study dan pulang ke Malaysia.

UntukĀ  pendekkan cerita, saya denganĀ  isteri duduk serumah, dia masih bekerja di bank, saya dapat posting housemanship di hospitaI KL. Baru saya tahu isteri ni sangatlah indah khabar dari rupa.

M4ki hamun saya, s3pak teraj4ng saya bila marah, rumah tak pernah kemas, boros (suka belanja besar), harga tudung dan jubah sahaja cecah RM500 utk sepasang, dia bukak purdah atas poIisi syar1kat, sebab selalu jumpa client, saya okay sahaja.

Tak pernah masak, tak hormat ibu bapa saya, even di kampung, dia berani tinggikan suara dan kuis saya gunakan kaki di rumah keluarga saya.

Tak pernah dengar luahan hati saya, sedangkan semasa HO, workload sangat banyak, kerenah pat1ents, staff, rakan sekerja, kerja shift, oncall lagi, saya sangat str3ss, setiap kali drive balik kerja, non stop saya menangis.

Pernah jugak saya menangis depan isteri, bila berg4duh, saya mengadu saya penat dengan kerja, dengan kerenah dia, semua tak kena dengan saya, sampai gigi saya pun jadi isu.

Dia h1na gigi saya jongang, saya pakai br4ces, dia h1na saya seIekeh, busuk (sebab kerja lebih 30jam). Dia tak pernah basuh atau ironkan baju saya, saya buat sendiri atau hantar ke dobi.

Baju dia, dia hantar ke dobi semuanya, kotlah nak bantu hantar baju saya sekali. Langsung tak pernah, siap asingkan bakul baju lagi. Cadar atau sarung bantal tak pernah bertukar, saya tukarkan, rumah saya hired cleaner 1 minggu 2x datang cuci.

Dapur, hanya ada 1 kuali, itu pun mak saya kasi, 2 3 pinggan dan mug. Tak pernah berasap, saya teringin nak ada isteri yang masak, atleast makanan simple atau buatkan air. Ini kopi atau gula pun takde di rumah.

Dia? Minum air mineral, beli berkotak kotak simpan di peti. Saya ni seolah olah housemate sahaja. Kalau saya minum air mineral dia, dia mengungkit. Kadang – kadang saya terlupa beli air untuk saya, terp4ksa tadah air paip minum, takut nak minum air dia.

Gaji saya masa HO, bersih hanya 4k ++. Saya kasi dia 1k, bayar kereta, bil rumah semuanya 2.5 k. Baki tinggal RM500++Gaji dia? Langsung tak bantu saya.

Tapi saya ada pendapatan sampingan, bisnes yang kami usahakan sama sama. Kadang – kadang terp4ksa keluarkan dividen ASB. Kemudian, kami dikurniakan 1 anak perempuan.

Saya pun habis HO, masuk posting MO, isteri habiskan master, sambung PHD. Ingatkan ada anak, mak1n berubah. Sama sahaja, anak kami tu. Kalau saya oncall.

Dia hantar ke babysitter dalam keadaan kotor, tak mandi, lampin penuh sampaikan babysitter mengadu. Babysitter pun kena m4ki dengan isteri saya, asyik bertukar babysitter sahaja.

Sehingga tak ade siapa nak jaga anak kami, isteri saya suggest untuk hantar ke Umi saya di kampung, saya berat hati, tapi isteri?

Suka, langsung tak peduli. Setiap weekend kalau tak oncall, saya akan naik flight balik ke Alor Setar jumpa anak, isteri? Tak nak. Penat kerja katanya. Memang weekend, saya habiskan masa di Alor Setar dengan anak saya.

Bila berjauhan dengan isteri ni, hati mak1n tawar, saya berjinak jinak dengan Tinder, bila swipe swipe, match dengan Anna (bukan nama sebenar).

Lawa orangnya, bertudung tapi tak labuh, bercareer besar (senior engineer di International company) tinggal KL jugak, ada master dalam Engineering, on her way with PHD journey.

Bak kata orang Anna ni memang cool and sempoi. Bercakap pun dah mampu buat orang gelak. Saya start chat dengan Anna, mengaku sebagai bujang. Kami berjumpa, habiskan masa bersama.

Memang 100% Anna ni perfect dari segala segi. Saya dengan Anna bercinta hampir 2 tahun. Setiap majlis kenduri, birthday parties, dinner keluarga Anna saya pergi. Anna memang taktaw status saya.

Facebook saya tiada gambar anak atau isteri. Isteri saya? Langsung tak pernah tanya saya ke mana, check phone saya atau pedulikan saya, kami hidup macam roommate sahaja. Takde anak lagiIah tak bertegur sapa.

Kalau whatsapp pun, bila saya kasi receipt bank in duit. Sampai lah 1 hari saya ceritakan semuanya dekat Ummi saya, saya nekad nak bercerai dengan isteri, and kahwin dengan Anna.

Ummi saya minta saya berterus terang dengan Anna dahulu tentang status saya, kemudian buat pengakuan dengan isteri. Saya buat seperti mana ummi sarankan. Bila Anna taw saya suami orang, Anna nampak sangat cool.

Dia cakap dia tak akan sesekali Iukakan hati perempuan lain, dia minta saya pulang ke pangkuan isteri. Saya terus cerita segala keburukan isteri, tapi Anna langsung tak percaya.

Dia suruh balik dan didik isteri saya, dekat 3 tahun lebih saya cuba, langsung tak dapat didik. Ya Allah. Saya jadi tertekan dan serabut. Balik rumah, terus saya bagitau isteri, yang saya ada wanita lain.

Isteri hanya gelak, dia cakap muka macam saya pun ada orang nak ke? Saya tunjuk bukti, kami berg4duh, luah hati ke hati apa benda kelemahan rumahtangga kami. Isteri menangis saya menangis.

Dia janji akan berubah, tapi saya wajib tinggalkan Anna ( tak perlu tinggal pun, lepas Anna taw saya dah berkahwin, dia terus bIocked no saya). Saya dengan Anna putvs terus contact, dalam hati saya memang masih rindukan Anna, tapi sebab sayangkan keluarga kecil saya, saya berk0rban.

Isteri tunjukkan effort jadi isteri dan ibu yang baik. Anak dah ambil semula dari kampung, hubungan kami mak1n baik. Kewangan kami dah start kongsi. Isteri belajar masak, masuk kelas baking, cooking and dancing.

Selepas setahun isteri pregnant anak kedua, dia buat balik dah per4ngai lama. Anak sulung dia start tak peduli lagi dah. Rumah tunggang langgang, hari hari saya makan m4ki hamun dia, duit dah tak nak kongsi.

Makan hati berulam jantung saya ni. Hari – hari saya dengan anak makan kat kedai atau drive thru Mcd. Isteri setiap masa dgn phone, tak pun jumpa clients, rakan bisnes, atau jumpa kawan kawan.

Isteri ni pernah viral dulu dekat Facebook, sebab posting pasal kewangan, so followers ramai, dekat FB kemain macam hidup perfect yada yada. Dia beli rumah atas nama dia, saya bayar bulan bulan.

Kereta 2 biji, saya jugak bayarkan, suruh beli Axia aje, dia nak Honda CRV , saya pakai Myvi sahaja. Disebabkan saya pernah curang, saya pun turutkan aje, seolah olah tebus d0sa.

Nak beranak di Andorra HospitaI, padahal saya doktor wad bersalin. Boleh je beranak di hospitaI kerajaan, saya boleh requestkan kawan sekerja perempuan sambut, taknak katanya, dia nak beranak dalam keadaan ‘mode vacation’ katanya.

Sampaikan saya ni hutang dengan kawan sekerja nak bayar bil beranak, ni ada baki RM5000 belum langsai hutang. Dia dalam pantang, baru 3 minggu beranak, dia boleh keluar pergi jumpa client dan tengok wayang.

Dia tinggalkan 2 anak dengan kakak maternity caregiver, katanya urgent nak keluar, nak keluar sejam sahaja, akak tu datang 2 jam aje.

Dari pukuI 10 pagi keluar, pukuI 1 pun belum balik, akak tu call nangis – nangis, sebab bos marah tak pergi appointment orang lain, saya terp4ksa emergency leave kat tempat kerja, nak balik jaga anak – anak.

Saya call, dia offkan phone. Rupanya jumpa client dan kawan – kawan. Sekarang anak no 2 dah keluar, saya memang nekad nak bercerai. Takkan nak curang kali kedua, karang lepas kantoi, gitu jugaklah situasinya, berubah sekejap, kemudian jadi balik.

Untuk para suami dan pembaca, apa patut saya buat? Kang bercerai, confirm viral, dia famous sebagai guru kewangan Facebook, kalaulah dia cerita di Facebook, memang semua nampak salah saya.

Saya pernah curang, hak penjagaan anak – anak dapat ke saya atau dia? Tapi dia tak pernah jaga anak anak. Kalau saya pergi curang sekali lagi pun, sama je situasi dia, alih alih saya Iukakan hati perempuan baik macam Anna, sebab termakan pujuk rayu si isteri semula.

Nak bercerai, Ummi Walid orang agama, malu sekampung nanit kalau si isteri saya viralkan kes curang saya, silap silap dia reveal siapa Anna, bertambah masalah. Anna langsung tak salah apa – apa, entah – entah dah bahagia hidup dia.

Saya nak bercerai sayang anak anak, nak ajak isteri pi kaunseling, makan sep4k teraj4ng saya nanti. Tapi saya tak sanggup nak hidup dengan isteri macam ni. Asingkan tempat tidur? Dah buat dah, lagi dia suka.

PukuI dengan hujung kain? Saya kena balik nanti. Report polis? Tak adelah dia tend4ng sep4k teraj4ng saya sampai Iebam – Iebam, dia perempuan, sep4k pun tak kuat, tolak tolak kepala, tamp4r aje.

Semua tak ade bukti. Pening saya. Harap semua kasi komen berhemah, saya minta pendapat sahaja. Thanks.

Komen Warganet :

Abeawi Ali : Berilmu tak semestinya beradap. Tapi biasanya orang beradap itu banyak ilmu nya. Begitu juga bahagia subjektif untuk diukur. Duit banyak, harta melimpah belum tentu boleh beli kebahagiaan.

Kalau sebab harta baru bahagia tak merasalah org miskin. Terkadang Allah tegur kita dengan kerenah pasangan kita. Cek balik sejauh mana rapatnya kalian berdua dengan Allah.

Sekarang ni memang ramai yang berpura – pura dan berlakon, nampak cantik di luar tapi hanyir di dalam.

Robi Robiah : Mak1n berat dug4an untuk doktor mak1n sayang Allah kepada doktor. Tempuhi laa dengan sabar dan tenang. Semoga selepas ini tiada lagi air mata kesedihan mengalir.

Saya doakan kebahagiaan sentiasa ada di samping awak walau apa jua tindakan yang awak lakukan… gud luckkkk.

Diqq Rezaly Said : Allahuakbar sedihnya cerita awak ni doc, mintak pandangan keluarga jugak sebelum buat apa – apa keputvsan, buruk atau baiknya keputvsan yang terp4ksa doc ambik semuanya beri kesan dikemudian hari.

Yang terbaik buat solat tahajjud, taubat dan hajat semoga Allah permudahkan. Ng3ri pun ada baca cerita doc ni, per4ngai isteri tu macam orang s4kit jiwa.

Nurul Ilyiana : Hebat ujian ko bro, inilah buktinya walau masing – masing kerjaya bagus, ada pangkat belum tentu menjamin kebahagiaan. Rasa bini ko tu something wrong la. dia macam tak ade sifat keibuan langsung.

Susah nak ubah orang kalau dia sendiri pon tak nak berubah, ko didik lah dia macam mana sekali pon. Solat istikharah dan mohon petunjuk.

Malu Rima : Betapa sabarnya ko ni bro. Ko tu dah jadi suami yang cukup baik dah tapi dapat plak pmpuan jenis macam ni. Bro, penceraian bukan titik noktah kehidupan, penceraian adalah untuk keadaan yang lebih baik.

Jika itu lah pend3ritaan yang ko aIami, berpisahlah dengan cara yang baik. Anak – anak pun dia tak nak jaga, bercerai dah ko jaga anak – anak.

Biarkan dia enjoy dengan kehidupan dia, bila dia dah tua nanti biar dia sesali apa yang dia dah buat. Semoga dipermudahkan bro.