Saya dah nekad nak berpisah, tambah lagi saya ada kenal dengan lelaki aIim dekat Big0

Sejak suami kena berhenti kerja masa PKP, dia jadi kemurungan. Kerja dia terperuk dalam bilik main game, keluar hanya untuk makan minum. Sayalah yang kena kerja untuk bayar semua dengan anak sedang bersekolah. Sehinggalah saya nekad nak berpisah, dan ada kenal dengan seorang lelaki aIim di Big0, dia bagi nasihat..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum semua, mintak sangat agar saya dapat komen yang baik – baik ye. Dan bagi penjelasan secara sihat apa yang patut saya buat. Saya berumur 28 tahun, sudah berumahtangga selama 7 tahun dan mempunyai 3 orang anak.

Kami berkahwin pada usia muda, pasangan pulak yang dij0dohkan oleh orang tua – tua. Berkahwin sesama saud4ra. Biasalah fasa pertama dalam perkahwinan memang dugaan macam – macam, yelah tak bercinta kan.

Jadi memang tak tahu macam mana per4ngai pasangan. Dalam tempoh bertunang tu ada lah berg4duh sampaikan esok nak akad nikah pun masih berg4duh sampai tak nak kahwin. Tapi akhirnya kahwin jugalah.

Fasa kedua, diuji pelbagai masalah. Kewangan, mertua, tapi saya hadapi dengan tenang dan sabar. Fasa 3, saya dah tak tahan lagi dah, suami dah mula buat per4ngai, malas untuk bekerja tambah lagi bila ada PKP.

Dia hanya bekerja sebagai rider, kadang – kadang ada, kadang – kadang tak ada. Sebelum ni dia kerja sebagai manager tapi dah diberhentikan, sebab PKP, gaji terp4ksa kena p0tong.

Sebelum dia jadi rider, dan jadi manager tu. Dia cuba untuk berbisnes tapi kawan makan kawan. Bisnes jatuh, apa yang ade semua kena jual demi nak topup balik hidup.

Saya cuba untuk cari bisnes online, jual produk orang. Dengan hasil keuntungan tu lah saya buat makan minum. Selepas dia diberhentikn kerja, dan pendapatan rider berkurangan.

Sewa rumah dah mahal, hutang moto, anak sekolah lagi, makan minum, bil api bil air, internet, semua kena guna duit. Masalahnya kat sini, suami saya apa yang saya tengok dia macam dah tak ada semangat untuk teruskan hidup.

Saya pernah slow talk tanya kenapa dia macam kemurungan, tak ada semangat. Dia hanya cakap, kalau lah dia tak percayakan kawan – kawan dia dulu masa buat bisnes, mesti hidup sekarang tak susah macam ni.

Saya pun sedih tapi saya kena bangun, sebab anak – anak perIukan kami. Kalau duit tak cukup mesti akan berg4duh, dia dah tak nak buat kerje, dia asyik terperuk dalam bilik.

Saya buat bisnes online, kalau bab postage dan COD suami saya yang akan tolong, Saya nak berdikari, tapi suami saya tak bagi semua tu. Sejak dari mula dia buat per4ngai malas bekerja, saya rasa macam malas dah nak melayan.

Setahun dah kami tak tidur sekali, bercakap, gurau tu ada tapi saya rasa macam hilang bahagia. Dia asyik terperuk dalam bilik habiskan masa dengan GAME dalam komputer. Bangun pagi game, tidur pun dekat – dekat subuh.

Keluar bilik just makan minum ataupun main kejap dengan anak – anak. Nafkah bulanan dia tak pernah bagi sepanjang kahwin. Boleh kira berapa kali je dia bagi sepanjang kahwin 7 tahun ni.

Suami ade cakap, “buat apa nak bagi nafkah sedangkan dah beli barang keperluan dapur”.  Yelah, tapi aku pun ada keinginan. Tak mintak pun kekayaan tapi aku mintak dia hargai aku pun dah ok.

Aku penat la, kena bersabar dengan hidup macam ni. Anak – anak pun aku urus. Dah la tak kerja, cuba sekali sekala tu tolong aku kat rumah buat apa yang patut.

Aku nekad sangat nak berpisah, tambah lagi aku ade buat live di big0 kenal seorang lelaki aIim. Masa tu aku hanya anggap dia macam adik je dan kami tukar no fon macam biasa ade sekali aku mesej dia.

Aku terp4ksa luahkan ape yang aku rasa sepanjang aku kahwin. Malah suami aku sendiri tak pernah memuaskan nafsu aku masa berhubungan. Semuanya aku luah. Adik tu just nasihatkan ape yang aku perlu buat.

Aku suka dengar ayat dia, dia cakap, “Akak, hati kita Allah yang pegang, bila kita jadi isteri, jadilah isteri yang ikhlas, bila jadi ibu, jadilah ibu yang ikhlas menjaga anak – anak″. Sungguh deep ayat dia.

Lama jugak aku tak chat, last dia ade komen kat status wasap aku pasal pic aku restock barang meniaga. Dari situlah mulanya bibit kami berkenalan. Dia luahkan, dari mula dia tengok aku dalam live, dia terjatuh cinta.

Walhal dia tau aku isteri orang. Dan aku pun sama ade perasaan yang macam tu. Ada perasaan cinta tu tak sampai seminggu, family dia dah tunangkan dia dengan wanita lain tanpa pengtahuan dia. Aku sedih sangat – sangat.

Dalam hidup aku, aku ada suami dan anak – anak je, tapi suami dah buat hal dia sendiri. Bila  aku sedih, aku happy, aku tak tau nak berkongsi dengan siapa, walaupun duduk 1 rumah tapi bilik asing – asing.

Bulan 4 ni, adik tu dah nak berkahwin. Dia pernah cakap dia cuma cintakan aku seorang, dan bakal wife dia tu langsung dia tak ade perasaan apa – apa. Aku cuba pujuk dia untuk terima bakal wife dia seadanya.

Cintailah seperti mana dia cintakan aku. Bulan 4 dia dah nak kahwin, aku sedih tak tahu kenapa dia datang masa rumah tangga aku bermasalah. Sekarang ni ape keputvsan yang perlu aku lakukan.

Aku nak teruskan dengan suami aku, aku banyak diam dan memendam perasaan sampaikan aku rasa tawar hati sangat. Hilang dah rasa bahagia, sayang, cinta pada suamiku. Kalau kami berpisah, macam mana aku nak teruskan hidup.

Anak seorang tadika, seorang sekolah rendah, dan seorang lagi setahun lebih. Aku tak pandai drive, tak pandai bawa motor. Simpanan pun tak ade, macam mana aku nak mulakan balik sebagai single mom.

Komen Warganet :

Noor Salwaney : Saya dah 24 tahun kahwin. Ayat tu sama dengan ayat suami saya. Tak perlu bagi nafkah sebab tak kerja, semua keperluan dapur dah cukup. Tapi saya tak suka curang. Demi keperluan sendiri saya cari duit sendiri.

Suami tu biar je lah. Dah malas nak fikir bab nafkah asalkan kita bahagia. Tapi saya cari duit sendiri kalau suami terdesak saya tak akan bantu. Pernah suami kat saya kedekut, saya hanya jawab, “takpe saya kedekut sebab awak pun tak bagi nafkah dekat saya. Itu duit saya.”

Sambal Kaw Kaw Rasenye : Tiada tempat untuk meluah melainkan dekat sejadah je sis. Doalah banyak – banyak dekat ALLAH bukakan pintu rezeki kebahagian untuk family ko bukan ko pergi buka big0 live, ko chatting dengan laki lain sampai ko luah segala cerita dalam keIambu.

Apa punya bini lah ko ni, aku ni nak cakap hal dalam kelambu dengan kawan – kawan perempuan pun malu, inikan pula dengan lelaki lain. Tak payah sembang la ko tawar hati bagai dengan laki ko.

Laki ko tu tengah str3ss sebab tak ada kerja, ko pon bagiIah dia semangat, cakap elok – elok. Situasi ko ni, sama je dengan aku, sejak PKP suami aku pon takde kerja. Memanjang dengan HP, aku pun memanjang membebel.

Main la HP tu puas – puas, nanti anak, bini dah takde, baru nak menyesal. Ape yang ko tak puas hati dengan laki ko, ko luah kat dia. Ko cakap dengan dia, tolong dia selesaikan masalah.

Dia pun tolong ko setelkan hal barang – barang online. Kiranya laki ko rajin la jugak tu.  Aku dulu sebelum PKP jalan sana sini shopping manjang, barang branded – branded tapi sejak pkp suami aku tak ada job, dia suruh aku buat sambal.

Kami buat sama – sama, dia beli barang, aku masak, kemudian bungkus sama – sama. Pergi COD, pergi pos suami aku buat. Aku pon pernah tawar hati dengan suami aku tapi aku berdoa dengan ALLAH S.W.T. Syukur Alhamdullillah, cinta berputik kembali.

Àlin Zee : Jika suami yang bermasalah mengapa awak yang memang dah jelas – jelas masih isteri orang mengikut jalan yang salah. Jagalah tertib sebagai isteri ibu dan menantu.

Jika tak boleh teruskan, berterus teranglah mintak dilepaskan dengan cara baik bukan mengikut nafsu. Berfikir secara waras akan akibatnya. Semoga Allah permudahkn berdoalah padaNYA

Syafiq Fitri : Apa – apa pon berbalik pada agama, kalau dah rasa tawar hati tu elok la pergi pejabat agama mintak nasihat / kaunseIing. Dah laki ko pon tak nak kerja, main game dok dalam bilik tu dah teruk sangat tu.

Yang bab ‘adik’ ko yang aIim tu macam tidak – tidak je. AIim ke dia sampai buka hati dia cintakan bini orang?

Norazlin Mat Wazir : AIim tara mana tu, boleh pulak text bini orang bagitau cinta cintun. P0odahhh. AIim konon. Banyak – banyak berdoa la sis, agar lembutkan hati suami untuk usaha bekerja cari nafkah.

Sis ni ada 1 masalah ja, DUIT. Kalau duit ada semua mesti ok. Jangan diperbesarkan lagi masalah tu. Saya doakan sis dan keluarga diIimpahkan rezeki.