Tahun lepas abang aku kutip RM175 dari 6 beradik konon nak beli bahan masak Raya. Bila aku cek peti, ada kepak ayam, ayam seekor..

Kisah ini dikirim oleh pembaca dan diedit oleh Editor kami. Nama dan lokasi dirahsiakan atas permintaan pengirim.

Tahun ni aku dah taw4r hati nak balik Raya. Sebabnya tahun lepas, abang sulung konon mintak duit nak beli makan makan Raya. Tapi yang ada dalam peti ayam seekor, ikan sardin 3 ekor. Bila aku tanya mana duit baki, dia m4ki aku depan keluarga..

#Foto sekadar hiasan / AI. Aku sekarang ni dah macam malas nak balik beraya di kampung selepas apa yang berlaku tahun lepas. Aku ni anak perantauan yang bekerja di negeri bawah bayu. Aku tak rapat dengan adik beradik aku, tak tahulah kenapa.

Mungkin sebab cara kami dibesarkan oleh mak yang selalu buat kami rasa kena bersaing satu sama lain, tak tahulah. Tapi kami sayang je dengan mak kami. Kenapa aku tr4uma nak balik raya? Tahun lepas aku dengan kakak dan abang aku berg4duh besar.

Semuanya gara – gara duit. Memang duit ni isu yang sensitif ye dalam keluarga kami. Mungkin sebab masing – masing tak nak rugi. Sebelum balik beraya tu, abang aku yang selalu incharge untuk buat program keluarga la masa raya. So budget apa semua tu dia yang akan tentukan. Kadang – kadang memaksa pun ada juga.

Kami adiknya yang lain terp4ksa ikut saja sebab nak mengelak dari berg4uh. Tahun lepas abang plan buat raya “santai” iaitu aktiviti panggang – memanggang di rumah mak. Raya kecil – kecilan untuk keluarga sendiri saja. Kami jarang sangat buat open house raya.

Rasanya sekali je kot seumur hidup aku. Itu pun dah hampir – hampir jadi isu sampaikan kami dah tak nak buat lagi open house. Berbalik ke “raya santai” kami tadi, abang minta setiap kami membayar RM150 seorang (6 adik beradik) termasuk mak yang tak bekerja pun kena bayar.

Tapi bahagian mak, kami kena bahagi sesama adik beradik termasuklah menantu untuk membayar. Jadinya, RM175 lah kena bayar. Aku kurang bersetuju dengan jumlah tersebut sebab yelah, nak beraya santai sesama sendiri satu keluarga saja pun.

Jadi aku suarakan pendapat aku dalam group whatsapp keluarga. Dan yes seperti yang dijangka, aku disindir habis – habisan oleh abang aku hingga aku dik4takan kurang ajar. Aku hanya suarakan pendapat saja sebab setiap kali aku balik raya, aku rasa perbelanjaan aku paling besar sebab kena beli tiket flight untuk dua penerbangan sehala sahaja.

Yang lain senang la, naik kereta beberapa jam dah sampai. Hanya perlu hadap jem je. Itu satu. Satu lagi aku disindir dan dimarahi masa aku lambat untuk bank in ke dia. S4kit hati tu hanya aku saja yang tahu. Dia kata, kalau dah rasa tak nak bayar, kau raya sendiri je lah, tak payah ikut aktiviti kitorang.

Kalau ikutkan hati, memang aku tak nak ikut aktiviti yang dia rancang tu. Tapi, terkenang dengan mak aku, aku terp4ksa bayar. So aku bayar tanpa membaIas kata – kata abang dalam group. Ok, cut story short, aku sampai rumah mak 2 hari sebelum sambutan Aidilfitri.

Aku tengok, macam takda apa – apa persiapan pun. Air manis takda, maksud aku air kotak, air tin tu takda. Yang ada, sebotol air sirap dan sebotol air teh hijau untuk dibancuh. Bila aku buka peti sejuk, aku tengok ada kepak ayam mungkin dalam 3 – 5kg. Ayam sekor. Ikan sardin 3 ekor. Tu je. Kuih – muih, biskut apa semua takda. Daging takda.

Aku tanya mak, abang dah beli ke barang makan untuk “aktiviti santai” tu? Mak cakap dah, tu yang dalam peti sejuk tu. Aku macam, eh, jumlah duit terkumpul RM1050, takkan ni je yang ada? Bila abang aku dan family dia datang ke rumah next day untuk persiapan raya tu, aku saja – saja tanya, takda daging ke, kenapa tak beli daging, boleh juga kita masak daging masak hitam.

Dia jawab apa tau, “kita tak plan nak masak, panggang je. Kalau nak masak, order je dari orang.” Jadi, aku jawab balik, mana baki duit yang dikumpul, bak sini nak pakai aku order makanan lain dari orang. Dah beliau terus trigger dan tinggi suara kat aku depan isteri dia, adik beradik lain dan pasangan masing – masing. Dia cakap aku ni berkira sangat.

Memang aku berkira sebab barang yang dibeli tak sebanding dengan jumlah duit yang diminta sampai diperas – peras sebelum ni. Bila dah jadi perg4duhan antara aku dan abang, aku pun terus keluar dari rumah. Aku kemas barang – barang aku dan keluar.

Aku menginap di hotel bajet sepanjang aku di kampung sendiri. Aku tak tahulah apa yang jadi selepas aku keluar tu. Jadi agaknya aktiviti santai tu sebab dalam gambar nampak semua dok happy – happy. Muka – muka penuh hipokrit tunjuk kebahagiaan keluarga pada malam raya. Padahal, busuk semua di sebaliknya.

Esoknya, 1 Syawal, adik aku, abang aku yang nombor 2, kakak – kakak aku dan mak mesej suruh balik rumah. Tapi hati dah pun terIuka dan aku tak nak tengok muka abang sulung aku tu buat masa tu. Hati aku betul – betul s4kit. Masa 1 Syawal tu, aku ambil mak aku keluar rumah untuk ziarah rumah kawan – kawan sekampung dan kawan – kawan mak.

Adik beradik aku yang lain aku rasa dah buat hal masing – masing. Begitulah kisah Hari Raya pada tahun lepas. Tahun ni? Aku macam malas nak balik kampung lagi sebab Iuka hati aku ni masih belum sembuh dan sampai ke hari ni aku masih tak contact dengan abang aku.

Adik beradik aku yang lain pula, hanya bila perlu saja. Korang berilah nasihat kat ruang komen tu nanti. Kotlah ada yang boleh sembuhkan Iuka hati aku ni atau buat aku berfikir untuk jalinkan semula hubungan aku dengan abang. Sebab sekarang ni aku dah memang benci sangat. Sekian, terima kasih. – Cik Besi (Bukan nama sebenar)

Komen netizen :

Noor Afidah Alias : Seribu dapat kepak ayam je. Saya pernah survey, kambing golek tu, siap ada orang masak kat rumah kita, rm600 je dapat seekor tau. Kalau harga sekarang ni mungkin rm700 la tapi kambing seekor. Ni seribu dapat kepak ayam je. Kalau saya pun saya menung depan peti ais tu. Sambil pikir escape plan.

Mohamad Amirul : Bagi aku, betul la apa h4ng buat. Lantak la adik beradik ka apa. Kalau aku jadi h4ng, aku left group family, bagitau mak siap – siap, abang sulung balek, aku tak balek. Beraya sorang pun takpa.

Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :
About Hana 5171 Articles
Hana ialah penulis dan editor di Media Cite Heboh yang mengendalikan kandungan komuniti, kisah pembaca dan topik kehidupan seharian. Hana turut menyunting kiriman pembaca dari segi ejaan, tatabahasa dan susunan supaya lebih mudah dibaca sambil mengekalkan maksud asal cerita.